Hari ini pihak sekolah telah mengadakan raptai untuk majlis penyampaian hadiah selepas rehat.Pengkritik hebat sekolah telah turut hadir sama untuk memastikan perjalanan raptai berjalan dengan lancar.Cacat cela dalam sesuatu majlis itu sudah menjadi adat .Tiada yang sempurna.
Mereka berbaris di hadapan memastikan agar semua penerima hadiah dapat melaksanakan tanggungjawab seperti yang diarahkan.Ucapan terima kasih atau thank you sir @madam perlu dilafazkan setiap kali menerima sesuatu pemberian.Itulah yang sering dilontarkan atau disuarakan agar ianya menjadi satu budaya yang baik di sekolah.
Juru acara yang tidak asing di sekolah ini dan merupakan satu-satunya jejaka yang kini masih bertahan di sekolah yang rata-ratanya dikelilingi oleh kuntuman bunga akur untuk melaksanakan tanggungjawabnya.En Supian bin Hashim memang telah lama berkecimpung dalam arena pengacaraan di sekolah ini.Tiada pilihan lain.
Begitu juga dengan Pn Desirani dan Pn Tong yang masih komited dalam bidang tarian.Jangan sangka walaupun sudah berusia tetapi mereka masih berupaya untuk melatih murid-murid menari.Mesranya kepada murid amat dihargai.
Namun begitu, saya kagum dengan keupayaan dua orang guru sekolah ini yang mampu mengawal keadaan murid yang begitu excited menjelang hari anugerah walaupun lembut dan bersopan santun tetapi tegas.Tegasnya pun tidaklah macam kami (Kak Ana dan saya)yang sentiasa membawa sesuatu di tangan.Tahun ini,kami letakkan mereka berganding bersama.Enggak boleh dipisahkan.
Tahun ini nampaknya tugas saya mengambil gambar,penyambut tetamu dan juga dewan.Semua kerja telah dilaksanakan.Selalunya cikgu Ali yang melakukan tapi apa boleh buat....masih bercuti sakit.Namun terima kasih kepada Pakcik Md Nor and our swasta team yang sama-sama memberikan kerjasama.Bila dah diberikan sebagai jurufoto apa lagi, candid camera tetap ada.
Dengarnya, hari Sabtu group utama sekolah telah datang ke sekolah menyiapkan dewan.Hiasan dewan.Kak Ana, Ekin, Kak Timah dan Sal bertungkus lumus menyiapkan dewan untuk memberi peluang kepada kami pula mengkritik kerja mereka.Biasalah......ada sahaja yang hendak dikritik.
Tema hitam putih dan merah mesti ada.Apa-apapun kami gembira dengan kalian.Ringan sedikit kerja kami.Senyum Mdm Tey melihat suasana dewan yang ceria seceria guru-gurunya.Tiada apa yang indah melainkan melihat wajah-wajah keceriaan guru dan murid di saat penghujung persekolahan.Gambar yang dipaparkan menceritakan segalanya.
Pena Kasih:Hitam putih itu menawan......

No comments:
Post a Comment