Thursday, November 5, 2009

BERITA BAIK

Penantian itu satu penyeksaan.Itulah perkataan yang sering digunakan sewaktu bercinta dahulu.
Namun penantian kali ini bukannya satu penyeksaan tetapi ia merupakan satu berita baik bagi kami yang menantikannya.Perkhabaran diterima daripada Ekin sewaktu saya sibuk mengatur tugasan yang perlu dilaksanakan hari ini.Syukur Alhamdulillah.Kepada semua pegawai pendidikan lepasan diploma yang belajar secara PJJ dilantik ke DGA 41 perlu menghadiri taklimat di Kluang pada hari Isnin (9.11.2009).Seramai tiga orang guru SKCC iaitu Ekin, Lela dan saya akan menghadiri taklimat tersebut dan diperlukan membawa Kew 8 dan salinan keputusan ijazah.
Masih ada tiga orang lagi guru-guru SKCC yang sedang menanti giliran mereka.Sabar ye........
(Mdm Tey, Cikgu Supian dan Pn Radziah)

Pena Kasih:Masih terfikir untuk meneruskan belajar bagi menyahut cabaran suami.

3 comments:

Fadil Aziz said...

Bila nak belanja makan? Rezeki dan kegembiraan perlu dikongsi bersama.

PENA KASIH said...

Insya Allah,kalau mu balik ke Segamat sudi-sudi datang ke rumah.

imahayad said...

Tahniah! Jadikan kejayaan ini sebagai perangsang untuk terus berjaya. Saya tumpang bangga atas kejayaan kawa-kawan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails