Monday, January 31, 2011

TERPUTUS HUBUNGAN



Anak ayam kesejukkan.Namun,kami tidak dapat menolongnya tapi saya dan cikgu Midah meletakkan kayu antara pokok tersebut.Memberi laluan kepada anak ayam tersebut.




Jalan ke Gemereh melalui Tg Sengkawang....juga tidak dapat dilalui.Depan rumah dah macam kat bandar.sibuk dengan kereta lalu.Mereka tidak tahu hendak ke mana.



Kampung saya juga dilanda banjir terutama di kawasann rendah iaitu di Semak Rantau.



Jalan keluar ke Temenggong juga ditenggelami air.Nampaknya pnduduk di sekitarnya iaitu Kg Gudang Garam, Temenggong dan Berata terputus hubungan.



Keadaan di Taman Bendara.......Laluanterputus.Tak sangka rumah-rumah di situ juga kini di landa banjir.Tahun 2006 tidak seperti ini.

Selepas solat subuh, saya mengajak husband meronda-ronda di kawasan persekitaran iaitu di Lubuk Batu, Jalan Temenggong dan juga Kg Tanjung Sengkawang.Semua jalan telah terputus hubungan dan kami duduk di tengah-tengah.Kasihan tengok mangsa banjir kerana selama ini tidak pernah berlaku keadaan seperti ini.Tahun 2006 juga tidak seperti ini.Semuanya di luar jangkaan.

Sunday, January 30, 2011

BERULANG



Di Tanjung Sengkawang



Beberapa buah rumah turut dilanda banjir.Di Jalan Muar......


Di jalan Muar,Stesen Petronas.




Suasana Segamat pada hari ini.Gambar diambil sewaktu saya dalam perjalanan untuk ke sekolah.Mengemas fail-fail dan mengangkat dokumen penting ke tempat yang tinggi.Air semakin naik.Hujan tidak berhenti-henti.Sewaktu berada di sekolah pun,hati tidak tenteram.Bukan apa takut tidak lepas nak balik nanti.

Saturday, January 29, 2011

TERTEKAN

Kaedah penyelidikan sesuatunya subjek yang perlu dipelajari semester ini.Buat kali pertamanya kami didedahkan dengan pelbagai istilah untuk membuat penyelidikan.Maklumlah selama ini,sewaktu kami mengambil ijazah pertama kami tidak didedahkan dengan kaedah penyelidikan sebegini rupa.Ah.....nampaknya begitu susah untuk kami memahaminya apatlah lagi kami tidak pernah didedahkan dengan istilah itu sebelum ini.Rasa panas otak ini untuk memahaminya dan mengaitkan dengan penyelidikan yang akan dijalankan dalam bentuk kumpulan.

Selama 5 jam,kami mendengar penerangan tentang kaedah penyelidikan dan di sebelah petang,kami perlu membentangkannya.Just imagine,masih teraba-raba dengan istilah dan kemudian terus membentangkannya sudah tentu penghasilannya tidak seperti yang dikehendaki.Sememangnya kami teraba-raba untuk mencari objektif,persoalan kajian dan hipotesis dan cara menulisnya dengan betul.

Kami membentangkan tajuk mengenai penurunan enrolmen murid disebabkan status sekolah kami.Emmmm.........sebabnya kami tidak didedahkan bagaimana untuk menulis permasalahan dengan cara yang betul.Apabila tiba giliran kumpulan kami membentang, kami pun membentang sebagaimana pilihan tajuk dan pemboleh ubah yang menyebabkan berlakunya penurunan .Keputusannya kumpulan kami gagal membentangkan sebagaimana kehendaknya.Bukan kami sahaja malah ramai kumpulan tidak menepati kehendaknya.Kami akur kerana inilah kali pertama kami membuatnya dan diberikan masa lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan kajian tersebut.Kami perlu membetulkan permasalahan tersebut.

Semuanya rasa tertekan hari ini.Masih tidak faham dan kami rasa objektif penyampaian tidak mencapai matlamatnya.Kemudian, kami menemuinya secara personal untuk mendapatkan keterangan lanjut cara menulisnya dengan betul.Kami perlu memberikan kesan daripada penurunan enorlmen murid.Tajuk kami ditukarkan kepada faktor penurunan enrolmen murid dan kesan kepada pencapaian sekolah.Esok,kami perlu berjumpa semula untuk membincangkan tajuk kajian kami dan diberikan sehari untuk membaiki kesalahan kami.Namun, dengan adanya pembentangan daripada 10 kumpulan, kami dapat mempelajari sesuatu dan memperbaiki kesilapan kami.

Lagi satu ilmu baru kami pelajari pada hari ini.Terima kasih dr.walaupun kami rasa tertekan.Semoga Allah permudahkan urusan dalam membuat penyelidikan ini.InsyaAllah,kami akan cuba buat yang terbaik setelah memahami istilah tersebut.

PENA KASIH :Masing-masing berkerut dahi......

Friday, January 28, 2011

ADAKAH IA BERULANG.......?


Suasana pada hari 28.1.2011



Suasana pada 27.1.2011
Cuti sekolah bermula.Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.Hujan di luar masih mencurah-curah.Paras air sungai semakin naik.Ada rumah ditenggelami air.

Hari ini, saya diarah mengeluarkan surat meminta kerjasama semua guru mengemaskan barang-barang dan diletakkan di tempat tinggi.Bukan tidak penat untuk memunggah barang.Cukup pengalaman tahun 2006,tidak mahu peristiwa itu berulang kembali.Rasa tertekan ketika itu.Semua dokumen penting tidak dapat diselamatkan.....

Hujan sudah hampir 4 hari tidak berhenti-henti.Kemungkinan hujan akan berterusan sehingga hari Selasa.Mereka yang pernah mengalami keadaan banjir tahun 2006 begitu trauma dan telah bersedia mengemas barang-barang mereka.

PENA KASIH :Semoga peristiwa itu tidak berulang kembali....Segala-galanya ditentukan olehNya.



Thursday, January 27, 2011

GERAM


Hari ini memang betul-betul naik angin.Hilang kesabaran saya melihat karenah anak didik.Bukan apa, perkara yang mudah pun tidak pernah hendak diambil peduli.Bukan susah sangat hendak membawa buku ke sekolah.Jadual setiap murid di fotostat lagi tidak zaman kita menyalin sahaja.Lagi mudah ,lagi diambil ringan sahaja.Pastinya sikap.....kalau yang prihatin dengan kerja-kerja yang diberi, begitu senang sekali.Tidak susah untuk saya 'check' itu dan ini.Sebut aja buku apa yang perlu dihantar, cepat-cepat mereka menghantar kerana rasa tanggungjawab.Yang tidak hantar, tidak ambil pusing.Dibiarkan begitu sahaja sampai berhari-hari tidak hantar.Bila ditanya....tertinggal.Biasakan jawapan yang diterima.

Malah hari ini, kerana sikap seorang murid, seorang daripada guru sekolah telah menelefon parent memaklumkan kedudukan anak yang sering tidak bawa buku dari awal sekolah sehingga kini.Bila ditanya,ibu kata setiap hari saya sudah 'check' buku anak.Ikut jadual.Malangnya bila tiba di sekolah sebuah buku pun tidak ada.Pelikkan.Kadang-kadang rasa kecewa dengan sikap murid-murid seperti ini.Kadang-kadang bila ditanya kepada anak, cikgu sibuk.Sesibuk cikgu pun, kerja hakiki tetap diutamakan.Kerja-kerja sekolah tetap diberikan kepada semua murid.Bukan alasan cikgu sibuk sehingga tidak memberikan kerja kepada murid.Malah yang agak begitu kecewa di hati cikgu ialah sikap parent yang begitu percayakan anak sehingga sanggup meletakkan gagang telefon dengan kasarnya.Bila diminta datang ke sekolah dan ditunjukkan satu persatu kerja murid-murid lain, barulah mengaku kesilapan diri sendiri.Saya bersyukur kerana mempunyai guru-guru yang begitu prihatin dengan anak-anak didik.Mereka tidak membiarkan anak didik begitu sahaja tapi komitmen daripada ibu bapa juga diperlukan.Malah ada ibu bapa juga yang menyerahkan bulat-bulat tugas memantau kerja anak mereka kepada pihak sekolah.Guru hanya boleh membimbing murid dengan sepenuhnya sewaktu di sekolah tapi ibu bapa perlu memastikan kerja-kerja yang diberikan dibuat oleh anak mereka.

Semalam terjadi pada diri saya.Saya lihat gerak-geri anak murid ini.Hampir 4 minggu buku tidak dibawa.Alasan tertinggal.Bila ditanya lagi...tertinggal .Saya beri dia peluang sehinggalah semalam saya menghubungi ibu murid berkenaan.Saya meminta dia melihat kerja-kerja anak dan memastikan buku dibawa mengikut jadual.Ibu itu boleh terima teguran saya dan mengaku kesilapan anak.Kali ini, pihak sekolah begitu mengambil berat dan mengeluarkan surat komunikasi kepada ibu bapa.Niat kami hendak membantu anak-anak mereka.Tapi adakah semua tanggungjawab itu terletak ditangan guru sahaja?.

Bagi memastikan setiap murid menghantar buku, kami menyediakan satu 'list'penghantaran buku.Kadang-kadang mengambil masa juga untuk menanda 'list' tersebut tapi disebabkan kami tidak mahu ada murid yang mengambil kesempatan, kami buat juga.Itulah realitinya dan berlaku di mana-mana sekolah.Sikap itulah yang perlu dibentuk.Tidak semua murid bersikap seperti itu tapi hanya segelintir sahaja.

PENA KASIH :Bila hilang kesabaran.........

Wednesday, January 26, 2011

SERABUT


Emmm.....melihat wajahnya yang kelihatan serabut.Entah apa yang difikirkan.Entah apa yang perlu dibuatnya.... lebih banyak menyepikan diri dan tidak mahu mengganggu .Mungkin ada sesuatu yang membuatkan fikirannya berserabut.Saya biarkan dia bermain dengan pelbagai persoalan tanpa ingin bertanya .Cukup sekali disalah erti oleh orang lain.Memang terasa dengan apa yang didengar.Cuma Allah tahu segala-galanya.

Banyak sebenarnya yang ingin diperkatakan, yang ingin diketahui dengan lebih mendalam lagi.Biarlah dirinya sendiri yang menyelesaikan persoalan yang timbul.Penat katanya dengan karenah yang remeh-temeh tapi meninggalkan kesan yang mendalam.Tidak semudah itu untuk membiarkan persoalan itu terhenti begitu sahaja.Menggali pelbagai persoalan agar tidak ada yang terjerat dengan karenah yang remeh-temeh itu.

Biarpun dihatinya penuh dengan pertanyaan......penuh dengan persoalan,InsyaAllah akan berhasil juga keputusannya.....keputusan yang tidak tahu berpihak kepada siapa.Kemenangan untuk siapa dan kekalahan kepada siapa.Masih mampukah untuk terus bertahan dengan karenah yang remeh-temeh itu atau perlu dibiarkan begitu sahaja yang akhirnya berbalik kepada diri sendiri.Itulah persoalannya.......

Membiarkan dirinya bersabar.Bersabar dengan pelbagai persoalan.Membiarkan dirinya sejuk agar tidak ada api kepanasan membakar setiap diri yang ada.Mampukah dirinya menahan?Tapi demi seseorang......demi kasihkan seseorang...dipendamkan begitu sahaja.Biarlah persoalan itu tinggal persoalan sahaja.Perlu merenung diri......bermuhasabah.
Masih banyak yang perlu digali.......

PENA KASIH: Terkasima sekejap............mereka tidak ada dalam hati ini.

TANGGUNGJAWAB


Pemantauan guru sememangnya merupakan salah satu daripada tugas dan tanggungjawab pentadbir.Minggu ini merupakan minggu pertama pemantuan dijalankan oleh saya bersama-sama dengan guru besar.Saya telah mengagihkan tugas pemantauan dan guru-guru yang dipantau kepada GPK.Sekurang-kurangnya ringan juga bebanan yang perlu ditanggung.Maklumlah masa mengajar kami pun bukannya sedikit hampir 20 masa.Mana nak pantau, mana hendak mengajar dan mana lagi yang hendak menjawab surat-surat daripada pihak atasan.Sekarang semuanya memerlukan bukti.

Selepas mengajar kelas pertama, saya terus menuju ke kelas yang perlu dipantau.Sebelum memantau pun ,saya telah memaklumkan kepada guru berkenaan akan tarikh pemantuan.Pemantauan pertama, kami akan maklumkan tapi tidak pemantuan kedua dan ketiga.Gurunya pun telah bersedia dari segi mental dan fizikal begitu juga dengan anak murid yang telah bersedia untuk menerima pembelajaran mereka pada hari ini.Saya lihat murid-murid tahun 1 kali ini lebih cerdik dan berani.Sebabnya saya sendiri sengaja masuk ke kelas tahun 1 waktu 'relief' untuk mendekatkan diri dengan mereka dan menguji mereka.Kalau adapun hanya 2/3 orang sahaja yang perlu diberikan bimbingan malah yang lain begitu lancar membaca.

Tahniah juga kepada cikgu Wan kerana dapat melaksanakan pengajaran dengan baik.Semoga usaha ini akan berterusan.

PENA KASIH:Bukan senang untuk menilai seseorang.............


Tuesday, January 25, 2011

TEWAS


Suami sekali lagi tewas dengan pujukan anak lelaki.Walaupun sebenarnya tidak mahu memenuhi permintaan anak lelaki untuk dibelikan sebuah motosikal.Banyak kali sebenarnya permintaan itu dikeutarakan kepada kami, tapi kami mengambil sikap endah dan tidak endah sahaja permintaannya.Banyak yang kami fikirkan apabila sudah ada motosikal......

Setelah diberikan ceramah oleh husband kepada anaknya, akhirnya Aziq menerima syarat-syarat yang dinyatakan oleh ayahnya.Apa yang menyentuh perasaan kami ialah dia hendak menggunakan motosikal untuk ke masjid.Dia berjanji tidak akan membawa motosikal ke sekolah dan sememangnya kami tidak membenarkan dia menunggang motosikal ke sekolah.Banyak risikonya.....Selama ini, dia mengayuh basikal ke masjid.Tercungap-cungap kalau dia balik dari masjid......

Anak bila sudah besar lain pula permintaannya.Adakah itu pengaruh kawan atau naluri dirinya sendiri ingin seperti kawan lain.Memang tidak dinafikan,kawan-kawan sebayanya sudah lama mempunyai motosikal sendiri tapi tidak kepada dirinya.Kami tidak semudah itu untuk melayan permintaan yang bukan-bukan daripada anak.Cuna yang menyentuh hati kami ialah dia ingin menggunakan motosikal itu untuk ke masjid dan buat kali pertamanya dia menunggang motosikal ke masjid .Bukannya cekap sangat anak saya membawa motosikal.Belajar motosikal pun setelah dicabar oleh Alongnya.Kami belikan motosikal jenis skuter kerana ia mudah.

Apa yang menggelikan hati kami ialah sewaktu tok maknya meminta dia menghantarnya untuk membaca yassin.Pecah tembelang.........dia hanya pandai bawa tapi untuk 'start' dia tidak tahu.......selama ini Alongnya startkan dan dia terus sahaja bawa.Walaupun kami ada 'elegen' tapi dia tidak berani bawa kerana besar dan berat.Sebaliknya dia menunggang motosikal Mak Ngahnya itu.

PENA KASIH : Ada cerita lucu disebalik menunggang motosikal.............


KUMPUL




Rasa seronok sesekali berkumpul.....meriah dan ceria sekali suasana .Melihat anak-anak saudara bermain dan memanggil-manggil nama untuk mendapat perhatian.Saya sampai di rumah Ani lebih kurang pukul 1.40 petang.Biasalah bila dah jumpa Kak Long,berborak itu dan ini.

Kebetulan Adah dan mentuanya turut sama ada.Suami yang dari pagi ada kelas terus melaksanakan tugas hakikinya.Itu yang lebih diutamakan.Setelah mengambil saya dari sekolah dia terus membawa saya ke rumah Ani.Sekadar melepak dan berbual-bual kosong bersama dengan mak Along.Seronok melihat kemesraan Along dengan emaknya.....

Kemudian,lebih kurang pukul 3.00 petang, husband menghantar Kak Long ke stesen bas untuk balik ke Johor Bahru.Kami berbual-bual santai sahaja.Melihat kemajuan bandar Segamat.....
Lebih kurang pukul 5.00 petang pula, kami bertolak ke Spang Loi.Berkumpul lagi di sana dengan suasana yang sungguh meriah.Kami dihidangkan dengan masakan mee K dan juga char keaw tiau oleh Along dan emaknya.Sungguh enak....hilang sekejap diet saya.....
Suami hanya senyum melihat saya............senyum melihat isterinya yang semakin montel..ya ka........Yang penting ikatan kasih sayang.
Amanlah yang paling teruja untuk belajar kesemua masakan itu....nak jadi chef agaknya.My husband tidak minat bab masak tapi bab mengemas itu boleh diserahkan.....terima kasih kerana banyak membantu dalam urusan rumahtangga.

PENA KASIH :Sentiasa bersabar dengan semua keadaan yang dihadapi......

Monday, January 24, 2011

SUNTIK

Saban tahun program suntikan untuk murid-murid tahun 1 dan 6 dijalankan.Kalau tidak di awal tahun akan dijalankan di pertengahan.

Namun,setiap kali program itu dijalankan tidak pernah sekali murid tahun 1 tidak menangis.Setiap tahun mesti ada yang menimbulkan masalah.Hari ini, seorang pelajar berlari keluar dari bilik khas yang kami sediakan untuk program tersebut.Menangis kerana ketakutan melihat jarum yang digunakan untuk menyuntik.Pelajar terakhir untuk disuntik kerana sedari awal lagi sudah menunjukkan tidak mahu dirinya disuntik.Puas dipujuk dan dipegang tetapi tetap membatukan diri sehingga sukar untuk disuntik.

Menangis beria-ia sehingga hampir membaringkan diri tapi akhirnya tewas juga setelah saya meminta guru kelasnya membantu jururawat tersebut.Mengambil masa juga untuk mententeramkan diri pelajar tersebut.Setelah puas dipujuk,akhirnya pelajar tersebut masuk ke bilik tapi masih menangis tatkala melihat jururawat mula memegang jarum.Setelah dipujuk,akhirnya berjaya juga dia minum beberapa titisan ubat sebelum disuntik.Sambil mulut tidak berhenti-henti mengatakan tidak mahu disuntik dan menceritakan kepada kami bahawa dia pernah dimasukkan ke hospital dan tangannya disuntik sehingga begitu sakit sekali.Mungkin dia trauma agaknya.Tetap menangis sehingga muntah......dan akhirnya guru kelas mengertaknya lalu mendiamkan diri dan membolehkan jururawat memberikan suntikan untuknya.Itulah ragam murid-murid tahun 1 saban tahun.Itu belum lagi pemeriksaan gigi yang biasanya diadakan di akhir tahun.....lagilah kuatnya menangis.

PENA KASIH:Takut juga tengok jarum................

Saturday, January 22, 2011

KASIH

Simbol yang kami pilih....semoga ia berkekalan.Bermula dari Teratak Kasih,Anjung Kasih,Dataran kasih dan kini Agro Kasih.Sekadar suka-suka dan tidak ada apa-apa maksud cuma yang kami harap semoga kasih itu tetap berkekalan antara satu sama lain.

Selepas solat subuh,kami ke Agro Kasih melihat sebidang tanah yang baru disodok untuk di tanam pokok getah.Menemani suami sambil berbual-bual dengan emak tanpa disedari kami berjalan begitu jauh sekali.Sekali-kali melakukan aktiviti berjalan-jalan .Hubby juga menyediakan tempat untuk Aziq dan rakan-rakannya bermain kerana Dataran Kasih yang menjadi tempat mereka tidak dibenarkan lagi untuk dijadikan tempat bermain.Ini kerana apabila mereka bermain tanpa disedari banyak mentol yang pecah akibat tendangan bola yang dilakukan oleh mereka.So,hubby mengambil keputusan menyediakan tempat untuk mereka beriadah berdekatan dengan Agro Kasih.

Hubby meracun rumput-rumput di Agro Kasih kami.Setakat ini, kami belum menanam getah lagi kerana cuaca yang panas dan tidak dibenarkan oleh MIL untuk menanam buat masa ini.So, kami jaga sahaja tanah tersebut agar tidak ditumbuhi rumput-rumput.

Kemudian,hubby and his son melakukan sedikit kerja-kerja pertukangan di belakang rumah kami.Hari minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Suka melihat suasana yang ceria dan bersih.

PENA KASIH :Semoga ikatan kasih antara kami akan terus berkekalan...

Thursday, January 20, 2011

PERJALANAN KERJAYA

Hampir 10 tahun lebih juga,saya memegang jawatan dalam pentadbiran.Sebelum dilantik ke hakiki pada tahun 2008,saya telah mengalas tugas sebagai PGB HEM dan hanya tiga bulan sahaja saya memegang jawatan tersebut sebelum diamanahkan untuk memegang jawatan PGB Kurikulum dan pentadbiran.

Banyak pengalaman yang saya timba sepanjang menjawat jawatan tersebut.Sebelum itupun,sewaktu saya berada di Jengka 4,saya telah dilantik sebagai setiausaha kurikulum dan juga peperiksaan sehinggalah saya bertukar ke sekolah SKCC.Saya diamanah untuk memegang jawatan setiausaha kurikulum dan peperiksaan.Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar daripada guru-guru lama,saya dapat melaksanakan tugas tersebut.Terima kasih kepada Pn Norlis yang telah melantik saya untuk membantu beliau dalam melaksanakan tugas dalam pentadbiran.Walaupun sebenarnya, saya menolak jawatan tersebut kerana kurang yakin dan lebih-lebih lagi saya baru bertugas di SKCC tapi dia memujuk saya supaya menerima jawatan tersebut.Banyak hari juga saya memikirkan untuk menerima atau tidak atau mampukan saya menggalas jawatan tersebut.........Akhirnya, setelah mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan juga hubby, saya bersetuju menerimanya walaupun masih terasa akan kekurangan dalam diri ini.

Saya cuba belajar khususnya dalam kerja-kerja pentadbiran........Bagaimana untuk menangani pelbagai masalah ........Bukan senang sebenarnya tugas-tugas pentadbiran ini apalah lagi apabila ia melibatkan urusan dengan individu.Bila dah terlibat dengan jawatan tersebut, kita perlu harungi cabaran tersebut.Saya akui, untuk memuaskan hati manusia bukannya senang malah kita memang tidak mampu untuk melakukannya.Orang hanya pandai berkata-kata tapi apabila mereka berada sebaris dengan kita, barulah dia orang tahu.
10 tahun saya berada bersama-sama dengan pentadbir,banyak yang perlu saya pelajari khususnya apabila berhadapan dengan orang.Alhamdulillah,apabila saya menyambung belajar di peringkat sarjana iaitu dalam bahagian pengurusan dan pentadbiran, banyak perkara sebenarnya saya pelajari.Mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan hidup saya.Saya sentiasa berdoa meminta kepadaNya, agar permudahkan saya sewaktu berurusan dengan manusia.Semoga saya mampu melayani karenah manusia dengan penuh kesabaran.

Apabila ditawarkan ke jawatan hakiki,sekali lagi saya berbincang dengan suami untuk menolak jawatan tersebut dan seterusnya menumpukan tugas mengajar disamping keluarga.Saya dengan berani menghantar surat ke jabatan untuk menolak jawatan tersebut dan kemudian saya menerima panggilan dan surat mengatakan permohonan penolakan jawatan ditolak.Dia memaklumkan bahawa ramai orang hendak jawatan dan berebut-rebut hendak jawatan tetapi saya menolaknya.Alasan yang saya berikan ialah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan ingin menumpukan perhatian kepada pengajian saya.Namun,alasan itu ditolak dan sekali lagi saya terpaksa meneruskan kerjaya saya sebagai seorang pentadbir.

Semakin hari semakin mencabar tugas kita sebagai seorang guru.Kalau dahulu hanya mengajar sahaja tapi kini tidak lagi.Namun, kerana minat yang mendalam dalam bidang tersebut,walaupun kerja banyak saya tetap melakukannya secara beransur-ansur.InsyaALlah semuanya akan selesai juga daripada kita menangguh-nangguhkan kerja kita.

PENA KASIH:Tetap minat dengan kerjaya ini.............

JALAN-JALAN DI TAMAN BUNGA BH



Biarpun cuti sehari, tapi saya penuhi masa cuti ini dengan merehatkan diri dan minda pada waktu petang.Kam' bersiar-siar di taman dengan ditemani Apiz dan Adif.Mereka begitu excited sekali apabila abang Ngah menelefon untuk membawa mereka bermain-main di taman bunga.




Sampai sahaja di taman,kedua-duanya begitu riang sekali.Berlari-lari menuju ke arah permainan.Dengan ditemani abang Ngahnya yang sememangnya begitu suka melayan karenah kedua-dua sepupunya.Mengikut sahaja rentak tari Apiz dan Adif.Adiflah yang begitu manja sekali sentiasa ingin dipegang tangannya.



Adif takut rupanya....semua permainan yang ada di situ tidak disentuhnya.Setiap kali abang Ngahnya membawa ke tempat permainan dia akan menangis.Terpaksalah abang Ngahnya melayan.Mulutnya riuh memanggil Apiz dan terlompat-lompat melihat gelagat abangnya.



Adif menangis ketakutan setelah diajak oleh abang Ngah bermain-main bersama-sama Apiz.Puas juga abang Ngah memujuknya .Bila kami ketawa melihat gelagatnya barulah dia terus senyap daripada menangis berterusan.kelakarnya Adif......terlonjak-lonjak waktu sampai rupa-rupanya takut untuk bermain di situ.





Apizlah yang paling excited sekali bila dah jumpa taman permainan.Berlari ke sana dan kemari kegembiraan.



Ini permintaan Apiz, meminta saya mengambil gambarnya.Uda....ambillah gambar abang.
Siap turun ke bawah meminta saya mengambil gambarnya.Layan ajalah..........



Pak Udanya sempat berposing dengan anak buahnya.Melayan karenah anak buah kesayangannya.Mereka begitu manja sekali.....


Selepas penat bermain, kami membawa mereka makan dan minum di gerai yang ada di situ.
Macam-macam yang Apiz tanya kepada Pak Udanya begitu juga dengan Adif dengan kepelatannya.Abang Ngahnya yang paling rajin melayan Adif.....tak boleh berjauhan dengan abang Ngahnya.


Sempat lagi bercium.....sekarang ni Apizlah yang paling teruk dicium.Tengah minum air pun sempat lagi bercium.Tanda sayangnya kepada abang Apiz.



Sebelum ke Taman Yayasan,kami ke kedai motor.Niat untuk menukar motor 'elegen' kepada motor LC.Anak-anak bising kerana motor Elegen itu terlalu besar dan berat untuk ditunggang.Apiz juga hendak beli motor lalu meminta Pak Udanya membelikannya sebuah motor berwarna kuning.Kami ketawa melihat gelagat Apiz.....Adif pula sibuk menyebut motor itu dan ini cantik.Tapi ,kami masih lagi dalam perbincangan kerana sayang juga nak tukar motor tersebut.....Aziqlah yang paling suka sekali kalau ayahnya menukar motor tersebut.

Kemudian barulah kami bergerak ke Taman yayasan.....Nirwana untuk membeli sedikit keperluan dapur.Bila dah masuk ke Nirwana,Apiz terpandang 'games' pula.Pak Udanya melayan Apiz dan meminta membelikannya permainan dan juga pensel warna.Adif hanya meminta membelikannya air sahaja.....

PENA KASIH : Seronok berjalan-jalan .....

Wednesday, January 19, 2011

AIR PAIP

Seperti biasa,balik sekolah terus menuju ke dapur dan bersiap sedia untuk memasak.Rutin saya setiap hari selain membasuh kain dengan bantuan anak.Begitu bersemangat hari ini dan terbayang sambil memasak, dapur akan dimop dan dilap dengan bersih.Hampa sekali kerana sudah beberapa hari,balik sahaja dari sekolah mesti tiada air.Bosan betul......walaupun ada air tangki tapi saya lebih suka menggunakan air secara terus daripada paip terutama sewaktu hendak masak.

Acapkali masalah ini dikeutarakan tapi nampaknya semakin kerap dibuat aduan semakin kerap pula tiada air.Malah,setiap kali buat aduan dia orang dah tahu siapa yang menelefon.Kadang-kadang orang kampung selalu juga memberitahu saya akan ketiadaan air tetapi mereka tidak tahu kepada siapa untuk dibuat aduan.Kadang-kadang hendak tolong mereka juga terutama kalau yang hendak buat kenduri sudah tentu ia menimbulkan masalah.Rasanya tidak salah untuk membuat aduan untuk kepentingan semua pihak.


PENA KASIH :Tidak suka buat aduan tapi terpaksa

TIDAK SELAMAT

On the way ke pasar malam,ayah call meminta saya memastikan pintu rumah di tutup dengan rapi berikutan jiran sebelah,rumahnya dimasuki seorang yang tidak dikenali .Rupanya seperti orang bangla.(SI A)

Sememangnya saya sering menjadikan ruang belakang rumah kami tempat bersantai dan menonton televisyen.Bagi memastikan mereka dapat menghubungi kami, kami menyediakan dua loceng dan hanya dipetik sahaja.Jika tidak susahlah untuk mereka memanggil kami kerana kami memang sentiasa berada di ruang belakang.

Ayah mengingatkan kami, agar mengunci pintu belakang kerana si A memasuki rumah orang dari pintu belakang.Nampaknya tidak selamatlah tempat kami........Mudah-mudahan tidak ada apa-apa yang berlaku di rumah saya.Ingat pernah sekali ada orang ingin memasuki rumah kami, tapi tidak boleh masuk dan hanya mengelilingi rumah kami dan meninggalkan najis di tepi luar pintu pagar sahaja.Saya selalu berdoa agar dijauhi daripada perkara yang tidak diingini berlaku.............

Khabarnya, dua minggu lepas ada juga berlaku orang hendak memasuki rumah tapi tidak sempat kerana tuan rumah melihat ada bayangan di luar rumah di celah-celah tingkap nako.
Tuan rumah menyuluh cermin tingkap lalu Si A melarikan diri.

Saya mudah terjaga dan setiap kali terjaga saya akan melihat luar kawasan rumah saya melalui pintu cermin rumah kami.Hubby selalu menakutkan saya tapi setiap kali terjaga saya akan menuju ke pintu dan melihat di kawasan luar rumah,tidak kiralah di waktu tengah malam.Kadang-kadang selepas solat malam, saya akan ke situ juga.Suka tengok suasana di tengah malam, sunyi sepi .


PENA KASIH :Kini lebih berhati-hati....


Tuesday, January 18, 2011

LAMBAT

Kadang-kadang pelik juga dengan manusia ni....susah kalau kita balik lambat.Setiap kali saya balik lambat mesti ditanyanya.Bukan apa,sebelum saya meninggalkan rumah pun saya dah siapkan masakan untuk hubby dan anak lelaki.Lagi malam dah masakkan untuk mereka berdua kerana saya perlu menyiapkan kerja-kerja terutama mengemas kini fail-fail untuk semakan diri sendiri.

Biasanya,kalau lambat saya akan kunci pintu pejabat dan datang awal saya akan buka pintu pejabat dan bilik saya.Saya tidak berkira langsung dengan kerja-kerja yang remeh itu.Janji saya siapkan kerja-kerja .Lagi pun saya minta keizinan suami untuk balik sekolah lambat dan alhamdulillah suami izinkan saya menyiapkan kerja-kerja di sekolah.Malam bersama keluarga.

Hampir 5.30 petang, saya berada di sekolah dan kemudian hubby mengambil saya untuk ke hospital melawat orang kampung.Lama juga saya berada di hospital.Saya doakan mereka cepat sembuh dan nampaknya mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah.Meninggalkan perkarangan hospital jam 7.oo malam.

PENA KASIH :Yang penting kepuasan hati..............

Monday, January 17, 2011

SIBUK

Jam 7.00 pagi,saya dah berada di Poliklinik Segamat.Buat pemeriksaan tiga bulan sekali.Bila dah masuk lingkungan 40an....kenalah buat pemeriksaan.Lepas ni, empat bulan sekali...Hari ini, saya tidak terus ke sekolah setelah mendapat 'permission' from guru besar.Namun,hari Jumaat saya telah menyediakan 'relief' iaitu pertukaran waktu mengajar dengan Pn Norlela.Selepas rehat, saya masuk kelas tersebut sehingga 2 jam.Tapi yang penting saya rasa puas hati dan tidak berhutang mata pelajaran dengan anak murid hanya kerana pemeriksaan kesihatan.Actually, my teacher kalau nak buat pemeriksaan doktor, siang-siang lagi dah buat pertukaran waktu mengajar malah ada yang dah diganti awal lagi among themselves.

Lama juga saya berada di Poliklinik.........hari Isnin begitu ramai sekali dan saya terpaksa menunggu hampir 2 jam di situ.Badan berada di Poliklinik tapi fikiran dan hati saya tetap pada anak murid.Sekejap tengok jam.....bukan apa takut nanti terlalu lewat sehingga saya tidak dapat masuk kelas.Sempat saya call...my PAP agar memaklumkan kepada GPK HEM untuk 'standby' relief untuk saya takut tidak sempat pulang mengikut masa yang telah saya tetapkan.Alhamdulillah,akhirnya nama dipanggil sebelum pukul 9.00 dan apabila diperiksa my highblood still tinggi tapi bacaan di bawah menurun sedikit......Then,doc tu kata maybe saya terlalu penat dan kurang rehat.Memang tidak dinafikan seminggu saya bekerja sehingga hari Ahad.....non-stop.Terasa letihnya.Sampai di sekolah biasalah ada aja kerja sehinggalah saya berada 2 jam bersama anak murid.ingatkan lepas tu hendak menyiapkan kerja tapi GB ajak berjumpa dengan penyelia keselamatan.....habislah masa free saya.Ingatkan nak kemas kini fail kurikulum dan meneliti minit mesyuarat panitia............sampai kesudahnya saya tidak dapat melakukannya.Semua minit mesyuarat Panitia kali pertama telah diserahkan dan kini saya menelitinya untuk diambil tindakan jika panitia memerlukan bahan-bahan untuk panitia masing-masing.

Kemudian, lewat petang melihat pula jadual waktu untuk dibuat rombakan kerana seorang guru kami berpindah ke sekolah lain dan kami mendapat guru lain pula iaitu opsyen BI....Padat betul jadual hari ini......Balik sekejap meneliti surat aku janji yang diterima daripada PPD untuk dibentang bermula 24 hb ni........wow banyaknya yang perlu dibuat.Namun, saya telah menyiapkan sebahagian daripada apa yang dikehendaki dan hendak dibuat dalam bentuk power point.....Itulah rutin saya.Sempat juga masak untuk hubby dan anak lelaki....syukur kerana anak lelaki melihat saya tidak berhenti membuat kerja lalu diambilnya kain dan dibasuh.......thanks my dear....ma, sayang semuanya.

Malam, saya meneliti perancangan strategik yang telah dihantar oleh guru-guru.Contoh telah diberikan dan alhamdulillah mereka buat seperti apa yang diarahkan.Thanks semua guru SKCC kerana telah banyak memberikan kerjasama dan komitem kepada saya.Saya cuba untuk mengelak daripada membuat guru rasa tertekan dengan kerja-kerja yang kian mencabar.Saya faham dalam situasi sekarang dan di awal tahun, sudah tentu banyak yang perlu dibereskan...anyway kalian semua dapat menjalankan tugas dengan baik sekali.

Ingatkan malam ni nak chat ngan my daughter....hantar mesej...rupanya dah baring atas katil kerana kepenatan selepas gerko.Biasalah sebagai ibu, banyak pesanan yang dibuat untuk anak-anak.Yang penting jaga diri, solat dan membuat kerja-kerja tugasan dengan baik.

PENA KASIH:Walaupun sibuk,tapi tetap curi masa untuk menulis...just penulisan santai aja...tapi puas hati dapat menulis.

Sunday, January 16, 2011

KEMBALI SEMULA

Hampir sebulan lebih berehat daripada mentelaah buku.Lega sekejap kerana dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah tapi kini kembali sibuk mengikuti kuliah seterusnya.Bermula hari ini, kami telah diperkenalkan subjek untuk semester ini.Ada 3 subjek yang perlu dipelajari dan pada hari ini kami mempelajari subjek 'Dynamic leadership'.Subjek elektif yang tiada peperiksaan.Subjek yang agak menarik tapi memerlukan lebih banyak persediaan dan pengetahuan berhubung dengan kepimpinan di sesebuah institusi pendidikan.

Kursus yang lebih kepada perbincangan dan juga ingin melihat penampilan kita sebagai pemimpin ketika berhadapan dengan orang ramai.Kami perlu membuat satu tugasan dan perlu membuat perbentangan serta 'short talk' yang mengambil masa selama 5-7 minit untuk bercakap tanpa melihat skrip.Masing-masing mengeluh kerana selama ini dan memang tidak dinafikan kami sentiasa bercakap terutama dengan pelajar-pelajar.Bukan senang untuk menjadi pemimpin sebenarnya .Banyak yang perlu dipelajari terutama bagaimana untuk menarik pengikut kita...........

InsyaAllah dengan adanya bimbingan daripada prof. mungkin satu hari ada di kalangan kami yang mampu menjadi pemimpin sekolah sebagai pengetua/guru besar mahupun penolong kanan.Adakalanya mereka sebenarnya berwibawa tapi peluang untuk memegang jawatan itu terhad.

First day kuliah telah disoal untuk memberi pendapat.............sedangkan minda ini masih belum boleh berfikir dengan sebaiknya.Namun ,tetap memberikan pendapat dan pandangan.....


PENA KASIH :Semakin bersemangat................

Saturday, January 15, 2011

PERTUNANGAN




Apabila meningkat dewasa dan berkerjaya ,akan timbul suara-suara bila hendak bertunang.Lumrah sebenarnya apatah lagi kalau ia tergolong dalam golongan wanita.Majlis pertunangan sepupu saya berjalan dengan lancarnya.Kehadiran keluarga lelaki dari Skudai tepat jam 11.30 pagi disambut oleh pihak perempuan .Lebih kurang 6 buah kereta .Mereka ke sini kerana ingin melihat kampung kami yang begitu indah namanya.

Kalau dahulu majlis pertunangan begitu simple sekali.............tapi kini dan di mana-mana sahaja majlis pertunangan yang dihadiri begitu meriah sekali.Akan ada pelamin yang dibuat walaupun begitu simple sekali.Majlis tersebut diketuai oleh ayah saya sendiri yang diminta untuk membuka bicara dan disaksikan oleh datuk saudara.

Majlis pertunangan ini diberi tempoh selama 2 1/2 tahun.Teringat pula semasa tempoh pertunangan saya yang hampir 4 tahun dan juga perkenalan kami selama 4 tahun.Lama juga mengenali suami..........Namun ,pertunangan saya mengambil masa agak lama kerana ketika itu saya berada di maktab (utara) dan sudah tentu kami memang jarang bertemu.Menguji iman kami dan alhamdulillah kami dapat harunginya dengan tabah dan baik sekali.
Tempoh pertunangan sepupu saya selewat-lewatnya 2 `1/2 tahun dan jika cepat pun tidak menjadi masalah.Yang penting berunding......

Hari sebelumnya, kami begitu sibuk sekali.........selepas sekolah saya ke rumah emak saudara membantu apa yang patut sehinggalah majlis selesai.Bila dah berkumpul anak beranak pelbagai cerita menarik didengar.....sesekali berkumpul mengeratkan tali silaratulrahim.

PENA KASIH :Tahniah untuk Junainah dan tunangnya.

Friday, January 14, 2011

HIJRAH

Berita pertukaran rakan sekerja mengejutkan saya.Hanya yang saya dengar daripada rakan-rakan mengatakan kini, semua sekolah yang mempunyai lebihan guru akan dipindahkan mengikut opsyen.Saya tidak terfikir pun yang salah seorang guru sekolah saya terbabit dengan pertukaran itu.Sememangnya sekolah saya mempunyai dua lebihan guru tapi setiap kali laporan dihantar saya tetap menulis 'lebihan guru diperlukan untuk 6 kelas pendidikan moral'.Tapi itulah,kita hanya merancang tapi segalanya ditentukan olehNya.

Pertukaran Pn Desi ke Perak menyebabkan sekolah kami kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris.Walaupun ada dua orang guru opsyen Bahasa Inggeris tetapi salah seorangnya ialah guru besar.Apabila berlaku kekurangan sudah tentu banyak berlakunya kekangan tetapi guru-guru sekolah kami tetap mengajar walaupun bukan opsyen Bahasa Inggeris.

Realitinya begitulah,suatu masa kita akan berhijrah juga.Namun, penghijrahan Puan Fatimah agak mengejutkan saya kerana hampir 15 tahun beliau bersama-sama dengan saya.Sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan PGB HEM tapi beliau tidak lama memegang jawatan tersebut atas sebab-sebab tertentu.Kemudian,pihak sekolah melantik saya memegang jawatan tersebut pada tahun 2001 dan setiausaha kurikulum dan peperiksaan diambil alih oleh Pn Fatimah sehingga kini.

Bekerja bersamanya begitu mudah sekali.Setiap kali laporan diperlukan semuanya dihantar tepat pada masanya.Di mana-mana sahaja setiap kali penghijrahan kita akan rasa kekurangnya, kelebihan guru itu akan tetap dikenang.

PENA KASIH:Setiap penghijrahan itu ada hikmahnya......................

Thursday, January 13, 2011

TERGURIS


Gambar ihsan
Bila melibatkan perasaan,banyak perkara yang perlu diambil berat,perhatian dan sebagainya.Kadang-kadang setiap yang kita perkatakan mungkin boleh disalah tafsirkan sehingga boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati.Lumrah manusia.......kita sukar untuk memuaskan semua pihak apatah lagi jika ia melibatkan perasaan.

Justeru,apabila berbicara, kita perlu lebih berhati-hati kerana tidak semua dapat menerima apa yang kita cakap.Untuk melakukan 'tranformasi' bukannya senang apatah lagi ianya sudah sebati dengan kita.Namun, kita perlu terima hakikat bahawa kadang-kadang 'tranformasi' yang dilakukan itu ada kebaikannya.Tapi,apabila berada dalam keadaan tekanan,sudah tentu kita sukar untuk menerima sesuatu perubahan itu.

Namun,saya percaya suatu hari nanti kita mampu dan boleh menerima perubahan itu tapi biarlah perubahan yang ingin dilakukan dibuat secara perlahan-lahan dan bukannya secara mendadak sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati atau terguris.

PENA KASIH :Memendam sahaja......................


Wednesday, January 12, 2011

AKSI ANAK BUAH



Tengok aksi mereka...........



Pandai membawa diri.....makan sorang-sorang aja.hHe needs privacy



Ninie...terpaksa ikut rentak adik-adiknya.



Qimie....petah bercakap lancar membaca......hafal.



Jijie dengan gaya dan lasaknya..........active boy


Hadif kesejukkan............comel dia.



Hero dan cucu lelaki my MIL yang paling lasak.Kadang-kadang gelihati melihat gelagat mereka berempat.

Hadif paling mudah berposing...........tidak banyak karenahnya.



Hapiz dan Hadif.........


Qimie dan Hapiz.....mereka begitu bijak sekali.Kalau dulu, Qimie agak-agak takut dengan Pak Udanya tapi kini mereka begitu manja sekali.

Tuesday, January 11, 2011

JALAN-JALAN KE GENTING HIGHLAND


Cuti selama satu hari sahaja memberi kesempatan kami untuk misi seterusnya.Dalam masa yang begitu singkat sekali dan tanpa dirancang,Along menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke Genting Highlands.Tidak terfikir langsung untuk ke sana.Semuanya bermula selepas sarapan pagi.Katanya tidak jauh dari rumahnya......so kami terus sahaja menerima pelawaannya walaupun kami memikirkan perlu balik ke Segamat pada hari yang sama.Lebih kurang pukul 9.00 pagi,kami bertolak dengan membawa apa yang patut.

Dalam perjalanan, hujan renyai dan kami mengharapkan agar hujan akan berhenti sewaktu kami berada di sana.Alhamdulillah........hujan berhenti sebagaimana harapan kami.






Haziq sempat berposing dengan gaya yang tersendiri.




Bergambar dengan anak-anak buah..........Mereka begitu manja sekali.







Melihat tanaman sayur-sayuran di situ ..........semuanya segar dan bebas daripada racun.







PENA KASIH:Kerdilnya kita.............

Monday, January 10, 2011

JALAN-JALAN KE I CITY



Milah........ajak sekali berposing....suka Milah.


Tiga hero sentiasa mengiringi boss..............manjanya

Sempat bergambar lagi............kenangan bukan untuk menunjuk-nunjuk...



Suasana yang begitu menarik sekali.

Sempena percutian hari Hol khas untuk negeri Johor, kami telah bersepakat untuk mengunjungi emak Along yang kini berada di rumahnya.Sudah lama kami tidak bertemu dengannya dan peluang ini kami ambil untuk bersama-sama dengannya.

Sebelum kami sampai ke rumahnya, kami telah bersepakat untuk ke ICity yang merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di Shah Alam.Tempat yang dipenuhi dengan cahaya kemilau lampu begitu menarik sekali.Teruja untuk ke sana.Alhamdulillah,kami selamat sampai ke destinasi yang ditujui.Milah juga turut sama mengikuti kami.

Lama juga kami berada di situ.Apa lagi , kegilaan mengambil gambar itu dan ini.Walaupun, gambar tidak berapa terang kerana keadaan cahaya tapi saya tetap mengambilnya untuk tatapan saya dan kenang-kenangan.Very enjoy sehingga saya terlupa apa yang perlu dibuat setelah my boss menelefon saya ketika on the way menuju Shah Alam.

Seronok setelah seminggu sekolah,sekurang-kurangnya saya dapat merehatkan diri buat seketika walaupun sebenarnya banyak kerja yang perlu dibereskan.Kalau terlalu memikirkan kerja juga................ada baik dan buruknya.Sesekali merehatkan diri walaupun sehari bercuti.

PENA KASIH :Suka ketenangan dan kedamaian di waktu malam..

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails