Wednesday, January 29, 2014

ALHAMDULILLAH SELESAI SUDAH................

Pena kasih masih terus ingin berbicara. Alhamdulillah,selesai sudah akhirnya sebuah penantian yang sedikit sebanyak membuatkan kami rasa 'stres'.Even semuanya hampir selesai tapi apabila masa kunjungan agak lama ia tetap dirasakan ada kekurangan sehinggalah di saat akhir.Aku rasa guru-guru aku buat kerja sebaik mungkin and boleh dikira 'all out'.Ada yang rasa nak cuti tidak jadi cuti sebaliknya terus bersama-sama kami melakukan yang terbaik untuk yang terbaik.My ayat memang menarik......... Aku sendiri sebenarnya sudah lama menyiapkan semua dokumen untuk bahagian kurikulum.Kurang 'stres'sebab dokumen aku hampir semuanya telah lengkap walaupun mungkin ada kekurangan di mata orang lain.Tapi tidak apa kalau aku syok sendiri menyiapkan dokumen tersebut.Pastinya aku sendiri rasa puas kalau itu hasil tanganku sendiri.Mungkin ada kekurangannya. Hari ini aku dipilih untuk jadi pegawai perhubungan..........memang penat mendaki bukit apabila diperlukan.Terasa kaki-kakiku sakit dan apabila balik dan berehat ternyata kaki dan langkahku semakin perlahan.Nak kata tua belum tua lagi.......Perasaan kot. Siapa kata tidak mengelabah jika ada pelawat yang hendak datang ke sekolah.Aku sendiri dari semalam sudah menyiapakan BBM untuk diajar pada hari ini.Mana tahu ..tiba-tiba Mr.N said i want to observe u...tak mengelabah ke?sebab last year aku dah kena.Kepenatan aku turun dan naik dari tingkat bangunan memang tidak boleh diceritakan.Lepas itu, dia kata nak observe aku..so aku terima aja . Peringkat awal.......kami semua berkumpul di bilik mesyuarat untuk membuat pembentangan 'powerpoint' .Untuk menjual sekolah is not easy sebagaimana mudahnya kita berbicara.Sudah beberapa hari aku menyiapkan power point.Aku rasa puas dapat menyiapkan semua itu.
My bos memberikan ucapan ringkas sebagai pembuka bicara.
Kali ini,aku kurang ditanya seperti yang lalu Coz dia kata semua maklumat yang dikehendaki telah tersedia ada.Syukur kerana dapat menyiapkan dokumen seperti yang dikehendaki.Hendak yang terbaik bukan senang,memerlukan komitmen yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap bidang masing-masing.Aku percaya guru-guru sekolah aku semuanya mempunyai semangat yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing walaupun mereka sibuk di awal tahun. Semoga semuanya akan terus bersemangat untuk melaksanakan tugas masing-masing dan memastikan semua dokumen dapat dilengkapkan seperti yang dikehendaki. PENA KASIH Terus berusaha untuk membuat yang terbaik....

Saturday, January 18, 2014

CERITAKU DI HUJUNG MINGGU

Pena Kasih terus berbicara. Kali ini lebih kepada kisah kehidupanku di hujung minggu.Yalah cuti hari Jumaat dan Sabtu.Ingatkan pagi ini, ingin melunaskan kerja-kerja di kebun yang telah terbengkalai buat seketika dek kerana kesibukanku dan my hubby.Kalau hari cuti ada saja jemputan yang perlu dihadiri.So, aku terpaksa melupakan seketika kerja-kerja kebunku.
Mana tak kerjaku terbengkalai.Pagi lagi aku dan hubby pergi bersarapan dan ke pasar tani.Hari Sabtu meluangkan sedikit masa ke pasar tani Segamat.Kalau tidak, aku terpaksa ke kedai untuk mencari lauk-pauk.Kadang-kadang letih juga hendak singgah di kedai apabila balik sekolah.So, aku beli bekalan untuk seminggu.Kadang-kadang cukup,kadang-kadang tidak cukup. Lepas balik dari pasar tani, terus buat projek membersihkan taman bunga dan juga che abeku menyiapkan tempat bunga.Sakit pinggang katanya apabila aku suruh dia membuat tempat bunga.Apa yang penting nanti cantik bunga-bunga itu.Sampai pukul 12.30 aku bersama che Abe kat taman bunga.Kasihan pulak nak tinggalkan dia keseorangan di taman.Katanya,cukup aku melihat dia membuat tempat bunga.Hilang rasa penat.........hiba rasa hatiku.Semangat mesti beri... Selepas semuanya selesai, kami bergegas bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaraku di IOI.Mencari rumahnya satu cerita.Pusing sana sini...akhirnya dekat dengan SMK Bandar Putra. Sempat berposing mengabadikan diri untuk kenang-kenangan...
Ramai juga saudara-mara yang kutemui tapi tidak sempat untuk ku abadikan dalam bentuk potret..aku terpaksa bergegas pulang untuk ke majlis Yaasin di kampungku.Aku agak lewat sampai kerana balik rumah,solat dahulu sebelum bergerak ke tempat tersebut.Namun,aku bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun kepenatan. Petang pula, che Abe ajak aku membersihkan kawasan persekitaran rumah...aku menyapu sampah di kawasan 'padang' rumahku sementara Che Abe menebas/memesin rumput di tebing rumah emak aku.Terima kasih buat suamiku yang sentiasa membantu ibu bapaku...terutama bab membersihkan kawasan rumah. PENA KASIH: Syukur dengan apa yang ada....

Thursday, January 16, 2014

MUSIM BUAH

Pena Kasih terus berbicara. Musim buah sudah sampai ke penghujungnya.Dari musim buah rambutan, durian, manggis dan kini langsat duku.DI rumahku juga tidak ketinggalan dengan musim buah.Hasil tanaman orang tua-tua dahulu dan juga ayahku dapat juga kami nikmati bersama.Syukur.Tanah yang che Abeku beli juga ada mengeluarkan hasilnya. Sepetang baru-baru ini dan secara kebetulan Pak Usu dan Mak Usuku datang.Niatku memang hendak mengambil buah langsat palembang.Tiupan angin yang kuat membantutkan hasrat aku dan che Abe untuk mengambilnya sehinggalah kami mengambil keputusan untuk mengambilnya di waktu petang sedikit.Langkah kanan,rezeki mereka.Apa lagi peluang aku ambil untuk meminta Pak Usu membantu che Abeku menjolok buah langsat palembang.Hendak memanjat pokok......almaklumlah masing-masing masih muda lagi. Mudah aja cara.......
Mereka telah bersedia untuk mengambil buah langsat palembang.
Penat juga mengambil buah dengan cara menjoloknya.Sakit deh leher... PENA KASIH Bersyukur di atas nikmatMu,Ya Allah.

Monday, January 13, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Pena Kasih meneruskan bicara. Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama menikmati kehidupan ini, menikmati majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.Seawal pagi lagi , aku telah mengejut anak lelaki aku kerana pada tahun ini dia bersama-sama penduduk kampung yang mewakili Masjid kampungku untuk turut menghadiri perarakan dari dataran Segamat ke Masjid Jamek Segamat. Semalam lagi, aku telah membantu mereka membuat itu dan ini untuk sambutan Maulidur Rasul dan insyaAllah seawal bulan 2,penduduk kampung aku akan mengadakan majlis pula.
Kontijen dari PPD Segamat turut sama dalam perarakan tersebut dan tahniah diucapkan kerana mendapat johan dalam perbarisan sempena sambutan tersebut.
Kontijen dari Masjid kampungku....bersemangat anak-anak muda dengan paluan kompang.Beri sokongan kepada mereka.
Pertemuan yang tidak disangka......Faridah Othman suatu ketika daulu bersama-sama di SMK Convent Segamat.Aku nak balik dia baru nak sampai..Apa-apapun yang penting niat kita. Dalam masa yang sama,kak Tie memaklumkan yang atok Endut Spang Loi telah menyahut panggilan Ilahi pada hari semalam.Al-Fatihah untuk atok Endut begitu juga dengan pak Ucu Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pada hari kelmarin.Tiada sapa sangka, baru lagi aku bertemu dengannya tapi Allah menyayangi dirinya.
Beberapa orang penduduk kampung sedang menikmati makan secara berdulang.... PENA KASIH: Semoga diberi peluang untuk hadir lagi ke majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Sunday, January 12, 2014

SELAMAT DATANG, DIAH.

Pena Kasih terus berbicara. Tahniah,Diah!Terima kasih kerana memilih SKCC sebagai tempat mencurah bakti dan meneruskan perkhidmatan. kawanku sejak di Tingkatan 3 sehinggalah kami ke tingakatan 6.Namun,persahabatan kami masih segar dan tidak putus walaupun ada kalanya kami kesibukan untuk meluangkan masa bersama.Namun,jodoh persahabatan itu tetap ada di mana akhirnya kami bersatu di bawah satu bumbung untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada anak didik. Kebetulan my school kekurangan guru pemulihan, so peluang inilah yang digunakan oleh kawanku untuk berbakti kepada sekolah.Setelah hampir 6 bulan kekosongan tersebut tanpa diisi dan syukur teramat sangat setelah guru besar dan aku sendiri berkali-kali bertanyakan kepada pegawai berkenaan.Akhirnya permintaan itu ditunai demi anak didik sekolahku.AKu harap dengan kehadiran beliau ke sekolah ini akan dapat membantu mempertingkatkan kecemerlangan anak didik baik dari segi akademik mahupun sahsiah murid. Terima kasih juga kepada pihak atasan yang sudi untuk mendengar keperluan guru pendidikan pemulihan di sekolah ini.Apa-apapun aku perjuangankan untuk kepentingan anak didikku, Since form 3 lagi aku telah mengenalinya sehinggalah aku menjadi guru sementara di Muar tahun 1986.Kami tetap bersama kerana beliau juga mendapat guru sementara di Muar dan kami pernah tinggal bersama di Muar buat seketika.
Pena Kasih Thanks Diah coz choose Convent school to rander a service..

Thursday, January 9, 2014

YANG TIDAK BIASA DIBIASAKAN

Pena Kasih berbicara kembali .Terhenti seketika kerana tuntuan kerja itu diutamakan. Bila yang tidak biasa dibiasakan sudah tentu akan terasa kekok dan ada yang tidak kena.Begitulah realitinya apabila Johor bertukar cuti mingguannya ke hari Jumaat dan Sabtu.Mula-mula terasa kekoknya dan di minda aku sudah terlupa adanya bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Aku ingat esok bersekolah sedangkan esok sudah hari Jumaat.Masa begitu pantas sekali sehingga lupa pada cuti. None stop working............... Setiap hari, aku akan balik jam 4 atau 5 malah terlajak sehingga 6.00 petang.Macam-macam kerja yang perlu aku bereskan dan memberikan satu kepuasan pada diri aku.Namun, disebalik kesibukan aku tidak sesekali lupa tuntutan kita sebagai umat Islam. Namun, aku bersyukur kerana Johor mengambil cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.Masjid dipenuhi dan tiada lagi terkocoh-kocoh untuk mereka berkejar ke tempat kerja.Mereka berpakaian kemas ke masjid. Aku memang bersyukur sangat apabila bekerja sehingga hari Khamis kerana jika hari Jumaat aku terpaksa 'stay' kat sekolah sehingga jam 2.00 petang.Anak-anak dan suami ke tempat sembahyang tidak makan.Aku balik barulah mereka dapat makan dan menikmati masakan aku.Hendak masak waktu pagi, che Abe dan anak aku tidak berapa suka kerana masakan tersebut sejuk.Bertahun aku begitu..... PENA KASIH: Sentiasa bersyukur

Wednesday, January 1, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014

Alhamdulillah masih dapat bersua lagi setelah sebulan lebih bercuti.Tentunya anak-anak murid sudah jemu berada di rumah atau masih leka lagi dengan tontonan rancangan televisyen hingga tidak menyedari hari ini sudah mula melangkah kaki ke sekolah. Pastinya ada di kalangan kanak-kanak sudah tidak tidur lena untuk bergaya dengan baju, kasut dan beg yang baru.
Hari pertama sekolah, we as a PK sekolah sudah sedia menanti kehadiran anak-anak murid.Alhamdulillah,mereka masih lagi ingat amalan murni yang sentiasa diberatkan kepada anak-anak didik iaitu bersalam dan 'wish'guru mereka. kami juga bertuah kerana mendapat pengawal keselamatan baru menggantikan kak Sal yang tamat tempohnya atas faktor usia. Namun, kami tetap menghargai jasa beliau yang telah lama berkhidmat di sekolah ini.Kak Sal seorang yang tingan tulang.
PK HEM menyambut murid yang hadir pada hari ini with guru bertugas.....
Aksi murid-murid Tahun 1....tahun ini nampak ceria dan cergas murid-muridnya.
PENA KASIH: Semoga tahun ini akan terus bersemangat lagi....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails