Saturday, July 27, 2013

HAK ORANG MENJADI HAK SENDIRI

Haziq menjadi berang kerana satu persatu peralatan motornya hilang.Mula-mula topi keledar yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.Ratusan harganya.Memang berharga buat dirinya yang berusaha untuk mendapatkan sendiri topi tersebut walaupun ayahnya telah membelikan topi tapi dia mempunyai impiannya tersendiri.Bukan itu sahaja, semua peralatan yang diletakkan di tempat duduk semuanya diangkut oleh si A. Dia meminta ayahnya membuat laporan polis tapi ayahnya membiarkan gelagat si A itu buat sementara ini.Lantas ayahnya meminta dia berdoa dan melakukan solat hajat untuk mengetahui siapa yang mengambil barangannya.Sepertiga malam,dia bangun melakukan apa yang disuruhkan oleh ayahnya dan setiap kali solat lima waktu,dia sentiasa berdoa.
Hari seterusnya dia kehilangan 'side-mirror' pula.Berangnya semakin menjadi kerana motor yang diletakkan di sebelah pondok pengawal keselamatan juga boleh hilang.(side-mirror).Lalu dia mempertikaikan tugas pengawal keselamatan.Sekali lagi, dia meminta ayahnya membuat aduan kepada pihak polis tetapi ayahnya masih berdiam diri kerana memikirkan jika membuat report banyak yang terbabit terutama pengawal keselamatan kerana motornya diletakkan betul-betul berhampiran pondok jaga.Dia masih bersabar dan begitu 'trauma' untuk membawa motor ke sekolah.Terpaksalah kami mengatur jadual kami untuk menghantar dan menjemputnya buat masa ini. Semalam, sekembali dia dari bazar dia terus memaklumkan kepada kami, dia sudah tahu siapa yang mengambil topinya.Sebabnya si A..membawa topi keledar dan mukanya berubah apabila melihat Haziq.Haziq mengenali topinya yang mempunyai banyak tanda-tanda yang sememangnya itu miliknya.Kalau tidak kenapa si A cuba menyorok-nyorok topi itu daripada Haziq.Rupa-rupanya si A merupakan pelajar sekolah itu juga dan orangnya nampak baik tapi disebaliknya.Haziq memberitahu si A sebelum ini siap berpesan agar lebih berhati-hati lagi dan dia memang baik.Haziq kini memang sukar untuk mempercayai orang seperti itu."Hak kita menjadi hak sendiri"kata Haziq dengan nada marahnya.Dia akui juga Allah itu Maha Pendengar, Maha mengetahui kerana setiap hari dan setiap sepertiga malam dia bangun untuk bersolat memohon agar sesiapa yang mengambil topinya akan diketahui. Dia kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan..yang lembut bicaranya belum tentu boleh menjadi kawan kita sebenarnya. PENA KASIH: Tidak suka mengambil hak orang tanpa kebenaran.

Thursday, July 11, 2013

DUA HARI YANG LALU....

Dua hari puasa berlalu....my son mengambil keputusan untuk berbuka di masjid dengan beberapa orang penduduk kampung.Setiap petang,ayahku membelikan juadah untuk mereka berbuka. Dua hari juga anak bujangku ke bazar.Menunggang motosikal yang sememangnya aku tidak menggalakkan malah merisaukan hatiku.Aku nasihatkan agar pergi di tempat yang dekat sahaja.Kali ini, dia kurang teruja untuk membeli makanan di bazar.Hanya membeli air dan sedikit kuih sahaja untuknya makan selepas terawih. Dua hari juga aku belum teruja untuk ke bazar.Walaupun hubby mengajak aku pergi untuk membeli sedikit juadah tapi aku menolaknya.Aku selesa untuk berada di rumah.Aku bersyukur dengan makanan yang tersedia ada untuk kami anak beranak berbuka. Dua hari juga aku telah mengambil kesempatan dalam kesibukan aku menyediakan juadah berbuka untuk menyiapkan langsir untuk emak aku.Nak kata pandai menjahit tidak juga tapi aku minat dengan menjahit langsir.Siap juga beberapa helai langsir untuk emak aku. Dua hari juga aku menelefon dan bermesej dengan anak perempuanku yang berada di utara.Bertanyakan juadah berbuka puasa..katanya makan nasi ayam sahaja.Aku katakan kepadanya syukur kerana ada juga makanan untuk dimakan.Dia memaklumkan kepadaku, dia pergi solat terawih di surau di kampus IPG. Dua hari ini, aku rasakan diriku memang sibuk tapi aku tetap luangkan masa menyediakan juadah berbuka untuk family.Masing-masing semuanya tidak kuat makan.Makan seadanya. PENA KASIH ; Belum berkesempatan untuk berbuka bersama keluargaku.

Tuesday, July 9, 2013

SUKAN

Sudah beberapa hari teruja untuk meng'update' blog aku.Kekangan masa sejak akhir-akhir ini dan hujung minggu yang begitu padat dengan program menyebabkan blog aku sunyi sepi seketika. Banyak yang ingin dicatatkan.Aku suka mencatatkan sesuatu di blog ini sebagai kenang-kenanganku. So, kali ini aku 'update' kisah perjalanan hari sukan di sekolahku.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah memutuskan untuk mengambil cuti peristiwa.SO pada hari itu tidak ada proses pembelajaran dan pengajaran. Aku, biasalah diberikan tugas sebagai ketua hadiah.Alhamdulillah,bahagian tugasku beres semuanya.Aku meminta pertolongan kak Timah and Aisyah membantuku membungkus hadiah seperti yang dikehendaki.Sebenarnya, aku lebih teruja untuk mengambil gambar sepanjang majlis tersebut.Aku siapkan semua tugasanku dan aku mula bergerak ke sana dan ke sini.Aku bukan jenis yang suka duduk diam sahaja. Aku bersama cikgu Shikin....mengabadikan kenangan.
Aku bersama-sama dengan anak didikku..aku tiada rumah.So,aku menumpang bergambar bersama mereka.
Aku bersama-sama dengan guru-guru.....posing dan berebut-rebut nak bergambar.
Our little gimnas menunjukkan aksinya sebagai pembuka kejohanan sukan di sekolah.
Terima kasih YB Datuk Ayub bin Rahmat yang sudi singgah di sekolah kami dan memberikan sumbangan kepada .
Aksi pelajarku semasa berlari..
Acara ibu bapa....
Main kejar-kejar....
Majlis berjalan dengan lancar dan pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails