Tuesday, August 31, 2010

PAKU

Kecil tapi bila terpijak meninggalkan kesan yang amat sakit.Pagi lagi, Pak Usu sudah datang ke rumah untuk memanjat pokok dukong.Pokoknya rendah tapi buahnya begitu lebat di hujung dahan.Emak dan Mak Usu turut sama membantu Pak Usu mengambil buah dukong.My hubby ketika itu sedang meracun rumput di kawasan kebun berhampiran rumah.Masing-masing mempunyai tugasan yang tersendiri.Saya yang mengemas rumah di bahagian dapur,berhenti seketika lalu turut sama berada di bawah pokok dukong.Hanya tengok sahaja kerana badan agak kurang sihat.

Seusai memanjat, Pak Usu terus mengambil bakul yang dipenuhi dengan dukong untuk dihantar ke rumah.Tanpa disedari rupanya, Pak Usu terpijat pada sebatang kayu yang terdapat paku lalu mengalirlah darah dengan banyaknya.Lantas, saya terus naik ke rumah untuk mengambil minyak bagi mengurangkan pengaliran darah.Sebelum itu, saya meminta Mak Usu memicit kaki Pak Usu agar semua darah dikeluarkan.Setelah darah berhenti, lalu dibersihkan dan disapu dengan minyak yang kami sentiasa gunakan apabila berlaku kecederaan.Hasrat untuk memanjat pokok dukong yang lain terberhenti.Kasihan Pak Usu.

Pena Kasih:Nampak kecil tapi berbisa................

Monday, August 30, 2010

TERGOLONG

Apabila usia mencecah 40an,pemeriksaan kesihatan jangan diabaikan.Itulah yang sering dipesankan oleh emak kepada saya.Acapkali kesibukan menyebabkan kadang-kadang kita tidak mengendah saranan tersebut.Itulah yang terjadi pada saya.Setiap kali buat pemeriksaan di klinik swasta,tekanan darah adalah 'border-line' sahaja.Doc kata tak perlu ubat tapi perlu jaga pemakanan.Saya akur tetapi kadang-kadang semua itu hanya pada kata-kata sahaja.Ada kalanya nafsu mengatasi segalanya.

Pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan belajar di peringkat sarjana menyebabkan saya terpaksa akur kerana tekanan darah yang agak tinggi dan boleh membahayakan.Namun, sejak kebelakangan ini bebanan dan tekanan kerja yang agak banyak menyebabkan saya kalah.Terlalu banyak yang perlu dibereskan dalam masa yang sama.Mungkin faktor keluarga juga mempengaruhi kerana both of them ada tergolong dalam kes darah tinggi.Saya terpaksa menerima hakikat.Pernah sewaktu melahirkan anak kedua, saya menghadapi tekanan darah yang terlalu tinggi dan melahirkan secara 'cesarean' dan doktor ada memaklumkan jika awak mengandung ada tekanan darah tinggi itulah penyakit awak nanti.Adakah itu menjadi kemungkinan?

Hari ini, ke sekolah sekejap menyiapkan relief cikgu yang berkursus.Setelah selesai ,terus ke klinik membuat pemeriksaan tekanan untuk selama 3 hari berturut-turut.First time, ke klinik bersendirian dan kelihatan terlalu ramai pesakit yang hendak mendapatkan rawatan.So, selepas daftar saya ke bilik 12 untuk mendapatkan bacaan tekanan darah.Alangkah terperanjat kerana tekanannya diluar jangkaan saya(172/123) untuk bacaan pertama dan kali kedua (170/115).Saya termenung kerana inilah bacaan yang paling tinggi saya terima kerana sebelum ini (140/100) atau 130/85.Saya menerimanya dengan reda.MA meminta saya berjumpa dengan doc untuk tindakan selanjutnya.Akhirnya, bukan tiga hari berturut-turut saya perlu ambil tekanan sebaliknya saya diberi makan ubat tekanan darah tinggi dan juga pemeriksaan lanjutan sebulan sekali.Kini saya tergolong dalam kumpulan Darah Tinggi.

Kemudian , saya call husband memaklumkan apa yang terjadi.Dia pun terperanjat kerana tekanan terlalu tinggi.Mungkin dua minggu berturut-turut saya tidak mempunyai rehat yang mencukupi.Namun, semangat untuk terus belajar akan tetap diteruskan juga.Mudah-mudahan tekanan akan berkurangan.Balik terus inform my son,yang saya kini tergolong dalam kategori darah tinggi.Hati sayu kerana my son suruh saya berehat dan tidur dahulu sebaliknya dia terus mengambil kain dalam bakul untuk dibasuh.I love both of you.Waktu hendak turun ke dapur, my son turut sama membantu saya memasak dan semua kerja memasak beres jam 3.30 petang.Thanks, Adik.

Pena Kasih: Penjagaan makanan amat penting tatkala usia menginjak ke 40an.



Friday, August 27, 2010

AKSI MEREKA




Sekembali dari sekolah dan berehat sebentar di rumah.Melepaskan kepenatan dan mengantuk yang teramat sangat.Dari sekolah lagi, ditahan-tahan mengantuk sehinggalah jam berbunyi 11.50 pagi.Apabila semua murid sudah usai,merehatkan diri lagi sambil menyiapkan beberapa dokumen dan surat-surat penting untuk diedarkan kepada semua murid.Dari pagi,banyak betul surat yang dibuat seolah-olah seperti kerani.Namun, bersyukur "skill" menaip yang dipelajari selepas sekolah semasa di tingkatan 5, membolehkan saya menaip dengan pantas.
Apabila semua dokumen dan surat telah beres, tumpuan pula pada kerja-kerja pemantauan dan pencerapan guru dan buku tulis.Semuanya perlu di 'key-in'kan dalam komputer untuk didokumentasikan sebagai bukti berlakunya pemantauan dan pencerapan.Memang letih tapi apabila tanggungjawab telah diamanahkan, kita perlu lakukan walaupun dalam masa yang sama banyak perkara yang perlu disiapkan dengan segera.

Kepenatan masih terasa tetapi apabila emak meminta menolongnya masak, saya tetap tunaikan.
Apabila telah siap semuanya saya meninggalkan emak dengan satu kepuasan.Lebih kurang pukul 4.oo petang,emak mentua call mengajak berbuka puasa di rumahnya kerana anaknya dari KL telah balik.Informed husband dan husband bersetuju untuk pergi.Emak mentua meminta membawa Apiz dan Adif sekali.Lalu memaklumkan kepada Ani yang kami akan mengambil anaknya jam 5 petang.

Sebelum pergi, sempat juga saya meminta anak lelaki memanjat pokok dukong.Haziq begitu teruja memanjat tapi hanya menggunakan tangga sahaja.Pokok yang rendah dan berbuah lebat memudahkan Haziq memetik buahnya untuk dibawa ke rumah emak mentua.Boleh juga diharap anak lelaki mama ..........

Sampai sahaja di rumah Ani, kedua-dua anaknya telah bersiap dengan wajah yang riang untuk mengikuti kami.Tersenyum mereka..........Mulut Apiz tidak berhenti-henti bercakap.Ada sahaja yang ingin ditanya.Pelbagai soalan meluncur keluar dari mulutnya.Adif pula tidak habis-habis menyanyikan Huruf A hingga Z dengan kepelatannya.Sempat juga kami membawa mereka berdua ke bazar ramadhan.Mereka sebenarnya tidak sabar untuk berjumpa dengan Kimi dan Zizi.Itulah yang dikatakan oleh Apiz apabila melihat Pak Udanya lambat membawa kereta.

Pena Kasih:SYukur diatas rezeki yang diberikan....


1


Thursday, August 26, 2010

MEREKA TIDAK DIPINGGIRKAN..


Syawal menjelang tiba.Kemeriahan semakin terasa terutamanya kanak-kanak.Jelas, keceriaan di wajah anak-anak murid.Mereka tidak sabar untuk menyambut lebaran yang akan muncul lebih kurang dua minggu lagi.Namun, tidak semuanya seperti itu.

Warga SKCC tidak ketinggalan untuk memberi sedikit sumbangan dalam bentuk barangan kepada murid-murid yang layak.Ianya bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung.Setiap tahun, tidak kira perayaan untuk orang-orang Melayu, Cina dan India, kami tetap memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Kami tidak meminggirkan mereka.Hanya ini yang mampu kami sumbangkan kepada mereka.Begitu juga dengan anak salah seorang pekerja sekolah ini yang kini masih dirawat di hospital Johor Bahru kerana melecur ditubuh badannya akibat termasuk ke dalam air panas yang sedang dijerang.Anak yang berusia 3 tahun ini, sudah tentu menderita kesakitan akibat terkena air panas.Kami juga tidak meminggirkan mereka.Kutipan diadakan untuk meringankan bebanan ibu bapa mereka.

Pena Kasih:Semoga anak Ina cepat sembuh dan dapat kembali untuk beraya bersama keluarga.

Monday, August 23, 2010

PEMANTAUAN LINUS

Pemantauan LINUS telah dijalankan pada hari ini.Seramai tiga orang pegawai dari PPD telah datang untuk melihat perjalanan kelas LINUS.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik apatah lagi kami sememangnya telah menempatkan guru yang berpengalaman dalam mengendalikan kelas Tahun 1.

Sememangnya tugas untuk mengendalikan kelas Tahun 1 bukanlah semudah seperti yang dijangkakan.Dengan latar belakang dan sosio-ekonomi yang berbeza sudah tentu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengawal mereka.Mereka masih seperti 'childish'.Masih menganggap berada dalam alam tadika lagi walaupun telah hampir 8 bulan berada di alam sekolah yang sebenarnya.Namun, seperti yang dikatakan,guru yang berpengalaman dan berkaliber serta mempunyai nilai-nilai kesabaran amat penting untuk menangani pelbagai masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan licin, kawalan kelas amat penting.Bagi memastikan agar berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif,guru-guru perlu memastikan murid telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran.Pengalaman mengajar di tahun 1 amat menarik tetapi ada kalanya menguji tahap kesabaran kita.Ia menjadi seronok, jika semua murid kelas itu dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis serta mengira apabila sampai di hujung tahun.Tiada yang paling menggembirakan hati seorang guru apabila melihat anak didik mereka berjaya dan mampu mencapai tahap yang dikehendaki.

