Tuesday, May 20, 2014

GURU......

Alhamdulillah tanggal 16 Mei setiap tahun perayaan hari guru disambut sebagai mengenang jasa guru.Tiada guru, tiadalah kita seperti ini hari ini.Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga 'guru'.Hasrat dan impianku untuk menjadi seorang guru akhirnya tercapai.Kini,anak perempuanku juga akan menyusul.Minat pada kerjaya guru memang telah aku lihat sejak kecil lagi.Angan-angannya untuk menjadi guru,InsyaALlah akan kesampaian."Mama, sentiasa mendoakan agar anak mama menjadi guru yang cemerlang kepada anak-anak didik".Kerjaya guru yang dianggap mudah,senang dan banyak cuti menjadi perbualan tapi apabila berada dalam kerjaya guru mereka akan tahu.Ibu bapa yang mempunyai anak yang bergelar guru akan tahu mana ruang untuk bercuti bersama ahli keluarga.Malah,anak-anak sendiri adakalanya merungut kerana mereka tidak dapat bercuti seperti rakan-rakan lain. Apa pun perbualan hangat yang diperkatakan aku tetap sayang akan kerjaya seorang guru.Kepahitan yang dialami akan menjadi manis dan indah apabila melihat anak-anak didik berjaya..boleh membaca,menulis,mengira dan menaaklul.Satu kepuasan buat diri seorang guru. Tahun ini, sambutan hari Guru di sekolah aku diadakan pada hari Ahad.Sambutan yang 'simple' sahaja tapi meriah. Aku diamanahkan untuk membaca perutusan daripada Ketua Pengarah...Memang bermakna dalam ucapan tersebut.Tersentuh hati....Banyak info yang diperolehi.mengingatkan kita sebagai seorang guru.Walaupun banyak rungutan dan tiada kepuasan tapi pastinya jika kita menjiwai kerjaya guru akan tetap ada kemanisannya.Yang pahit itu kita telan tapi kita lahirkan kemanisan yang dirasai semua pihak. Hampir 23 tahun aku menceburkan diri dalam bidang perguruan...memang ada pahit manisnya.Tapi aku anggap itu biasa bagi kita yang berkerjaya.Tidak semuanya dilimpahi dengan kemanisan.Akan ada pahit maungnya yang perlu kita telan dan kita jadikan pengajaran.Aku selalu berpesan kepada anakku...jangan anggap menjadi guru itu senang.Hujung bulan tekan butang dan keluarlah hasilnya.Tapi amanah ibu bapa kepada kita itu yang penting.Sebagaimana kita hendak melihat anak kita berjaya, begitulah juga ibu bapa yang menaruh harapan yang tinggi kepada kita sebagai guru agar dapat memastikan anak-anak mereka berjaya.Kalau kita iklhas dan bersungguh-sungguh insyaAllah, rezeki untuk kita akan ada.Tidak perlulah memikirkan itu semua. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KSIB yang berusaha mendapatkan sponsor untuk baju koprat kami daripada YB Datuk Ayub bin Rahmat. Gambar sepanjang hari guru....meriah.

Sunday, May 11, 2014

4 HARI 3 MALAM..KUALA LUMPUR

Sepi seketika tapi kini pena kasih ingin berbicara. 4 hari 3 malam meninggalkan teratak kasih untuk bersama-sama dalam majlis 25th International inventional innovation n techonology Exhibition 8-10 May 2014 di KLCC Kuala Lumpur.
Hari pertama berada di KLCC......
Our booth....simple tapi ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang singgah di sini...
Menyiapkan booth kami...sentuhan terakhir.
One of the juries menghakimi booth kami...Apa-apa pun tahniah kepada pasukan SKCC yang telah memberikan persembahan yang terbaik kepada mereka yang hadir ke booth kami...Mereka perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris tanpa bantuan guru.Dari kejauhan sahaja kami melihat mereka.
Bersama salah seorang ahli KSIB SK Bukit Jalil...
Anugerah yang diterima dan tahniah kepada semua guru dan pelajar SKCC yang memberikan semangat dan dorongan secara tidak langsung dan langsung dalam penyertaan pelajar sekolah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sempat juga bergambar dengan peserta dari indonesia...
Bersama peserta dari Taiwan...
Sempat lagi berposing bersama dengan Scha.....
Specil Award..gold for the best invention.Kami memenangi 1 silver peringkat kebangsaan dan 1 silver peringkat antarabangsa.Kami tidak menyangka menerima anguerah tersebut..apa-apapun tahniah kepada team SKCC.Teruskan perjuangan yang seterusnya.

Sunday, May 4, 2014

PWTC,IKEA N PUTRAJAYA..

Bila Pena kasih terus berbicara.Ringkas mungkin tapi gambar menceritakan segala-galanya. Perancangan yang tidak dijangkakan tapi mempunyai hajat untuk ke Pesta Buku kali ini.Bersama-sama Apiz meneruskan perjalanan lebih kurang jam 8.00 pagi.Suasana yang sepi sebelum ini ketika memandu menjadi riuh dengan soalan demi soalan ditanya.Yang bestnya..aku tidur jadi dialah yang melayan Uda Wanya.
He was so excited bila dapat berjumpa dengan buku-buku.Banyak juga yang dipilihnya namun untuk adiknya tidak dilupakan. Sempat juga dia bergambar dengan kumpulan Rabbani..... Banyak juga buku yang dibeli oleh my abe tapi kali ini aku hanya beli buku resepi..tiada mood untuk memilih novel.Pening melihat ribuah orang berada di situ sehingga agak sukar untuk aku berjalan-jalan.So,aku lebih banyak berdiri di luar sahaja kerana berhimpit-himpit untuk masuk ke dalam dan menyukarkan untuk aku memilih buku. Setelah selesai membeli buku,aku ke IKEA.Kalau dahulu selalu sesat untuk sampai ke sini tapi kini alhamdulillah.Menuju ke sin dengan mudahnya dengan ada bantuan GPS. Rambang mata..tulah yang boleh aku katakan.Aku meminta anak bujangku dan Apiz mencatat apa yang aku inginkan.Berebut-rebut Apiz hendak mencatat dan sesekali aku lihat dia merajuk dengan abang ngehnya.
Baby tua bila dah penat berjalan...anak bujangku sorongkan di dalam troli.Senyap sekejap mulutnya.kalau tidak Uda Wanyalah yang menjadi mangsa rengetannya. Tapi aku kecewa kerana barang-barang yang aku inginkan sudah kehabisan stok dan hanya dapat ku bawa 1 barangan yang besar dan lain-lain itu biasa aja.Frust habis dibuatnya sebab membuat pemilihan tetapi bila hendak ambil di stor semuanya sudah habis. Hajat di hati untuk ke Masjid India...shopping kain tapi tidak kesampaian apabila hujan turun dengan lebat dan disertai dengan petir dan kilat.So ambil keputusan hujung bulan akan bergerak ke KL lagi.So, kami terus bergerak pulang sehinggalah di pertengahan jalan, che Abe mengajak kami ke Putrajaya. Aksi mereka di sana...............
PENA KASIH:Ceria sentiasa

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails