Mengisi program di saat-saat akhir persekolahan dalam usaha untuk mengatasi masalah ke tidak hadiran pelajar ke sekolah memang diaturkan.Hari ini, pihak sekolah di bawah seliaan GPK HEM telah menganjurkan program awal remaja yang ditujukan kepada murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6.
Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul10.00 pagi telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari Poliklinik Kesihatan, Jalan Muar Segamat iaitu Pn Hjh Azizah bte Abdullah.
Pengisian selama dua jam tidak dapat saya turuti bersama kerana menyelesaikan beberapa perkara pentadbiran dan juga memasuki kelas untuk mengajar.Agak rugi juga kerana sekurang-kurangnya pengetahuan yang diperolehi boleh dikongsi bersama dalam mendidik anak-anak .
Saya hanya melihat sekali lalu sahaja dan sempat mengambil gambar kerana bimbang meninggalkan anak murid.Hari ini memang terlalu sibuk sehingga peluang untuk bertemu dengan guru-guru lain tidak kesempatan.
Pada minggu hadapan, Kem Membaca 1 Malaysia akan dilancarkan di bawah pengelolaan Pn Salbiah yang telah diamanahkan untuk melaksanakan program tersebut.Banyak aktiviti yang telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan.Berharap program ini memberi peluang kepada anak-anak murid untuk mengasah bakat yang terpendam.
Pena Kasih:Semua guru bergerak pantas.

No comments:
Post a Comment