Saya percaya, guru-guru SKCC mampu melaksanakan tugas dengan baik dan semua guru telah berusaha untuk memastikan anak didik mereka berjaya.

Pena Kasih:Tahniah diucapkan kepada Pn Norlela dan Pn Lim yang telah menunjukkan komitmen yang baik dalam melaksanakan tugasnya.

Saturday, August 21, 2010

BERMULANYA EPISOD BARU

Setelah difikirkan berulang kali sama ada ingin meneruskan pengajian kali ini atau tidak,akhirnya pada hari Rabu saya bernekad untuk meneruskan setelah membuat pembyaran pendaftaran dan pada hari ini bermulakan episod baru saya sebagai seorang isteri,ibu, guru dan juga pelajar.

Setelah hampir dua tahun meninggalkan alam belajar walaupun sebenarnya setiap hari sentiasa belajar dan belajar melalui pengajaran dan pembelajaran tapi kali ini agak berlainan sekali.Penumpuan dan fokus kepada bidang pentadbiran dan pengurusan yang memerlukan persediaan yang rapi.Kali ini,pembelajaran agak berlainan dan perlu lebih komitmen dan komited lagi.

Sesi pengenalan antara lecturer dengan students yang bertujuan untuk mengenali rakan-rakan dalam satu kursus amat penting apatah lagi mungkin ini kali pertama bertemu.Seronoknya, geng kami semasa di USM meneruskan perjuangan.
Mendapat seorang lecturer yang baik dan juga suami yang sentiasa memberikan sokongan dari belakang amat penting.Saya perlu banyak membaca dan membaca untuk kali ini.Buku-buku juga perlu dibaca dan yang menggembirakan saya, pagi lagi hubby telah menyediakan buku-buku yang perlu saya baca.

Apabila berada di kelas, sesi soal jawab dan perbincangan berjalan begitu rancak dan lancar sekali.Maklumlah apabila sudah lama tidak di 'brainstomming' kalut juga dibuatnya.Kena perlu bersedia dengan input-input yang bernas................nampak senang tapi tidak semudah itu.

Balik sahaja terus berbincang dengan suami tentang tajuk-tajuk yang akan dibincangkan.Nampaknya respon suami begitu baik dan dia berjanji akan membantu saya mencarikan bahan-bahan untuk saya tapi bersyarat iaitu kini saya perlu menumpukan kepada pelajaran disamping anak-anak.O.k saya bersetuju dengan syarat tersebut.

Pena Kasih :Betulkan niat untuk belajar.......

Wednesday, August 18, 2010

CERITA ANAK-ANAK

Almost every day, my daughter akan membuat panggilan atau saya sendiri yang akan memanggilnya.Bertanya itu dan ini.Bukan apa,untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan.Semalam, dia memaklumkan kepada saya ada sejenis serangga menggigit badannya .Saya bertanya serangga apa dan disebutnya.Tapi ,saya memang tidak pernah mendengar serangga tersebut.Kemudian, saya memintanya menyembur tempat tidurnya sebelum tidur untuk mengelakkan serangga mahupun nyamuk berdendang dan mengalunkan bunyi di telinganya.Keselamatan diri dan kesihatan perlu juga dijaga.

Lain pula ceritanya dengan anak lelaki yang memang jarang menceritakan apa yang berlaku di sekolahnya sehinggalah mak ngahnya memaklumkan sekali lagi dia dan rakan-rakannya dirotan kerana tidak memakai pakaian uniform yang lengkap.Just baju t-shirt berkolar dan berseluar panjang(tapi masih dalam pakaian uniform).Sebelum ke sekolah, saya menegurnya kerana tidak memakai pakaian uniform yang dikatakan panas dan dia memberitahu saya cikgu ada mengatakan bahawa tidak apa pakai t-shirt untuk bulan puasa.Sesampai di sekolah lain pula ceritanya.Semudah itu dibulan mulia ini, mengambil tindakan merotan tanpa ada perasaan timbang rasa dan belas kasihan kepada anak-anak didik.Kadang-kadang sebagai seorang guru, kita kena fikir sebelum mengambil tindakan.Memang, anak saya jarang menceritakan apa sahaja perkara yang berlaku di sekolah.Memang tidak dinafikan ada ibu bapa semangnya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan tapi mereka mengambil sesuatu itu secara positif.Begitu juga dengan saya,selagi tidak mencederakan dan kadang-kadang saya lihat ia meninggalkan bekas setiap kali dirotan, saya biarkan ia berlalu begitu sahaja.Mungkin memberikan pengajaran kepada anak saya.Setiap yang dilakukan juga ada peraturannya dan tidak semua guru diberikan amanah untuk merotan anak murid sesuka hati.

Pena Kasih:Hendak menjentik anak murid pun kena fikir dua tiga kali kerana ibu bapa sekarang bukan seperti ibu bapa dahulu.



NEKADKU

Menjadi satu rutin tugas setiap kali hadir ke sekolah menyiapkan 'relief' untuk guru yang tidak hadir kerana tugas rasmi.Terfikir juga dari pukul 6.30 pagi, sehinggalah ke tengah hari tidak berhenti-henti menyiapkan beberapa tugas yang melibatkan fail-fail dan juga surat-menyurat sehinggakan kadang-kadang surat yang penting terlepas pandang.

Hari ini, memang terasa penatnya.Kepenatan tetapi gembira kerana banyak juga kerja yang telah disiapkan.Memantau buku-buku tulis anak murid yang dihantar oleh guru-guru seperti yang telah dinyatakan agar tidak ada yang terlepas pandang.

Hari ini juga saya menghadiri pendaftaran Ijazah sarjana Pengurusan dan Pentabdiran anjuran UTM yang telah menjadi satu nekad kepada saya.Walaupun mungkin saya akan menghadapi pelbagai rintangan dan kekangan,insyaAllah saya akan cuba atasi.Setiap hari Sabtu dan Ahad,saya perlu menghadiri kuliah pada minggu pertama dan ketiga.Semoga Allah permudahkan perjalanan urusan saya.Hari ini, mendengar sedikit taklimat dan berakhir jam 5.30 petang.Bergegas pulang bersama Ikin kerana hubby juga mempunyai program bersama studentsnya di Shah Alam.Namun, saya sempat membeli juadah berbuka puasa di luar bersama hubby.Ramai juga yang mengikuti program tersebut.Muda-muda lagi.Saya terfikir, bukan faktor usia yang hendak difikirkan tapi yang penting ilmu yang akan diperolehi itu.

Mula-mula, emak mengajak kami berbuka puasa sahaja di rumahnya tapi kami menolak perlawaan emak kerana tidak mahu menyusahkannya.

Pena Kasih :Nekad setelah mendapat sokongan dan dorongan daripada husband.

Tuesday, August 17, 2010

SENYUMAN


Ya.....sekuntum senyuman sudah cukup membuatkan hati kita gembira.Walaupun tidak dikenali tetapi mengukir sebuah senyuman seolah-olah kita mengenali mereka.Cuba kita laku dan lihat reaksi mereka.Walaupun adakalanya senyuman itu tidak berbalas tetapi tidak mengapa.Senyuman itu sedekah.

Walaupun ada kalanya kita berada dalam situasi tertekan,tetapi biarlah kita ukirkan senyuman apabila bersama dengan sesiapa sahaja apatah lagi apabila kita ke tempat orang.Bukan pangkat yang dipandang orang tapi budi bahasa itu penting.Selagi kaki kita melangkah ke tempat orang,hadirlah bersama dengan sebuah senyuman.

Saya pernah melakukan itu kepada orang yang tidak dikenali.Mereka tetap mengukirkan senyuman.Tidak rugi.......

Pena Kasih :Senyuman juga merupakan saslah satu senaman muka.

Monday, August 16, 2010

RAMADHAN KE-ENAM

Sudah enam hari kita berpuasa.Syukur alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Kalau dahulu, setiap hari saya akan ke bazar Ramadhan.Membeli juadah berbuka puasa iaitu kuih-muih sahaja.Namun, pada tahun ini saya baru sekali menjejakkan kaki ke sana.Entah, pada kali ini saya kurang teruja untuk ke bazar Ramadhan seperti tahun-tahun sudah.Hubby selalu juga mengajak ke sana tapi saya sering menolaknya secara berhemah.Akhirnya, hubby pergi bersama dengan anak lelaki kami.

Kesesakan di bazar juga menyebabkan saya tidak tahan.Rimas dibuatnya.Kadang-kadang hanya sekadar melihat sahaja apa yang dijual di bazar.

Pena Kasih:Syukur dengan nikmat yang diberikan.

Saturday, August 14, 2010

PANGGILAN

Deringan telefon jam 10.30 pagi,meminta saya ke rumah bapanya.Meminta memujuk isterinya yang tidak mahu makan ubat.Ketika itu, setelah selesai mengemas rumah dan berchat sekejap dengan Along yang sedang beronline buat seketika .Menanya khabar dan menasihatinya agar menjaga diri dengan baik nun jauh di sana.

Hubby and his son masih lagi berbaring sambil menonton televisyen.Meminta keizinan sekali lagi untuk pergi ke rumah 'cousin' untuk membantu meringankan bebanannya seketika setelah puas memujuk his wife yang masih enggan makan ubat.Anak lelaki yang mendengar saya hendak menunggang motosikal ingin ikut sama kerana bimbangkan keselamatan saya.Akhirnya, emak saudara menelefon dan mengajak saya pergi melihat kakaknya lalu saya meminta dia menghantar saya ke rumah 'cousin'.Sesampainya, saya meminta dia makan ubat tapi tidak diendahkan langsung.Sebaliknya, dia menjauhkan diri daripada saya.

Lama juga saya di sana.Memujuk dirinya dengan pelbagai cara dan dia lebih bersikap agresif.Saya bacakan ayat Qursi dan meminta dia mengucap tapi begitu sukar untuk dia melafazkannya.Saya pujuk dia tapi sukar baginya.Agak degil juga dikirakan.Akhirnya, saya baca ayat Qursi dan dihembuskan di ubun-ubunnya seperti mana saya lakukan kepada emak bila keadaan tidak sedar beberapa tahun dahulu.Lantas,dia meminta saya menjauhikan diri daripada nya.Saya cuba dekati juga dan saya baca banyak kali dan mengajar dia mengucap.Tapi kedegilannya amat sukar untuk dipujuk.Dia memang tidak mahu langsung mendekati dirinya kepada saya.

Kemudian , kami bergerak ke rumah emaknya pula.Ternyata air mata ini mengalir sedih melihat wajah emaknya yang juga sakit ketika ini.Antara sedar dan tidak sedar.Sempat juga saya mengemas rumahnya.Melihat wajahnya dan wajah anaknya yang kini juga sakit,memang tanpa disedari air mata berjujuran keluar menginsafi diri ini.Kasih sayang seorang ibu terhadap anak begitu juga kasih sayang anak terhadap ibu amat penting.

Pena Kasih :Sentiasa berdoa agar kedua-dua insan ini akan cepat sembuh.

Friday, August 13, 2010

KASIHAN

Hari ini selepas menyiapkan juadah untuk berbuka puasa,menerima panggilan telefon daripada 'cousin'meminta ayah ke rumah bapanya.Isterinya yang merupakan 'cousin' saya telah mengalami penyakit misteri yang tidak tahu puncanya.Saya terus memaklumkan kepada ayah akan hasrat 'cousin' untuk meminta pertolongan ayah dan emak untuk menjaga isterinya .Saya pun memaklumkan kepada hubby untuk turut sama mengikuti emak dan ayah.

Sampai sahaja dilihat my cousin berada dalam keadaan gelisah tanpa haruan.Kegelisahannya jelas terbayang di wajahnya.Menurut husbandnya, his wife nearly 2 months tidak tidur malam.Just imagine,jika dua hari tidak tidur sudah tentu rasa badan tidak selesa.Melihat wajahnya terasa sayu,Dia memberitahu saya yang dia keliru.Saya katakan 'apa yang dikatakan keliru 'tapi dia tidak memberikan jawapan.

Saya meminta dia meluruskan tangannya.Ternyata tangannya menggigil dan saya dapati dia memang tidak ada semangat.Kasihan betul melihatnya.Kalau selama ini, soal menggaji al-Quran memang telah menjadi rutin hariannya.Mengajar kanak-kanak menggaji tapi kini dia seolah-olah lupa itu semua.Saya suruh dia membaca ayat Qursi tapi dia gagal mengingat ayat tersebut dan saya mulakan di awalnya lalu dia mengikutinya.

Sementara menunggu seorang ustaz datang, dia bercerita sedikit demi sedikit.Saya meminta dia banyak membaca Yassin dan juga membaca ayat Qursi sebagai pendinding dirinya.Mengingatkan anaknya agar membantu ibunya membaca ayat-ayat suci al-Quran.Belum pun ustaz sampai, dia sudah berada dalam kegelisahan.Apabila ustaz sampai dia bertambah gelisah dan takut dan kami terpaksa memegang dan menenangkannya.


Pena Kasih :Penyakit hendak datang cepat, tapi hendak pergi lambat.Namun,setiap yang datang itu adalah ujian Allah kepada kita.

Thursday, August 12, 2010

AZAM

Keazaman untuk menyambung pelajaran begitu kuat sekali apatah lagi dengan dorongan daripada insan yang tersayang.Saya tidak perlu untuk menoleh ke belakang lagi.Perlu maju ke depan.Biarpun pelbagai kata-kata yang muncul,insyaAllah saya teruskan perjuangan ini.Dorongan daripada suami amat penting begitu juga anak-anak .Setakat ini, mereka tidak pernah menyusahkan saya.Sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USM dahulu, saya tinggalkan mereka ketika mereka memerlukan belaian daripada seorang ibu.Tapi , saya katakan kepada mereka, mama juga mempunyai azam tersendiri.Syukur, dengan adanya komitmen daripada ibu dan bapa serta mak mentua,saya dapat lakukan juga.

Baru-baru ini saya juga telah dipelawa oleh seorang pensyarah di sana untuk meneruskan pengajian di USM.Mengambil sarjana dalam bidang Sejarah.Saya menolaknya secara berhemah memaklumkan kini saya akan meneruskan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di bawah UTM.Dia menyokong.Suami yang terlalu beria-ia meminta saya meneruskan pengajian.Sokongan daripada belakang amat penting.Assignment,saya rasa tidak menjadi masalah kerana suami mempunyai banyak bahan berkaitan dengan kursus tersebut.

Saya juga telah memaklumkan kepada emak tentang hasrat untuk melanjutkan pelajaran lagi.Emak merestuinya.Dulu, memang saya terlalu ingin menjejakkan kaki untuk belajar di universiti tapi mungkin rezeki saya tidak ada ketika itu.Hasrat untuk mengambil ijazah disuarakan kepada suami dan akhirnya rezeki saya tetap ada.Kalau dahulu, tengok rakan-rakan ke universiti, impian untuk melangkah ke sana begitu kuat sekali.Mungkin rezeki saya ke bidang perguruan dan bersyukur dengan apa yang diberikan.

Hari Rabu ini akan bermula pendaftaran untuk belajar dan kelas bermula pada 21 Ogos ini.Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk melangkah setingkat lagi demi sebuah perjuangan dan impian diri dan keluarga.

Pena Kasih:Terima kasih untukmu, Ayang.Banyak yang dikorbankan semata-mata untuk memastikan isterimu meneruskan pengajian.Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.InsyaAllah.

MASIH TERSIMPUL HASAD DENGKI

SubhanaAllah.......jauhi daripada sikap ego,sombong dan berlagak apatah lagi tidak menyenangi dengan seseorang itu.Entah apa yang masih tersirat di hati dan fikiran mereka.Masih ada lagi sikap-sikap negatif walaupun telah hampir kepenghujung usia.

Aku sentiasa memohon kepadaMu,Ya Allah dijauhilah sifat-sifat munafik yang tidak disukai olehMu.Biar pun ada di luar sana yang masih tidak menyenangi dengan cara kehidupan kami, aku bermohon kepadaMu, Ya Allah, Engkau buka pintu hatinya agar sentiasa mengingatiMu, agar takut denganMu, Ya Allah.Biar pun ada tersimpul hasad dengki di hati mereka, aku redha.Itulah dinamakan manusia.Mereka tewas dengan mainan syaitan.Mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.Mereka ini pengecut, Ya Allah.

Aku sentiasa bermohon kepadaMu, Ya Allah.Kau tetapkan imanku,agar tidak seperti mereka.Takut untuk berhadapan, takut untuk menerima realiti kehidupan sebenarnya.
Kebenaran itu tetap ada.Allah memilih orang-orang yang sabar dan diujiNya.KepadaMu, Ya Allah, aku bermohon agar dijauhi sikap hasad dengki apatah lagi di bulan mulia ini.Biarlah mereka hanyut dengan perasaan tersebut kerana mungkin belum terbuka hatinya untuk berubah.

Pena Kasih:"Kawan makan kawan............" itulah kata-kata yang dilemparkan oleh seorang individu sebelum mengakhiri perbicaraanya.

Tuesday, August 10, 2010

SEBAGAI PANDUAN

Lawatan nazir ke sekolah sejak hari Isnin dan Selasa untuk pemantauan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.Perjumpaan kali pertama bersama semua GPK dan juga KP mata pelajaran serta Guru Besar adalah untuk memaklumkan tujuan asalnya adalah untuk menjalankan 'core-business'nya sebagai seorang nazir.

Pertemuan secara ringkas dan singkat untuk kami membuat persediaan keperluan yang hendak dipantau terutama berkaitan dengan dokumen-dokumen panitia dan alhamdulillah kami dapat menyediakannya.Mungkin ada kekurangan dan kelemahan daripada pihak sekolah kerana semenjak saya bertugas di sekolah ini,boleh dikira berapa kali pihak nazir datang memantau.Kalau datang hanyalah untuk memantau guru cemerlang dan guru besar cemerlang sahaja.Kehadiran Tn Hj, sekurang-kurangnya memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada pihak pengurusan untuk membaiki kelemahan yang ada.

Saya tertarik dengan cara pihak nazir menegur secara berhemah tanpa mengguris perasaan sesiapa dan secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk membaiki kelemahan yang ada.Sebagai pihak pentadbir, saya akui juga banyak yang perlu saya pelajari terutama berkaitan dengan pengurusan kurikulum.

Alhamdulillah,hanya sedikit sahaja yang perlu kami betulkan kerana semua dokumen dan maklumat telah kami sediakan sebaik mungkin.
Seramai tiga orang guru telah dipantau pengajaran dan pembelajaran mereka.Pihak nazir begitu berpuas hati dengan pengajaran guru-guru tersebut dan saya sendiri akui mereka yang sebelum ini dipantau oleh kami, dapat melaksanakan P & P dengan baik.Tahniah .

Saya akui, sesibuk manapun pengorbanan guru amat dihargai.Mereka sebenarnya tidak berkira dan merungut apatlah lagi mengeluarkan duit kocek sendiri semata-mata untuk memastikan anak didik berjaya.Kalau kelas tambahan, murid-murid dikenakan bayaran amat rendah sekali jika dibandingkan dengan sekolah lain .Guru-guru saling bekerjasama dan tidak berkira soal-soal kewangan kerana diakui sekolah berstatuskan bantuan modal sudah tentu banyak kekurangannya jika dibandingkan dengan sekolah kerajaan.Namun,bukan itu menjadi keutamaan tetapi yang penting niat kita untuk membantu murid-murid sekolah ini.

Pena Kasih: "kita perlu berhati-hati dengan kawan sendiri kerana kadang-kadang kawan sendiri yang makan kawan sendiri"..............terlalu dalam makna penuh simbolik.

Sunday, August 8, 2010

PC FAIR


Gambar hiasan

Gambar hiasan
Sejak semalam hubby ajak ke Muar.Bukan apa sekadar untuk melihat pameran PC Fair yang diadakan di Jubli Intan.Tapi disebabkan semalam hari sekolah dan kepenatan,so kami tangguhkan perjalanan pada hari ini.

Seawal jam 9.00, kami bertolak.Ingatkan hendak singgah di Bukit Gambir.Tapi saya rasa itu tidak penting.So, kami teruskan perjalanan ke Muar.Melihat keindahan di kawasan tepi jalan di Muar.
Kami sampai di bangunan tersebut tetapi ia dibuka jam 11.00 pagi.So,hubby ajak ke shopping Complex.Ambil kesempatan membeli baju..........siap hubby kata....mama ni mesti dapat apa yang dikehendaki.Peluang.....peluang jangan dilepaskan janji duit sendiri tidak keluar.

Selepas itu, kami ke PC Fair.Tengok gelagat suami dan my son membeli barang-barang berkaitan dengan komputer.Just tengok aje dan layan aje........Hampir dua jam kami berada di sana dan suami mengajak ke Melaka tapi saya tidak berminat untuk meneruskan perjalanan..............dah dapat apa yang dikehendaki......tak perlu ke tempat lain.

Dalam perjalanan pulang,kami singgah di kedai bunga untuk membeli bunga kertas.Semangat untuk menanam semula bunga.Hubby yang berminat dengan bunga ros tidak dapat membelinya kerana kedai itu tidak menjual bunga ros.

Perjalanan diteruskan sehinggalah ke Tangkak dan hubby sempat singgah di Fajar Tangkak dan membeli beberapa helai baju.Layan aje........Hubby juga mengajak saya ke sebuah butik di Tangkak untuk membelikan saya baju tapi saya menolaknya.Lagi pun ada beberapa pasang kain yang masih belum ditempah lagi......My tailor dah tak mahu ambil tempahan kerana sudah banyak dan akan ambil after raya.........

My son merengek-rengek hendakkan HP baru.Kami berjanji akan membelikan untuknya pada hari jadinya dan meminta dia menumpukan perhatian pada pelajarannya dahulu.

Pena Kasih:Thanks hubby for everything.

Friday, August 6, 2010

SEJUKNYA HATI MAMA....................

Seperti biasa,hari Jumaat saya akan balik agak lewat dari sekolah.Jam 2.00 petang barulah meninggalkan perkarangan sekolah setelah semua murid POL balik.Selama 2 jam lebih berada di sekolah, banyak juga kerja yang dapat dibereskan.

Hari ini juga saya menerima panggilan telefon daripada nazir sekolah yang akan melawat ke sekolah pada minggu hadapan selama dua hari.Setelah memaklumkan kepada semua guru akan kehadiran pihak nazir ke sekolah, saya telah memastikan semua fail dan juga jadual untuk dipantau oleh nazir.

Setelah semua murid meninggalkan perkarangan sekolah, saya menunggu pula kehadiran suami dan anak untuk mengambil saya.Biasalah, malas untuk memandu kereta.My boy telah menyuarakan hasrat hatinya untuk menyuruh ayahnya membaiki basikalnya yang telah lama terbiar dan rosak.Ayahnya berjanji akan membaikinya.Hasrat itu diluahkan kerana katanya,ramadhan hampir tiba dan kita hendak bersolat di masjid.Syukur alhamdulillah itulah luahan dari hatinya sendiri tanpa dipaksa.Adik, nak tahu sejuk hati mama pada hari ini mendengar luahan anak mama.Niat murni untuk mengerjakan solat di masjid.

Mulai bulan Ramadhan , kita hendak pergi ke masjid dengan menunggang basikal walaupun sebenarnya saya tahu dia ingin seperti kawannya memiliki sebuah motosikal.Lalu saya menyampuk, adik ikut Tok Yah bersolat di masjid apabila tiba waktu asar, maghrib dan Isyak jika tidak keuzuran.Kita hendak pergi sendiri dengan menunggang basikal.Mama hendak adik lakukan sebagaimana apa yang dituturkan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam sahaja.Tersenyum dia, apabila saya menyebut perkataan tersebut.

Bulan Ramadhan ini adik gunakanlah sebaik mungkin dengan pengisian yang berfaedah.Berdoalah kepada Allah dan semasa sujud doa dan pintalah apa yang adik hendak kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya.Selain berdoa, adik perlu juga berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana PMR hampir tiba.Setiap hari, mama sentiasa mendoakan agar anak-anak mama menjadi manusia yang baik, mendengar kata-kata ibu bapa dan yang pastinya mama selalu mendoakan agar kalian tidak lupa kepada Allah.

Untuk memiliki sebuah motosikal itu bukanlah menjadi keutamaan walaupun rakan-rakan adik mentertawakan adik kerana tidak pandai menunggang motosikal.Mama tahu adik pernah menunggang motosikal tetapi adik perlu fikir kenapa ayah tidak membenarkan adik memiliki motosikal.Kasih sayang seorang ibu dan ayah ..................perlu adik fahami.

Pena Kasih:Teringat belajar menunggang motosikal terus termasuk di celah-celah pokok pisang.

Thursday, August 5, 2010

RAMADHAN MENJELANG TIBA

Tinggal beberapa hari sahaja kita akan menyambut bulan Ramadhan.Tidak sabar untuk menyambutnya,kata Haziq sewaktu kami makan.Ma, tinggal beberapa hari lagi aja kita makan pada waktu siang.Kami tersenyum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Haziq.

Setiap kali bulan Ramadhan muncul, Haziq lebih teruja.Mungkin suasana di bulan Ramadhan itu sendiri menyebabkan seseorang itu tidak sabar untuk menantinya.Kalau tahun dahulu, kami pergi dari satu masjid ke satu masjid untuk menunaikan solat Tarawih tapi kali ini , kami bersyukur kerana masjid di kampung ini telah boleh digunakan untuk mengerjakan solat.

Tapi kali ini, sambutannya berbeza kerana Along yang selama ini ada bersama tidak dapat menyambutnya.Along terpaksa menyambut keseorangan di perantauan nun jauh di utara.Mungkin dia akan terasa suasana yang berlainan.Namun, mama percaya Along boleh menerima keadaan yang sebenarnya.Bersama-sama dengan kawan-kawan sudah tentu lagi menggembirakannya.Yang pastinya,Mama berharap Along tabah menjalani ibadah puasa di sana begitu juga harapan Mama agar Along mencari ruang untuk menunaikan solat tarawih di sana bersama dengan rakan-rakan.

Pena Kasih:Bersyukur di atas nikmat yang diberikan

Wednesday, August 4, 2010

BIARKAN......................


Apapun yang ingin diperkatakan ...............kita biarkan dia dengan sandiwaranya.Bebas untuk berkata-kata .Bebas untuk memberi sebarang maklumat yang dirasakan sudah cukup puas dan memuaskan hati.Mungkin ada yang tersirat yang tidak begitu memuaskan hatinya.

Selagi kita bergelar manusia itulah yang kita akan lalui.Lumrah kehidupan dan sesungguhnya kita perlu belajar daripada pengalaman.Belajar untuk mengenal manusia.Belajar mengenal manusia yang boleh didampingi dan tidak boleh didampingi.

Kata-kata ego yang dilemparkan sudah cukup untuk mengetahui diri orang itu.Tidak pernah untuk mengaku kesalahan sebaliknya tetap menegakkan benang yang basah.Tidak pernah untuk merenung jauh akan diri sendiri sebaliknya tetap menyalahkan orang lain.Manusia...manusia.

Pena Kasih:Hubby sering mengingatkan agar lebih berhati dalam tutur kata dan hanya bercakap dan bertanya yang perlu sahaja.

Tuesday, August 3, 2010

CERPEN


Hasil penulisan yang tersiar..
Kadang-kadang tanpa disangka penulisan yang dikatakan santai itu boleh mengundang rasa tidak puas hati seseorang.Kegelisahan jelas terbayang daripada setiap patah perkataan yang diamatinya dan mungkin memberikan kesan kepada seseorang individu.

Kini, saya sedang dalam proses menyiapkan cerpen pendek berdasarkan pengalaman hidup.Apatah lagi mendapat sokongan daripada 'hubby' yang sentiasa ingin melihat cetusan penulisan saya.Belum pun apa-apa sudah mendapat respon yang agak melucukan daripada seseorang yang entah dari mana muncul kelibatnya tanpa diundang.

Pengalaman hidup,pahit manis memberikan satu idea kepada saya untuk menulis.Cerita bersantai tapi mengundang seribu kepahitan dan seterusnya mengenali diri seseorang itu dengan lebih dekat lagi.Masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini kata-kata yang begitu menyakitkan hati ini.Namun,semua itu dijadikan satu pengajaran kepada saya.Biar pun ianya ingin dipenyapkan daripada kotak fikiran ini, namun setiap kali wajahnya muncul peristiwa itu tetap bermain di fikiran.
Pena Kasih :Buat kali pertamanya penulisan tersiar di sebuah majalah....

Sunday, August 1, 2010

NILAI KASIH SAYANG


Sudah hampir dua minggu, Along berada di perantauan.Menuntut ilmu.Pelbagai kata nasihat diberikan agar ia sentiasa lekat di mindanya.Melepaskan anak perempuan nun jauh di utara sudah tentu membimbangkan.Itulah hakikatnya.Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu.

Keresahan dan kegelisahan memang tidak dinafikan.Masih bermain-main difikiran ini apakah yang sedang dibuatnya?Setiap hari, lebih daripada dua kali menghantar mesej.Subuh,tengah hari, petang dan malam sentiasa mengingatkannya.Mengingatkannya menunaikan solat, menggaji dan menjaga maruah sendiri dan keluarga.

Tidak itu juga, saya sentiasa mengingatkan agar menjaga makan dan minum agar tidak sakit kerana kesibukkan.Kalau keluar ke bandar, mengingatkannya agar keluar beramai-ramai dan maklumkan kepada mama sekiranya keluar.Itulah nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki.

Setiap kali berinteraksi,saya sering mengingatkan agar sentiasa menjaga disiplin diri terutama kerja-kerja kursus yang diberikan.Tidak faham berbincang dan bertanya kepada pensyarah.Setakat ini, saya memang tidak lupa mengingatkan dirinya supaya tidak menangguhkan kerja-kerja kursus yang diberikan.

Bila sudah berminat dengan kerjaya guru teruskan perjuangan sebagai pendidik yang cemerlang.

Pena Kasih:Sentiasa ingat-mengingati.Yang pastinya....dia bertambah ceria di sana.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails