Saturday, July 29, 2017

DIA TERLALU BAIK


Hati ibu meruntun sedih apabila memaklumkan akan balik menjenguk mama dan ayah.Minggu ini aku tidak mengunjuginya kerana keletihan dan badanku yang kurang sihat kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti.Boleh dikatakan aku kurang rehat.Almaklumkan di usia yang hampir menjejak setengah abad sudah tentu daya ketahanan agak kurang tetapi adakalanya digagahi dan dilawani juga ketidak sihat diri itu.Aku memang tidak suka memanjakan diri melainkan sekiranya aku tidak terdaya.

Sampai-sampai sahaja terus bersalam dan menciumi diri ini.Terus meletakkan barangnya dan membasuh apa yang patut.Aku memang tidak menafikan sekiranya dia berada di rumahku  banyak perkara yang dibantunya.Meringankan tugasku.Mama sentiasa mendoakan anak mama akan terus begini.Menghormati orang tua yang melahir dan membesarkan dirimu walaupun ada kalanya ada kekurangan daripada mama dan ayah.Tapi yang penting menghargai dengan apa yang diberikan untuk anak-anak.Sesempurna manapun akan tetap ada kekurangannya dan kita perlu akur.Yang penting mama tidak  mahu anak mama mengungkit akan kekurangan itu.


Mama dan ayah sentiasa mendoakan agar anak mama terus berjaya dalam kehidupan .

BLOG YANG TELAH LAMA BERSARANG

Minat menulis memang tidak dinafikan tapi kekangan masa membuatkan aku terpaksa memilih yang penting dahulu.Berkali-kali blog dibuka tetapi setiap kali aku hendak menulis aku terlupa pwnya membuat aku kehilangan idea untuk menulis.

Namun,hari ini aku gagahi juga untuk menulis setelah aku godam mana yang patut dan akhirnya blog aku boleh dibuka untuk aku meneruskan misi penulisanku.

Memang sukar sebenarnya untuk memulakan penulisan apatah lagi bila lama jari jemari dan minda ku tidak diasah.....bukan mudah.InsyaAllah aku akan cuba mengembalikan semangat dan idea aku.Rindu untuk meneruskan penulisan agar dapat ditatap oleh mereka yang menjengah ke blog aku.

Walaupun aku bukanlah penulis yang pandai dengan permainan kata-kata tetapi tujuan aku satu agar minda aku sentiasa diasah.

Ingin ku catatkan memori ini agar suatu hari nanti akan menjadi tatapan mereka yang merindui aku.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails