Program Kem Membaca 1 Malaysia masih terus dijalankan.Hari ini satu program yang menarik saya ialah semua murid membuat layang-layang masing-masing mengikut kreativiti sendiri.Sebelah pagi diadakan aktiviti berpantun di mana semua murid diperkenalkan dengan pantun 2 kerat,4 kerat,6 kerat dan 8 kerat yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu.Selepas guru memberikan maksud bagi setiap pantun yang dilafazkan,semua murid diminta pula mengarang pantun sendiri dengan dibekalkan sekeping kertas.
Panitia Bahasa Inggeris pula telah mengambil alih aktiviti selepas itu.Aktiviti spelling.Semua murid begitu teruja mengeja perkataan bahasa Inggeris dan mereka akan menerima hadiah.
Selepas rehat pula, aktiviti membuat layang-layang dijalankan dengan pengawasan guru mata pelajaran yang masuk ke kelas tersebut.Riuh rendah tapi terkawal itu menampakkan kesungguhan mereka mencipta layang-layang untuk diterbangkan jam 12.00 tengah hari.Ada pelbagai kertas warna digunakan malah ada yang menggunakan surat khabar lama.Pelbagai kreativiti terserlah pada hari ini.
Jam 12.00 tengah hari,semua murid dibawa ke padang sekolah untuk menerbangkan layang-layang masing-masing.Bermula dari murid tahun 6 yang menerbangkan layang-layang masing-masing.Ketawa geli hati apabila melihat ada layang-layang yang tidak naik-naik.Hanya yang kelihatan layang-layang ciptaan Mas Muliana dan Nur Adilla yang naik ke atas.Yang lain terus terjunam tanpa naik.
Seterusnya kelas lain pula menunjukkan kehebatan masing-masing untuk menaikkan layang-layang.Mereka masih gagal menaikkan layang-layang.
Pena Kasih: Melihat layang-layang ciptaan anak saudara terbang tinggi dan terus terjunam ke tanah kerana tiada sayap.

No comments:
Post a Comment