Wednesday, March 11, 2009

PROGRAM 2 DALAM 1

Hari ini sekolah saya mengadakan dua program secara serentak.Program NIE dan juga Program Perjumpaan bersama dengan ibu bapa murid tahun 6 dalam usaha meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahun 2009.Bulan Februari yang lepas, perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru mata pelajaran telah dijalankan bagi kelas 6CS.
Alhamdullilah kehadiran ibu bapa amat menggalakkan dan ibu bapa yang tidak hadir pada hari berkenaan disebabkan mempunyai masalah tertentu diberi pilihan untuk hadir pada hari lain.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka dan juga sebagai satu inisiatif pihak sekolah untuk berjumpa dengan ibu bapa dan membincangkan secara telus permasalahan anak-anak mereka.Semoga dengan adanya perjumpaan ini, ianya dapat membantu pihak sekolah menangani masalah anak didik dan seterusnya dapat berbincang dengan ibu bapa tindakan yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah anak mereka.
Dalam masa yang sama, kami mengadakan satu program NIE anjuran STAR.Pada tahun ini, pihak sekolah bersyukur kerana dengan kerjasama DAMACAI, kami telah mendapat suratkhabar percuma untuk murid-murid sekolah ini.Keaktifan panatia Bahasa Inggeris dengan didokong oleh Puan Desirani dan juga Puan Tong,panatia ini dapat melaksanakan program ini dengan lebih licin.Malah, sekolah kami pernah mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan juga pada tahun lepas kami dijamu dengan pizza diatas penglibatan anak murid kami dalam program yang dianjurkan oleh STAR.
Selain daripada itu, anak-anak murid kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata dengan membaca suratkhabar
yang dibekalkan secara percuma.Alhamdulillah, setakat ini, keputusan peperiksaan UPSR terutama subjek Bahasa Inggeris begitu tinggi peratus kelulusannya.
Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru sekolah ini,insyaAllah sekolah ini akan dapat meningkatkan peratus pencapaian dalam peperiksaan UPSR.Saya bersyukur mempunyai guru-guru yang dedikasi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga malah wang ringgit sekalipun.Semoga segala usaha yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah ini mendapat keberkatan daripadaNYA.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails