Saturday, November 14, 2009

............GELINYA


Rumah tempat buangan kucing.Sudah ada beberapa ekor kucing menetap di rumah saya.Saya memang tidak menggemari untuk membela kucing.Disebabkan kesibukkan,saya tidak menyedari kini sudah ada lima ekor kucing berkeliaran di beranda saya.Tidur di kerusi dan membuat kotor.
Hari ini operasi membersihkan kawasan luar rumah.Beranda rumah perlu dibasuh.Terdapat bulu kucing dan najis yang bersepah-sepah...............ah....menggelikan.Setiap hari saya perlu mengemop beranda rumah.Saya geli untuk pijak lantainya.

Bau kencing kucing sesekali terhidu.Merimaskan.Nampaknya,saya tidak mempunyai pilihan lain dengan menghantar kucing itu ke tempat lain.Meminta suami dan anak lelaki saya menangkap kucing-kucing tersebut.Saya tidak mahu terus menanggung dosa, memarahi kucing.

Kadang-kadang ianya memahami yang saya tidak sukakannya.Setiap kali terlihat kelibat saya lalu, cepat-cepat ia menyorokkan dirinya.Memang dari dulu saya tidak suka untuk membela kucing.Berbeza dengan anak lelaki saya yang begitu penyayang pada haiwan terutama kucing.Disediakan tempat tidur kucing dan diberikan makan.Adakalanya, memandikan kucing tersebut.Bulu-bulu kucing yang bersepah-sepah menambahkan kegelian saya.
Di luar rumah, tidak boleh cerita dengan najis yang bersepah-sepah dan sedikit sebanyak menjejaskan ketenangan kita.Setiap kali saya bising,suami dan anak-anaklah yang membuangkan najis itu.Mereka faham........memang saya tidak suka !

Pena Kasih:Kasihan anak-anak dan suami menjadi mangsa jika saya mula bising.......


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails