Thursday, November 12, 2009

PERITNYA TEKAK........


Dalam keadaan yang kurang sihat dan niat untuk mengambil cuti pada hari ini tidak menjadi.Di fikiran ini terlalu banyak perkara yang perlu dibereskan di saat-saat hendak cuti sekolah.Surat kepada ibu bapa makluman balik awal untuk hari penyampaian hadiah belum dibuat lagi.Borang prestasi cikgu Ali belum bertaip lagi.
Digagahi juga kaki ini melangkah ke sekolah.Alhamdulillah,walaupun sakit tapi masih berupaya untuk tersenyum dan ketawa.Hari senyum bagi warga SKCC dan kami tidak mahu semuanya stress.Jadi, walaupun kerja banyak sentiasa cuba buat rakan tersenyum.Madam Tey pun sentiasa tersenyum.
Menunggu suami mengambil saya di sekolah jam 2.00 petang, sempat saya menyiapkan semua maklumat untuk diedarkan kepada semua ibu bapa bagi tahun 2010.Peritnya tekak tidak terkata.Sudah lama tidak berjumpa doktor.Setakat ini, alhamdulillah saya sihat walaupun adakalanya terlalu letih.Kali ini,tekak perit dan rasa hendak demam.Mungkin rindu.........rindu pada emak yang sudah dua hari tidak melihat wajahnya.Sibuk.Hanya sempat menjengah dari celahan tingkap rumah sahaja.
Tapi saya ni bukannya jenis duduk dan baring sahaja.Ada sahaja perkara yang hendak dibuat.

Pena Kasih:Ke Klinik untuk mendapatkan rawatan pencegahan daripada merebak.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails