Peperiksaan sudah berakhir dan kini kami sibuk memulangkan kertas serta berbincang dengan murid-murid jawapan yang sepatutnya bagi mereka yang salah.Nama dipanggil seorang demi seorang sewaktu kertas dipulangkan.Ada yang mencium kertas menandakan kesyukuran kerana mendapat keputusan yang cemerlang dan ada yang menunjukkan mimik muka yang menggambarkan ketidakpuasan hati dengan keputusan yang diterima.
Semuanya gara-gara tidak membaca soalan dengan teliti dan tidak menyemak kembali kertas soalan.Namun terlihat di wajah seorang anak murid yang kerisauan dan tidak senang duduk seolah-olah ada sesuatu yang kurang menyenangkan.Saya memanggilnya dan bertanya.Rupanya dia takut dimarahi oleh ibunya.Saya menasihatinya agar bersyukur dengan keputusan yang diperolehi.Semuanya berada di tahap A.Tapi dia tidak puas hati kerana kesalahan yang dibuat semuanya soalan-soalan yang senang.Saya sering mengingatkan anak murid agar membaca dengan teliti dan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.Soalan mudah tapi kerana ingin cepat siap dan ingin mendahului kawan, akhirnya kita kecundang.Dia akur dengan apa yang diperkatakan oleh saya.
Jelas,wajah-wajah kehampaan tergambar dek keputusan yang diterima.Soalan senang tak boleh jawab,soalan susah pula yang boleh dijawab.Itulah anak-anak murid tahun 3 yang akan ke tahun 4 pada tahun hadapan.Cikgu sentiasa mendoakan agar kalian berjaya dan bekerja keras untuk mencapai hasrat dan impian diri sendiri mahupun ahli keluarga.
Pena Kasih:Masing-masing sibuk menyiapkan pembetulan.

No comments:
Post a Comment