Sunday, November 29, 2015

NIAT HATIMU

Ma....lepas ni kita nak ke masjid. Untuk apa ke masjid sedangkan tadi baru balik dari masjid. Kita hendak bersihkan tandas masjid......itulah luahan hati anak bujangku.Satu-satunya anak lelaki yang sentiasa bersamaku...teman berbual-bual sambil aku menyiapkan kerja sekolah. Bagus niatmu..mama harap adik sentiasa berbuat sesuatu yang baik . Aku nampak dia telah memegang sebatang kayu dan hendak membawa pencuci tandas ke masjid.Aku menegurnya sambil mengatakan bahawa di masjid semuanya telah ada...hanya kudratmu sahaja yang diperlukan. Aku tahu sejak kontraktor membina bilik/tandas di masjid itu dan sikap sesetengah individu yang tidak mementingkan kebersihan selepas menggunakan tandas sedikit sebanyak mengundang bau yang kurang menyenangkan. Kalau ada kenduri, aku memang sentiasa membersihkan kawasan tersebut.....bagi aku satu kepuasan untuk memastikan keadaan masjid itu bersih walaupun sememangnya sudah ada yang membersihkan...... Tidak lama kedengaran bunyi injin motosikalnya balik.. Ma...kita dah bersihkan tandas.Alhamdulillah...mama harap adik sentiasa memastikan kawasan tandas itu bersih sementara adik bercuti belajar ini. Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan adik dan dikurniakan kesihatan yang baik...itulah harapan mama.Jangan lupa sentiasa solat dan sedekahkan al-fatihah untuk mama dan ayah setiap kali bangun tidur.Itulah amalan yang mama lakukan selama ini. Bagi mama selagi niat hatimu itu baik....insyaAllah Allah akan sentiasa bersamamu. Untuk mendapat pahala amat mudah dan untuk mendapat dosa juga amat mudah....Semuanya terletak pada diri sendiri.

Monday, November 23, 2015

LAWATAN KE TERENGGANU

Hasrat dan impian untuk membawa penduduk kampung yang sentiasa menyokong aktiviti kampung akhirnya terlaksana jua.Thanks to my daughter kerana banyak membantu perjalanan lawatan ini.Dari mula sehinggalah ke akhirnya.Aku hanya jadi mentor kepadanya agar impian dan niat untuk membawa mereka tercapai. Akhirnya pada malam 20.11.2015 kami bergerak meninggalkan KGG untuk meneruskan misi ke Terengganu.So happy tengok mereka yang begitu teruja untuk ke sana. Hampir 1 jam menunggu bas yang tidak kunjung tiba...bagi aku masa memang begitu bermakna sekali.Ketepatan masa...memang prinsip aku.Kalau tidak menepati disebabkan oleh sesuatu...Sebaik sahaja bas sampai..mereka telah mengatur tempat duduk masing-masing.Aku memang minta duduk di hadapan untuk memudahkan aku berurusan dengan pemandu bas. Seingatkan aku,inilah kali kedua aku membawa kunjungan penduduk kampung melawat ke luar daerah Segamat.Kalau tidak salah aku tahun 1980an...semasa itu aku masih muda lagi..ya hampir 30 tahun kot .Nostalgia manis untuk dikenangkan tapi pahit untuk aku telankan.Biarlah ia menjadi rahsiaku. Jam 5.00 pagi kami sampai di masjid terapung Kuala Terengganu untuk menunaikan solat subuh.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Itulah doaku setiap kali solat.Pastinya kita tetap ada kelemahannya.
Kami bersukaneka di Teluk Ketapang...nice place.Hujan renyai tidak menghalang untuk kami meneruskan misi mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sungguh menarik sekali dan 'sporting sekali' yang tua mahupun muda.Gambar menceritakan segala-galanya.
Line intenet lembab...........mood menulis pun hilang.

Sunday, November 22, 2015

TAHNIAH UNTUKMU FATIN......

Lama sudah aku membiarkan blog aku tidak terusik.Banyak kenangan manis aku catatkan di FB sahaja.Kekangan masa dan tuntutan kerjaku yang semakin banyak membuatkan blog aku sepi seketika walaupun aku tahu ada 'silent reader' yang membacanya .Pastinya setiap memori indah itu amat bermakna buat diriku untuk dikenang-kenangkan suatu masa nanti.
Apa-apa pun mama mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat puteri mama atas kejayaan yang sememangnya telah diduga.Di saat cabaran dan dugaan menimpa tapi Allah tahu apa yang sebenarnya tersirat di hatimu.Mama kagum dengan kegigihanmu di utara.Memastikan setiap kehendakmu untuk memperoleh kejayaan tercapai.Setiap masa mama titipkan doa untuk anak-anak mama.Pastinya ia membanggakan kami. Hasrat dan impianmu untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi amat dialu-alukan.Mama tahu ketegasan dan keinginan yang tinggi dalam dirimu.Mama harap puteri mama sentiasa memberikan dorongan buat adik-adik dan sepupu mu yang lain. Kejayaan tidak semudah itu tapi semangat yang tinggi dalam dirimu diiringi dengan doa dan usaha akhirnya membuahkan sesuatu yang amat bermakna buat dirimu.Kecewa untuk seketika tidak bermakna kecewa selamanya.Proud of u.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails