Wednesday, February 29, 2012

PEMIMPIN.....

Tidak semua orang suka akan kepimpinan seseorang.Adakalanya mereka rasakan mereka mampu untuk memimpin dan meminta pemimpin mengundur diri dan memberikan laluan kepada individu lain yang dirasakan berketrampilan dan layak untuk jadi pemimpin.

Lumrah pemimpin selalu dicaci....silap sedikit gah untuk mencari kesalahan orang itu.Tapi kita perlu ingat kita pernah menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi dan pernah memimpin anak buah tapi sejauh manakah hala tuju kita .Sekadar untuk menjadi pemerhati dan kemudian mencaci cela pemimpin itu dan ini.....
Malah pernah diminta mengundur diri untuk memberikan laluan kepada orang lain untuk memimpin seolah-olah dirasakan pemimpin lama gagal untuk membawa perubahan.Tidak semua orang mampu untuk mengikuti perubahan yang dilakukan secara drastik....orang lama pengalamannya lebih luas dan ada kalanya cara pertuturan kita juga boleh menyebabkan orang-orang tua tidak suka.Penampilan diri dan tingkah laku terutama cara kita berhadapan dengan orang belum tentu orang suka.Kadang-kadang idea kita bukan boleh diterima seratus peratus kerana disebalik cerdiknya kita adakalanya akan ada juga yang silapnya.Manusia tidak semuanya sempurna.....

Kadang-kadang kita rasakan kitalah orang yang pandai berbicara,pandai berhujah itu dan ini..tapi di belakang kita....orang mencaci dan mencela kita tidak tahu.Orang mengangguk setiap kali idea dilontarkan tapi tidak semua idea kita boleh diterima....
Kalau kita rasa kita mampu menjadi pemimpin tampil ke hadapan dan jadilah pemimpin yang berwibawa dan bukannya hanya pemimpin yang pandai berkata-kata,lembut berbicara dan hanya jadi pemerhati sahaja.Berbicara di belakang tabir mengata itu dan ini, tapi sebaik-baiknya kita renung diri kita....pemimpin yang disukai adalah pemimpin yang kurang bercakap tapi lebih bertindak....janganlah menjadi pemimpin yang gah itu dan ini tapi gagal untuk menyenangi hati orang ramai.

Kita sibuk membicarakan kepimpinan orang lain, tapi kepimpinan kita kepada keluarga banyak yang perlu diperbetulkan.Kita rasakan kita mampu untuk membawa perubahan dan cuba untuk menyingkir kepimpinan orang lama secara halus...tapi kita perlu perbetulkan niat kita sebenarnya.InsyaAllah kalau niat kita baik...perjalanan hidup kita akan baik juga...jika tersilap niat kita...semua yang dibuat tidak menjadi.Wallahualam...

PENA KASIH:

Suka melihat kelompok yang bersatu padu dan bukannya kelompok yang bermuka-muka.Dalam senyuman itu ada yang tersirat...dalam berbicara itu ada sindirannya....
Tidak semua di sekeliling kita menyokong kita...

JANGAN DISALAH ERTIKAN......

Macam hendak buat cerpen pula....kadang-kadang itulah realitinya.Pengalaman kehidupan di sekeliling kita seolah-olah memberi ruang untuk kita menulis.Banyak sebenarnya yang ingin disampaikan untuk dijadikan panduan kehidupan kita.Sememangnya hidup ini begitu indah sekali tapi ada kalanya diri kita sendiri yang membuatkan kehidupan itu menjadi tidak seindah yang diharapkan.

Mungkin keakraban yang diniatkan secara tulus dari keikhlasan hati disalah ertikan sehingga sedikit sebanyak membuatkan hati kita tertanya-tanya.Benarlah....tidak semua yang kita inginkan akan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan hati.Sememangnya begitu sukar sebenarnya untuk seseorang itu mengerti akan niat kita sebenarnya.Terlalu cepat membuat kesimpulan yang kadang-kadang tidak masuk akal........

Namun,jauh disudut hati hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui akan kelemahan kita sebagai insan yang tidak sempurna.KepadaNyalah tempat kita mengadu,mencari kebenaran disebalik itu...

Hanya kekuatan hati dan semangat sahaja yang mampu menangkis segala -galanya....


PENA KASIH:

Sesuatu yang benar itu sering disalah ertikan.......

Saturday, February 25, 2012

RINDU SEORANG IBU



Terasa sunyi dan rindu kerana tidak dapat menghubungi anak perempuan.Walaupun baru dua hari tidak bercakap dan chating terasa juga kerinduan.Itulah naluri seorang ibu terhadap anak.
Jumaat pagi dapat saya bercakap dan menghubunginya sebelum dia bertolak ke Pulau Tuba (Langkawi) untuk menjalani BIG yang merupakan satu program khusus untuk guru pelatih yang sedang belajar di IPG.Bina Insan Guru merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah tinggi.

Pelbagai nasihat diberikan kepadanya.Sebagai ibu sudah tentu kebimbangan tetap ada di hati ini.Apatah lagi beliau diamanahkan sebagai timbalan komandan.Sudah tentu amanah yang begitu berat dipikulnya untuk menjayakan program ini bagi groupnya.Namun, sokongan yang padu daripada rakan-rakan yang memahami akan tugasnya akan dapat merealisasikan hasratnya menjadikan 'groupnya' terbaik di kalangan yang terbaik.InsyaAllah, beliau boleh melakukannya amanah tersebut kerana dengan pengalaman yang pernah dilalui sewaktu di tingkatan 4 dan 5 sedikit sebanyak dapat membantunya melicinkan perjalanan program tersebut.

Sering kali saya bertanyakan kepadanya persiapan yang telah dan akan dibuat.Dia sememangnya lebih banyak berkongsi dengan saya bagi memastikan program yang telah dipikulkan kepadanya bersama-sama dengan AJK tertinggi dapat berjalan dengan lancar.Disamping bantuan daripada 'lecturer' yang menguruskan program tersebut.Terus-terang saya katakan kepadanya....jika tidak tahu, bertanya dan jangan berlagak pandai.Tidak mahu disalah-ertikan dan perlu bersikap profesional dalam apa jua tindakan.Pastikan semua AJK kecil yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik.

Kadang-kadang disebabkan sudah terbiasa waktu pagi bertanya khabar,saya mendail nombornya untuk bertanya khabar..hp telah disimpan dan tidak dibenarkan diguna sepanjang berada di sana.Pastinya dia mempunyai hati yang cekal walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran di perantauan.Hanya iringan doa sahaja dan kata-kata nasihat dari kejauhan sentiasa bersamanya.

PENA KASIH:

Semoga anak mama tabah menjalani BIG ...

Wednesday, February 22, 2012

PELANCARAN MINGGU DADAH





Dalam kesibukan menyiapkan folio untuk pencalonan sekolah kluster, sempat lagi kami mengadakan Pelancaran Minggu Dadah pada hari ini.Terima kasih kepada unit HEM yang dapat melaksanakan program pelancaran pada hari ini.

Banyak sebenarnya aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu dadah ini yang bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar akan bahayanya dadah dan perlu dijauhi.Pelancaran yang dilaksanakan oleh guru besar pada hari ini agak meriah dan diselitkan dengan aktiviti nyanyian, membaca sajak dan juga pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1.

Dalam kesibukan itu juga, saya terpaksa membahagikan masa antara mengajar dan menyiapkan folio Sekolah Kluster yang perlu dihantar dalam masa terdekat ini.Kadang-kadang tertekan juga dengan keadaan kerja pada hari ini.Namun, saya bahagikan masa antara itu semua dengan balik agak lewat bagi memastikan ianya dapat dilengkapkan.Terima kasih kepada semua guru yang menyahut cabaran tugas masa kini.Begitu juga kepada cikgu Supian yang banyak membantu menyiapkan folio ini.

Namun ,ucapan terima kasih juga saya ingin rakamkan kepada hubby yang banyak memberikan sokongan dan juga memahami tugas isterinya yang sejak akhir-akhir ini.Balik lambat dan apabila melihatkan diri saya kepenatan , perkataan yang dinanti-nantikan...tak perlu masak hari ini.Namun, saya tidak mengambil kesempatan sebaliknya saya lebih banyak memasak untuk hubby dan anak walaupun agak lewat mereka menantikan masakan saya.
Hampir sebulan saya banyak menghabiskan masa di sekolah sehingga jam 6.00 petang.Kadang-kadang tiada kesempatan untuk bersembang dengan emak dan ayah.
Kalau baru-baru ini, kami didatangi nazir untuk membuat penilaian bagi pencalonan new deal dan kali ini kami sibuk pula menyiapkan folio.Tahun ini tahun sibuk warga SKCC tapi apa yang saya nampak guru-guru memberikan komitmen yang baik dan masing-masing tahu menjalankan tugas masing-masing tanpa perlu banyak arahan.

PENA KASIH:
Kerja yang tiada habisnya.......Alhamdulilah.

Monday, February 20, 2012

CABARAN


Cabaran hidup jauh daripada keluarga bukanlah sesuatu yang mudah.Masih teringat sewaktu melangkah pergi untuk menuntut ilmu dengan niat untuk mengubah kehidupan keluarga,mempengaruhi emosi dan perasaan kita.Sedih, gembira, takut dan berbelah bagi bermain-main di fikiran ini.

Kini, anak perempuan saya juga mengalami perkara yang sama.Setelah berjuang selama satu setengah tahun sebagai persediaan untuk meneruskan perjuangannya selama empat tahun menuntut pengorbanan dan ketabahan hatinya.Hanya kekuatan dan kecekalan hatinya sahaja yang dapat menangkis segala dugaan dan cabaran.Namun ,saya percaya dengan hanya niat yang ditanamkan untuk menunaikan cita-citanya menjadikan dia lebih matang dalam bertindak dan berfikir.

Banyak yang dikongsikan kepada saya.Namun, pastinya tidak semua kawan itu boleh menjadi sahabat kita sebenarnya.Ada kalanya dia menikam kita dari belakang hanya kerana ketidak puasan hati.Malah, dengan pengakuan secara jujur mengakui rasa cemburu kepada anak saya mengurai segala-galanya.Kini,anak saya masih terus dengan caranya dan lebih berhati-hati dalam berkawan.Malah kini dia lebih suka berkawan dengan non-muslim yang lebih menfokuskan kepada pelajaran daripada yang remeh-temeh.

Sebagai ibu, sudah tentu hanya kata-kata perangsang dan motivasi serta nasihat sahaja yang dapat membantunya.Malah , kini saya lihat dia lebih matang dalam bertindak dan semuanya dilakukan adalah secara profesional dan tidak mahu terus berada dalam kelompok pemikiran kebelakang.Dia tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya ingin terus maju ke depan.Dia hanya mahu menjadikan menoleh ke belakang sebagai satu titik membangkitkan semangat untuk terus berjaya.

PENA KASIH:

Tidak sesekali mematahkan semangatnya hanya kerana perkara yang remeh-temeh.

BARU HENDAK BERNAFAS...ADA LAGI

Syukur kehadiran nazir pada minggu lepas memberikan nafas lega setelah bertungkus-lumus memastikan apa yang dikehendaki disediakan walaupun mungkin ada kekurangannya.Biasalah selagi tidak hadir, selagi itulah dirasakan belum lengkap lagi sehinggalah mereka muncul di pintu sekolah melakukan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Setelah usai semuanya, kami menerima satu lagi pencalonan untuk sekolah kluster.Sesuatu yang tidak dijangkakan dan tidak diimpikan apabila melihat banyak kekurangan yang ada di sekolah kami.Namun, apabila telah ditawarkan untuk pencalonan, kami akan lakukan seberapa baik yang mungkin.

Baru hendak bernafas lega, telah ada tugasan baru untuk saya.Hari ini, memang hari yang begitu sibuk buat saya untuk menguruskan borang pencalonan dan buku-buku yang bertimbun di meja untuk ditandatangani (pemantauan buku tulis).Hari Jumaat tidak hadir kerana mengambil cuti sakit akibat terkena gigitan serangga di mata.Niat di hati memang hendak ke sekolah tapi apabila bangun pagi dan melihat wajah di cermin.....terpaksa pendamkan hasrat tersebut dan berehat di rumah.

Masuk saja bilik..........buku sudah bertimbun-timbun dan terpaksa uruskan itu semua sebelum mengadap borang pencalonan dan memanggil guru secara 'last-minute' untuk menyiapkan apa yang patut.Then,setelah ada perbincangan dan pengagihan tugas terasa lega sedikit dan malam ini juga mencari borang yang dikatakan telah diupload tapi tidak jumpa.Akhirnya saya melayari alam maya sehinggalah bertemu borang tersebut.Syukur, Allah permudahkan urusan saya walaupun sebenarnya di peringkat awal rasa kecewa.Sambil menekan keyboard mulut tidak berhenti-henti berselawat........menghilangkan rasa kecewa dan akhirnya bertemu jua.

Esok pula ramai guru tidak ada kerana mempunyai urusan masing-masing dan saya sendiri terlibat dengan taklimat.....nampak gayanya guru-guru yang tinggal terpaksalah statik di dalam kelas masing-masing.Semuanya telah saya lengkapkan untuk memudahkan guru-guru menjalankan tugas masing-masing.Thanks to hubby kerana faham dengan tugas saya dan menjemput saya agak lewat bagi memberi ruang untuk saya membereskan kerja-kerja saya.

PENA KASIH

Kerjasama itu penting untuk mencorak kecemerlangan sekolah.

Wednesday, February 15, 2012

HADIRNYA DINANTI............




Emm...lama juga saya tak update blog ini.Bukan apa, setiap hari balik dari sekolah hampir 6.00 petang dan membuatkan badan saya letih.Then,malam chating sekejap with my daughter.Macam-macam yang diceritakan kepada saya.Kadang-kadang,sampai jauh malam ber'chating' dengannya.

Kadang-kadang cemburu melihat hubby yang sentiasa meng'update' blog dia.Persaingan yang sihat.Cemburu kerana bila terlampau letih idea saya tersangkut-sangkut dan akhirnya penceritaan saya tidak habis.Dibiarkan begitu sahaja.

Actually sebenarnya, hampir sebulan kami sibuk menceria dan mengemas kini sistem fail walaupun sebenarnya sudah buat sedikit demi sedikit.Tapi biasalah....selagi mereka tidak datang, macam-macam yang perlu dikemaskinikan.

Akhirnya penantian itu satu penyeksaan selesai sudah.....Mereka datang hari ini.Alhamduillah 3 orang hadir untuk membuat penilaian ke atas sekolah kami sempena penawaran new deals kepada pemimpin sekolah.Kami cuba buat yang terbaik...kalau ada rezeki untuk kami adalah..tapi kami rasa kepuasan bekerja itu tetap ada setelah semuanya selesai

PENA KASIH :

Satu lagi sedang menunggu......

Thursday, February 9, 2012

MENCERIAKAN BILIK DAN SEKOLAH







Kini, kami sedang berusaha untuk menceriakan kawasan sekolah mahupun bilik-bilik.......

SENI





Seni sesuatu yang unik dan menarik.Kalau mereka orangnya seni sudah tentu sedikit lakaran mahupun lorekan sudah menarik.

Pada tahun ini,saya memilih untuk mengajar subjek Pendidikan Seni Visual walaupun sebenarnya sudah berpuluh tahun saya meninggalkan dunia seni ini.Kalau di maktab dahulu, saya perlu mempelajarinya walaupun beberapa kali ditegur dan diketawakan oleh lecturer kerana ketidak seniaan saya.Saya masih ingat lagi lecturer tersebut Encik Mutalib.Namun ,saya gagahi juga untuk mempelajarinya kerana saya memang tidak minat dengan seni.

Sejak awal tahun lagi apabila memilih subjek ini, saya perlu mengorak langkah mencari ilham mahupun panduan untuk mengajar seni apatah lagi berlakunya tranformasi pendidikan (KSSR).Nampak senang tapi tidak semudah itu apabila hendak memastikan murid-murid faham dengan apa yang kita maksudkan.

Lipatan dan Guntingan .......nampak senang.Apabila diterangkan kepada pelajar-pelajar ada yang tidak boleh melakukan seperti apa yang dikehendaki.Terpaksa bergerak dari satu meja ke satu meja menerangkannya walaupun telah dibuat bersama-sama.

Namun apa yang menggembirakan saya, mereka tidak jemu untuk belajar dan mendapatkan corak yang diingini dan akhirnya mereka mampu melakukan dengan hati yang riang.
So, minggu hadapan saya masih melakukan aktiviti yang sama dan memperlihatkan hasil kerja mereka.InsyaAllah....


PENA KASIH:

Tangan tidak seni....

Wednesday, February 8, 2012

BERBAKTI


Cikgu Supian juga tidak ketinggalan turun ke padang untuk membantu menceriakan kawasan sekolah.Thanks to Cikgu Supian....

Hubby sedang memesin rumput di tapak perhimpunan

Selagi tidak hadir selagi itulah yang perlu dilengkapkan.Sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja soal pengurusan sekolah, keceriaan juga perlu diambil kira.Dengan hanya seorang pekerja swasta lelaki sudah tentu tidak mampu untuk memastikan keadaan persekitaran sentiasa mempunyai rumput yang pendek.

Walaupun tidak luas tetapi apabila melihat kawasan padang sekolah sudah tentu terasa besarnya.Baru dipotong di bahagian lain,akan bermaharajalelalah rumput-rampai tumbuh di bahagian lain pula apatah lagi mempunyai tanah yang subur.

Acapkali juga saya mengingatkan pekerja agar memastikan rumput-rumput di padang mahupun di tapak perhimpunan ditinjau selalu agar tidak panjang dan sedap mata memandang.Ramai juga yang memuji kawasan padang sekolah kami yang sentiasa cantik dan kemas dan kami rasa bersyukur kerana mempunyai pekerja yang baik dan begitu pantas bertindak apabila arahan diberi.

Namun,pada minggu ini kita bercuti agak lama juga dan sudah tentu kemuncup mula tumbuh dan menyebabkan pandangan mata sudah mula rasa lain.Disebabkan minggu bercuti dan mereka sudah mempunyai perancangan tersendiri, akhirnya dengan belas ihsan hubby dia sanggup turun membantu sekolah kami memesin rumput di kawasan tapak perhimpunan.Thanks to hubby kerana membantu kami yang betul-betul memerlukan pertolongan bagi memastikan keceriaan sekolah.My bos terperanjat kerana kesudian hubby untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan satu masalah.Alhamdulillah lebih kurang pukul 3.00 semua kerja beres dan guru-guru yang hadir juga begitu komited dengan tugasnya dalam usaha memastikan keceriaan sekolah kami.
Walalupun serba kekurangan tetapi kami bangga dengan pencapaian akademik anak-anak didik kami.


PENA KASIH:

Sesiapa yang pernah bersekolah di SKCC sudah tentu akan jatuh cinta dengan sekolah ini....

Monday, February 6, 2012

MENCUIT HATI...



Semalam, saya mempelawa Apiz untuk tidur di rumah.Pelawaan kami diterima dengan riang sekali.Lalu seperti yang dijanjikan kami mengambilnya .Adif also want to join Apiz.Tapi agak keberatan untuk mempelawa Adif kerana takut dia menangis di tengah malam.

Lebih kurang pukul 5.00 lebih saya menjemput Apiz dan membawanya ke Batu Anam kerana kami ingin mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul.Zikir di hati tajuk ceramah yang disampaikan oleh dua orang penceramah yang tidak asing iaitu Dato'Hj Noh Gadut dan Dato' Hj Abu Hassan Din.

Begitu berkesan sekali ceramah yang disampaikan.....Banyak sebenarnya yang perlu kita ketahui.Syukur kerana diberikan peluang dan dilapangkan hati ini untuk sama-sama di majlis tersebut.Begitu ramai sekali yang hadir untuk mendengar ceramah tersebut.

Apa yang amat mencuitkan hati kami ialah celoteh Apiz sepanjang perjalanan ke Batu Anam.Dia menggunakan bahasa isyarat apabila mengatakan dia sukakan kami iaitu dengan menggunakan jarinya dia melakarkan _/ dan untuk abang Ngehnya dia melakarkan X.Semua yang dianggap menegur dia ,terus sahaja dia melabelkan orang itu dengan tanda X.Pak Udanya tersenyum melihat gelagat anak saudaranya itu.

Sampai sahaja di Batu Anam dengan nada lembutnya dia meminta Pak Udanya membelikan mainan untuknya.....mainan kereta bomba.Layan ajalah dan berjanji dengan Udanya supaya duduk diam sewaktu majlis ceramah diadakan.Akhirnya dengan memakai kopiah dia mengikut Pak Udanya bersolat dan tidur beriba dengan Pak Udanya.Permintaannya untuk memiliki I-pad dan meminta Pak Udanya membelikan untuknya.Lalu saya mencelah dengan mengatakan kalau dapat nombor 1, sesiapa pun sanggup mengeluarkan duit untuk membeli I-Pad.Siap dia bertanyakan kepada Pak Udanya berkaitan dengan duit.Duit Uda tebal ke nipis.Lalu kami menjawab duit kami nipis sahaja.....dalam maksudnya....budak-budak sekarang...

PENA KASIH:

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk hadir ke majlis seumpama ini..

WASIAT


Salah seorang mak cik menundukkan kepala...menahan sebak apabila mendengar saya membacakan wasiat tersebut.Hubby tersentuh hati....berkesan dengan penyampaian yang saya sampaikan.

Hari ini saya dan hubby berpeluang mendengar taklimat berkaitan dengan Wasiat yang disampaikan oleh pegawai (agen) dari syarikat yang menguruskan soal wasiat yang bergabung dengan Amanah Raya.Taklimat tersebut diadakan di rumah ayah dan ramai juga yang hadir untuk mendengar taklimat tersebut yang begitu bermanfaat untuk kita mendapat maklumat berkaitan dengan harta pusaka .Walaupun tidak mempunyai banyak harta tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui bagaimana untuk menguruskan harta kita supaya tidak berlaku perebutan apabila kita tiada nanti.

Saya tersentuh hati apabila mendengar beberapa rentetan cerita yang disampaikan oleh pegawai tersebut berkaitan dengan harta apatah lagi apabila empunya harta telah tiada.Wasiat atau pesanan yang ditinggalkan janganlah kita mengambil sikap remeh-temeh kerana kesannya akan menimpa diri kita.Sebab itulah apabila wasiat yang ditinggalkan oleh si mati hendaklah kita cuba tunaikan dengan apa cara sekalipun.

Namun,apabila saya diberikan amanah untuk membaca salah satu wasiat yang ditinggalkan oleh si emak untuk anak-anak, saya tidak sangka wasiat yang dibacakan oleh saya itu menyentuh hati kaum ibu dan bapa sehingga ada yang menangis termasuklah hubby.Saya tidak sangka hubby begitu tersentuh hati sehingga sebak dan linangan air mata sahaja yang saya nampak.Saya tidak tahu apa yang begitu tersirat di hati hubby.Hanya dia sahaja yang tahu.Kemudian, pegawai itu memberikan satu lagi wasiat kepada saya .Wasiat daripada ayah untuk anak-anak.Sebak sekali lagi saya membacanya.Begitulah pentingnya wasiat yang ditinggalkan oleh emak dan ayah untuk anak-anak.Sebagai anak,renung-renunglah wasiat itu.......

Sekali lagi, saya mendengar cerita daripada datuk saudara berkaitan dengan harta.Termenung seketika dan minta dijauhi perkara-perkara yang tidak diingini.SubhanaAllah.......banyak sebenarnya implikasi yang kita terima tanpa disedari andaikata kita menggunakan harta atau wang tanpa keredhaan daripada ahli keluarga.Banyak sebenarnya ilmu yang diperolehi dan saya sempat bertanya beberapa soalan berkaitan dengan wasiat.Peluang yang ada digunakan untuk mendapatkan penjelasan yang sebenarnya kerana wasiat bukannya perkara yang boleh dibuat main-main.


InsyaAllah, kami akan mendaftar dengan agen tersebut mengikut jejak ayah yang telah awal-awal lagi mendaftar .Walaupun harta tidak banyak tetapi dengan adanya wasiat itu sekurang-kurangnya memudahkan kedua-dua pihak.

PENA KASIH :

Kalau bukan hak saya, saya tidak sesekali untuk mengguna atau mengambil tanpa kebenaran atau keredhaan semua pihak.InsyaAllah...

Sunday, February 5, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


Alhamdulillah,hampir 5000 memenuhi ruang legar Masjid Jamek Segamat.Sesuatu yang diluar dugaan pada tahun ini.Limpahan umat Islam untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan tersebut amat membanggakan.Tahniah dan Syabas penduduk Segamat.

Alhamdulillah ,saya panjatkan kerana masih diberi peluang untuk bersama-sama di majlis ini.Hampir setiap tahun, saya gunakan peluang ini untuk turut sama mendengar ceramah dalam majlis keagamaan.Peluang inilah yang digunakan untuk menambahkan ilmu dan seterusnya membaiki apa kelemahan yang ada pada diri kita.

Lebih kurang dua jam berdiri kerana ruang tempat duduk telah penuh.Syukur kerana diberikan kekuatan untuk berdiri agak lama kerana sebelum ini pun saya tidak mampu untuk berdiri lama.Itulah kebesaran Allah.Majlis ilmu yang didengari tanpa menyedari akan kesakitan kaki berdiri terlalu lama.

Walaupun intipati yang disampaikan telah selalu didengari,tetapi sekurang-kurangnya mengimbau kembali kisah-kisah perjuangan Rasulullah S.A.W .
InsyaAllah ,malam ini akan ke Batu Anam pula untuk mendengar ceramah di sana.

PENA KASIH :

Merebut peluang yang ada....menambah ilmu menyemarakkan lagi majlis keagamaan.

Friday, February 3, 2012

SAHABAT

Mempunyai kawan memang ramai tetapi untuk memiliki seorang sahabat memang sukar.Sahabat yang betul-betul bersama kita ketika susah memang sukar tapi apabila dia memerlukan kita di waktu senang memang ramai.Lumrah kehidupan .......

Kadang-kadang tanpa kita sedari , kita suka berkongsi cerita dengan kawan-kawan.Cerita suka duka kehidupan diluahkan tanpa menyedari akibatnya.Kesannya mungkin mengguris hati kita sehingga kita sukar untuk menerima sahabat itu kembali.

Actually, saya selalu berpesan dengan anak-anak supaya berhati-hati menjadikan kawan sebagai sahabat kita yang boleh dipercayai.Jangan mudah untuk menceritakan isi hati kita kepada sesiapa even orang yang kita anggap boleh dipercayai.Pengalaman menjadikan saya lebih suka berkongsi cerita dengan husband sahaja.Kadang-kadang apa yang kita cerita dipusing balik sehingga mengubah cerita sebenar dan akhir lain jadinya.So, kini lebih baik saya menghabiskan masa saya dengan membaca buku-buku mahupun majalah berunsur keagamaan.

Kadang-kadang, anak kita tidak menyedari akan apa yang dibuat dan sebagai ibu saya selalu menasihati anak-anak agar lebih berhati-hati dalam memilih sahabat atau lebih baik mendiamkan diri daripada terus berkata-kata menceritakan hal orang lain.Kita tidak rugi kehilangan sahabat sebaliknya kita akan rugi jika kita tidak mendekati diri kepadaNya.

Seorang sahabat mungkin tidak menyenangi apa yang kita miliki mahupun kelebihan dan bakat yang kita ada.Namun, saya selalu menasihati agar perbetulkan niat kita dahulu.Setiap kelebihan yang kita perolehi datang daripadaNya dan setiap kekurangan yang ada pada diri kita renung-renunglah.Kita manusia yang tidak sempurna tetapi kita perlu bersyukur dengan apa yang kita miliki.

PENA KASIH

Sahabat sejati sukar dicari....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails