Ikan sungai merupakan makanan kegemaran saya terutama ikan lais.Tapi setiap kali makan ikan saya terpaksa lebih berhati-hati kerana tulangnya.Jarang saya tidak tercekik tulang walaupun tulang itu kecil.Mesti terkena penangan tulang ikan malah ada kalanya saya begitu takut untuk makan ikan.Setiap kali hendak makan ikan, emak mesti memesan agar kunyah betul-betul.OK sahut pesanan emak.
Semalam,ke rumah emak yang ketika itu menggoreng ikan lais.Terliur tengok ikan.Hanya meratah sahaja ikan tanpa perlu makan bersama nasi.Malang tidak berbau, terkena cekikan tulang kecil.Oh ....sukarnya untuk membuang tulang tersebut.Lantas diambil kepalan nasi dan dimakan begitu sahaja.Akhirnya,tulang ikan berlalu bersama kepalan nasi tadi.Alhamdulillah,tidak sukar untuk saya menelan lagi kerana tulang ikan mengganggu keselesaan saya.
Malam, ayah menelefon saya menanyakan keadaan saya.Ayah yang hanya tahu saya tercekik tulang daripada anak sulong saya tanpa mengetahui yang tulang ikan telah berjaya dikeluarkan.Saya katakan semuanya dah o.k.Ayah memang terlalu mengambil berat kalau sesuatu berlaku pada diri saya.Malam tadi dari celahan cermin gelap rumah saya,saya mengintai ayah duduk di beranda rumahnya bersantai bersama emak.Setiap malam, saya pasti melihat mereka berdua kerana mereka sering berduaan di luar rumah.Ambil angin malam.Kadang-kadang saya minta izin suami untuk pergi berceloteh dengan mereka.Itulah kemesraan kami sekeluarga.Ayah memang tidak banyak bercakap tapi sering mengambil berat hal kami.Kalau saya pergi kursus atau balik lambat dari sekolah, hidangan lauk telah siap di rumah saya untuk suami dan anak-anak kami.Terima kasih ayah kerana memberikan segala-galanya untuk anak ayah berdua.Tidak terbalas jasa emak dan ayah.
Pena Kasih:Jengok-jengoklah emak dan ayah walaupun sesibuk mana sekalipun ketika mereka masih ada.

No comments:
Post a Comment