Monday, March 31, 2014

AIS KRIM.....

Bisa bicara walaupun seharian suntuk mengadap komputer untuk menyiapkan SPS.Apa-apapun alhamdulillah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat apabila semuanya telah diketahui. Kali ini pena kasih ingin bercerita tentang 'ais krim' yang muncul dari mulut Apiz apabila dia menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Manaf bersama ibu dan mak longnya. Berlari ke arah aku dan meminta ais krim.Lantas ku katakan tiada orang menjual ais krim pada hari ini di majlis perkahwinan.Tiada kedai yang berhampiran untuk membeli ais krim.Dia tetap merenggek hendakkan ais krim juga.Tidak dapat dengan aku dia merenggek di hadapan Uda Wanya. Mungkin di sesetengah majlis perkahwinan dihidangkan air krim untuk tetamu.Kini, pelbagai cara yang telah dibuat oleh tuan rumah pengantin untuk menjamu para tetamunya.Air cendok umpamanya kini sudah menjadi kebiasaan kepada tuan rumah begitu juga dengan pelbagai jenis air.Sehinggakan adakalanya para tetamu tidak tahu memilih air mana yang diinginkan.Ada kalanya mereka mengambil beberapa jenis air dan kesudahannya dibiarkan di atas meja tanpa diusik.Ada juga pembaziran di situ.Namun itu pilihan mereka.
Mereka tetap ingin bermanja dengan Uda Wanya.
Percubaan pertama Apiz menggunakan kameraku untuk mengambil gambar....not bad. PENA KASIH: Geli hati melihat keletah mereka berdua.

Sunday, March 30, 2014

SAJA-SAJA SIBUK..

Bila pena kasih ingin terus berbicara...sekadar kenangan untuk keluargaku dan tatapan keluargaku.Not more than that.
Kenangan indah bersama sebahagian daripada keluargaku.Ketika inilah kami dapat berkumpul dan bersembang-sembang kosong.Bukan senang untuk berkumpul seperti ini.Laser time.....waaaaaaaa.
Rilek-rileks sahaja sambil makan jambu air.Dicecah sama dengan gula, kicap dan cili...emmmmm sememangnya begitu enak sekali.
First time diberi tanggungjawab untuk membersihkan organ-organ dalaman lembu.............nak muntah pun ada.
Sempat lagi aku menolong mengacau lauk.... PENA KASIH :AKAN TERUS BERBICARA

KENANGAN.....2014

Bisa bicara lagi..kepenatan adakalanya menghilangkan ideaku untuk menulis.Namun ku gagahi juga agar kenangan itu tetap menjadi kenangan. 28 dan 29 MAC merupakan satu kenangan buat keluarga Haris.Cucu kepada anak kembarnya mendirikan rumahtangganya.Tahniah buat Yani dan suami.Semoga ianya terus berkekalan.
Yani dihari pernikahannya di Masjid Kg Gudang Garam. Hampir seminggu aku berulang ke rumahnya.Kalau aku tidak pergi pun,Mak Usu tetap akan menelefon aku meminta aku hadir ke rumahnya.Membantunya apa yang patut.
Terima kasih buat my hubby and semua kaum kerabat yang bertungkus lumus di majlis tersebut.
My hubby with Ucuk.....
Sempat lagi aku berposing dengan sepupu dan kak Timah yang telah meninggalkan kampung ini sekian lamanya.Kehadirannya mengingatkan nostalgia suatu ketika dahulu.Dara pinggitan satu ketika dahulu..
Sesekali menjengok juga di balai belakang.....
Bila perut lapar...sempat lagi my hubby snap gambar aku. Suasana sebelum majlis berlangsung...

Monday, March 24, 2014

LAYAN ANAK SAUDARA....

Salam takziah dan al-Fatihah kepada mangsa MH370 dan keluarga.Sebak tatkala menerima perkhabaran berita tersebut.Pastinya Allah mengetahui segalanya. Dalam masa yang sama aku dan familyku melayan anak saudara, Apiz dan Adif.Bila telefon di rumahnya telah baik dan aku berpeluang untuk bertanya khabar dan bertanyakan 'homework'nya sepanjang cuti persekolahan.Apis mengatakan homeworknya belum siap dan perlu menunggu ayahnya untuk meminta bantuan.Aku memintanya menyiapkan kerja sekolah. Memang mulutnya tidak berhenti bercakap...meminta aku dan Uda Wanya membawanya berjalan-jalan ke Zoo Melaka dan makan-makan.Aku tidak mampu untuk membawanya berjalan-jalan ke Melaka coz aku ada 'event' minggu ini.Lantas, dia menelefon Uda Wa untuk mengajak Uda Wanya ke Melaka setelah aku memberikan alasan yang aku tidak dapat membawanya ke Melaka. Sembang santai bersama Uda Wanya, dia akhirnya akur dengan kesibukkanku dan malamnya aku membawanya ke bandar dan ingatkan hendak membawanya ke OS.Bila sebut OS,lantas dia mengajak aku menonton wayang.So,aku maklumkan since 1991,Uda tak pernah jejak kaki ke panggung wayang.Uda kurang minat untuk ke sana.Dia terus bercakap dengan Uda Wa dan mengajak Uda Wanya menonton wayang.Jika tidak dapat, dia hendak mengajak abang Ngehnya.Sebenarnya anak-anakku bukannya kaki wayang.Mereka memang tidak berminat setakat ini terutama along.Hasratnya terbantut.Akhirnya, dia mengajak aku berjalan-jalan sahaja. Permintaannya untuk makan di KFC, kami tunaikan.Kegembiraannya terserlah.Terjerit-jerit kerana permintaannya untuk makan di situ ditunaikan.SUdah lama 'abang'tidak ke sini.
Suamiku sempat memberikan tazkirah kepadanya..adab-adab makan coz tak berhenti-henti bercakap apabila makan sehingga air tertumpah.
Memerhatikan gelagatnya.....
So happy......katanya.
Selepas makan, kami membawanya ke dataran...berlari ke sana-sini.Itu pun tak mahu balik awal.Masih hendak bermain lagi. Pena Kasih: Tetap menagih untuk ke Melaka....

Saturday, March 22, 2014

BERSEMBANG SANTAI DI UNIKL JB..

Bila pena kasih ingin meneruskan bicaranya. Bukan mudah untuk meluangkan masa bila di hujung minggu.Sudah tentu pelbagai agenda yang berlaku di hujung minggu aempena cuti persekolahan.AKu juga tidak ketinggalan terpaksa melepaskan beberapa program untuk bersama masyarakat sekitar. Lantaran disebabkan program yang aku hadiri berkaitan dengan kerjayaku sebagai seorang pendidik, aku melepaskan beberapa program aku yang tersendiri untuk bersama-sama mereka apatah lagi aku mendapat sokongan daripada suamiku.Apa-apa pun yang penting kebenaran daripada suami itu yang penting dan kesanggupan untuk menghantar dan bersamaku sepanjang tempoh aku berada di UNIKL JB. Simposium Pendidikan yang dianjurkan oleh Badan perhubungan UMNO dan biro pendidikan negeri Johor yang sedikit sebanyak membuka mindaku terutama berkaitan dengan isu pendidikan hari ini.Aku mendapat banyak maklumat semasa bengkel yang dijalankan dan juga mendapat pelbagai info berkaitan dengan pendidikan daripada mereka yang terkenal iaitu dari KPM,MARA dan pelbagai agensi lain yang sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita terutama berkaitan dengan pendidikan masa kini. Walaupun tajukku bersembang santai tapi sebenarnya banyak info yang diperolehi.Kesedaran pelajar Melayu akan kepentingan pendidikan agak kurang dan inilah yang ingin diperjuangkan agar mereka sedar pelbagai kemudahan yang diberikan perlu dimanfaatkan demi kecemerlangan mereka.Walaupun kecemerlangan mereka memperolehi keputusan yang terbaik merupakan kayu ukur untuk meneruskan pengajian di peringkat yang tinggi tetapi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang/menyerlah juga mempunyai tempat untuk meneruskan pendidikan mereka.Cuma mungkin mereka tidak tahu hala tuju untuk mendapatkan sebarang maklumat.
Dialah sifuku...ke mana sahaja aku ingin pergi dan mendapat kebenaran akan dibawanya.Terima kasih kerana memahami isterimu ini. Kesabarannya teruji seketika apabila kesesakan lalu lintas.
Bersama pelajar UTHM yang turut serta dalam program ini.Sempat lagi aku berposing sebelum pergi berbengkel..
Pengerusi Biro Pendidikan negeri Johor menyampaikan ucapan alu-aluannya.. PENA KASIH: Percutian yang bermakna..

Friday, March 14, 2014

TAHNIAH.....

Bisa berbicara lagi walaupun mood menulis ada turun naiknya. Saban minggu cuti sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jemputan.Tiada ruang kelapangan di hujung minggu.Terasa sibuknya hari-hari yang dilaluinya.. Minggu ini, aku dan familyku ke Felda Redong.Menghadiri majlis pernikahan anak sepupuku.Seawal jam 8.30 pagi,mereka meminta aku bergerak awal kerana majlis pernikahan akan bermula jam 9.00 pagi.Pagi lagi aku telah bersiap-siap mengemas rumah dan seterusnya bersedia untuk bergerak awal ke sana.
Seawal dan secepat manapun tetap akan lambat juga.....aku yang datang awal juga terpaksa menunggu.Biasalah...
Tahniah buat Khalil and Kak Milah di atas perkahwinan anaknya.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sahlah mereka menjadi pasangan suami isteri.Semoga kebahagiaan mereka akan berkekalan.
Menantu, mentua dan cucu makan semeja.....Aku sayang kalian. PENA KASIH: Hujung minggu sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti....

Sunday, March 9, 2014

MINGGU ANTIDADAH,ROKOK DAN AIDS...

Pena Kasih berbicara lagi... Minggu Antidadah,rokok dan Aids merupakan salah satu aktiviti sekolah yang perlu dilaksanakan di peringat sekolah.Memberikan kesedaran kepada murid-murid akan bahayanya dadah kepada mereka.
Ikrar dibaca sebagai tanda kami benci dadah dan ingin menjauhi dan membebaskan diri daripada dadah....
Aku telah diminta untuk merasmikan minggu antidadah,rokok dan Aids coz my HM was not around...
Banyak sebenarnya aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu ini. PENA KASIH: Aktiviti tahunan sekolah....

GELAGATNYA....

Bila anak bujangku bergaya.....Lihatlah gelagatnya

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails