Sunday, September 23, 2012

PERJUMPAAN ADIK-BERADIK

Hari ini, adik-beradik emak berkumpul di rumah emak.Perjumpaan yang menarik.Semua adik-beradik mereka berkumpul kecuali Mak Utih dan Pak Usu sahaja.Alhamdulillah, mereka bersepakat untuk hadir dan pertemuan yang  amat bermakna sekali.


Kesedihan begitu terasa apabila Mak Ngah tidak lagi dapat bersama mereka.Allah sayangkan Mak Ngah dan hampir dua bulan emak Ngah meninggalkan kami semua.Meninggalkan adik-beradiknya yang sentiasa mengambil berat terhadap kesihatannya.

Kata-kata sepakat yang diambil bermakna ikatan ukhwah antara keluarga akan dijaga, terus dijalinkan agar tidak ada persengketaan.Biasanya rumah emaklah tempat mereka berkumpul.

Walaupun datuk dan nenek kami telah lama meninggalkan kami, tetapi ikatan kekeluargaan akan terus dikekalkan.Bak kata pepatah Air dicincang tidak akan putus.ALhamdulillah, kami mempunyai emak saudara dan bapa saudara yang baik.Setiap kali hari raya atau apa sahaja majlis yang diadakan di rumah emak, mereka akan hadir.Membantu apa yang patut.InsyaAllah, kami akan sentiasa menjaga ikatan ini agar ianya akan terus berkekalan.Yang muda menghormati yang tua...hilangkan keegoan masing-masing sebaliknya muhasabah diri dan merenungi diri sendiri.Kita memang ada salah dan silap...tapi kesilapan itulah yang perlu dibetulkan agar ianya tidak berpanjangan.Kadang-kadang apabila yang tua menegur,dia memperbetulkan kita, mengingatkan kita kerana kita bukanlah sesempurna sebenarnya.Banyak kekurangan diri kita...tapi emak saudara seperti emak sendiri, bapa saudara seperti ayah kita.Dengarilah nasihat mereka.Begitu juga, apabila adik-beradik menegur itu bermakna mereka masih sayangkan kita.Emak aku selalu menegur adik-beradiknya tapi  mereka tidak pernah mengambil hati kerana akhirnya mereka akan menjadikan emak dan ayah aku sebagai tempat mereka mengadu.Aku ingat pesan nenekku, apabila orang menegur itu  bermakna mereka sayangkan kita...jika teguran kita tidak boleh diterima itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.

Majlis pertemuan berakhir dengan bacaan doa yang diketuai oleh ayahku..

PENA KASIH:

Mengambil berat ahli keluarga kerana aku sayangkan mereka.

Tuesday, September 18, 2012

HIDUP JANGAN DIPERSIAKAN

Hatiku tersentuh.Bergenang air mata di saat melihat wajahnya.Dulu ceria tapi kini berubah....kerutan di dahi jelas membayangkan penderitaan yang ditanggungnya.Berkali-kali dia memperkatakan .."engkau tidak tahu penderitaan yang aku tanggung".Aku tahu tapi aku biarkan dia mencurahkan segala-galanya.Mencurahkan apa yang tersirat di hatinya.Hanya yang mampuku katakan ...kuatkan semangat dan berdoalah setiap malam.Sepertiga malam itu amat baik untuk kita memohon diberikan kesihatan yang baik,dipermudahkan segala urusan,diringankan penderitaan..Mengadulah kepadaNya...

Kehilangan orang yang disayangi sudah tentu meragut kebahagiaan dan keceriaannya.Kini, tiada apa yang hendak diperkatakan.Namun, yang ada hanyalah kenangan manis di saat kebahagiaan diberikan kepada kita.Namun, apabila sekelip mata sahaja ditarik  nikmat kebahagiaan, kesannya begitu pedih sekali.Tiada kata-kata manis daripada insan yang disayangi.Tiada lagi gurau ketawa..yang ada hanyalah kenangan yang sememangnya sukar untuk dilupakan.

Renungan mata memandangku sudah jelas menunjukkan betapa peritnya penderitaan yang ditanggung.Tiada tempat untuknya mengadu.Namun, aku  bersyukur kerana akhirnya kepadaNya tempat dia mengadu.Tempat dia meluahkan segala-galanya.Tempat dia memohon diringankan penderitaan yang ditanggungnya.Setiap malam, dia mengadu kepadaku...bangun melakukan solat.Memohon diringankan penanggungannya kerana tidak tertahan.

Padaku tempat diluahkan segala-galanya.Ada sesuatu yang ditunjukkan kepadaku.Andai kata dia pergi......pastinya tempat itulah yang akan kutuju.Sekali lagi aku sebak...air mataku terus bergenang.Aku tidak sangka kerana aku diberi kepercayaan.......sambil tangan terketar-ketar menunjukkan sesuatu kepadaku.

Di saat aku meminta izin untuk pulang, dia cuba menahan tapi apakan daya....aku terpaksa pergi kerana urusan penting.Namun ,aku percaya dia akan sembuh seperti sediakala.Kekuatan semangat yang sentiasa diberikan ...membangkit kesedaran kepada dirinya.

Anak-anak janganlah dipersiakan kehidupannya.Sayangilah selagi dia masih ada.Hubungilah dan dengarilah suaranya.Suatu hari kita akan merindui suaranya.Suatu hari kita akan merindui gelak ketawanya....Jangan sesekali kita menyimpan dendam kepada insan-insan yang disayangi...renungilah kebaikannya.


PENA KASIH :

Sesekali datang kerinduan suamiku terhadap ayahnya....Al-Fatihah.


Sunday, September 16, 2012

KISAH DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu yang sibuk...penuh dengan pelbagai aktiviti.Majlis perkahwinan mahupun rumah terbuka di penghujung syawal.



Pagi lagi kumpulan yassin kampungku telah berada di rumah adik-beradik Mak Long Gelimah dan aku  juga tidak ketinggalan hadir bersama ke majlis tersebut.Membantu apa yang patut sebelum mengambil keputusan balik awal.

Malamnya baru kami bergerak ke rumah Ani.Dua kali mereka menelefon bertanyakan bila untuk hadir ke rumah mereka.So, kami memaklumkan kepadanya bahawa kami lewat sedikit hadir ke sana kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Ani menjamu sate, sayur lodeh, nasi beringin dan pelbagai lagi kuih-muih.Enak...

Sebelum itu, saya ke majlis rumah terbuka En Zahari......


PENA KASIH:

Berat bertambah di bulan syawal......

Saturday, September 15, 2012

MAKAN LAGI...



Hujung minggu yang penuh dengan undangan.Undangan majlis kahwin dan juga rumah terbuka masih banyak lagi.Kadang-kadang tidak larat juga dibuatnya tapi apabila memikirkan bahawa kita hidup memerlukan masyarakat.Orang-orang yang disekeliling kita penting untuk kita campuri.

Hari ini, saya pergi ke dua majlis perkahwinan.Menemani ibu mertua yang ingin ke majlis tersebut.Di batu 8 dan juga di Felda Moakil.
Perjalanan melalui Bukit Kepong begitu cepat sekali.Tiada banyak kereta lalu lalang menyebabkan perjalanan kami lancar.Saya tertidur sepanjang perjalanan.... biasalah memang kaki tidur jika naik kereta.Keletihan sebenarnya selepas mengemas luar rumah dan dalam pada hujung minggu.

Sampai sahaja, atok perempuan sudah menunggu.Pelukan erat dan tidak menyangka kami hadir ke rumahnya.Berjumpa dengan atok Dollah yang nampak ceria berbaju melayu hijau.Berbual-bual seketika sebelum kami beredar meninggalkan majlis tersebut.Seronok melihat suasana Felda Moakil.


PENA KASIH:

Minggu depan jalan lagi......

Friday, September 14, 2012

IBU

Syurga di bawah tapak kaki ibu...itulah ayat yang didengari pada pagi subuh ini.Mukadimah  Subuh pada waktu pagi ini menyentuh hatiku terutama berkaitan dengan soal ibu.
Syukur banyak ilmu yang kita pelajari dekad ini......setiap hari ada sahaja sesuatu ilmu yang baru dipelajari.Melalui media elektronik yang tidak putus-putus menyiarkan siaran yang berbentuk keagamaan.Inilah peluang untuk kita menambah ilmu dan menginsafi diri kita yang kadang-kadang alpa dengan kesibukan kita.Malah ada kalanya kita menganggap ianya sesuatu yang remeh tapi sebenarnya begitu bermakna sekali.

Ibu....itulah ungkapan yang sering kita sebut selagi  mereka ada.Malah apa jua panggilan sama ada emak, ibu, ummi, mama tapi mereka tetap ibu kita.Ibu yang melahirkan kita, ibu yang membesarkan kita,ibu yang sentiasa mendoakan kita dan memberikan kita kasih-sayang.Ibu yang tidak pernah jemu menyebut nama kita.Mendoakan kesejahteraan kita anak-beranak mahupun cucu-cucunya.Ibu yang ingin melihat kesenangan hidup anak-anaknya.Ibu yang ingin melihat anak-anaknya berjaya.Alangkah sedihnya hati ibu, apabila anak-anak tidak menghargai mereka.Alangkah sedihnya hati ibu jika anak gagal untuk menghubungi mereka.

Malah ada anak yang tidak menghiraukan kerinduan ibunya terhadap cucu-cucunya sehinggalah matanya tertutup rapat tapi cucu tidak juga dapat dilihat.Hendak menyesal tiada gunanya.....Ibu pergi dengan penuh kesal.Hanya Allah sahaja yang tahu.Kadang-kadang kita tidak pernah memahami hati ibu tetapi ibu secuba daya untuk memahami hati anak-anaknya.
Siaran mukadimah pada pagi ini begitu menyentuh sekali hati.Mengingatkan kita agar tidak melupai ibu, mengingatkan kita agar jangan sesekali kita lupa untuk menghubungi ibu walaupun ketika ini kita sudah lama tidak menghubungi ibu kita.Malah disarankan agar segera menghubungi ibu bertanya  khabar dengan kadar segera.Jangan menyesal andai suatu ketika nanti  pemergiaan ibu tanpa diduga penuh dengan kehibaan atas perbuatan kita sendiri.Jangan kita semaikan keegoan diri kita seballiknya kita merendahkan diri kita.Meminta keampunan di atas perbuatan kita sendiri. Mengingatkan kita agar sentiasa menjaga hati ibu dan jangan sesekali membiarkan  ibu tertunggu-tunggu panggilan daripada anak.Aku juga sering mengingatkan anakku mahupun diriku sendiri.Aku bersyukur kerana aku tinggal berhampiran dengan rumah emak.Aku paling takut sekali kalau hati ibu tersinggung dengan perbuatan aku dan seboleh-bolehnya aku berusaha untuk menyenangkan hati ibu.Seperti kata Ustaz....kalau kita buat ibu kita tidak mustahil suatu hari nanti anak kita akan buat kita seperti itu.Begitu juga semalam, sewaktu aku  menghadiri majlis Yaasin seorang ibu tua mengingatkan kita sebagai anak agar sentiasa menjaga hati ibu.Ketika susah ibu sanggup  membantu kita tapi kita sebagai anak..?Ibu nasihat sedikit kita cepat melatah sehingga tersentuh hati ibu.........SubhanaAllah.Biarlah kita mengalah demi hati ibu dan jangan sesekali kita menurut emosi kita.....

PENA KASIH:

Selalu menelefon anak.....mengingatkan anak.
Selalu berjumpa ibu.......sedaya upaya untuk menyenangkan hati ibu
Selalu bersama emak...menyelami hatinya .
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.......

Tuesday, September 11, 2012

20

 Ingatkan usianya sudah 21 tahun, rupa-rupanya baru 20 tahun....

Sudah dua puluh tahun usia anak perempuanku....Selamat Hari Lahir.Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diterangkan hati menerima ilmu, dipermudahkan sewaktu menghadapi kekusutan.Yang penting dan selalu diingatkan agar tidak sesekali meninggalkan suruhanNya.

Usia menginjak ke angka 20..sudah tentu banyak pengalaman  yang dijalani.Sewaktu berusia 13 tahun sudah mula meninggalkan rumah untuk tinggal di asrama.Walaupun di peringkat awal sememangnya sedih juga membiarkan anak seusia 13 tahun berada di asrama.Berkali-kali dia meminta agar dikeluarkan dari asrama dan hendak tinggal di rumah,Tapi aku biarkan rengetannya itu sehinggalah dia keluar dari asrama ketika berusia 15 tahun.Selama tiga tahun dia berada di asrama sekolah agama banyak ilmu yang dipelajarinya.Membaca Yassin dengan lancar dan tidak perlu menggunakan kitab lagi.Aku kagum dengan caranya itu.Banyak surah-surah yang telah dihafalnya.

Kemudian, melanjutkan pelajaran di UiTM Segamat dalam jangka masa yang singkat sekali.Naluri hatinya ingin menjadi seorang pendidik.Dia tidak mahu meneruskan pengajiannya di UiTM sebaliknya sentiasa berdoa agar dia dapat menjejakkan kakinya ke IPG,Syukur, rezeki menyebelahinya dan akhirnya dia dapat  melanjutkan pelajarannya ke IPG.Aku selalu berpesan agar sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.Alhamduillah, semester pertama ijazahnya mendapat pointer yang agak baik.Dia berjanjji akan terus mengekalkan keputusannya.Namun, sebagai ibu dan bapa, kami memang tidak membiarkan dia begitu sahaja.Bahan-bahan sentiasa ayahnya bantu begitu juga dengan diriku.Yang penting dia ingin terus belajar dan mencapai azamnya.Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada hubbyku yang begitu banyak membantuku sewaktu aku meneruskan pengajian di peringkat ijazah.Kini, aku dan dia juga membanu anak kami untuk mendapatkan bahan.

Kini dan harapanku agar dia terus dengan azamnya itu dan pastinya harapan aku agar dia sentiasa menjaga tingkah lakunya sepanjang dia berada jauh di mata kami tapi sentiasa dekat di hati.


PENA KASIH:

Sentiasa mendoakan untuk anak-anak


Monday, September 10, 2012

MAKAN ANGIN

Tahun ini, kami telah mengambil keputusan untuk tidak berjalan-jalan seperti tahun 2011.Pastinya kedua-dua orang penting dalam kehidupanku akan menduduki peperiksaan.Anak saudara akan mengambi PMR dan anak lelaki pula akan menduduki SPM pada hujung tahun.Sudah tentu aku terpaksa berkorban untuk itu semua.

Hajat untuk ke Terengganu,Kelantan dan Langkawi disimpan buat seketika....Tunggu sehingga mereka habis menduduki peperiksaan SPM barulah kami merancang destinasi kami.Buat masa ini.....senyap dahulu.Walaupun hati begitu mengelodak untuk berjalan.

Cuma hujung tahun sahaja kemungkinan kami akan ke  Perlis untuk mengambil kereta anak kami.Naik bas atau 'train' itu dalam perancangan.

Isu untuk makan angin pada tahun ini ditinggalkan buat seketika.....Vietnam for next year.Mungkin kot.Hanya satu impian aku.Semoga Allah perkenankan doaku....Impian untuk  menjejak kaki ke sana...InsyaAllah.

PENA KASIH:

Rehat Minda

MAJLIS RESTU

Esok semua murid Tahun 6 akan menduduki UPSR bagi tahun 2012.Debaran demi debaran sudah tentu dirasai oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut.Apatah lagi, kita sebagai ibu mahupun guru sudah tentu debarannya melebihi daripada pelajar.
                     
          
Hari ini, sekolah saya telah mengadakan majlis Restu untuk pelajar tahun 6.Mereka dihimpunkan di tapak perhimpunan untuk bersalam-salaman dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Enam tahun menimba ilmu di sekolah sudah tentu banyak ragamnya.Hari ini mereka berhimpun, memohon maaf dan juga memohon didoakan kejayaan mereka.Ada yang menitis air mata..kesedihan.
 Mengaminkan doa yang dibaca oleh Cikgu Supian

Warkah ayahnda daripada Pengarah Pelajaran Johor telah dibaca oleh Cikgu Supian.Semua murid beratur naik ke pentas untuk mendengar isi kandungan warkah tersebut.
Selepas itu,semua murid dan guru beratur untuk bersalaman dengan pelajar-pelajar tahun 6.

Kami pihak pentadbir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru khususnya guru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan anak didik mereka.Mereka bekerja sehingga hari Ahad.Mereka mengorbankan masa bersama keluarga untuk memastikan kejayaan anak didik.Begitu juga kepada cikgu Wan yang telah memastikan kehadiran pelajar ke kelas tambahan.Begitu juga dengan cikgu Ruhana, cikgu Radziah, Pn Teng, cikgu Supian, CIkgu Prema dan cikgu Lim yang tidak jemu-jemu membantu guru teras Tahun 6.Membantu pelajar -pelajar yang  lemah.Terima kasih kalian.

PENA KASIH:

Sentiasa mendoakan kejayaan mereka.



Sunday, September 9, 2012

KOLOKIUM CANOSSIAN DI KLUANG


Seperti yang telah ku katakan sepatutnya aku ke Kluang dari hari Jumaat untill Sunday.Tapi disebabkan ada urusan lain yang perlu aku hadiri,aku hanya dapat ke sana pada hari Ahad sahaja.Bersama dengan Kak Yati, Cikgu Ali dan hubbyku, aku bergerak dari Segamat jam 6.30 pagi dan sampai ke destinasi jam 8.00 pagi.

Bos aku telah menunggu aku.Maklumlah aku sahaja dari Segamat yang datang pada hari Ahad.Yang lain sudah berada di sana pada hari Jumaat.Walaupun siapa yang berbicara di hadapan, tapi yang penting ialah ilmu yang aku perolehi.Banyak juga yang aku pelajari dan sedikit sebanyak melibatkan pendidikan kita.Mendidik anak-anak murid dengan penuh kasih sayang tanpa mengira darjat sebenarnya.

Sebenarnya itulah yang telah diamalkan di sekolah.Pastinya sewaktu aku berada di sekolah menengah lagi perkara yang utama dititk beratkan ialah kebersihan.Aku kagum dengan suasana sekolah di situ.Dari kejauhan sudah jelas tampak kebersihannya dan nilai itulah yang ingin dititik  beratkan kepada anak didik.Dalam agama Islam itu sendiri,kebersihan memang dituntut.Suasana yang tenang dan ceria.

Sisters from Singapore yang memberikan 'speech' pada hari itu.Semuanya dalam Bahasa Inggeris.Itulah kedudukannya apabila kita berada di Sekolah Canossian Convent.Kalau kita tidak amalkan bertutur dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak kita lupa...aku juga tidak ketinggalan.Rasa kekok dan sebagainya tapi aku bersyukur kerana mempunyai bos yang sering bertutur dalam BI begitu juga dengan 'sisters' yang sering datang ke sekolah.Hendak tidak hendak kita perlu bercakap dalam Bahasa Inggeris.Tidak rugi tapi biasalah keyakinan diri untuk bertutur agak kurang.

Hubbyku juga terpaksa  berada bersama kami sepanjang majlis tersebut.Dia mendapat ilmu dan ingin dipraktikkan bersama dengan anak murid...tidak bosan.

Dalam perjalanan ke Kluang, anak lelakiku memaklumkan yang air tangki sudah melimpah.....Lalu aku memintanya menutup meter depan rumahku dan membuka paip air di bilik air.Kerja anakku di rumah...mengelap keseluruhan rumah yang dilimpahi air..kasihan anak mama.Tapi mama kagum dengan Haziq..balik, kain sudah dibasuh, kain yang kering dilipat dan simen luar dibasuh.Semua ruang di dalam rumah dimop kerana basah......Terima kasih, Haziq.Sayang anak mama.....Miss u also Along yang jauh di Perlis,

PENA KASIH:

Banyak juga yang boleh dipraktikkan bersama anak didik.

Friday, September 7, 2012

TAHLIL



Majlis tahlil telah diadakan di rumah emak mertua pada hari Khamis.Dalam masa yang sama juga diadakan marhaban.Emak telah memaklumkan kepada kami untuk mengadakan majlis pada hari  Jumaat.Disebabkan pada ketika itu, aku perlu pergi ke kursus dan hubby juga kini sedang berkursus so emak telah mengambil keputusan untuk mengadakan majlis tersebut pada hari Khamis.Kalau tidak aku terpaksa menghadiri kursus di Kluang selama tiga hari,Jumaat hingga Ahad.Program Kolokium bersama Canossian Convent di Kluang.Kebetulan dalam masa yang sama, aku mempunyai program yang telah lama ditetapkan dan aku hanya boleh pergi ke sana pada hari Ahad sahaja.Bersama-sama dengan  Kak Yati and Cikgu Ali, kami akan bergerak ke sana pada awal pagi Ahad.

Emak juga telah menelefon aku meminta membuat dadih dan juga mee mamak untuk tetamunya.Emmm...sudah malam emak baru memberitahu aku sedangkan keesokkannya aku perlu ke sekolah.Setelah berbincang dengan hubby, aku hanya menempah dadih sahaja dan mee aku goreng sendiri.
Bukan pandai pun masak.

Balik sekolah aku ke kedai untuk membeli ramuan untuk mee tersebut dan lebih kurang pukul 3.15 petang aku bergerak sendiri ke rumah emak.Selalu bertemankan hubby kini aku bersendirian sahaja.Syukur, sampai sahaja Uteh ada dan aku terus menyediakan ramuan untuk masakan tersebut.Alamak kicap terlupa beli yang ada kicap lemak sahaja.........mesti rasanya tidak sama seperti yang selalu aku buat.

Lebih kurang pukul 5.45 petang with Uteh  aku mula melakukan kerja-kerjaku..mee aku tidak seperti biasa tapi still sedap lagi kata hubby.Thanks kerana memuji masakan seorang isteri.Selepas masak, Milah meminta aku menghantarnya ke Spang Loi.Aku telefon hubby untuk ke Spang  Loi.Biasalah aku,bila lain sahaja haluan, aku mesti maklumkan kepada hubby.Aku tidak biasa bergerak dan bertindak tanpa pengetahuan hubby.Then, aku terus pulang ke rumahku untuk mengambil hubby dan anak lelakiku.......Kami bergerak semula ke rumah emak selepas Maghrib dan sebelum itu aku telah menelefon Aman supaya pergi awal ke rumah emak untuk membantu Noi.

Biasalah rumah emak, ramai tetamu dan kenalan emak yang hadir .Syukur...rezeki mereka.

PENA KASIH:


Mencari masa untuk pekerja sekolahku pula.................

Wednesday, September 5, 2012

HANYA SEMENTARA

Kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman buat seketika.Menikmati keindahan ciptaan Allah, menikmati kehidupan buat seketika.Apabila sampai masanya, pergi jua kita akhirnya.
Hari ini kita bertemu dalam keadaaan yang sihat....esok dikhabarkan sudah pergi menemui Ilahi.Tanpa ada tanda-tanda kesakitan dan keuzuran.

Begitulah sebenarnya perjalanan kehidupan ini.Namun, setiap detik kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Biarpun perjalanan kehidupan setiap kita tidak sama,namun kepadaNyalah tempat yang paling selamat untuk kita  mengadu.Titipan doa setiap hari agar kita tidak leka dengan duniawi.Kita tidak ego dengan apa yang kita miliki.Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Hari ini, perkhabaran berita kematian setelah selang beberapa hari salah seorang penduduk kampungku pergi buat selamanya.Terkejut buat seketika kerana baru beberapa hari hadir  ke rumah ibuku untuk berjumpa dengan ayah.Bertanyakan cara bagaimana untuk mendapatkan bantuan melalui  saluran yang betul.Belum pun sempat untuk mengisi apa-apa borang, sudah pergi meninggalkan dalam masa yang begitu singkat sekali.Itulah perjanjian yang telah tersurat..Kita tidak tahu ......

Sempat juga aku pergi ke rumah dia sebaik sahaja aku menerima berita tersebut.Walaupun seketika kerana aku baru sahaja kembali dari bandar.Aku  maklumkan kepada hubby yang masih berada di tempat kerja untuk  pergi melawat .Sempat juga aku bertanya dengan anaknya bagi pengurusan mandi kerana mereka merupakan penduduk yang baru berpindah menyewa di sini.Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah.


PENA KASIH :

Masih lagi teringat Mak Ngah....Al-Fatihah untuk mak Ngah kesayanganku.




Monday, September 3, 2012

TERIMA KASIH 1MDB

Kedatangan bulan syawal setiap tahun memang dinantikan.Namun disebalik kemeriahan tersebut ada insan yang perlu diberi perhatian.Pelbagai sumbangan diberikan kepada mereka yang  memerlukannya.Sebelum Syawal juga,mereka yang kurang bernasib baik diberi bantuan agar meringankan bebanan yang ditanggung.

Menerima panggilan telefeon daripada pihak atasan untuk hadir ke rumah emak bagi menyampaikan sumbangan daripada 1MDB sudah cukup untuk menggembirakan hati insan-insan yang memerlukan bantuan.Rezeki mereka sepanjang tahun ini.Syukur diatas nikmat yang diberikan.Keprihatian mereka kepada penerima-penerima sumbangan sudah cukup untuk membuktikan mereka tidak terbiar.





Nilah orang kuat mak yang sentiasa membantu apabila majlis-majlis diadakan rumah kedua orang tuaku.Terima kasih kalian.....

PENA KASIH:

Menghargai pemberian orang lain.......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails