Thursday, June 30, 2011

BERTIMPA-TIMPA

Keluhan,rungutan sering kedengaran terutama ingin menjelaskan kerja-kerja yang semakin bertambah dan terus bertambah.Tranformasi pendidikan memerlukan kita bersikap positif melihat daripada pelbagai sudut.Impaknya adalah untuk anak-anak bangsa kita.Mereka perlu melonjakkan minda mereka ke arah yang lebih baik.Kita tidak mahu melihat anak bangsa kita terus ketinggalan sebaliknya ingin memberi peluang kepada mereka untuk meneroka jauh setanding dengan negara lain.

Tranformasi pendidikan juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak.Tidak akan tercapai tranfomasi yang diinginkan sekiranya tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak.

Walaupun baru habis mentelaah sesuatu tajuk itu, datang lagi yang baru.Bertimpa-timpa.Kalau kita tidak melaksanakan siapa lagi yang perlu dipertanggungjawabkan.Semuanya perlu dilihat daripada sudut positif.Keluhan, rungutan hanya sementara sebaliknya kerja tetap diteruskan.Adat bekerja....bila kepenatan, tetap mengeluh,akhirnya akan reda apabila kerja-kerja itu sudah selesai satu persatu.

Yang pastinya 'core-business ' itu menjadi keutamaan.Kita punya target sendiri.

PENA KASIH;Kerja semakin bertambah tapi tetap buat sedikit demi sedikit.

Wednesday, June 29, 2011

HARI SUKAN 2011







Tahun ini,rumah Baiduri telah berjaya merangkul kejuaraan setelah dua tahun menyepi diri.Semangat murid-murid dan guru-guru membawa kejayaan yang cemerlang kepada rumah Baiduri.Syabas!!!!!

Tahun ini, sekolah saya telah mengadakan Hari Sukan pada sebelah pagi.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.Biasalah setiap tahun, tugas di bahagian hadiah akan dimonopoli oleh saya.Namun, saya dibantu oleh PT,Pn Filzana .Urusan tempahan hadiah dibuat oleh GB.Bestnya....kerja saya menjadi ringan dan saya hanya ditugaskan memeriksa hadiah-hadiah tersebut betul supaya tidak berlaku kekurangan.

Tapi saya tetap meneruskan minat saya, merakam gambar-gambar sempena hari sukan.Walaupun saya bertugas di bahagian hadiah, tapi semua hadiah telah tersusun kemas dan diletakkan di dulang.Kerja menjadi mudah.Thanks to Kak Filzana n Anis kerana sudi membantu saya.

PENA KASIH:Teringat zaman sekolah rendah.....mendapat olahragawati dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan olahraga.

Sunday, June 26, 2011

CUCI MATA


Pagi lagi,hubby mengajak saya ke Dataran Ledang, Tangkak.Just,jalan-jalan dan cuci mata.Cuci-cuci mata beratus juga habis,beli itu dan ini.Kali ini, kami berjalan bertemankan my niece.Anak lelaki telah memaklumkan tidak mahu pergi sebaliknya ingin tinggal di rumah.Pelbagai pesanan ditinggalkan supaya jangan meronda-ronda dengan motor sebaliknya duduk sahaja di rumah.

Kami hanya berada di sana lebih kurang 3 jam sahaja.Selepas itu, mengambil keputusan untuk balik kerana bimbangkan anak lelaki yang tinggal ke seorangan.Hati tergerak hendak ke sana dan hubby tidak sangka terjumpa dengan kawannya.Mula-mula just senyum dan kemudian kami bersembang-sembang.Rupa-rupa kawannya itu pernah tinggal di Batu Anam dan bersekolah sama dengan hubby.Biasalah sudah bertahun tidak bertemu sudah tentu banyak yang berubah terutama dari segi fizikal.

Pelbagai gerai ada di situ dan hubby sempat juga bertanyakan sejenis air yang dikatakan agak bagus.Teringat hubby kepada emaknya yang sakit lutut.So, hubby belikan air tersebut sebagai percubaan.Nampak sangat emak sakit.Pergerakan terbatas tidak selincah dahulu.Kak Long pun berusaha untuk mencari ubat yang sesuai dengan emak.Sebagai anak itulah yang sebenarnya.Tanggungjawab dan keprihatinan amat penting.Kami sempat juga membawa emak berurut di Buloh Kasap dan Kuala Paya.Itupun permintaan emak.Mungkin tidak tahan dengan kesakitan yang dialami.Ke klinik dan hospital telah pergi.Mungkin emak mengalami masalah urat saraf....InsyaAllah, kami akan membawa emak ke JB nanti untuk mendapatkan rawatan seterusnya.

My niece also shopping sakan.Saya tengok sahaja gelagatnya.Pelbagai barangan yang dibelinya.Minyak wangi menjadi pilihannya.Biasalah bila sudah meningkat remaja......

PENA KASIH :Cuci mata dan banyak info yang diperolehi....

Friday, June 24, 2011

HARI TERBUKA 2011




Pn Norlela (guru Tahun 1 sedang membincangkan sesuatu dengan ibu seorang muridnya.
Alhamdulillah selesai sudah satu program untuk sekolah.Hari Terbuka diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan hal-hal pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh anak sepanjang persekolahan selama 6 bulan.Peluang ini digunakan oleh pihak sekolah untuk memaklumkan kepada ibu bapa hasil pembelajaran anak mereka .Tindakan susulan yang perlu diambil oleh ibu bapa dalam usaha untuk membantu anak mereka selain mendapat tunjuk ajar daripada guru-guru sekolah.


Bersyukur kepada Allah kerana kehadiran ibu bapa begitu menggalakkan.Mereka kini begitu prihatin dengan anak-anak terutamanya apabila soal pembelajaran anak mereka.Mereka yang tidak hadir telah memaklumkan kepada pihak sekolah atas sebab ketidak hadiran mereka dan pihak sekolah telah memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan guru pada hari Isnin.



PENA KASIH:Prihatin dengan anak murid yang lemah......

Thursday, June 23, 2011

HARI LAHIR....14 TAHUN












Syukur, kelahiran yang dinanti-nantikan setiap pasangan suami -isteri.Tiada apa yang paling menggembirakan apabila dikurniakan seorang anak tidak kira sama ada perempuan mahupun lelaki.




Kini,14 tahun telah berlalu dan sambutan menandakan kesyukuran ke atas kelahiran seorang anak perempuan telah disambut secara sederhana.Semuanya dilakukan selepas solat isyak dan selepas bacaan yaasin dilaksanakan.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.



Selamat Hari Lahir, Adilla.Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan yang penting tidak meninggalkan solat dan mendengar cakap kedua ibu bapa.Semoga maju jaya dalam bidang pelajaran.Mamalong dan Papalong mendoakan kejayaan Adilla dan sekali lagi sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada kita.



PENA KASIH:Setiap tahun dapat hadiah.............

Tuesday, June 21, 2011

SALAM TAKZIAH........

Terkejut....tiada sebarang berita yang diketahui sehinggalah pada hari ini sewaktu membuka laman fb anak rakan sewaktu di Maran,memaklumkan bahawa ibunya Puan Marni telah meninggal dunia pada 16 hb yang lalu.Hari Khamis.Terus memaklumkan kepada hubby mengenai berita tersebut.Al-Fatihah untuk akak.......Semoga Pak Lah sekeluarga tabah menghadapi segalanya.Untuk Asilah, jaga ayah dan adik-adik yang lain dengan baik.


Mula mengenali keluarga Pak Lah sewaktu kami menetap di kuaters guru pada tahun 1991 di Sekolah Menengah Seri Jengka.Hubby dengan Pak Lah mengenali antara satu sama lain sewaktu mula-mula sekolah tersebut dibuka.Mereka begitu rapat sekali walaupun Pak Lah hanya sebagai pembantu makmal.Ke mana-mana mereka akan pergi berdua.Sewaktu hubby menjawat jawatan setiausaha PIBG, mereka berdualah mencari sponsor daripada pelbagai pihak semata-mata untuk membangunkan sekolah tersebut.Kini, semuanya tinggal kenangan.

Dari situ, saya mengenali keluarga Pak Lah.Selalu ke rumah Pak Lah malah kami seperti keluarga.Kak Marni memang baik dan tidak banyak bercakap.Malah mereka pernah bertandang ke rumah kami di Segamat.Hampir setiap malam, kami akan ke rumah mereka.Mereka tinggal di Kampong Sentosa dan kami selalu ke Temerloh dan Kuantan bersama-sama keluarga Pak Lah.


Ingat lagi sewaktu, hubby menyampaikan ucapan perpisahan, Pak Lah mengalirkan air mata.Saya tahu keakraban mereka menyebabkan Pak Lah begitu sayu untuk melepaskan kami.Namun, kami telah bertekad untuk berhijrah ke Segamat setelah hampir 6 tahun berkhidmat di sana.


Kalau tidak silap saya,lebih kurang sebulan yang lalu, saya bertanyakan khabar Kak Marni daripada anaknya Asilah yang kini sedang mengikuti kursus Perguruan di Terengganu.Allahyarham telah dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi yang agak tinggi dan dibenarkan keluar dari hospital setelah kesihatannya agak baik.Namun, pada hari ini,saya menerima kejutan berita melalui laman Fb.InsyaAllah, kami akan menziarahi Pak Lah sekeluarga di Kampung Sentosa dalam masa yang terdekat ini.Ingat lagi, pak Lah meminta saya bercakap dengan Kak Marni sebelum Kak Marni dimasukkan ke hospital.Itulah perbualan terakhir saya bersamanya......Al-Fatihah, kak.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan buat Pak Lah sekeluarga,salam takziah daripada Kamil's family.


Kak Marni yang dikenali tidak berapa sihat sewaktu saya bersamanya dahulu.Beliau telah bersara awal kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk meneruskan perkhidmatan di pejabat Felcra.


PENA KASIH:Teringat kenangan bersama keluarga Pak Lah dan sewaktu jari-jemari ini mencatat memori bersama keluarganya, air mata mengalir.

Sunday, June 19, 2011

KASIHMU

Buat suamiku,terima kasih kerana begitu prihatin terhadap kami.Selamat Hari Bapa, buatmu Ayang.Terima kasih kerana tidak menghampa permintaan kami setiap kali kami inginkan sesuatu.Untuk anak-anak jua,walaupun nampak tegas, anak-anak tetap menyayangi dan menghormati ayahnya.



Selamat Hari Bapa buat ayahku.Jasa dan belaian kasih sayangmu akan tetap dikenang.Seorang ayah yang tidak pernah meninggikan suara kepada anak-anaknya.Seorang ayah yang begitu penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.

Seorang ayah yang begitu pemurah, tidak berkira dan kami sangat sayang ayah.Seorang yang agak pendiam dan kami tetap menghormatinya.
PENA KASIH :Terima kasih, ayah.

















Saturday, June 18, 2011

RUMAH KECIL

Memenuhi permintaan anak saudara.Meminta papa Longnya membinakan rumah kecil untuk dua ekor arnabnya.Pagi ini, bersama hubby membinakan sebuah rumah kecil dengan menggunakan kayu-kayu lama yang terdapat di rumah emak.Penat juga menjadi tukang ni.Sekejap diminta pegang itu dan ini,sekejap diminta menukul itu dan ini.Bukan tukang profesional so hasilnya tidaklah secantik yang pakar.Tetapi anak saudara puas hati kerana arnah-arnabnya kini mempunyai rumah yang agak luas jika dibandingkan dengan sebelum ini yang hanya menggunakan dua sangkar kecil.


My niece juga rajin kerana menyediakan makanan dan minuman untuk kami berdua dan bersama-sama membantu kami membuat rumah kecil untuk arnabnya.Bestnya...emak masakkan untuk kami kerana saya tidak kesempatan untuk memasak walaupun lauk-lauk telah saya keluarkan dari peti ais.Anyway, kami berasa puas hati kerana dapat memenuhi hajat anak saudara walaupun hasilannya tidak begitu kemas.


Sebelum itu, kami sempat melawat kebun kami yang terletak berhampiran dengan rumah emak.Baru diracun dan nampak terang.


PENA KASIH: Suka menolong selagi tenaga ini diperlukan.

Friday, June 17, 2011

INSAF

Benarlah.Bertindak itu perlukan fikiran yang matang.Apabila tindakan telah diambil dan prosedur yang betul dilalui, kita perlu harungi itu semua.Kalah atau menang kita juga yang tanggung sendiri.


Justeru, berfikir dengan sematang-matang sebelum mengambil tindakan.Kisah yang amat menarik sekali setelah dua atau tiga tahun dilalui.Tiada jalan penyelesaian sehingga masing-masing membenamkan perasaan tidak puas hati.Peguam dilantik untuk menyelesaikan masalah.Bayaran diperlukan untuk peguam tetapi menghadapi masalah kewangan.Akhirnya diri sendiri yang susah.Namun, masalah belum dapat diselesaikan seperti apa yang dikehendaki..............masalah itu tergantung begitu sahaja.


Akhirnya surat layang dihantarkan kepada yang disaman.........sedangkan diri sendiri yang beria-ia melantik peguam semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang kecil sahaja.Janganlah kita fikir kita yang terpandai sebaliknya setiap langkah yang tidak betul kerana menganiayai sesama saudara sendiri memakan diri sendiri.Yang disaman, terus mendiamkan diri kerana berada dipihak yang benar dan mengambil tindakan yang betul.Kalau itu haknya, hendak buat apa dipertikaikan.Tapi disebabkan ada rasa tidak puas hati dan cemburu,tetap juga hendak mencari kesalahan yang berhak.Semuanya berpunca dari kewangan.Kini, yang mengambil tindakan berada dalam kepanasan.Mana nak cari duit untuk membayar wang peguam.Akhirnya seperti anjing menyalak bukit.....meminta wang daripada yang disaman.


Pernah juga mereka bercerita dengan saya hal mereka tetapi saya kurang berminat untuk mencampuri urusan tersebut.Saya lebih banyak mendiamkan diri kerana tidak mahu terlibat secara langsung dengan urusan mereka.Pada saya yang berhak menerima tak perlu dipertikaikan kerana sudah tertera namanya tapi kenapa perlu yang lain menyibukkan diri semata-mata untuk menuntut hak orang lain.Itulah perasaan............cuma sedekahkan Al-Fatihah kepada yang empunya tanah yang turun-temurun menjadi milik kita.


Kalau ikutkan perasaan begitulah........akhirnya yang menyaman hidup tidak tenteram.Yang disaman tetap seperti biasa.Saya puji cara yang disaman.Tidak mudah melenting dengan perbuatan yang menyaman.Dia tetap menunggu keputusan peguam dan tidak meragui dengan tindakannya.Yang menyaman kini hidupnya tertekan kerana tersilap langkah....itulah jangan sesekali kita menganiayai sesama saudara sendiri.Semoga yang menyaman menginsafkan diri dan berfikir sebelum bertindak.


PENA KASIH :Selalu mendengar rintihan orang....hanya menjadi pendengar dan kurang berminat untuk mencampuri urusan orang lain.

KEMBALI KE IPG













Tiga minggu berlalu.....menghabiskan masa cuti di Terengganu(majlis perkahwinan)dan kampung.Kini,Along telah kembali ke Perlis.Meneruskan pengajiannya.....mama doakan yang terbaik untuk anak mama.Semoga Along berjaya dan mencapai cita-citanya.Namun UiTM tetap dihatinya walaupun hanya dapat bersama lebih kurang dua minggu sahaja pada tahun 2010.Hatinya tetap untuk menjadi seorang pendidik.........mewarisi mama dan ayahnya.



Semalam membawanya berkunjung ke rumah atok di IOI dan juga ke klinik kerana demam.Turut bersamanya ialah Apiz dan Adif.Mereka begitu manja dan mengajak Along tidur di rumahnya.Adif meminta didukong dan dibelai..............manja teramat sangat dan saya membiarkan mereka bersama Along buat seketika.



Kalau dahulu Along dan adik tidak boleh bertemu.....biasalah kanak-kanak.Mereka akan bergaduh tetapi kini sudah berubah.Adiknya sentiasa menanti kepulangan Alongnya.Mereka begitu rapat dan sentiasa bergurau senda dan saling usik-mengusik.Lumrah....bila berdekatan bercakaran,bila berjauhan rindu-rinduan.



Dikurniakan dua orang cahaya mata.....sudah cukup mengembirakan hati ini melihat gelagat mereka berdua.Kalau mengemas rumah, mereka akan berbincang dan mengagihkan tugas masing-masing.Mereka juga sudah biasa melihat rumah sentiasa bersih dan kemas.Mereka tahu apa yang kami tidak suka.



PENA KASIH :Semoga dapat menjaga diri sepanjang di perantauan................hilang di mata dekat di hati....

Wednesday, June 15, 2011

SEPUPU


Anak Mak Long....



Anak Mak Cik.....


Anak Mak Itam...


Bersama sepupu anak Mak Ngah....

Bukan senang untuk mengumpul saudara mara jika tidak ada kenduri kendara.Jika tidak ada kenduri, mungkin hari raya merupakan salah satu cara untuk bertemu mereka tetapi masih tidak mampu untuk bertemu semuanya.



Alhamdulillah,peluang bertemu mereka pada majlis perkahwinan Azlan dan Ana sudah cukup menggembirakan hati.Melepaskan perasaan rindu, bertanya khabar setelah sekian lama tidak bertemu.Yang sihat bertambah sihat, yang sakit tetap ada.




Sunday, June 12, 2011

PERCUTIAN YANG BERMAKNA









Bersantai di bawah pokok rambutan yang rendang......


Saudara mara berkumpul....



Pakar bunga manggar....





Sempat lagi berposing selepas mengemas meja makan damai....



Membantu menyediakan makan damai with kak Noi.....





My daugter with Ekin....



Alhamdulillah,cuti persekolahan kali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang padat dan menarik.Kali ini, kami bercuti di Terengganu disamping menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Terengganu.Bercuti bersama emak, ayah, adik dan anak-anak masing-masing.

Menyusuri pantai di sepanjang perjalanan ke Terengganu.Melihat keindahan alam ciptaan Allah.



Walaupun sebelum ini, pernah menjejakkan kaki di sini tapi kali ini percutian begitu bermakna sekali.Kami ke sana selama 3 hari......walaupun tidak dapat memuaskan hati anak-anak untuk bermain air di Air Terjun Bukit Sekayu kerana kesuntukan masa tapi sudah cukup membawa anak menjejakkan kaki ke sana.Mereka sebenarnya telah pun menjejakkan kaki di sini tetapi mengikuti rombongan sekolah.



Setelah diadakan majlis perkahwinan di Terengganu, minggu kedua pula diisi dengan sesi menyambut menantu di Segamat.Alhamdulillah, sekali lagi kami bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar sekali.Semua saudara mara berkumpul dan peluang inilah digunakan untuk beramah mesra,bertanya khabar.Bukan senang untuk berkumpul seperti ini kerana masing-masing sibuk dengan tugas.


Saya bersama-sama keluarga juga membantu Mak Itam sekeluarga apa yang patut.Kami bergotong-royong di rumahnya selama hampir seminggu.Rumah kami pun tidak berapa jauh daripada rumahnya jadi memudahkan kami untuk ke rumahnya pada bila-bila masa.Kami teringatkan Aruah Pak Itam...............Al-Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.


PENA KASIH: Membantu selagi kami mampu.................

Sunday, June 5, 2011

PERJALANAN PULANG












Masih sempat berposing untuk kenang-kenangan.

Hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu tidak kesampaian kerana hujan.Lalu, kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke Pantai Batu Burok untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah.


Kami ke sanapun pada waktu pagi.Memang pun tidak sesuai kerana keadaan cuaca yang agak panas terik .Tetapi kami just singgah sebentar di situ.Melihat-lihat kawasan sekitar di situ.Lagipun persinggahan kami sekejap untuk meneruskan misi pulang ke Segamat.


Sepanjang perjalanan pulang, kami terserempak dengan dua kemalangan iaitu di Lebuh Raya Jabor dan juga Lebuh Raya Kuantan Segamat melibatkan dua buah kereta terbabas.Mungkin mereka cedera .


Kemudian, sempat hubby melayan kedua-dua orang anaknya serta anak saudara untuk singgah di pasar raya Parkson di Kuantan.Melayan karenah mereka berdua.Saya sempat singgah di kedai buku dan membeli novel.Hubby mesti akan mencari kedai buku untuk membeli beberapa buah buku.


Sepatutnya, saya dan ayah berkonvoi tetapi akhirnya kami berpecah kerana ayah melalui jalan Dungun tetapi kami melalui Jalan Jabor.Perjalanannya agak singkat dan kami terlebih dahulu sampai ke destinasi.


MASJID KRISTAL, TERENGGANU








Berhenti di Masjid Kristal setelah lama di Pasar Payang.Kami bersolat di situ dan makan malam di situ.

MAJLIS PERNIKAHAN AZLAN N ANA DI KG KEMAT








Azlan menyarungkan seutas gelang ke tangan Ana...



Majlis pernikahan Azlan....

Persediaan untuk ke majlis pernikahan Azlan n Ana berjalan dengan baik sekali.Kami meninggalkan perkarangan Anggerik Impian lebih kurang jam 9.00 pagi untuk menuju ke Kampung Kemat yang tidak berapa jauh daripada rumah penginapan kami.Menuju ke arah kampung tersebut ternampak 'sign-board' ke Air Terjun Bukit Sekayu.Niat di hati ingin ke sana membawa anak-anak bersantai di sana.


Sesampainya di sana,Tok Kadhi telah sedia menunggu kami.Kami agak lewat sampai kerana menunggu Azlan mengemas itu dan ini.Tidak mengambil masa yang lama untuk bernikah.Cuma mungkin agak kurang lancar kerana masalah loghat yang tidak difahami oleh Azlan.


Selepas usai majlis pernikahan, kami balik semula ke penginapan sementara menunggu untuk majlis persandingan jam 2.00 petang.Kami mengemas bilik masing-masing untuk 'check-out' jam 1.00 petang.Selepas itu, kami merehatkan diri di masjid semula sementara menunggu jam 2.00 petang.Mereka bersolat di situ dan alhmadulillah, semuanya dipermudahkan.Hubby membawa pengantin lelaki dengan menaiki keretanya.Sempat juga saya menasihati Azlan agar menjadi seorang suami yang baik buat isteri.Perlu ada perbincangan dan bertolak ansur dalam rumahtangga.


Lebih kurang jam 2.00 petang, kami bertolak ke Kampung Kemat.Sempat juga kami melihat suasana majlis perkahwinan orang Terengganu.Dalam satu hari sahaja terlalu banyak majlis perkahwinan.Di kiri kanan jalan, diletakkan bunga manggar.


Kami terperangkap di sana kerana selepas usai sahaja majlis persandingan dan makan damai, hujan turun mencurah-curah.Kami tidak dapat untuk ke tempat kereta dan hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu hanya tinggal impian sahaja.Terlihat di wajah anak-anak dan anak saudara rasa kekecewaan.Bukan senang untuk ke sini kerana kami bukannya jenis yang suka berjalan-jalan.


Dalam hujan yang renyai-renyai kami redahi juga untuk ke tempat letak kereta yang agak jauh juga.Tiada kemudahan jalan dan kami melalui titi...seronok juga sesekali ke situ.Suasana yang tenang dan damai,di celah-celah pokok dan daun-daun menghijau,suasana yang agak sejuk amat menarik sekali.Teringat semasa dahulu di kampung saya yang belum menikmati kemudahan seperti hari ini,kami juga melalui suasana yang sama.


PENA KASIH :Kami mendoakan kebahagiaan kalian berdua.......

Friday, June 3, 2011

PASAR PAYANG,TERENGGANU






Hari Kedua di Pasar Payang........







Kalau ke Terengganu tidak sah kalau tidak singgah di Pasar Payang.Kami menghabiskan masa di situ selama dua hari.Itupun pergi sekejap-sekejap kerana pasar tersebut sudah hendak tutup.Ramai juga orang Segamat yang kami temui di situ.Cuti-cuti Malaysia.


Bila ke Pasar Payang memang tidak sah kalau tidak membeli kain sutera dan baju batik.Hubby sempat memborong beberapa helai baju batik sementara saya tidak .Cukup sepasang dua sudah.Orang ramai berpusu-pusu membuatkan saya rimas dan tidak selesa.Cepat sahaja hendak keluar dari sarangnya...mencari tempat yang lebih selesa.


My son lagilah ..........tak da mood langsung untuk berjalan-jalan di situ.Biasalah budak lelaki,mana minat dengan tempat-tempat seperti itu.Itupun setelah dipujuk agar bersabar melayan ayahnya yang rambang mata melihat baju batik.....


PENA KASIH : Corak batik yang pelbagai rupa menunjukkan mereka ini begitu kreatif...

ANGGERIK IMPIAN...KUALA BERANG







Fadil and his family turut ada bersama untuk meraikan majlis perkahwinan adiknya.Balik dari Sarawak.





Sempat berposing depan Anggerik Impian bersama hubby.Tempatnya amat menarik sekali.

Alhamdulillah.akhirnya konvoi kami sebanyak 7 buah kereta sampai ke destinasi seperti apa yang dirancang.Cuma kami berpecah ketika berada di Kuantan.Lima buah kereta mengikut jalan lain dan kami melalui Dungun.Suka-suka sambil menyusuri pantai...melihat keindahan alam.Sudah lama saya tidak melalui arah ke Timur.Kalau dahulu, Kemaman menjadi tumpuan kami semasa saya berkhidmat sebagai guru di Pahang.Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.Sepanjang melalui jalan tersebut,mengintai-intai juga dan mengingat kembali bekas guru Jengka 4.Dah lupa namanya tapi isterinya dipanggil kak Nor.Saya tidak ingat rumahnya kerana sepanjang jalan, banyak yang telah berubah.



Kami sampai ke Terengganu lebih kurang jam 12.30 tengah hari dan singgah di Masjid Bukit Payong untuk mereka menunaikan solat Jumaat.Setelah usai menunaikan solat Jumaat, kami ke Pasar Payang.Sempat lagi hubby memborong baju batik dan saya tidak begitu teruja untuk membeli baju batik.Tapi hubby tetap belikan saya mengikut pilihannya.Emak dengan ayah serta adik saya memborong betul baju batik.Lama juga kami ke sana sehinggalah kami mengambil keputusan untuk ke Anggerik Impian yang merupakan tempat pengingapan kami.



Kami sebenarnya ke sini kerana menghantar rombongan sepupu kami yang melangsungkan majlis perkahwinannya di Kampung Kemat,Kuala Berang.Hajat kami juga ialah untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu.



Alhamdulillah juga tempat penginapan kami amat selesa.Kadar sewa yang tidak mahal antara RM75.00 hingga RM`120.00 semalam amat memuaskan hati apatlah lagi dengan kemudahan yang ada.




Perjalanan yang lama juga amat memenatkan kami.Kami tidak ke mana-mana selepas itu.Merehatkan diri sambil menunggu makanan yang dihantar.Saya tidak makan pun kerana kekenyangan.



Sebelah malamnya, kami mengemaskan barang hantaran untuk perempuan.Hubby begitu cepat tidur kerana keletihan memandu sambil melayan karenah anak-anaknya.



PENA KASIH :Percutian yang amat menarik.............

Wednesday, June 1, 2011

KEINSAFAN

Kadang-kadang manusia ini tidak mudah untuk mengaku kesalahan diri sebaliknya setiap yang berlaku ditundingkan kepada orang lain.Realitinya begitulah ,yang terbeban akan terus terbeban.Yang menanggung akan terus tertanggung.Beratnya yang memikul tidak ada siapa yang tahu.Sebaliknya mereka tetap seperti biasa.Seolah-olah tiada yang berlaku.




Saya suka membaca kisah kehidupan manusia melalui novel mahupun cerpen dan pengalaman hidup manusia melalui media elektronik yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada kita.Waktu terluang cuti ini, saya menonton televisyen.Banyak kisah kehidupan yang boleh dijadikan renungan buat kita.Memberikan keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan penganiayaan kepada orang lain.




Kadang-kadang kehidupan kita diselubungi dengan kegembiraan,keseronokan tapi disebalik itu kita tidak tahu apa yang tersirat di hati.Nampak mereka gembira,bahagia tapi sebaliknya yang berlaku.Baru-baru ini, saya menjadi pendengar daripada apa yang terjadi pada diri seseorang.Mereka tidak sangka apa yang terjadi pada dirinya.Mulutnya begitu manis apabila berbicara tapi lain jadinya.Mereka menyesal bertemu dengan orang seperti itu.Saya sekadar tersenyum sahaja kerana saya memang sukar untuk mempercayai orang apatah lagi kalau butir bicara begitu lembut dan manis sekali.Tidak mudah tergoda dengan itu semua.Sekali terkena akan ingat sampai bila-bila.Itu prinsip saya.Saya tidak berdendam.....tapi setiap ayat yang diluncurkan akan saya kenangkan sampai bila-bila.




Orang itu terus bercerita......dalam hati boleh dijadikan sebuah drama dan panduan kepada orang lain.Jangan ingat rupa paras yang cantik digunakan sebagai alat untuk menundukkan orang semata-mata untuk memastikan kehidupannya mewah.Kita kena lihat latar belakang kita.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.Ukur baju di badan sendiri tapi janganlah sampai mengambil kesempatan daripada orang lain.Semuanya menginsafkan diri........


Dulu, saya ada juga mendengar cerita yang sama dan orang yang sama.Mereka terkena lagi.Kalau saya, saya tidak akan berurusan dengan orang seperti itu.Biarlah kita menjauhkan diri daripada orang-orang seperti itu.Hati senang dan tidak sakit hanya kerana perbuatan yang tidak berhemah semata-mata inginkan kehidupan mewah.




Banyak sebenarnya kisah kehidupan ini yang boleh dijadikan panduan dan yang pasti janganlah kita menganiaya orang lain.Kita jangan ambil mudah dengan apa yang telah kita lakukan sebaliknya kita renung-renungkan diri kita........bila susah,lembut lidah meminta bantuan itu dan ini...bila senang,lain jadinya .Pelbagai alasan diberikan.......Saya kasihan dengan orang itu....menangis pun tidak berguna.




PENA KASIH:Biarlah kita belajar daripada kesilapan......


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails