Thursday, December 17, 2015

NOSTALGIA MESIN TAIP

Suatu ketika dulu.....inilah yang digunakan untuk membuat assignment....aku tidak ketinggalan juga menggunakan mesin taip yang lebih moden sedikit daripada suamiku.Banyak kenangan sebenarnya.


Aku ingat sewaktu aku belajar di maktab.......keperluan mesin taip amat diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja kursusku....Aku maklumkan kepada ayahku yang aku memerlukan mesin taip......Alhamdulllah ayah tidak pernah menghampakan harapanku...Bersamanya aku pergi mencari mesin taip tersebut.Terima kasih ayah....

Pagi ini, suamiku tiba-tiba meminta aku mengambil gambar bersama mesin taip yang banyak meninggalkan kenangan indah buat dirinya..

Aku begitu sebak seketika apabila dia menceritakan bagaimana ayahnya menghantar mesin taip dengan menaiki kereta api ke UKM untuk kegunaannya.
Dia terus sebak juga sambil kulihat air matanya bergenang......

Soto yang aku hendak habiskan tidak jadi kerana terlalu sebak dengan ceritanya yang panjang lebar.....Aku yang sememangnya mudah tersentuh hati  tanpa menyedari ada beberapa orang  memerhatikan gelagat kami...lalu aku katakan lain kali jangan cerita perkara ini di hadapan orang ramai....nanti mereka ingat kami bergaduh..hehehhehe.

Akhirnya soto tinggal soto...nescafeku terbiar begitu sahaja dan kami berlalu pergi dengan perasaan sebak.Al-fatihah ayah mertuaku.




Saturday, December 12, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 3)

Hampir 5 tahun aku berkhidmat di Jengka...banyak perkara yang aku pelajari.Susah senang aku harungi juga kerana minat yang begitu mendalam sekali dalam profesion perguruan.

Apabila aku disahkan mengandung anak pertama....sudah tentu emosi aku turut terganggu seketika.Tapi sokongan moral daripada suami menjadikan aku semakin bersemangat.Rakan-rakan guru pula begitu mudah memberikan bantuan.Kami seperti sebuah keluarga .Memang seronok sebenarnya mengajar di kawasan felda.

Ibu bapa di sini juga sememangnya sangat prihatin...Rezeki anak sulung aku agaknya.Apabila musim buah-buahan,aku tidak ketinggalan merasainya.Orang kata tidaklah kempunan hendak makan pelbagai jenis buah...kalau tidak meleleh air liur anakku...

Di Pahang, suami aku kerap dihantar pergi kursus....Ketika itu  aku sarat mengandung dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah rakan bujangku di Jengka.Bila berjauhan dengan keluarga menjadikan kita semakin matang bertindak.....

Aku terpaksa tinggal di rumah rakanku kerana ketika itu aku tidak pandai memandu kereta lagi.Memang sukar sebenarnya tapi aku perlu menerima kenyataan....

Rezeki suamiku juga bertambah kerana kebetulan UITM Jengka memerlukan seorang guru Bahasa Inggeris untuk mengajar di kampus sana.Suamiku sememang minat dalam bidang itu terus  menerima tawaran untuk mengajar di sana secara sambilan pada waktu  malam.Dalam keadaan sarat mengandung, aku sering menemaninya pergi ke sana.Lebih kurang 2 jam aku menunggu suamiku.

Sesuatu yang menarik ialah ketika aku ingin di 'observe' oleh PPD, guru besar aku sering mengelakkan aku daripada di 'observe'.Mungkin beliau memahami keadaan aku ketika itu yang tidak larat .Aku beruntung kerana guru besar  menyediakan tempat aku mengajar di kelas bawah.Anak-anak didik aku akan turun di kelas tersebut....Terima Kasih 'ayah Long' panggilan yang biasa diberikan kepada guru besarku.
Mereka selalu mengatakan aku begitu bertuah kerana sering terlepas di 'observe' oleh pihak atasan.Rezekiku agaknya.....



PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 2)

Episod di Jengka.

 Melangkah pergi ke Jengka 4 dengan hati yang girang.Semangat untuk mengajar begitu bersungguh-sungguh sekali.Suamiku pula ketika itu diarah berpindah ke SMK Sri Jengka...sekolah yang baru dibuka.Aku menetap di rumah guru di situ.Orang yang baru mendirikan rumah tangga sudah tentu banyak kekurangannya.Aku terima dengan redha.....

 Setiap hari,aku keluar rumah selepas subuh dengan dihantar oleh suamiku.Perjalanan dari rumah ke sekolah aku bukannya dekat dan mengambil masa lebih kurang 45 minit tetapi itulah rutinku setiap hari dan setiap harilah juga aku akan pulang lewat sehingga petang malah ada kalanya sehingga jam 7.00 petang.Terima kasih kepada rakan-rakanku yang sudi menumpangkan aku di rumah mereka sementara suamiku menjemput aku....

 Aku telah diminta untuk mengajar murid-murid Tahun 1 ketika itu.....aku terasa seperti mahu menangis kerana aku tidak mempunyai pengalaman langsung namun aku sahut cabaran itu.Aku masih ingat ketika itu cikgu Kamaruddin memang beria-ia meminta aku mengajar tahun 1 kerana tiada guru lagi yang boleh diletakkan di situ.Akhirnya aku terima dengan bimbingan beliau.Aku di perhatikan selama 3 bulan dan selama itu tekanan perasaan yang aku hadapi..Setiap hari beliau akan masuk ke kelas melihat cara aku mengajar.....sesekali beliau membimbing aku.Alhamdulillah,akhirnya aku mampu menggalas tanggungjawab aku sebagai guru tahun 1.Aku ''enjoy' sebenarnya mengajar di Jengka 4,walaupun di kelas muridnya lebih daripada 30 orang.Sememangnya darah muda yang mengalir menjadikan aku terkenal sebagai seorang guru yang garang....Siapa yang mahu melihat anak didik sendiri tidak tahu membaca.....aku tanamkan niat aku untuk memastikan di akhir tahun anak-anak bawah jagaan aku mampu membaca, menulis dan mengira.Garang aku bertempat dan akirnya aku mampu memastikan anak didik aku menguasai 3M.

Bunyi kasut sahaja sudah mengerunkan murid-murid aku...anak-anak murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedikit sebanyak memerlukan kesabaran yang tinggi....Tapi aku 'happy' dengan mereka.Semangat aku semakin kuat untuk memastikan anak-anak felda berjaya..





Friday, December 11, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 1)

Pena kasih cuba mengungkaikan kisah perjalanan kehidupan seorang pendidik........pengalaman sendiri. Hampir 24 tahun rupanya aku bergelar seorang guru.Itulah cita-citaku sejak dari kecil.Naluri untuk menjadi seorang guru begitu kuat dalam jiwa aku.Alhamdulillah akhirnya termakbul hasrat dan cita-citaku.Terima kasih Ya Allah...Terima kasih emak dan ayah yang sentiasa mendoakan anakmu ini.Terima kasih semuanya..... Dengan bertitikkan semangat dan juga dorongan daripada orang yang tersayang yang kini menjadi suamiku.....akhirnya impianku tercapai.Terima kasih sayang....kerana tidak mudah jemu mengirimkan buku-buku sewaktu aku bersekolah dahulu...Aku masih ingat ketika itu dirimu masih belajar di UKM...tapi saban bulan buku tetap dihantar kepadaku..Bukannya sejambak bunga,bunganya sekeping kad yang ditunggu tetapi sebuah buku untukku....murninya hatimu. Alhamdulillah tawaran untuk meneruskan cita-citaku akhirnya sampai jua ke tanganku sewaktu aku berangan-berangan mengenangkan nasibku yang ketika itu bekerja di kilang...aku masih ingat setiap kali solat aku selalu berdoa agar cita-citaku untuk menjadi pendidik akan tercapai.Aku berjanji dalam diriku untuk menyenangkan kehidupan ibu dan ayah.Aku ingin mengubah kehidupannya.Alhamdulillah..berkat doa emak dan ayah akhirnya aku melangkah pergi ke Perak.Meneruskan cita-citaku.Bersama-sama dengan aruah Atok Senah aku ke sana dengan menaiki kereta api.Berlinang air mataku meninggalkan kampungku untuk meneruskan cita-citaku. Pendaftaran bermula....emak dan atok Senah terpaksa meninggalkan aku bersendirian di Perak.Bermulalah episod hidupku bergelar guru pelatih.Air mataku tertumpah jua.......terkenangkan emak dan ayah di kampung......aku mengerti.Aku perlu meneruskan cita-cita dan hasrat emak dan ayah.....Terima kasih emak....terima kasih ayah... Tiga tahun aku menuntut ilmu di MPKI...banyak pahit manis yang aku harungi....Tahun 1988 aku mengambil keputusan untuk bertunang..sekali lagi aku diduga dengan pelbagai cara tapi alhamdulillah ikatan kami masih utuh sehingga kini...Bukan senang sebenarnya apabila berstatus 'Tunang'...dugaan dan cabaran semakin hebat..onak dan duri kutempuhi jua.Sejambak bunga yang aku terima daripada seseorang menyedarkan aku yang aku sebenarnya tunangan orang.......aku tolak dengan cara yang baik dan aku ceritakan yang sebenarnya......Alhamdulillah 3 tahun aku harungi pelbagai cabaran dan dugaan dan kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada tahun 1991.... Akhirnya aku diterima untuk mengajar di SK Felda Pemanis dan ketika itu suamiku mengajar di Jengka 2.....Namun, suamiku ingin membawaku ke Pahang dan kami naik ke KPM berjumap pihak tertentu dan menyatakan hasrat untuk mengajar di Pahang.Permintaan aku diterima serta merta dan bermulakan perjalanan kehidupan aku di Pahang.....

PERTEMUAN

Perancangan yang tidak disengajakan akhirnya terjadi jua.....Itulah ketentuan yang telah ditentukan olehNya.Terima kasih buat suamiku kerana memberikan keizinan kepadaku untuk bertemu dengan rakan-rakanku.Hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja aku keluar untuk bertemu rakan-rakanku. Emmmm..belangkas kata emakku kerana sebenarnya aku bukanlah jenis yang suka keluar.Setiap kali keluar itulah aku bersama suamiku....Kami jarang keluar sendirian...bagiku terasa kekoknya jika tiada suami disisiku... Akhirnya perancangan untuk bertemu dengan sahabat sekolahku tercapai jua...empat orang sudah memadai.Kawan seangkatan semasa di sekolah menengah dan rendah.Kami tidaklah duduk jauh sangat hanya sekitar mukim yang sama tapi kami jarang dapat bertemu kerana masing-masing mempunyai urusan tersendiri........ Terima kasih Diah ...perjumpaan sebelum dirimu berangkat ke tanah suci pada hari Isnin .Kami doakan agar Diah sekeluarga selamat pergi dan balik dari Tanah Suci..semua orang mempunyai idaman untuk menjejakkan kaki ke sana.In Sha Allah akan menyusul suatu ketika nanti....
Banyak kisah menarik daripada kami sebenarnya...apabila kaum ibu keluar dengan keizinan si suami walaupun langkah panjang boleh kami lalui tapi batasannya tetap kami jaga.......Apa-apapun pertemuan ini amat bermakna buat kami..... Terima kasih sekali lagi buat suami di atas keizinanmu....

Friday, December 4, 2015

BILA HATI TERSENTUH..JIWAKU RAPUH

Tiba-tiba sahaja hatiku tersentuh.....selalunya aku tidak seperti itu. Tontonan di televisyen pada hari ini membuatkan hatiku sebak....tanpa disedari linangan air mata berjujuran.Aku toleh ke kiri melihat wajah che abeku dan wajah anak lelakiku...nampak mereka juga sayu tapi tidaklah sehebat aku. Jiwaku rapuh mendengar cebisan kata-kata daripada insan yang mengenali dirimu,Pak Yus.Aku bukanlah peminat lawak sebenarnya tapi apaila aku membaca kisah hidupmu yang dipaparkan di media sosial membuatkan hatiku terpaut untuk mengetahui kisah kehidupanmu.Ternyata begitu mulianya hatimu walaupun sebagai seorang pelawak.. Namun pastinya setiap kali aku mendengar kematian....jiwaku rapuh.Mudah tersentuh.Namun yang pastinya setiap yang hidup akan berakhir jua...kita tidak tahu bila dan ketikanya kita juga akan turut pergi.Meninggalkan insan-insan yang kita sayangi. Hanya yang mampu aku lakukan sedekahkan al-fatihah untuk mereka...mendoakan agar mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.....

Tuesday, December 1, 2015

TERIMA KASIH....BUATMU ABE.

Catatan untuk che Abeku..... Terima kasih buatmu yang sentiasa mengambil berat tentang kami sekeluarga. Terima kasih jua kerana selalu memberikan semangat kepada diriku untuk terus memajukan diri sehinggalah aku akhirnya memiliki segulung ijazah.... Besar pengorbananmu sepanjang aku belajar di USM...aku masih ingat kali pertama mendaftar di USM sebagai seorang pelajar...Biarpun kenangan itu telah lama tapi momen indah tetap terpahat di hatiku sehingga kini. Bersama adik dengan menaiki bas sahaja ketika itu.....aku mula melangkah pergi untuk menuntut ilmu.Meninggalkan dirimu dan anak-anak setiap hujung tahun selama 3 minggu.Bukan senang sebenarnya untuk aku mengubah kehidupan diriku..belajar ketika usia semakin lanjut dan tanggungjawab di sekolah di bahagian pentadbiran sedikit sebanyak memberikan tekanan buat diriku... Tapi dirimu sentiasa memberikan motivasi buat diriku sehinggalah akhirnya segala susah payah selama 4 tahun aku harungi jua. Terima kasih juga kerana sehingga kini selalu memberikan motivasi buat diriku... memahami tugas dan tanggungjawab aku di sekolah sehingga tidak kisah pukul berapa aku berada di sekolah.....bukan senangkan untuk memahami tugasku.. Terima kasih sekali lagi untukmu......

Sunday, November 29, 2015

NIAT HATIMU

Ma....lepas ni kita nak ke masjid. Untuk apa ke masjid sedangkan tadi baru balik dari masjid. Kita hendak bersihkan tandas masjid......itulah luahan hati anak bujangku.Satu-satunya anak lelaki yang sentiasa bersamaku...teman berbual-bual sambil aku menyiapkan kerja sekolah. Bagus niatmu..mama harap adik sentiasa berbuat sesuatu yang baik . Aku nampak dia telah memegang sebatang kayu dan hendak membawa pencuci tandas ke masjid.Aku menegurnya sambil mengatakan bahawa di masjid semuanya telah ada...hanya kudratmu sahaja yang diperlukan. Aku tahu sejak kontraktor membina bilik/tandas di masjid itu dan sikap sesetengah individu yang tidak mementingkan kebersihan selepas menggunakan tandas sedikit sebanyak mengundang bau yang kurang menyenangkan. Kalau ada kenduri, aku memang sentiasa membersihkan kawasan tersebut.....bagi aku satu kepuasan untuk memastikan keadaan masjid itu bersih walaupun sememangnya sudah ada yang membersihkan...... Tidak lama kedengaran bunyi injin motosikalnya balik.. Ma...kita dah bersihkan tandas.Alhamdulillah...mama harap adik sentiasa memastikan kawasan tandas itu bersih sementara adik bercuti belajar ini. Mama sentiasa mendoakan kesejahteraan adik dan dikurniakan kesihatan yang baik...itulah harapan mama.Jangan lupa sentiasa solat dan sedekahkan al-fatihah untuk mama dan ayah setiap kali bangun tidur.Itulah amalan yang mama lakukan selama ini. Bagi mama selagi niat hatimu itu baik....insyaAllah Allah akan sentiasa bersamamu. Untuk mendapat pahala amat mudah dan untuk mendapat dosa juga amat mudah....Semuanya terletak pada diri sendiri.

Monday, November 23, 2015

LAWATAN KE TERENGGANU

Hasrat dan impian untuk membawa penduduk kampung yang sentiasa menyokong aktiviti kampung akhirnya terlaksana jua.Thanks to my daughter kerana banyak membantu perjalanan lawatan ini.Dari mula sehinggalah ke akhirnya.Aku hanya jadi mentor kepadanya agar impian dan niat untuk membawa mereka tercapai. Akhirnya pada malam 20.11.2015 kami bergerak meninggalkan KGG untuk meneruskan misi ke Terengganu.So happy tengok mereka yang begitu teruja untuk ke sana. Hampir 1 jam menunggu bas yang tidak kunjung tiba...bagi aku masa memang begitu bermakna sekali.Ketepatan masa...memang prinsip aku.Kalau tidak menepati disebabkan oleh sesuatu...Sebaik sahaja bas sampai..mereka telah mengatur tempat duduk masing-masing.Aku memang minta duduk di hadapan untuk memudahkan aku berurusan dengan pemandu bas. Seingatkan aku,inilah kali kedua aku membawa kunjungan penduduk kampung melawat ke luar daerah Segamat.Kalau tidak salah aku tahun 1980an...semasa itu aku masih muda lagi..ya hampir 30 tahun kot .Nostalgia manis untuk dikenangkan tapi pahit untuk aku telankan.Biarlah ia menjadi rahsiaku. Jam 5.00 pagi kami sampai di masjid terapung Kuala Terengganu untuk menunaikan solat subuh.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Itulah doaku setiap kali solat.Pastinya kita tetap ada kelemahannya.
Kami bersukaneka di Teluk Ketapang...nice place.Hujan renyai tidak menghalang untuk kami meneruskan misi mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sungguh menarik sekali dan 'sporting sekali' yang tua mahupun muda.Gambar menceritakan segala-galanya.
Line intenet lembab...........mood menulis pun hilang.

Sunday, November 22, 2015

TAHNIAH UNTUKMU FATIN......

Lama sudah aku membiarkan blog aku tidak terusik.Banyak kenangan manis aku catatkan di FB sahaja.Kekangan masa dan tuntutan kerjaku yang semakin banyak membuatkan blog aku sepi seketika walaupun aku tahu ada 'silent reader' yang membacanya .Pastinya setiap memori indah itu amat bermakna buat diriku untuk dikenang-kenangkan suatu masa nanti.
Apa-apa pun mama mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah buat puteri mama atas kejayaan yang sememangnya telah diduga.Di saat cabaran dan dugaan menimpa tapi Allah tahu apa yang sebenarnya tersirat di hatimu.Mama kagum dengan kegigihanmu di utara.Memastikan setiap kehendakmu untuk memperoleh kejayaan tercapai.Setiap masa mama titipkan doa untuk anak-anak mama.Pastinya ia membanggakan kami. Hasrat dan impianmu untuk melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi amat dialu-alukan.Mama tahu ketegasan dan keinginan yang tinggi dalam dirimu.Mama harap puteri mama sentiasa memberikan dorongan buat adik-adik dan sepupu mu yang lain. Kejayaan tidak semudah itu tapi semangat yang tinggi dalam dirimu diiringi dengan doa dan usaha akhirnya membuahkan sesuatu yang amat bermakna buat dirimu.Kecewa untuk seketika tidak bermakna kecewa selamanya.Proud of u.

Sunday, July 26, 2015

PERGINYA TIDAK KEMBALI....

Perkhabaran berita 9 syawal jam 4.15 petang memeranjatkan aku yang sedang melayan keluarga di sebelah hubbyku yang bertandang ke rumahku.Sesuatu yang menyedihkan tapi redha menerima kenyataan bahawa emak saudaraku yang menetap di Lui Selatan akhirnya meninggalkan kami semua.Pergi yang tidak akan kembali lagi... 2 Syawal kami berkunjung ke rumahnya.Menziarahi sempena syawal selain mengeratkan hubungan kekeluargaan.Kami disambut dengan penuh kasih sayang.Ciuman erat daripadanya terasa begitu lain sekali.Seolah-olah akan meninggalkan kami semua.Tidak banyak berbicara tetapi lebih banyak tersenyum dan ketawa sahaja mendengar perbualan kami dan sesekali bergurau senda yang tidak menyentuh perasaan hati kami. Usia 62 tahun...meninggalkan suami dan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang tapi Allah lebih menyayangi drinya. Kami redha dengan pemergiaannya.Sewaktu kunjungan kami ke rumahnya, hanya yang aku lihat adalah wajahnya yang pucat sedikit daripada seperti biasa. Mungkin keletihan dan tiada selera makan. Akhirnya,kami secara berkonvoi ke rumahnya di Lui Selatan.Tepat jam 7.10 minit kami sampai ke kediamannya.Terasa sunyi.Kami berada di sana sehingga jam 11.00 lebih dan sampai di rumah jam 1.00 pagi. Al-fatihah Mak Uteh Ros..kehilanganmu terasa sekali.

Wednesday, June 10, 2015

DI MANA SILAPNYA

Kecewaaaaa....memang aku kecewa.Semua dokumen yang aku simpan di laptop habis hilang begitu sahaja.Di mana silapnya? Namun aku pendamkan sahaja agar biar hatiku sahaja yang terluka.... Menangis dalam hati sahaja dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku mengadu domba..terlalu berat dugaan yang aku terima ini.Penat lelah aku menyimpan segala makumat tapi dalam sekelip mata hilang begitu sahaja......' Bukan mudah hasil kerjaku yang aku sentiasa updatekan untuk kemudahan aku tapi itulah hakikatnya ...pasrah dengan keadaan dan bermula satu episod baru aku... Terus terang aku katakan...aku sememangnya tidak sama sekali suka meminjam hak orang begitu juga dengan hak aku.Hak aku yang aku jaga dan simpan kalau boleh memang agak sukar untuk aku serahkan kepada orang tapi aku bukan sekejam itu dan harapan aku bila dipinjam jangan sesekali dan memandai-mandai menggunakan seperti hak sendiri.... Pastinya biarkan aku pendam segala-galanya...yang tersirat hanya aku sahaja yang merasainya..

Saturday, April 11, 2015

KARENAH ANAK

Hujung minggu yang tidak pernah tidak beraktiviti.Jika tidak ada pun tetap aktiviti mengemas rumah di luar dan dalam rumah.Dua hari bercuti aku penuhi masa dengan pelbagai perkara.Hari Jumaat sahaja aku telah menghadiri satu kelas keusahawanan dan juga tips kecantikan seorang wanita.Memang menarik dan aku juga tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman aku bersama mereka.Kemudian kami juga diberikan pendedahan cara-cara solekan yang betul.....menarik dipelajari untuk diri sendiri. Hari Sabtu, rengetan anak bujangku untuk ke Kuala Lumpur.Mencari baju yang telah lama diidamkan di Bukit Bintang.Kepenatan tapi penuhi juga permintaannya.Aku mengambil masa yang singkat saja untuk ke sana.Dua tempat saja yang aku fokus walaupun sebenarnya aku hendak ke Masjid India...tapi aku putuskan terus sahaja ke Alamanda.Cuci mata sahaja kerana kurang mood sedikit untuk membeli barang.Layan kehendak anak bujang sahaja.
Sempat juga anak aku mengambil gambar kami...pandai nak ambil hati mama dan ayahnya. Kesesakan di bandar Kuala Lumpur membuatkan kami kurang berminat untuk ke sana.Tapi apabila kehendak anak-anak turutkan aja.

Sunday, March 15, 2015

MEMORI INDAH KAMI

Always in my memory.....mesti nak berselfie kalau keluar.Just suka-suka not more than that. Namun apa yang menjadi kenangan indah ialah sewaktu kami mengambil keputusan tanpa diduga untuk ke KL....Sebenarnya aku bukanlah kaki jalan tapi bila suami ajak aku just follow aja.Memang menarik sekali .Mengambil masa yang tidak lama kami ke sana.Macam dekat aja KL.. Kalau tidak singgah IKEA memang tidak sah...Kalau tak habis duit kat situ memang tidak sah..entah apa barang yang aku beli pun tak tau..Kalau 10 jari tak habis tak taulah....Main ambil aja ikut sedap tangan dan hati...tapi satu kepuasan buat kami.Ada juga barang yang kami hendak sudah kehabisan stok...frust teramat sangat. Anak bujang aku pula sibuk mencari cadar berwarna putih....mengambil kesempatan untuk menjadikan biliknya seperti sebuah hotel.Aku ikut aja kehendaknya..bukan satu dua sekali diangkutnya.Layankan aja coz upahnya yang membantu kami sewaktu kami bekerja. Alhamdulillah memmang ringan kerja-kerja kami dari mengemas dan membasuh serta melipat kain sudah menjadi tugas rutinnya.Kini, dia bekerja sementara dan terasa juga apabila tugas-tugas itu diambil alih oleh kami.Kalau tidak rumah sentiasa kemas sahaja. Namun,sebelum pergi bekerja tugas rutin membasuh baju tetap dijalankan....Hati aku begitu sayu dan sentiasa dalam ingatan kami.Kini, dia ingin terus mendekatkan diri kepadaNYa.Solat dhua dilakukan setiap hari jika bekerja pada waktu petang.Kita hendak tunggu mama dan ayah di pintu syurga nanti...aku tergamam seketika mendengar kata-katanya.Alhamdulillah mama doakan kamu sentiasa di bawah peliharaanNya.Even bekerja pun jangan tinggalkan solat dan teruskan rutinmu setiap hari.Yang penting dia gembira dengan kerja sementaranya itu.Memang dia seorang yang prihatin.Dengan Pak Ngahnya tidak pernah dia meninggalkan Pak Ngah nya begitu sahaja tapi setiap kali ingin balik tetap bersalam dengan Pak Ngahnya. Tidak sedar air mata mengalir tatkala aku menaip.................kita akan tunggu mama dan ayah di pintu syurga.Murninya hatimu. Berbalik semula kisah di IKEA.....selepas memilih apa yang kami minat...kami ke kaunter bayaran..sekali lagi yang kami tidak perasan apabila seorang uncle menegur kami....wah u pilih warna lampu isyarat.Kami terdiam kerana rupa-rupanya air yang kami pilih berwarna merah, hijau dan kuning.Kami ketawa kerana sememangnya kami tidak sedar. Then kami terus bergerak pulang ke Segamat.Memang cepat kami ke sana.
Banyak lagi nostalgia indah yang tidak sempat aku paparkan di sini.

Saturday, February 21, 2015

MEMORI INDAH

Pelbagai perkara yang berlaku di awal Februari....Memori indah ini tidak akan berakhir begitu sahaja.Keindahan itu diabadikan dalam bentuk gambar yang akan menjadi tatapan suatu masa nanti.
Kehadiran bekas pelajar Monfort School setelah berpuluh tahun meninggalkan bumi Segamat untuk berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.Akhirnya pada tahun 2015, beliau telah mengambil keputusan untuk melihat sendiri bekas sekolahnya.Kini , beliau menetap di Jakarta dan sempat lagi aku berbicara dengannya.Sesuatu yang menarik daripadanya ialah Bahasa Indonesia begitu seni jika dibandingkan dengan Malaysia.Macam-macam yang diceritakan kepada kami.
Majlis penyampaian hadiah khusus kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai pertandingan mewakili sekolah.
Memori paling indah ialah apabila pertemuan dengan my old friend semasa di sekolah rendah....hampir 30 tahun lebih kami tidak bersua muka dan kesanggupan mencari aku di sekolah .Syukur akhirnya kami dapat bertemu kembali dalam suasana yang sayu dan gembira.Tidak dapat untuk bersantai lama kerana tuntutan kerjaku. Apa-apa pun memori indah ini akan tetap aku kenangkan.

Wednesday, February 18, 2015

SELFIE

Sebut sahaja 'selfie' semua orang tahu.Sekadar suka-suka dan tidak lebih daripada itu.Aku juga apa kurangnya...suka petik gambar untuk dijadikan memori indah dalam hidup...tidak lebih daripada itu.
My blog memang jadi tatapan aku ketika kepenatan..melihat kembali gambar-gambar bersama keluarga.

Saturday, February 14, 2015

CORET-CORET DI AWAL 2015

Lama aku membiarkan pena kasih aku begitu sahaja.Impian untuk mencatat setiap detik cerita sebagai kenang-kenangan hanya berlalu begitu sahaja.Tuntutan kerjaku yang kian hari semakin bertambah menyebabkan ruang aku untuk bersama Pena Kasih agak terbatas. Bila berita mengatakan mu school tercalon untuk penerimaan New Deal,memberikan satu tekanan kepada kami.Banyak yang perlu disiapkan dan dibereskan .....selagi lagi aku terpaksa berkampung di sekolah..keceriaan kelas perlu juga dilakukan ..satu kepuasan buat diriku.
Sebahagian daripada kerja-kerja menghias kelas yang aku buat. Aku juga lihat semua guru telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali."Team-work" yang begitu baik dan bersemangat.Kehadiran mereka ke sekolah tanpa mengira hari dan waktu menunjukkan mereka begitu semangat sekali.
Alhamdulillah...akhirnya semua kerja-kerja kami lengkap sebelum pelawat datang..... Gambar semasa pihak nazir datang....
Kisah di awal tahun ...ada lagi episod akan muncul......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails