Wednesday, March 11, 2009

Malang

Tepat jam 7.10 pagi, saya menerima telefon daripada suami.Beliau memberitahu yang dia terlibat dalam kemalangan dengan pelajar SM Gemereh.Ketika itu, saya sedang sibuk membuat relief untuk guru yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.Saya agak terperanjat kerana setahu saya,suami tidak pernah memandu dengan laju.Rupa-rupanya,suami saya cuba mengelak dua buah motor yang ditunggangi oleh dua orang pelajar yang menunggang motor dengan laju dan cuba memasuki lorong kereta suami saya.Untuk mengelak kemalangan, suami saya membuat brek emegency dan tidak disangka sebuah motor yang mengikuti suami daripada belakang telah menghentam bumper belakang kereta.Pelajar tersebut cedera di hidung dan apa yang dikesalkan ialah pelajar itu tidak mempunyai lesen dan tidak memakai topi keledar.Kemudian suami berjumpa dengan guru HEM di sekolah tersebut dan beliau berjanji akan menelefon suami sekiranya
ibu bapa kepada pelajar berkenaan datang sekolah.Namun agak mengecewakan kerana tiada sebarang telefon daripada pihak sekolah.Memang suami ingin berjumpa dengan keluarga pelajar tersebut.Suami saya memang anti kepada pelajar-pelajar yang menunggang motor dengan laju tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.Bukan apa, mereka tidak sayang kepada nyawa sendiri sedangkan mereka adalah pelajar sekolah yang perlu ada wawasan untuk masa depan mereka.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails