Tuesday, May 31, 2011

INGIN LAGI....


Permintaan untuk membeli mainan tetap diteruskan.Semalam, Apiz dan Adif di bawah jagaan saya sementara my MIL menghadiri satu program Ibu di tempatnya.Mereka sungguh baik tinggal bersama saya kecuali melayani pertanyaan demi pertanyaan daripada mereka berdua.Yang seorang betah berbicara dan seorang lagi tidak faham butir bicaranya.




Saya buka televisyen, membiarkan dia asyik menonton rancangan yang diminatinya.Masih meneruskan misi pertanyaan demi pertanyaan sehinggalah kedua-duanya lena dibuai mimpi.Senang, just cakap tidur saja dan saya baring bersama-sama mereka.My son dan daughter tak ada di rumah kerana mengikuti datuk dan neneknya ke Melaka.Hampir sejam lebih juga mereka tidur.Bila bangun, terus mendapatkan saya.So cute and manja......




Si abang bila bangun terus memberitahu saya yang dia pening kepala.Lalu, saya letakkan tangan saya di dahinya.Panas.......kemudian,mulalah misi membebelnya meminta itu dan ini.Meminta saya ke bandar membelikan mainannya dengan menaiki kereta.Saya katakan saya tidak tahu memandu dan tunggu sehingga Uda Wanya balik.Dia tetap inginkan mainan 'transformer' yang kecil .Itulah yang sentiasa disebutnya sehinggalah Uda Wanya balik.




Kemudian, apabila Uda Wanya balik dia terus meminta Udanya ke bandar membelikan 'tranformer'yang menjadi idamannya sehingga kini belum dapat dimiliki.Mungkin itu membuatkan dia pening malah kata ayahnya sehingga terbawa-bawa dalam tidurnya.Penangan mainan sehingga menganggu perjalanan tidurnya.




Apabila mendengar ibunya sampai dan ingin mengambilnya, dia terus menangis dan tidak mahu mengikuti ibunya balik.Dia hendak tidur di rumah kami.Selagi permintaannya tidak ditunai, dia tidak akan balik........




So, selepas solat Maghrib, hubby terus membawanya ke kedai.Siap mengarahkan lagi kami masuk itu dan ini.Kemudian,meminta kami memberhentikan kereta di kedai' Abang Sayang'.Terus keluar dan memilih mainan yang diminatinya.Terus mengambil mainan dan selepas membayar kami beredar dan menghantarnya pulang.Tak sampai beberapa minit, mainan sudah tidak jadi mainan sebenarnya.Kemudian, terus merengek meminta mainan lain daripada ayahnya pula kerana mungkin mainan itu tidak menepati ciri yang sebenarnya.Itu pilihannya kerana kami tidak tahu kedai sebenarnya yang menjual mainan tersebut yang pernah dia nampak.............masih terus inginkan mainan lagi.




PENA KASIH:Pengaruh mainan di kalangan kanak-kanak...ingat semasa anak masih kecil,setiap bulan mainan merupakan tuntutannya tapi sehingga kini, mainan tersebut masih disimpan lagi...

Monday, May 30, 2011

KEM ANAK SOLEH ANJURAN ABIM





Kem Anak Soleh anjuran ABIM daerah Segamat telah diadakan pada hari ini.Anak perempuan saya telah diminta oleh rakan saya untuk menjadi fasilitator bagi program tersebut.Walaupun baru balik dari IPG,anak saya telah bersetuju untuk menjadi fasilitator.Mencari pengalaman dan mencurahkan ilmu yang diketahui.



Sebelum menjadi fasilitator, anak saya telah membuat persediaan.Membuat sedikit ulangkaji.Alhamdulillah melalui pembacaan dan juga dengan bantuan yang dipelajari sewaktu bersekolah dahulu dan ilmu yang diperolehi semasa di sekolah agama sedikit sebanyak membantu dia untuk memberikan beberapa panduan kepada kanak-kanak.Sempat saya berpesan kepada dia, bahawa tidak rugi membantu kanak-kanak dalam program tersebut.Sekurang-kurangnya dengan ilmu yang diberikan itu sedikit sebanyak mereka akan dapat juga.



Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 dan berakhir pada jam 6.00 petang ini berlangsung dengan lancar sekali.Bukan senang sebenarnya untuk melayan karenah kana-kanak.Mereka punya pelbagai ragam malah ada di antaranya inginkan perhatian yang lebih.Namun,anak perempuan saya begitu seronok sekali bersama-sama dengan kanak-kanak di Kem Anak Soleh ABIM.



Pena Kasih:Menimba pengalaman............

Sunday, May 29, 2011

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah selama dua minggu diisi dengan pelbagai aktiviti.Malah, setiap minggu ada saja majlis perkahwinan.Kad perkahwinan yang diterima juga banyak sehingga tidak tahu ke mana hendak pergi kalau jemputan satu hari sehingga lima.Yang dekat dan jauh juga diterima.


Minggu pertama cuti persekolahan diisi dengan program kelas tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Minggu kedua, kami memberi peluang kepada murid-murid untuk bercuti.Begitu juga dengan guru-guru.Mereka juga memerlukan rehat setelah bertungkus-lumus setiap hari dengan kelas tambahan.Kami tidak akan membebankan mereka.Yang penting mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.


Begitu juga dengan anak murid.Biasalah kanak-kanak...mereka juga ada naluri untuk bersuka-ria bersama keluarga.Mengikut keluarga bercuti.Justeru saya telah berbincang dengan pihak pentadbir agar memberikan mereka cuti selama seminggu sahaja untuk bersama keluarga.Tidak mahu mereka tertekan sangat dengan akademik kerana mereka juga memerlukan masa rehat mereka sendiri.


Kami juga akan bercuti sambil menghantar sepupu melangsungkan majlis pernikahannya di Terengganu.Semoga Allah permudahkan perjalanan kami nanti.Kami akan ke Kuala Berang dan bergerak secara 'konvoi'.Emak dan ayah saya telah pergi ke sana semasa majlis pertunangan dan saya pertama kali ke Kuala Berang.Niat di hati untuk ke Kelantan tapi hubby ada kelas.So, destinasi kami hanya di Kuala Berang.InsyaAllah, kami akan ke Kelantan juga nanti.Kali ini, cuti hubby tidak sama dengan kami.So, perancangan cuti hanya untuk dua hari sahaja.Saya hanya akan bertugas pada minggu hadapan selama 3 hari sahaja.Kami telah mengagihkan cuti yang sama kepada pentadbir yang lain.So, mereka boleh merancang percutian bersama family.


PENA KASIH :Cuti yang diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Friday, May 27, 2011

INGINKAN PERHATIAN



"Uda,abang nak tidur rumah Uda lama-lama," kata Hapiz kepad Uda wanya.

"Abang tak nak balik.Abang nak tidur juga rumah Uda."Itulah luahan hati seorang anak kecil yang begitu betah berbicara namun disebalik itu tersirat sesuatu.Yang pastinya dia inginkan mainan.


Namun, Udanya kasihan melihat adiknya tiada teman untuk bermain dan bercakap.Lalu,Udanya memujuk si abang agar balik tapi dia tetap dengan pendiriannya.


Dua kali ayahnya datang untuk mengambilnya tapi tidak diendahkan pujukan untuk membelikan mainan.Dia tetap dengan kata-katanya untuk tidur di rumah kami.



First day, dia tidur agak senang sekali.Kami sediakan tempat tidur dan tidak sampai beberapa minit terus terlena.Second day, pun begitu juga.Apabila telah penat tidak sampai beberapa minit terus terlena tapi kali ini, kami menelefon ibunya supaya mengambilnya.Apabila adiknya sampai, adiknya terlalu gembira dapat bertemu si abang.Dalam keadaan sedang tidur, Pak Udanya mengangkat perlahan-lahan agar tidak terjaga.Entah apalah selepas terjaga dari tidur..sudah pasti dia akan memberontak untuk kembali semula ke rumah kami.Manjanya tetap ada.



Apabila melihat kanak-kanak tidur,rasa kasihan akan timbul di hati.Kalau permintaannya tidak ditunai, rasa bersalah.Begitu juga sewaktu anak saya kecil.Saya tergolong dalam kalangan ibu yang tegas dan garang.Setiap permintaan anak akan saya tunaikan tapi tidak semudah itu.Saya mahu mereka merasai kesusahan untuk mendapat sesuatu barang.Saya selalu katakan setiap permintaan yang besar,akan saya tunaikan sebulan sekali.Anak-anak akur.Kalau buat sesuatu yang tidak saya suka, saya akan memarahinya dan berikan sebab kenapa saya marah.Anak-anak sememangnya begitu.



Apabila teringatkan peristiwa ini, teringat pula saya pada seorang anak murid yang dikategorikan sebagai 'autisme'.Apabila saya mengajar dia tidak pernah memandang wajah saya tapi setiap kali soalan dikeutarakan, dialah orang yang berani untuk mencuba dengan memberikan jawapan yang betul.Kalau dimarahi oleh guru lain ,dia mesti memberitahu saya.Dia inginkan kepastian kenapa guru tersebut memarahinya.Kalau saya tidak memberikan jawapan, soalan yang sama akan diulangkan berkali-kali sehinggalah saya terpaksa meminta guru tersebut memberikan sebab kenapa pelajar tersebut dimarahi.Apabila jawapan telah diberikan barulah dia berasa lega.Jika tidak,dia tidak akan puas hati dengan guru tersebut.Emmm...........itulah realitinya dunia pendidikan.



Kadang-kadang sebagai seorang ibu atau ayah, kita perlulah melayani karenah anak-anak dengan sabar.Sifat sabar inilah yang membuatkan kita dapat mengawal emosi marah.Kalau cepat melenting hanya kerana masalah kecil .....lain jadinya.



PENA KASIH : Mereka inginkan perhatian ..................

Thursday, May 26, 2011

TERHENTI SEKETIKA

Sudah lama sebenarnya saya meninggalkan blog ini....hendak kata sibuk memang sentiasa sibuk.Sebenarnya, blog saya ditimpa sedikit masalah....tak boleh hendak menaip.Puas dibetulkan tapi masih tidak boleh sehinggalah saya meminta bantuan hubby.



Jari-jemari ini, begitu gian untuk menulis/menaip.Tapi bila saya tekan 'sign-in',ia tidak seperti yang tertera selalu...entah kenapa.Think positive....



Lantas, menggunakan daya pujukan ....bercakap dengan lemah-lembut meminta hubby membetulkan blog saya agar saya dapat menaip untuk kepuasan diri sendiri.Thanks hubby kerana memahami apa yang saya suka dan tidak suka......



Mungkin hampir seminggu, saya tidak mencurahkan idea saya...takut pena tajam menjadi pena tumpul dan pena kasih terus berkubur begitu sahaja.Lalu,saya minta juga hubby buat sesuatu pada blog saya .Alhamdulillah, hari ini hubby berjaya membetulkannya.Banyak sebenarnya yang ingin dicoretkan dalam pena kasih ini sebagai renungan diri sendiri dan menulis secara bersantai sahaja.Tidak mungkin saya membiarkan pena kasih berkubur begitu sahaja kerana minat saya dalam menulis tidak akan saya sia-siakan walaupun mungkin tidak sebaik penulisan orang lain.Namun, semuanya adalah kepuasan untuk diri saya.



PENA KASIH :Sedang mengasah minda ini agar terus menulis dan menulis....

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan setengah tahun telah bermula sejak 24 Mei dan berakhir pada 27 Mei.Setelah hampir 5 bulan lebih mereka bersekolah dan mempelajari sesuatu sepanjang tempoh tersebut.Menguji kemahiran yang dipelajari dan melihat sejauh mana pemahaman mereka sepanjang tempoh tersebut.


Kesemua kertas untuk subjek saya telah selesai saya tanda.Mungkin ada sedikit kekecewaan kerana mereka mengambil mudah sahaja dengan soalan yang begitu senang.Mereka tidak mahu langsung untuk membaca petikan dan memahami apa yang dibaca.Akhirnya ada di antara mereka gagal menjawab dengan baik.


Kalau kita lihat pada hari, rata-rata mereka tidak berminat untuk membaca.Walaupun disuruh oleh ibu bapa, tapi anak -anak mengambil sikap mudah sahaja.Malah ada di antara ibu bapa yang menangis berjumpa dengan saya menceritakan perihal anak mereka.Tidak tahu hendak buat apa lagi kerana sikap anak mereka.Sebagai guru, kami hanya dapat menasihati dan memberikan motivasi sahaja.Saya selalu ingatkan mereka supaya baca petikan berulang kali tapi mereka tetap dengan sikap mereka sendiri.


Apabila saya maklumkan tentang cara mereka menjawab....semuanya terdiam.Bila ditanya senang, tapi kerana senang itulah mereka menjawab tanpa perlu membaca soalan.Mereka tidak peka dengan arahan soalan.Saya juga lihat ada perbezaan yang nyata antara murid yang banyak membaca dengan yang kurang membaca.Dari struktur ayat yang dibina sunguh baik dan penyambungan cerita dari satu cerita ke satu cerita sungguh berkesan sekali.Namun, tidak ramai yang berbuat demikian walaupun dibantu dengan patah-patah perkataan.


Pena Kasih:Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak didik.

Wednesday, May 25, 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Diam tidak diam, sudah 20 tahun kami melayari bahtera rumahtangga.Alhamdulillah,bersyukur teramat sangat kerana dapat melayarinya dengan baik.Yang pastinya,saling faham-memahami, bertolak-ansur dan berbincang antara satu sama lain serta kejujuran amat penting dalam kehidupan rumahtangga.Apabila rasa tidak puas hati,kita perlu duduk berbincang dan mencari apakah kelemahan yang ada dalam diri kita menyebabkan pasangan kita tidak suka.Kita buangkan sifat/sikap yang tidak disukai olehnya.


Kita juga perlu buangkan sikap ego yang kita miliki.Bohonglah kalau kita katakan, dalam rumahtangga tidak ada berlaku perselisihan faham.Kita adalah manusia yang tidak semuanya sempurna.Mungkin dengan tindakan kita boleh menyebabkan pasangan kita terguris.Kita perlu perbetulkan semua itu agar tidak berlanjutan.


Alhadmulillah, kami dapat mengatasi segalanya dengan baik.Jangan sesekali kita membelakangkan apa jua tindakan kita daripada pasangan kita.Saya lebih suka perbincangan dan kata sepakat daripada mengambil keputusan tanpa persetujuan.Sememangnya saya lebih pentingkan kejujuran dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.Kalau kejujuran itu dinodai.... sukar untuk saya mempercayainya.Begitu juga dengan anak-anak, saya lebih suka mereka bersikap jujur dengan ibu bapa sendiri.Sekali mereka membohongi saya, saya sukar untuk mempercayainya.


Saya sebenarnya tidak mengingati tarikh pernikahan kami, sehinggalah hubby memaklumkan.Kami mempunyai dua majlis yang berlainan tarikhnya iaitu bulan Mei, majlis pernikahan dan bulan Oktober majlis persandingan kami.So, kedua-dua tarikh itu kami raikan sebagai mengenang ikatan perkahwinan kami.


PENA KASIH:Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan.....Amin.

Saturday, May 21, 2011

SENTUHAN NALURI

Semalam Mil menyuarakan hasrat untuk menjengok atuk di kampung.So, hari ini lebih kurang jam 5.00 petang,saya dan hubby membawa emak ke sana. Saya pun teruja untuk ke sana kerana agak lama juga tidak melihat atok.Tiba-tiiba naluri ini begitu kuat untuk ke sana.

Sesampainya di sana, melihat atok di dapur.Keadaannya agak lemah kerana sambil berjalan memberitahu saya yang dia selalu demam aja.Lepas itu, atok duduk mengadap kami .Ada perubahan daripada tutur katanya.Tidak selancar seperti biasa.Rupa-rupanya, dia memang ada masalah dalam pertuturan sejak dua tiga hari ini.Dia memaklumkan kepada kami yang pertuturannya agak lain.Memang nampak dengan jelas cara dia hendak menyampaikan sesuatu itu seperti agak sukar.Kalau dalam bahasa kasar kita menyebutnya 'berbolot-bolot'.Tidak jelas dan agak sukar untuk difahami.

Akhirnya,emak meminta Pak Uteh membawa atok ke klinik.Biasalah orang tua bila sebut klinik agar sukar untuk pergi tetapi setelah diberitahu akhirnya atok akur dan pergi juga.Kami doakan agar atok cepat sembuh dan ceria melihat kehadiran anak cucunya.

Terkini, atok rupanya ditahan di wad kerana 'high blood'.Tapi sekurang-kurangnya kehadiran kami meminta dia membuat 'check-up' di klinik dapat membantunya meringankan masalah penyakitnya itu.InsyaAllah, petang ini kami akan melawat atok di wad.Kami doakan atok cepat sembuh.

PENA KASIH:Gerakan naluri hati ..........ada sesuatu disebalik itu.

Friday, May 20, 2011

SUKA DENGAN SITUASI INI......

Suka membaca malah setiap masa yang ada baik di rumah mahupun di sekolah,saya sempat membaca beberapa artikel yang boleh dijadikan panduan kita.Majalah Solusi merupakan majalah yang akan menjadi tatapan saya.Setiap hari, saya akan membawa majalah tersebut ke sekolah.Kadang-kadang petikan ayat yang terdapat di situ akan saya 'copy'sebagai renungan untuk diri sendiri.Amat menarik untuk kita merenungi sebagai panduan kehidupan kita.Tidak sesekali digunakan untuk tujuan lain.

Bukan itu saja,buku-buku yang hubby beli juga akan dijadikan teman tatkala saya keletihan mengadap kerja-kerja sekolah.Menggunakan sedikit masa yang ada untuk saya mentelaah buku-buku tersebut.My HM selalu juga mengingatkan saya agar lebih banyak membaca khususnya yang berkaitan dengan kerja-kerja pentadbiran .Memang ada benarnya namun tidak semua yang kita baca itu akan terserap di otak kita.

Biasanya saya akan gunakan masa pada waktu petang untuk membaca sementara menunggu waktu balik.Masa balik saya pun tidak menentu.....kadang-kadang nearly 5.00 petang baru bergerak dari sekolah.Ada kerja yang perlu dibereskan ,saya bereskan waktu itu.Bila anak-anak sudah besar banyak masa ditumpukan pada kerja.My hubby kalau tak jejak pukul 6.30 susahlah nak tengok dia berada di rumah.Mostly masanya dihabiskan di tempat kerja.....Yang penting saling faham-memahami.....
Walaupun penat...InsyaAllah, kalau kita redha dengan kerja kita...semuanya terasa seronok.


PENA KASIH :Kadang-kadang suka akan situasi seperti ini....





Tuesday, May 17, 2011

SEPANJANG SAMBUTAN HARI GURU 2011







Encik Ayob bin Dom yang merupakan Yang Dipertua PIBG sekolah turut dijemput hadir untuk meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.


Ucapan daripada Guru Besar sempena Hari Guru....


Bacaan watikah daripada Menteri Pelajaran........


Bacaan Watikah oleh Pn Norhayati bte Md Zan.......Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.


Semua guru berkumpul untuk meraikan Hari Guru dan seterus mendengar ucapan dan bacaan watikah Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah sempena Hari Guru Tahun 2011.


Mencurahkan air ke dalam baldi......walaupun cuaca panas,tapi semangat tetap diteruskan.



Kali ini 'game' yang dimainkan oleh kami tidak berapa memenatkan........Dam ular..my group last.....namun pada keseluruhannya mendapat tempat kedua......


Sementara menunggu kapal terbang kertas melayang,sempat lagi berposing....

Setelah kapal terbang kertas siap...mulalah mereka menerbangkan kapal terbang masing-masing.Pelbagai rupa terjunan kapal terbang tersebut tapi meriah.



Group 4...bertungkus-lumus menyiapkan kapal terbang kertas.My group......


Madam Lim menyampaikan sebuah lagu untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Hari Guru


Cikgu Ruhana juga mengalirkan air mata...........very touching.


Kerana terharu .....cikgu Radziah menangisssssssssssssss...............



Bekas pelajar SKCC yang hadir ke sekolah untuk menyanyikan lagu ciptaannya sendiri"Padamu Guru.Terharu dan tidak menyedari air mata mengalir.........

Sunday, May 15, 2011

16 MEI......


Gambar hiasan
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu tarikh keramat bagi semua warga sekolah.Tarikh yang khusus untuk mengenang jasa dan pengorbanan guru sepanjang bergelar seorang pendidik.Setiap tahun, tarikh ini begitu bermakna bagi seorang guru yang pernah menjawat jawatan tersebut malah yang telah meninggalkan dunia profession tersebut .Satu-satu tarikh yang ada untuk meraikan hari guru.Bukan itu sahaja sepanjang bulan Mei ini, pelbagai perayaan diraikan.Antaranya Hari Buruh, Hari Ibu dan kini Hari Guru pula.

Walaupun pelbagai isu yang didengar berkait dengan profession perguruan tetapi guru tetap menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Mereka yang begitu menyayangi profession tidak mudah putus asa dengan isu-isu yang keluar di media elektronik mahupun media massa.Mereka masih meneruskan profession tersebut dan menggalas tanggungjawab dengan baik.

Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi tetapi mereka tidak menjadikan itu sebagai alasan utama sebaliknya akan berusaha untuk memastikan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi ia melibatkan sahsiah pelajar itu sendiri.

Selama hampir 20 tahun saya menceburi bidang ini , pelbagai onak dan duri yang dirasai.Kalau di luar mereka memandang profession ini begitu mudah tetapi sebenarnya ia tidak mudah yang disangka.Apabila melibatkan manusia, sudah tentu banyak yang perlu dijagai.Hati dan perasaan rakan sekerja mahupun ibu bapa juga perlu dijagai agar tidak mencetuskan sesuatu yang tidak baik.

Sesuai dengan arus kemajuan, pendidikan juga tidak lari daripada kemajuannya yang tersendiri.Sehubungan itu, tranformasi pendidikan dilakukan untuk memastikan pelajar kita tidak ketinggalan dalam pelbagai arus permodenan pada hari ini setanding dengan negara luar.Justeru, peranan guru bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang sahaja tetapi lebih daripada itu.Menggalas tanggungjawab yang diamanahkan tidak semudah diperkatakan tetapi apabila telah terjerumus dalam bidang pendidikan kita perlu menggalasnya dengan sebaik mungkin.Amanah itu penting.

Tanpa guru, siapalah kita hari ini.Walaupun profesional ini masih dipandang rendah oleh masyarakat pada hari ini, tetapi tiada guru, anak-anak kita tidak akan berjaya.Hargailah jasa guru.


PENA KASIH :Terima kasih guru kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya selama saya menimba ilmu walaupun sehingga kini, guru tetap menjadi rujukan saya.



Thursday, May 12, 2011

KECEWA KERANA KESILAPAN

Alamak.....sudah banyak juga coretan kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang pendidik telah saya catatkan tapi dalam sekelip mata ia hilang tanpa sempat hendak diselamatkan.Hanya tersilap tekan.........habis semuanya.Cadangannya ingin saya keluarkan pada 16 Mei ini tapi nampaknya tidak ada rezeki untuk ditatapkan.Kecewa sangat-sangat..............

Saya memang suka menulis untuk tatapan diri sendiri, mengingatkan diri ini dan selalunya saya
akan simpan dahulu dan andaikata sudah sampai masa untuk dikeluarkan saya just tekan "publish post" tapi kali ini, dok jari laju menaip akhirnya saya ter'delete' apa yang ditulis.Puas juga saya cari tapi hampa.......

Namun, ini tidak mematahkan semangat untuk saya menulis dan sekiranya ada kesempatan saya akan menceritakan kehidupan saya sebagai pendidik setelah bergelumang dengan dunia pendidikan hampir 20 tahun.......

PENA KASIH :Terubat sudah rasa kecewa dan terluka di hati.............

Monday, May 9, 2011

MEREKA SUMBER KEKUATAN DIRIKU....

Stress ke?Emmmm........adakah aku kini berada dalam keadaan stress...melihat ke kiri dan ke kanan banyaknya yang perlu disiapkan......

Hari ini saya membuat 'check-up' untuk hb saya every four months.Emmm........still tinggi dan tiada penurunan.Terdiam seketika apabila bacaan menunjukkan angka tersebut.Cikgu ni banyak kerja ke?Biasalah kerja mana tak banyak...Kalau macam ni ,cikgu kena buat follow-up untuk 3 bulan dan bukan 4 bulan seperti biasa.Saya tak kisah dan akan ikut arahan.

Keluar sahaja dari bilik pemeriksaan terus dapat hubby maklumkan bacaan hb saya.So, mulalah dia nasihatkan saya itu dan ini.Jangan fikirkan yang bukan-bukan.Rileks sahaja.Banyakkan rehat dan jangan terlalu stress sangat.Take care betul my hubby.....sayang.

Namun itulah realitinya.Mereka sumber kekuatan saya.Sayang kalian.Kalau kekusutan,gambar kedua-dua anak orang anak akan saya tatap.Mereka sumber kekuatan diri saya sewaktu stress melanda........Melihat wajah mereka sudah cukup untuk melegakan diri saya dan meningatkan diri ini ,mereka masih memerlukan saya di sisi mereka.

KepadaNya saya selalu panjatkan doa agar diberikan kesihatan yang baik agar dapat melakukan amal ibadah kami dengan baik.KepadaNya juga saya berdoa agar diberikan sebuah keluarga yang baik dan saling sayang-menyayangi di antara satu sama lain.

PENA KASIH:Mama sayang kalian..............

Saturday, May 7, 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU


Hari-hari adalah Hari Ibu.Ungkapan ini amat menarik dan saya anggap ia amat bersesuaian dan bukan hanya untuk Hari Ibu sahaja kita lafazkan.Menyebut panggilan ibu/emak setiap hari memang tidak lekang dibibir ini.Setiap hari akan disebut panggilan tersebut.Begitulah juga seorang anak yang masih dibawah jagaan kita.Pastinya mereka akan memanggil-manggil nama kita.

Setiap hari melihat wajah emak juga akan memberikan impak yang besar dalam hati kita.Kasihnya kepada kita,membesarkan kita dari dalam kandungan dia lagi.Diusap-usapnya perut sewaktu kalian berada dalam kandungan lagi.Mendoakan agar yang dilahirkan ini selamat dan sempurna.Membisik-bisikkan ayat-ayat suci untuk anak yang berada dalam kandungan lagi.Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Menginjak usia dan apabila kita bergelar seorang ibu.............kita akan terasa begitu bermaknanya seorang ibu dalam kehidupan kita.Tanpa ibu, tanpa kita.Tanpa ayah tiada kita.Saya selalu berpesan kepada anak-anak supaya sentiasa mengingati ibu bapa semasa dia masih hidup lagi.Hargailah pengorbanan seorang ibu dan jangan sesekali mengguriskan perasaan mereka hanya kerana sedikit perlakuan dan tindakan kita.Jaga tutur kata sewaktu bercakap dengan ibu bapa.Jangan terlalu ikut perasaan hanya untuk menegakkan yang salah.

Itulah yang saya selalu pesankan kepada anak-anak agar mereka tidak lupa diri.Bila susah, ibulah tempat kita mengadu.Bila senang jangan lupa akan jasa ibu bapa walaupun mereka tidak pernah meminta itu dan ini daripada anak-anak tapi cukuplah dengan menggembirakan hati mereka.Jangan membuatkan ibu tertunggu-tunggu panggilan daripada seorang anak.Cukup dengan bertanya khabar,cukup dengan memanggil ibu untuk sekali sehari.
Saya akui, kadang-kadang kita akan resah jika tidak melihat wajah ibu.Kadang-kadang kesibukkan waktu menyebabkan saya terleka seketika untuk melihat emak saya.Resahnya hati, Allah sahaja yang tahu.Bila tidak dapat menjengahnya pada waktu siang, saya akan bersantai pada waktu malam.Alhamdulillah kerana saya tinggal berhampiran dengan rumah emak.Tidak timbul masalah untuk saya berjumpa dengan emak dan ayah setiap hari.

Menjaga tutur kata sewaktu berbicara dengan emak amat penting.Baik dengan emak mentua mahupun emak sendiri.Agar tidak terluka di hati mereka.

PENA KASIH:Kasih kalian akan tetap dikenang.


Friday, May 6, 2011

BERES SUDAH KERJA PERTAMA


Alhamdulillah, lebih dua minggu saya bertungkus-lumus menyiapkan beberapa dokumen untuk dibawa oleh bos nanti.Entah betul apa yang dikehendaki tidak pasti kerana tidak diberi sebarang penerangan.Hanya merujuk kepada tajuk-tajuk sahaja apa yang perlu dibuat.Pastinya saya sudah bereskan kerja-kerja saya itu.Memang penat dan meletihkan.

Kini, saya ingin tumpukan kepada core-business dan fail-fail saya.Kurang sedikit tekanan untuk saya.Emmm...biarpun tekanan tapi saya jadikan ia seolah-olah kerja santai saya.Tidak tension dan happy .

Kini, saya lebih banyak menghabiskan masa di bilik saya.Mengimpitkan diri kepada kerja-kerja saya.Pastinya saya harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

PENA KASIH :Terluka disebalik kegembiraan...................


Monday, May 2, 2011

PERCUTIAN YANG BERMAKNA

Pak Usu n Ocan menarik dahan pokok rambutan yang ditebang oleh hubby.Mereka kuat.
Even though dan 50 years,tapi masih kuat untuk memanjat.Semangatnya kuat.
Mencantas dahan-dahan pokok mangga.Semangat di waktu pagi walaupun hujan renyai.

Cuti selama 3 hari diisikan dengan pelbagai aktiviti yang begitu bermakna buat kami.Bermula dari hari Sabtu hinggalah hari Isnin.Banyak aktiviti dijalankan.
First day cuti, anak balik dari Perlis...petangnya kami berjalan-jalan bersamanya.Berjumpa dengan sepupunya yang dirindui.So happy di wajahnya.

Hari Ahad, gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling rumah.Kemudian,petangnya menghadiri majlis Yaasin di rumah jiran dan malamnya menghantar anak balik ke Perlis .Hantar di bus-station dan selepas itu,kami beredar ke rumah emak saudara di Kemelah.Menghadiri kenduri juga.Bila dah jumpa sepupu,pelbagai cerita keluar.

Hari ini, kami ke rumah Mak Itam.Bersama-sama dengan hubby dan Pak Usu,kami bergotong-royong mencantas dahan-dahan pokok rambutan dan juga mangga kerana bakal menyambut menantu nanti.Sekejap aja kerja-kerja mencantas dahan-dahan.Yang penting semangat gotong-royong itu.Kerja tidak menjadi penat kerana Pak Usu yang tidak habis-habis loyar buruknya(bahasa pasar).Bekerja sambil ketawa dan akhirnya kerja-kerja selesai dengan cepat.Thanks juga kepada Mak Itam kerana menyediakan makan-minum kami .Masakan yang sedap.

PENA KASIH :Gembira dapat membantu mak saudara.............

Sunday, May 1, 2011

SABAR ITU INDAH


Majalah Solusi selesai dibaca.Banyak input yang diperolehi dan memberikan kita pengajaran dan menyedarkan diri kita yang serba kekurangan ini.Alhamdulillah kami jadikan solusi sebagai salah satu majalah yang menjadi tatapan di waktu sengang kami.

Sabar itu indah.............begitu ringkas sekali ayatnya tapi menyimpul makna yang mendalam.Medium kerja saya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Berhadapan dengan sumber manusia yang pelbagai ragam dan karenah memerlukan kita belajar cara untuk menangani mereka.Saya banyak belajar daripada bos dan pembacaan saya.Bos selalu memberikan pandangan dan mengingatkan diri saya walaupun adakalanya saya terlepas kata, terlepas pandang hanya kerana kelemahan diri saya.Saya akui hanya kerana kesilapan kecil akan menyebabkan sesuatu itu menjadi besar .Saya renungi diri ini dan saya perlu lebih berhati-hati kerana kesilapan yang telah dilakukan.Saya akui, kita manusia yang terlalu banyak kelemahan di pandangan mata orang.Kalau orang lain lebih sempurna, saya akui saya belum mencapai tahap itu.

Kerja-kerja yang tersusun di meja yang perlu dibereskan dalam masa terdekat ini sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi saya dalam melaksanakan tugasan lain.Kesilapan yang dianggap besar memberikan kesedaran pada diri saya dan mengingatkan diri saya,saya perlu sabar dan lebih berhati-hati.Memang sabar itu indah.............mereka yang sabar akan menahan kemarahan dan akan lebih dihormati.Saya suka ungkapan itu yang pernah saya jumpa dan baca.

Kadang-kadang kita perlu sedar arah dan tuju kita sebenarnya.Kadang-kadang kita perlu tahu skop tugas kita .Malah saya lebih suka ingat mengingati antara satu sama lain agar kita tidak terlena dan terlalai dalam erti kata yang sebenarnya.Banyak yang perlu saya pelajari dan adalah lebih baik kita banyak mendiamkan diri daripada terus berkata-kata yang akhirnya akan menguji kesabaran kita.


PENA KASIH :Sekali terkena akan terus lebih berhati-hati............Ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan agar tidak menyusahkan orang lain dan menangguhkan kerja orang lain.


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails