Kesibukan sejak dua tiga hari ini, menyebabkan ada tugasan yang terlepas pandang.Tak sempat hendak mengintai atau menjengok tugasan yang diberikan.Namun,dipohon kemaafan yang tidak terkira.Bukan disengajakan tetapi tetap menyalahkan diri sendiri kerana tidak peka dengan apa yang ditampalkan di papan kenyataan.
..................jadi pengadil untuk pertandingan bola jaring bersama kak Yati.Dia pun lebih kurang dengan saya.Tak peka.Rasa bersalah pada diri ini dan rakan.Namun, saya tetap menjengok mereka di padang memberikan sokongan moral kepada anak-anak murid yang berentap bermain bola jaring.Maafkan kami..................ya.
Itulah manusia.Tidak semuanya yang boleh diingat.Bila dah diberi tugas,terlepas pandang pula.Nak jadi pengadil tak sesuai pula, tidak memakai pakaian sukan.Nak berlari dengan kain,oh....tak menjadi.Terima kasih,Sal kerana mengambil alih tugas kakakmu ini.Banyak yang perlu saya bereskan pada hari ini.
Itulah realitinya kita sebagai manusia.Kadang-kadang apabila nama tidak disenaraikan kita berasa kecil hati.Apabila ada nama, tetapi tidak menjalankan tugas, lain pula jadinya.
Namun,apabila kita berada ditampuk sesuatu AJK itu, harap-harap semua kerja dapat dilaksanakan bersama dan jangan sekali-kali nama dicicirkan.Dibawah sesuatu organisasi,kita percaya semuanya boleh bekerja cuma tidak diberi peluang dan ruang untuk melaksanakan.
Sebab itulah,kita perlu pandang orang secara positif dan jangan secara negatif dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Pena Kasih:Apa-apa pun, saya tetap down-loadkan gambar kalian di blog saya.

No comments:
Post a Comment