Wednesday, April 30, 2014

SENTUHAN SAYANG UNTUKMU ANAK DIDIK

Sentuhan Sayang........lembut bicara Pena Kasih. Program Kecemerlangan yang bertujuan untuk membantu anak-anak didik dalam pembelajaran mereka.Program khas untuk mereka yang sering gagal menyiapkan kerja sekolah,mahupun mempunyai masalah disiplin yang ringan dan juga masalah pembelajaran yang lain. Program ini lebih kepada pertemuan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Program yang berjalan selama 1 jam ini bertujuan untuk memaklumkan prestasi pembelajaran anak mereka.Pihak sekolah sedaya upaya membantu anak-anak mereka terutama memastikan anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah. Perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 1 hingga 6 ini mendapat respon daripada ibu bapa.Tidak hanya meletakkan sepenuhnya penjagaan pembelajaran anak kepada pihak sekolah sebaliknya pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka agar memastikan kerja-kerja yang dibekalkan oleh sekolah dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Malah,anak-anak mereka kini tidak dapat melarikan diri untuk mengelakkan daripada tidak menyiapkan kerja sekolah.Surat komunikasi merupakan satu lagi program yang berkesan untuk memastikan ibu bapa turut memberikan kerjasama menjalankan tanggungjawab mereka kepada anak masing-masing..
Semoga program ini memberikan impak kepada kepada belah pihak bagi memastikan kecemerlangan anak-anak didik sekolah ini. Pena Kasih: Suka melihat murid-murid maju walaupun sedikit kemajuannya.

Tuesday, April 22, 2014

UJIAN DARIPADAMU....

Bila bicara dalam kesedihan namun redha dengan apa yang berlaku....
Siapa sangka dalam kegembiraan adakalanya kita diuji.Namun kita perlu bersyukur dan redha dengan setiap inci ujian yang diberikan kepada kita.Pastinya tiada kata-kata lain selain menyebut perkataan Allahhu Akbar..Allahhu Akbar...Allahhu Akbar.Terimalah dengan redha setiap kejadian yang berlaku. Aku bersyukur kerana suami dan diriku selamat ketika kami ditimpa kemalangan.Memang tiada siapa menyangka,ianya berlaku dalam sekelip mata.Pastinya semua yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat.Hanya kecederaan ringan berlaku kepada si penunggang motor.Tiadapun terluncur perkataan yang menyakitkan hati ketika kejadian berlaku.Semuanya pasrah dan redha dengan apa yang berlaku.Terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan kepada kami dan ambulans datang tepat pada waktunya.Membantu membawa mangsa kemalangan ke hospital.Kecederaannya tidak parah tapi memerlukan rawatan . Setelah semuanya usai aku ke balai polis trafik untuk membuat aduan kemalangan yang berlaku dan seterusnya ke hospital dan memberikan sumbangan sagu hati dan penunggang tersebut menerimanya dengan redha.Bekas pelajar suamiku..... Blind spot...itulah yang sebenarnya berlaku.Pastinya suamikulah yang trauma dan apabila melihat wajahku dengan kata-kata semangat yang kuberikan reda juga rasa trumanya.Lebih kurang 27 tahun memandu tanpa ada sebarang kejadian yang berlaku dan inilah yang pertama kali berlaku.Memang aku tidak nafikan suamiku memandu dalam keadaan yang cermat dan tidak terlalu laju sebaliknya hanya 10km/j sahaja.Gerakan kereta meluncur ke depan tidaklah terlalu laju tapi kejadian hendak berlaku. Motosikalnya juga tidak mengalami kerosakan yang teruk tapi aku dan suamiku yang membaikinya.......mereka puas hati dan aku sendiri ke rumah mereka berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka.Nice persons dan mereka menerima dengan redha.Aku gelihati juga apabila emaknya mengatakan sebelum kejadian dia boleh bermain-main dengan emaknya..malah hati emaknya terdetik..'budak ini nak buang tabiat' katanya. Semuanya selesai walaupun sebenarnya ada kesilapan masing-masing tapi aku cakap biar aku tanggung kos perubatan dan sebagainya.Mereka bukan daripada keluarga yang senang.... AKu tidak akan membiarkan anak mereka begitu sahaja..... PENA KASIH:Hikmah di sebalik ujian hanya Allah sahaja yang tahu..bukannya percaturan manusia.

Monday, April 21, 2014

BICARA ILMIAH...

Bicara Pena kasih hari ini... Bicara Ilmiah bersama pegawai PPD berlangsung pada hari ini di STAR.Last minute diminta untuk ke sana bagi mendengar beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama dalam usaha untuk membantu dan membimbing anak didik ke arah kecemerlangan.Bukan susah itulah kata-kata dari sifu di PPD yang sentiasa menjadikan motivasi kepada kami khususnya diriku. Banyak yang diperolehi pada hari ini...tapi untuk mengekalkan prestasi sekolah ke arah kecemerlangan juga bukan semudah dilafazkan.Banyak aspek yang perlu dikira...Namun, pastinya semangat dan kegigihan guru-guru SKCC memang tidak dinafikan.Kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya terletak di satu bahu sahaja tetapi memerlukan pengorbanan daripada semua pihak termasuklah anak didik dan ibu bapa pelajar itu sendiri.Bukan guru diletakkan 100% tapi komitmen daripada semua pihak juga merupakan salah satu aspek kecemerlangan dan kejayaan.
Hari ini aku bersama-sama guru tahun 6 berpeluang mendengar beberapa info daripada tuan pegawai PPD, Tn Hj Sazali dan juga En Azmi sukiman....semangat untuk terus bersama-sama dengan guru bagi mengekalkan kecemerlangan sekolah. Syabas dan tahniah juga buat guru besar yang telah dianugerahkan NEW DEAL buat kali kedua selepas tahun 2011 dan juga pegawai PPD khususnya yang memberikan banyak kata-kata semangat kepada guru-guru daerah ini untuk memastikan sekolah mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.Untuk mengekalkannya bukan senang...namun, tahniah juga kepada semua guru SKCC yang banyak membantu pihak pentadbir dalam memastikan kecemerlangan sekolah yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi sahsiah dan juga pencapaian murid dalam bidang kokurikulum dan ko akademik.Guru-guru tahap 1 juga memainkan peranan penting untuk memastikan tiada buta huruf ketika mereka berada di tahun akhir tahun 3.Kerja keras guru-guru tahap 1 juga tidak dinafikan ...mereka akan memastikan tiada buta huruf kepada pelajar-pelajar tahap 1...Tahniah untuk semua.
Tuan PPD juga memberikan kata-kata semangat dan mengingatkan kita terutama akautabiliti kita sebagai seorang guru.
Semoga guru SKCC akan terus bersemangat dan pastinya anak-anak didik menjadi keutamaan.... PENA KASIH: Terus mencari kekurangan diri...

Friday, April 18, 2014

NIKMAT APAKAH YANG HENDAK DIDUSTAKAN

Syukur alhamdulillah hasrat untuk mengadakan majlis makan-makan bersama keluarga tertunai akhirnya.Kebetulan harinya jatuh pada bulan kelahiran suamiku dan anak saudara Apiz. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ayahku atas permintaanku dan suami.Semoga majlis mendapat keberkatan.
Nikmat apakah yang hendak didustakan..ramai yang sponsor makanan kali ini.Rezeki suamiku dan anak saudara.Thansk to emak dan my Mil serta adik yang menyediakan juadah.Begitu juga uteh....koci labu.My hubby favourite.
Dua biji kek dipotong serentak...Selamat Hari Lahir,yang and Apis.Adif mengambil kesempatan untuk turut sama memotong kek.
Alhamdulillah...atok Dolah n Nenek Kamisah also came here to joined us...Sempat lagi dia mengingatkan kisah Pak Kamil masa kahwin dengan I...huhuhu.Dah mula atok buka kisah lama.Sampai tersedak menikmati bau mee goreng mamak aku.Alhamdulillah, mi goreng mamak kali ini habis.
Menelefon emak saudara yang dalam perjalanan datang ke rumah...
PENA KASIH: Syukur diatas rezekiku pada tahun ini...

Sunday, April 13, 2014

PROGRAM TAUTAN SAYANG DAN AKU JANJI

Masih ingin terus berbicara. Alhamdulillah akhirnya Program Tautan Sayang dan Aku Janji untuk murid-murid Tahun 6 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kehadiran ibu bapa memberikan pandangan yang positif dan menerima kelemahan dan kekurangan anak-anak dengan positif.Pastinya hasrat dan impian ibu bapa inginkan anak-anak berjaya dan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Biasalah posing sebelum memulakan acara...bersama penyelaras tahun 6.
Menunggu giliran untuk membentangkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPPM 1 dan program yang akan dan sedang dijalankan.
Restu ibu bapa, kemaafan dipinta agar perjalanan hidup sewaktu menerima ilmu diberkati.Kasih sayang ayah,nenek dan ibu memang tidak dinafikan.Mereka inginkan kejayaan,mereka merestui kehadiran anak-anak ke sekolah namun kini semuanya terletak pada anak-anak untuk meneruskan hasrat dan impian ibu bapa.Berleternya ibu untuk menyedarkan diri anak-anak akan kepentingan pelajaran.Belajarlah anak-anak selagi ibu bapa masih mampu memberikan didikan dunia dan akhirat.Rebutlah peluang yang ada ini dan pastinya kepadaNya jangan dilupakan.Renunglah wajah ibu dan bapa setiap hari...
Kasih ibu tetap ada....masih terus memberikan semangat kepada anak-anak.Menyedarkan anak agar tidak leka...
Anak-anak didik memohon maaf kepada guru...
Akhir sekali,ibu bapa bertemu dengan guru mata pelajaran masing-masing.Berbincang mengenai kelemahan dan kekuatan serta tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak demi kecemerlangan mereka. PENA KASIH: Ada program lagi selepas ini....

KALAU DAH JODOH......

Pena Kasih berbicara lagi bersama Kalau ada Jodoh... Alhamdulillah kami berkesempatan untuk hadir ke majlis ilmu.Buat julung kalinya pada tahun ini,berpeluang untuk menambah ilmu,mengisi kotak minda dengan sesuatu ilmu yang baru.Masih terus ingin menambah ilmu sebanyak yang mungkin.Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja ilmu baru yang diperolehi..Mudah.Allah permudahkan urusan kita.Hanya kita sahaja yang kadang-kadang terleka sehingga gagal untuk mengisi masa luang untuk menimba ilmu.
Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi peluang kepada 10,000 orang untuk hadir ke Dataran Segamat.Mengisi kepadatan dataran Segamat.Rata-ratanya bukan sahaja orang Segamat,malah warga yang hadir adalah terdiri dari Pahang,Gemas dan kawasan persekitaran yang hampir dengan bandar Segamat,bumi bertuah ini.Kehadiran Ustaz Kazim memang dinanti-nantikan.Kalau selama ini hanya di kaca tv sahaja kita lihat, aku juga berpeluang melihatnya secara dekat sewaktu hendak melintas pulang.... Isi ceramah yang disampaikan amat menarik sekali apatah lagi diselang selikan dengan nyanyian yang mempunyai makna yang tersirat bersesuaian dengan tajuk yang disampaikan.Syukur sekali.Dengan cuaca yang seolah mengerti dan dengan keizinanNya,Allah permudahkan urusan kita.Seperti lautan yang dipenuhi dengan insan-insan yang dahagakan ilmu seolah-olah menggambarkan andaikata orang Melayu bersatu dan tiada persengketaan sudah tentuk kehidupan di negara dan bumi bertuah ini akan terus aman. Kalau dah Jodoh............itulah wacana Ilmu yang ingin disampaikan oleh Ustaz Kazim sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita untuk terus mendekati hati ibu bapa.Bertanya khabar dan sebagainya.Memang berkesan.....
Pena Kasih: Menarik sekali...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails