Saturday, October 30, 2010

JEMPUTAN


Menjelang cuti persekolahan,kita memang tidak dapat lari untuk menerima jemputan sama ada dekat mahupun jauh.Undangan untuk majlis perkahwinan dan bacaan Yassin memang sudah memenuhi agenda cuti sekolah.Setiap minggu dipenuhi dengan undangan tersebut.

Saya juga tidak terkecuali memenuhi hajat tersebut.Jika saya tidak ada kelas pada hari Sabtu dan Ahad bolehlah saya memenuhi jemputan itu.Jika tidak saya terpaksa akur kepada keadaan .

List down semua jemputan agar tidak terlepas pandang.Kadang-kadang satu hari sampai 3 atau 4 jemputan.Tidak tahu yang mana satu hendak pergi.Bukan makan menjadi agenda utama tetapi pertalian sillaturahim untuk yang saya utamakan.

Minggu depan sahaja sudah ada 3 undangan yang dekat dan jauh.InsyaAllah kami akan pergi ke JB untuk memenuhi undangan Cikgu Rizal sehabis hubby mengawasi peperiksaan.Biarpun lambat tapi kami akan pergi.Cuma kami agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi undangan perkahwinan Hanim kerana saya terbabit dengan peperiksaan.Apa-apa pun saya doakan Hanim gembira dan bahagia disamping orang tersayang.Baca entry Hanim.........nampaknya hari-hari bahagia Hanim hampir tiba.Sudah tentu pelbagai persoalan timbul di fikirannya.Tahniah Hanim!.

PENA KASIH:Selamat Pengantin Baru buat Zizul dan Hanim.

Friday, October 29, 2010

MASIH SEGAR


Pencarian yang tiada kesudahan.Memastikan kakak Zah yang bersama sewaktu di MPKI ditemui dan akhirnya terjawab.Terima kasih FB kerana menemukan saya dengan Kak Zah yang telah sekian lama tidak mendengar khabar berita.Saya tidak pernah jemu untuk mencari nama tersebut.Setelah hampir 19 tahun saya menunggu perkhabaran daripadanya sehinggalah pada minggu ini semuanya terjawab.Masih seperti dahulu..............Terima kasih Kak Zah walaupun kita hanya bertemu di alam maya tetapi sudah cukup untuk saya melepaskan rindu pada Kak Zah.

Kami pernah duduk bersama sepanjang berada di MPKI.Walaupun tidak lama tetapi sudah cukup untuk kami mengenali antara satu sama.Sama kelas.Suka duka tetap menjadi kenangan kami.Pratikum dan ROS tetap berdua.Kenangan itu amat manis sekali.

Melalui anaknya,kami bermesej dan anaknya memaklumkan ayahnya telah menemui Ilahi 10 tahun yang lalu.Al-Fatihah.Seingat saya kak Zah merupakan seorang yang tabah dan kuat semangat.

PENA KASIH:Dari kejauhan saya tetap merindui Kak Zah.


Wednesday, October 27, 2010

PENGAWASAN PEPERIKSAAN


Sudah dua hari sekolah mengendalikan peperiksaan.Alhamdullah semuanya dapat memberikan komitmen yang baik dalam mengawasi peperiksaan.Jadual pengawasan yang telus dan adil tanpa sebarang rasa tidak puas hati kerana diagihkan sama rata.Baik di peringkat pentadbiran mahupun di kalangan guru Semuanya berasa puas hati dengan apa yang diperolehi.

Walaupun ada guru yang tidak hadir kerana menghadiri kursus dan juga cuti sakit, tapi kami dapat mengagihkan dengan sama rata.Kadang-kadang mereka meminta tukar secara suka sama suka tapi tidak menjejaskan pengawasan peperiksaan.Setiap guru diagihkan secara purata 6 kali menjaga kelas sepanjang 4 hari peperiksaan di jalankan.Mereka akan memaklumkan kepada saya sekiranya ingin melakukan pertukaran agar memudahkan pengurusan saya di peringkat pentadbiran.

PENA KASIH:Keadilan dan ketelusan itu penting.......



Tuesday, October 26, 2010

PERJALANAN HIDUP PEMIMPIN KAMPUNG



Ayah dan emak bersama-sama cucu-cucunya.Penghibur hati ayah.


Ayah bersama-sama dengan anak-anak dan menantunya serta cucu-cucunya yang tidak ramai.

Hampir 30 tahun lebih,ayah menjadi pemimpin kampung.Seusia 28 tahun(jika tidak silap saya) sudah menunjukkan ciri-ciri kepimpinannya.Ketika itu beliau bersama-sama dengan ketua kampung Allahyarham Tok Yusof membantu memimpin penduduk kampung.Terserlah daya kepimpinannya ketika usia muda.Banyak yang diceritakan kepada saya,suka duka untuk memimpin kampung ketika usia masih muda.Belum tentu daya kepimpinan kita disukai.Tapi,ayah seorang yang tabah.Setabah hatinya apabila ditinggalkan oleh ayahnya ketika usia masih muda dan dijagai dengan belaian kasih sayang seorang datuk.Cucu yang manja.Diserahkan kepada orang lain ,sehari selepas dilahirkan kerana masalah keluarga.............sungguh tabah hatinya.Berkongsi kasih sayang dengan orang lain,Ditinggalkan oleh ibunya.

Kini ayah tiada adik-beradik.Dua orang adik-beradik ayah menemui Ilahi ketika usia masih muda.Ayah menumpang kasih dengan saudara maranya.Ayah dikategorikan pelajar yang cerdik tetapi disebabkan masalah kewangan,ayah hanya mampu belajar setakat darjah 6 sahaja dan seterusnya bersekolah agama.Ayah pernah memberitahu saya,jika tidak kerana masalah kewangan,ayah kini sudah menjadi guru sekolah agama.Tapi rezekinya tiada.Ayah pasrah dan reda dengan apa yang berlaku.

Sewaktu saya ke rumah ayah,saya terbaca surat iklan jawatan kosong sebagai ketua kampung Gemereh 1...sudah sampai masanya untuk ayah berundur sebagai pemimpin kampung ketika usianya mencecah 65 tahun pada 1 Disember 2010.Memang sudah cukup saya rasa perkhidmatan ayah dan sudah sampai masanya dia berehat.Memberi peluang kepada generasi baru untuk memimpin kampung ini.Memang kami sering meminta ayah melepaskan jawatannya itu dari dahulu lagi.Tapi selagi tiada pengganti ayah terpaksa memegang jawatan tersebut.Kini, apabila usia sudah mencecah 65 tahun,sudah sampai masanya untuk ayah berehat dan menumpukan tugasnya sebagai seorang 'imam.

Dari sebuah kampung yang serba kekurangan infrastrukturnya,tapi kini alhamdulillah semuanya sudah ada.Masjid yang diperjuangkan sejak dahulu kini sudah ada dan syukur teramat sangat dan itulah yang ayah impikan sebelum melepaskan jawatannya.Kelas tadika untuk anak-anak kampung diwujudkan di kampung ini.Memberi peluang anak-anak kampung belajar dan menempuh alam persekolahan seawal usia 4 tahun ke atas.

Banyak yang ayah perjuangkan demi melihat penduduk kampung menikmati kemudahan seperti mana dinikmati oleh orang lain.Kalau dahulu, melalui kampung ini kita akan berasa takut tapi kini cahaya terang benderang menerangi tepi -tepi jalan.Namun, masih ada lagi rungutan orang mengatakan kampung ini belum maju lagi.Tidak bersyukurkah kita dengan apa yang ada sekarang?Teruskanlah perjuangan selepas ini daripada pemimpin baru.

Kalau dahulu ayah tidak tahu untuk menaip surat dengan menggunakan komputer tetapi kami sering memberi tunjuk ajar kepadanya.Anak sulung sayalah yang selalu membantu 'Tok Yah'nya menggunakan komputer.Kini ayah sudah tahu dan boleh dikatakan sudah celik IT.Bila sudah menjadi pemimpin banyak yang perlu dipelajari.Apabila anak sulung saya melanjutkan pelajaran,ayah terasa kehilangannya kerana cucu sulungnyalah selalu membantunya.

Kini saya sedang berusaha merisik ayah meminta dia menceritakan perjalanan hidupnya sebagai pemimpin kampung.InsyaAllah.......saya akan catatkan perjalanan hidup ayah dari mula-mula menerajui kampung sewaktu usia masih muda sehinggalah ke penghujung perkhidmatannya sebagai ketua kampung.

PENA KASIH:Tidak pernah lihat ayah meninggikan suara.Tidak suka dia lebih suka mendiamkan diri daripada melantangkan suara tidak tentu pasal.

LANCAR

Emmm........seronok melihat wajah-wajah anak-anak murid semasa menerima soalan peperiksaan.Ada yang berubah.......tersenyum dan pelbagai reaksi yang ditunjukkan.Ada yang bersahaja saja.Mungkin pada mereka begitu mudah........

Alhamdulillah, perjalanan peperiksaan pada hari ini berjalan dengan lancar.Seawal pagi saya datang dan memastikan semua soalan dikeluarkan mengikut jadual waktu yang telah disediakan.
Sebanyak 4 kertas dijawab pada hari ini.........senangkan kalau anda baca.

Selesai sudah saya menanda soalan peperiksaan.Alhamdulillah........mereka mampu menjawab dengan baik.Kini , saya sedang menunggu kertas soalan sains.Semoga mereka dapat menjawab soalan seperti yang dikehendaki.Walaupun soalan dalam dwibahasa,murid-murid saya 'prefer' menjawab dalam bahasa Inggeris.

Semoga kalian berjaya dan mencapai pencapaian objektif saya pada tahun ini.Hopefully,semuanya dapat yang terbaik....Kualiti diutamakan.

PENA KASIH:Cikgu sentiasa mendoakan kalian.

Monday, October 25, 2010

PENILAIAN


Semua murid SKCC akan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula pada hari esok.Peperiksaan yang dijalankan secara selaras di daerah Segamat .Murid-murid Tahun 6 juga tidak terkecuali untuk menjawab soalan peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Semua soalan telah diagihkan mengikut hari dan selama dua hari saya telah melakukan kerja-kerja terakhir persediaan untuk mereka menduduki peperiksaan.Dari pengedaran surat kepada ibu bapa dan juga dengan bantuan setiausaha peperiksaan dalaman yang menyediakan jadual waktu dan tugas mengawasi kelas.Thanks to Pn Lim yang sejak dari awal telah menyediakan itu semua untuk disemak oleh saya.Juga kepada guru-guru yang telah menyediakan soalan-soalan yang tidak disediakan oleh MGB seperti pJK dan juga Moral serta Pendidikan Seni.Kerjasama yang diberikan serta mengikut tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan edaran yang dibekalkan kepada semua guru memudahkan mereka mengatur tugas.

Untuk murid-murid kelas saya, saya menggunakan peluang yang ada daripada minggu lepas menyediakan diri mereka ke arah peperiksaan akhir tahun.Hari ini, saya masih juga memberikan panduan dan mengingatkan mereka agar membaca soalan dengan teliti dan menyemak berulang kali sebelum dihantar kepada guru.Saya tidak mahu mereka kehilangan markah begitu sahaja atas kecuaian diri sendiri.Kadang-kadang soalan senang pun mereka boleh lakukan kesalahan.

Penilaian yang dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana pengetahuan dan kefahaman mereka pada sesuatu topik dari awal tahun hingga akhir tahun.Semoga mereka terus membuat ulangkaji.

PENA KASIH:Sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik.Kejayaan mereka kebanggaan saya.

Sunday, October 24, 2010

MENGIKUT KESESUAIAN.......

Manja dengan Pak Udanya............

"Uda Wa...abang nak panggil Uda Mok ke atau Uda Mak," itulah perbualan antara Apiz dengan Pak Udanya.
Perbualan yang singkat sewaktu saya membeli pisang goreng di sebuah warung.
Namun, setiap kali dia memanggil saya, dia mengikut situasi sesuatu tempat itu.
Jika tempat itu ramai, dia akan memanggil saya Uda Mak.....
Jika tidak dia memanggil saya Uda Mok...
Bijak sungguh dan pandai pula dia membezakan keadaan.

Keletah yang bersahaja itu menyebabkan kami sering merinduinya.
kekangan masa menyebabkan kami jarang ke rumahnya.Apabila menjengoknya mesti dia meminta kami membawanya ke kedai.Nak mainan.

Sewaktu hendak pulang, dia akan meminta Pak Udanya membawa meronda kawasan taman dan menunjukkan sekolahnya .
Kadang-kadang kami tidak sangka dia bisa mengeluarkan perkataan yang jarang kami dengar dari mulut kanak-kanak berusia 4 +.
Baru-baru ini dia memberitahu kami yang dia duduk 'tercongok'sewaktu orang memotong rambutnya.
Kami meminta dia melakonkan bagaimana dia duduk tercongok.Dia melakonkan aksi duduknya itu.Kami ketawa melihat keletahnya.


PENA KASIH: Manja dan bijak.

BERTEMU LAGI



Cikgu Fariz mewakili rakan-rakan menyampaikan cenderamata kepada Dr.Hj Mohd Anuar bin Abd Rahman.

Selesai sudah kelas untuk Pengurusan sekolah di bawah kelolaan Dr.Hj.Mohd Anuar bin Abd Rahman.Semoga ilmu yang dicurahkan dapat diaplikasikan di sekolah.Banyak ilmu yang diperolehi.

Kelas yang lebih banyak kepada berbincangan dan pembentangan ini membuka minda kami selama ini.Banyak perkara yang boleh dikongsi sama.Hari ini kumpulan saya membentangkan tajuk "Pengurusan Pengetahuan'.

Kelas yang terakhir untuk Pengurusan Sekolah ini begitu menarik sekali.Dari pengenalan pengurusan organisasi,The principal dan Pengurusan sekolah menjadikan banyak perkara yang dipelajari.Begitu menarik sekali............dari tidak tahu kepada tahu......

Kelas yang lebih kepada pembentangan dan juga kuiz memerlukan persediaan yang begitu rapi.Sekurang-kurangnya apabila disebut kita tahu.Banyak kepada pengurusan pihak atasan dan berkait rapat dengan tugas sebagai pentabdir.

Kumpulan kami yang terdiri daripada 38 orang guru ini tidak kira dari sekolah menengah dan rendah begitu bersemangat meneruskan perjuangan untuk mendapatkan ilmu.

Pena Kasih : Pembentangan membolehkan kita mudah ingat.............

Friday, October 22, 2010

BERSAMA ADIF DAN APIZ


Bila mereka ingin dimanjakan........semuanya ingin berdekatan dengan Pak Udanya termasuk Damia.

Meminta dibelikan mainan untuknya..........layan ajelah....



Bermain-main dengan abang Ngah......


Sekadar kenangan bersama mereka..........manja teramat sangat.

Dia orang very happy berlari ke sana dan ke mari.


Sempat menenguk ikan keli di kolam kami........rupa-rupanya sudah banyak ikan keli di dalamnya.Tanpa disedari.Diberi makan saja.



Sebelum bergerak ke kampung, kedua-duanya singgah di rumah kami.Sempat lagi keduanya hendak bergambar.

Wednesday, October 20, 2010

SATU MALAYSIA




Projek sivik di bawah kelolaan Pn Desirani telah dilakukan dengan jayanya pada hari ini.Projek untuk murid-murid tahun 6 selepas aktiviti UPSR berjalan dengan baik serta bimbingan yang begitu teratur daripada gurunya menjadikan program ini sangat menarik sekali.Mereka mempersembahkan hasil projek pada semua murid yang bertemakan Satu Malaysia di bawah tajuk Cabaran akan Datang.Kesemua murid mengambil bahagian dan dilakonkan dengan penuh jayanya.

Menggunakan bahan yang tersedia ada di sekolah dan dilakonkan mengikut babak sebelum dan selepas merdeka begitu mencuit hati anak-anak murid yang menontonnya.Tahniah.............detik-detik akhir untuk meninggalkan alam persekolahan rendah sudah tentu meninggalkan seribu kenangan untuk kalian.
Saya paparkan di sini sebagai memori kalian.Banyak lagi pengisian yang perlu diisi sebelum berakhirnya hari sekolah tahun 2010.

Semoga kenangan itu tetap segar dalam ingatan dan kami tetap mengingati bekas pelajar sekolah ini.....

PEMERIKSAAN GIGI







Hari ini,pihak pergigian telah mengadakan pemeriksaan gigi kepada semua murid sekolah.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peratus kerosakkan gigi di kalangan pelajar agak berkurangan kerana hasil daripada program gosok gigi yang dijalankan.Program yang di bawah pengelolaan Unit Hem dan dengan adanya kerjasama daripada semua guru bagi memastikan murid-murid menggosok gigi selepas makan sentiasa di pantau.Sering mengingatkan murid-murid agar membawa berus gigi dan meneruskan aktiviti memberus gigi.

Pemeriksaan yang bermula pada hari ini akan diteruskan sehingga hari Isnin.Murid-murid yang menghadapi masalah gigi akan dipanggil untuk diambil tindak ikut seterusnya.

Sayangilah gigi anda...............


Pena Kasih :Biarlah masa berlaku bersama dengan kenangan yang indah.

SELAMAT DATANG KE SKCC


Selamat datang ke SKCC,cikgu Fauziah.Beliau merupakan guru ganti kepada Pn Salbiah yang bercuti untuk bersalin.Semoga kehadiran beliau ke sekolah ini akan dapat membantu kami khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini dan sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam mengendalikan kelas.

Mendaftarkan diri pada hari Isnin yang lalu dan seterusnya mengambil alih tugas Pn Salbiah.Terima kasih dan tahniah kepada cikgu Fauziah.

Walaupun hari persekolahan sudah hampir ke penghujung tetapi murid-murid memerlukan perhatian dan bimbingan daripada guru.Semoga cikgu Fauziah dapat menyesuaikan diri dengan situasi sekolah ini.Syabas dan tahniah.

Pena Kasih :Pernah menjadi guru sandaran sebelum diterima masuk ke maktab suatu ketika dahulu.

MAHU LAGI



Seperti biasa..bila ke rumah Ani,Hafiz mesti meminta sesuatu.Melonjak-lonjak kegembiraan melihat kehadiran kami ke rumahnya.Balik dari sekolah lebih kurang jam 5.45 petang, terus ke rumah Ani kerana ada urusan penting.Biasalah....terus menunjukkan mainannya pada saya.

"Uda....abang nak mainanlah.Abang nak Uda belikan untuk abang....."Itulah kata-katanya yang diucapkan kepada saya.
"Abang nak mainan apa?Abang nak kereta control........."
"emmm......Uda baru balik .Dekat sini mana ada kereta control.......Nanti kita pergi cari.....lain kali"
"Ok......sekarang mari ikut Uda gi kedai..............."
"Uda.....abang nak mainan tapi nak Uda Wa belikan untuk abang"

Riuh mulutnya bercerita itu dan ini.Saya mendengar celotehnya itu.
Pandai betul dia berbicara.

"Uda..abang nak air....."lalu Udanya membelikan air untuknya.
"Uda.....uda minum air ini...............best..."
"Uda....abang nak sekolahlah............Abang nak pandai,nanti abang dapat mainan lagikan.."
"Ya,kalau abang belajar,nanti Uda belikan untuk abang....janji abang belajar dan dapat kenal huruf A......z"

"Uda...nanti Uda masuk rumah abang ya,"Tapi permintaan itu tidak dapat saya penuhi kerana hendak balik cepat untuk memasak.


Pena Kasih :Kasihnya pada Uda Wa tetap seperti dahulu dan manjanya begitu mengusik hati kami.

6645




MENARIK

LAMBAT

..........Kak hari ini balik lambat ke?Ya...........kenapa tanya seperti itu?
"Saja aje....".Itulah kata-kata yang dilemparkan kepada saya apabila melihat saya tidak bergerak daripada bilik saya.
.......ada kerja yang perlu dibuat dan sambil itu melihat persekitaran sekolah.
Amanah...............bila emak tiada, anak-anak perlulah dijaga.....sambil berseloroh my boss bercakap sebelum pergi ke kursus.Saya tersenyum....Saya tahu disebalik selorohnya itu.
Belajar untuk memahami apa yang tersirat.

Sudah menjadi kebiasaan,bila boss tiada saya akan lewat balik.Memastikan semuanya sudah beres barulah saya beredar meninggalkan sekolah.
Bukan duduk saja-saja , tapi saya perlu mengemaskini soalan-soalan periksa untuk minggu hadapan.Memastikan buku kehadiran guru, pekerja disemak dengan sebaiknya.


Balik lambat tidak menimbulkan masalah..........sambil itu sempat juga saya membaca buku "Pentadbiran Pendidikan".Menambah ilmu dan mengetahui serba sedikit tentang pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan.Bila sudah belajar.....banyak perkara yang perlu diketahui.Persiapan untuk peperiksaan bulan November.

Pena Kasih :Setiap yang tersirat mempunyai maksud tertentu.....

Tuesday, October 19, 2010

GENTAR



.........emmm mereka begitu berbakat,bersahaja dan tidak gentar mahupun takut. Program yang dijalankan setiap minggu amat menarik minat murid-murid.Setiap patah perkataan dilontarkan dengan penuh gaya dan intonasi yang amat menarik sekali.Keletah manja mencuit hati terutama murid-murid tahun 1.

Memang itulah program khas Panitia Bahasa Inggeris.Mencungkil bakat dan ingin membiasakan murid berhadapan dengan orang ramai.Memang tidak dinafikan kadang-kadang ada perasaan gentar setiap kali berhadapan dengan audiens..........bukan senang.Tidak semua orang boleh bercakap di hadapan khalayak ramai.Gundah gelana,degupan jantung begitu kuat setiap kali hendak berhadapan dengan orang ramai.Sesekali saya juga berhadapan situasi seperti itu.

Kini, apabila ia sudah menjadi kebiasaan,sedikit sebanyak perasaan takut dapat dibendung..........

Saya sering bertanyakan kepada anak sulung yang sememangnya begitu berminat dengan aktiviti syarahan mahupun pidato dan juga mendeklamasi sajak.Perasaan yang dialaminya sewaktu berhadapan dengan audiens.Sambil bersahaja dia memberitahu dia tidak takut.Malah, sewaktu berada di IPG, dia masih meneruskan minatnya dalam mendeklamasi sajak.Sajak 'ibu' diamatinya betul-betul dan menusuk ke kalbu para pendengar.Along tidak gentar berhadapan dengan orang ramai.....Mula-mula ada,selepas itu hilang apabila sudah mula berbicara.Berani............

Kini, pihak sekolah berusaha mengatur beberapa program untuk memberi peluang kepada anak-anak didik tampil ke hadapan mempersembahkan bakat masing-masing.

Pena Kasih:Mewarisi minat ayahnya.

Monday, October 18, 2010

BERES

E-perlu.......akhirnya beres juga.Pagi lagi , boss berjumpa dan menanyakan tentang e-Perlu yang perlu disiapkan walau apa cara pun.Tidur saya terganggu sejak dari minggu lepas lagi.Malam terjaga ....tanpa mengira waktu dan biasanya jam 2-3 pagi saya terjaga.Buka sekejap laptop untuk melihat program tersebut dan kemudian menunggu sehingga beberapa minit.Tiada respon positif dan akhirnya saya biarkan ia begitu sehinggalah saya selesai solat.Pelbagai cara dilakukan dari pagi hingga ke tengah malam tapi tiada sebarang respon diperolehi.

Akhirnya selepas solat subuh,pada 17 hb,barulah saya dapat melaluinya dengan mudah sekali.Syukur teramat sangat.............Akhirnya kerja saya beres dan boss begitu happy sekali dengan jawapan yang diberikan oleh saya.Kini,kerja-kerja secara online telah saya lakukan walaupun ada kalanya timbul kekecewaan kerana banyak kali dicuba tapi gagal.Adakala timbul kebosanan tapi saya tidak mudah putus asa.Setiap tekanan huruf ditekan, tidak putus-putus berdoa agar saya dapat melakukannya dengan mudah.Bila semua secara online, adakalanya terdapat gangguan teknikal.

Apabila kerja telah diamanahkan kepada kita, saya tetap melakukan dengan apa cara...........Apabila semuanya beres..hati senang dan saya perlu menumpukan kerja-kerja untuk peperiksaan akhir tahun.Semoga Allah berikan kekuatan dan memudahkan urusan saya.

Pena Kasih :Tidak mudah putus asa

640 CERITA


Emmm...diam tidak diam telah 640 penceritaan ditulis dalam blog.Sejak mula diperkenalkan blog oleh husband pada bulan Mac 2009 banyak kisah-kisah suka duka, sedih dan sebagainya dicatatkan sebagai memori kehidupan.Perjalanan hidup dan kisah-kisah disimpan untuk ditatap oleh diri sendiri dan keluarga terdekat saya (anak-anak) dan rakan-rakan sekolah.Sekadar coretan ringkas tapi bermakna bagi kami.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun bermegah-megah tetapi semuanya catatan biasa yang sangat ringkas dan sebagai ingatan kepada saya.Mengimbau kembali detik manis dan sedih di kala meninggalkan tahun demi tahun.Sesuatu yang amat indah, menarik dan ada kalanya saya imbau kembali tarikh-tarikh penting sebagai ingatan kita.Malah, blog ini juga menjadi tatapan anak-anak saya .Seronok katanya.Namun , adakalanya cerita-cerita yang ditulis seolah-olah dikatakan untuk menunjuk-nunjukkan kemewahan,menunjukkan kitalah orang yang paling sempurna dan sebagainya.Itulah reaksi pembaca blog ada yang menerima secara positif dan negatif.Namun ,saya biarkan ianya meninggalkan persoalan begitu sahaja.Masih ingat kata-kata kawan,Kita jangan ikut cara mereka....biarlah mereka dengan kegilaan mereka tapi kita perlu bersikap positif.Hati manusia tidak sama......Manis di mulut tapi itu semua sandiwara sahaja untuk menyedapkan perasaan.Kadang-kadang saya pelik dengan sikap manusia,pandai hendak menuduh orang bongkak dan sombong tapi renungilah diri sendiri sebelum meluncurkan kata-kata.Siapa bongkak?Siapa Sombong?Kita hanyalah insan kerdil di dunia yang dipinjam sementara ini, sebaliknya kita baiki diri kita dan renungi diri kita.Kita banyak kekurangannya.......

Sebagai penulis blog, saya menceritakan apa yang sebenarnya berlaku...jalan cerita yang ringkas.Namun ,tidak sekali-kali saya menyebut nama individu dan mengaibkan nama mereka.
Saya tidak sekali-kali dibenarkan oleh husband untuk menyebut nama individu lain yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati.Itu pesanan suami.Mungkin ilmu yang dimiliki di bidang penulisan semasa mengikuti kursus kewartawanan dikongsi bersama saya.

Berbeza dengan gaya penulisan suami.....kawan-kawan dan anak murid husband suka mengikuti blog suami .(silent follower)Mereka mengatakan blog husband banyak meninggalkan kesan dan memberikan pengajaran serta info yang menarik untuk dikongsi bersama.Malah mereka mengatakan ...........kalau siapa makan lada dia terasa pedasnya.............memang menarik.Namun,anak saya lebih suka membaca blog saya yang lebih santai dan bersahaja.

640 cerita .........banyak.Kadang-kadang diselak juga kisah-kisah lama yang telah ditulis.Penuh makna.Husband sering mengingatkan saya agar setiap hari mesti menulis.....walaupun ringkas tapi bermakna.Adakalanya saya ketandusan idea tapi apabila mula menulis banyak perkara yang hendak saya tulis.


Pena Kasih:Seronok menulis kisah kehidupan seharian dan tidak sekali-kali untuk mengangkat diri sendiri dan keluarga.KepadaMu Ya Allah, jauhilah diriku daripada perasaan riak,jauhilah diriku daripada sikap bongkak dan sombong.Ampunilah hambaMu ini.

HAFAL


Sesuatu yang membosankan apabila membaca atau apa jua ialah waktu menghafal.Mengingat dan kemudian hendak menghafal............bukan senang.
Teringat sewaktu membaca sifir .......kalau tidak mengamalkan amalan menghafal, saya rasa sehingga kini kita gagal untuk menghafal sifir.Malah sehingga kini terpaksa mengira satu persatu.Tapi syukur...kerana amalan menghafal membolehkan kita membaca sifir dengan lancar.

Teringatkan anak lelaki sewaktu darjah 4,masih belum menguasai sifir sehinggalah guru kelas 'tuition'nya mengertak dia.Alhamdulillah berkat kesungguhan dan gertakan gurunya dia mampu menghafal sifir dalam masa dua minggu sahaja.

Saya berbual-bual dengan ayah.....ayah, saya tengok ayah boleh hafal doa dengan panjang dan dikaitkan doa itu dan ini.............sehingga menjadi panjang dan begitu lengkap sekali apabila dilihat maknanya dalam bahasa rumi.Merangkumi semua...........ayah tau ke maknanya.Saya menguji ayah.Rupanya doa yang ayah baca telah diteliti dahulu akan setiap maknanya sebelum dihafal.Ayah melakukan hafalan sewaktu orang lain nyenyak tidur dan dia bangun di tengah malam.Bila mata tidak mengantuk digunakan waktu itu untuk menghafal doa........emm.Malah ayah ada memberikan saya satu doa yang perlu saya lakukan selepas solat dan sehingga kini ia menjadi amalan saya.Terima kasih ,ayah kerana sering berkongsi ilmu dengan anakmu ini.

Kini,suami juga telah mula menjejaki ayah.......mampukah dia melakukannya?
InsyaAllah.........dengan izin Allah semuanya boleh dilakukan.

Pena Kasih:Sering tengok rumah ayah terang benderang apabila orang lain nyenyak tidur.................

TERHARU


Terharu.......apabila balik sahaja dari sekolah semuanya sudah terkemas.Anak lelaki tidak hadir ke sekolah kerana kurang sihat.Siap dia maklumkan kepada saya, semua baju dan pinggan mangkuk telah dicuci....saya saling berpandangan antara satu sama lain.Kita tidak mahu mama balik nanti buat itu semua..........mamakan tidak berapa sihat.Mamakan penat.....setiap kali balik , kita tengok mama tidak berhenti buat kerja.Dah siap semuanya barulah mama rehat.Kita tidak sampai hati melihat mama seperti itu.Ya...anak mama memang baik.Mama harap anak mama teruskan niat itu.

Walaupun badannya kurang sihat, tapi dia tetap gagahkan diri dia untuk melakukannya tanpa diminta.Setiap kali saya ke dapur, dia tetap menolong saya.Hari ini siap dia masakkan nasi untuk kami..............terharu sungguh.

Bukannya hendak memuji tapi apa yang saya tulis adalah sebagai motivasi kepada dirinya sendiri.Dia memang suka membaca blog mamanya.Setiap hari dia bertanyakan kepada mama, hari ini mama ada buat cerita baru atau tidak.Dia selalu mengatakan mama, biar orang hendak kata apa, tapi yang penting niat kita.Biar orang kata mama menyanjung anak sendiri kerana dia sendiri pernah membaca komen manusia bertopeng mengatakan "aku tidak pernah tengok blog orang lain yang suka mengangkat anak sendiri".Tapi setiap penulisan mama menyedarkan tanggungjawab kita dan betapa sayangnya mama kepada anak-anak.Kita tidak mahu jadi anak yang hanya pandai menitah itu dan ini, tapi tidak memikirkan emak penat atau tidak.kita tidak mahu ayah dan mama sedih melihat kelakuan anak-anak .Itulah kata-katanya kepada saya dan ayahnya.Terima kasih anak mama..............

Kalau ayahnya demam, lagi terharu siap dia mengambil tuala dan meletakkan tuala di atas dahi ayahnya.Meletakkan air dan ubat di sisi ayahnya.Menyapukan minyak pada badan ayahnya....mama terharu sungguh melihat cara dia menjaga ayahnya.Dia selalu mengingatkan kami agar menjenguk atok Endonnya seminggu sekali .Dia memang mengambil berat akan atok Endonnya walaupun tidak secara terbuka begitu juga dengan Pak Ngahnya.Pernah dia menyuarakan kepada saya,kalau mama tiada siapalah yang hendak menjaga dan memasakkan untuk dia............berlinang air mata di kelopak matanya.Sensitif........lalu saya jawab.....adik sendirilah masak untuk ayah sebab mama telah ajar adik cara masak sedikit demi sedikit.......Sebab itulah dia memang begitu mengambil berat terhadap kami.Dia takut kehilangan kami.

Pena Kasih: KepadaMu Ya Allah...........aku memohon ampun dan maaf andai kata penulisan aku ini dikatakan riak........dikatakan menunjuk-nunjuk tapi niat hambaMu tidak seperti itu.

MORNING PRAYER(2)




Setiap kali selepas perhimpunan pagi,my HM mesti mengambil sedikit masa untuk menyampaikan amanat kepada semua staf.Mengingatkan semua staf akan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.Yang pastinya dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat melaksanakan semua tugas dengan baik sepanjang minggu lepas.

Motivasi kepada semua guru agar sentiasa mementingkan keselamatan diri dan anak didik.Mengingatkan guru-guru agar sentiasa menjaga kesihatan diri.Lebih-lebih lagi minggu ini, selama tiga hari beliau tiada di sekolah kerana menghadiri kursus berkaitan dengan Pembestarian sekolah.

Sempat juga beliau berpesan kepada saya agar menjaga sekolah sepanjang ketiadaan beliau dan semua surat-surat hendaklah diambil tindakan.Itu memang sudah menjadi rutin saya mengambil alih tugas apabila beliau tiada di sekolah dan tanggungjawab menjadi berat.Dia selalu mengingatkan saya 'if she is not around, make sure u do the same job as i do eventhough if she is not around on Monday, i must do 'Morning prayers' to our staff.Pesanan demi pesanan dibuat agar saya tidak lupa.

Pena Kasih : Kalau orang lain masih berbudi bahasa apabila berkomunikasi......adalah menjadi malu apabila bangsa sendiri tidak seperti itu.

Sunday, October 17, 2010

PERSEDIAAN

Sebulan lebih lagi,saya akan menghadapi peperiksaan untuk pengajian saya.Perlu persediaan rapi agar saya tidak ketinggalan.Bukan apa, sejak awal lagi saya sebenarnya masih kabur dan terawang-awang lagi.Baru-baru inilah sudah nampak jalan dan keperluan yang perlu saya lakukan.Banyak buku dan bahan-bahan telah di'fotostat' bagi memudahkan saya membuat ulangkaji.

Kini tarikh peperiksaan telah saya perolehi........24 November dan 28 November.Nampak gayanya,hasrat untuk menghadiri perkahwinan Hanim tidak kesampaian.Awal-awal dan mesej kat husband memaklumkan tarikh tersebut.Hendak buat macamana..............Bila dah belajar banyak yang perlu dikorbankan buat seketika.


Chatting ngan Shidah





Shidah with her new husband...........Congratulations.



Gembira kerana setelah sekian lama tidak bertemu dengan Shidah, akhirnya dapat dijejaki melalui FB.Biasalah banyak cerita yang diperolehi.Sedih, suka semuanya ada.Macam-macam info yang diperolehi.Semoga Shidah tabah menghadapi kehidupan yang mendatang.

Setiap hari apabila nampak saya 'online',kami saling sapa menyapa.Dia masih ingatkan saya kerana pernah berjumpa beberapa tahun dahulu.Itu dahulu kini sudah lain.Apa-apa pun, tahniah Shidah.Semoga kebahagiaan akan tetap bersamamu.





Pena Kasih:Suka tengok orang bahagia.

Friday, October 15, 2010

BELAIAN


Pokok bunga kertas dari Muar......


Pokok orkid kuning......

Inilah kerja hubby setiap kali balik kerja......
Kehijauan bunga-bunga yang kami tanam semakin menjadi.Tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang tidak berapa panas memungkinkan pokok-pokok bunga yang ditanam semakin hijau.Kalau dahulu kami biarkan ia begitu sahaja tetapi setelah kami sediakan tempat dan ada ruang untuk meletakkan pasu-pasu bunga di kaki "Anjung Kasih" kami itu menyebabkan salah satu faktor yang menghijaukan daun-daun tanaman bunga kami.

Setiap kali pulang dari sekolah, saya akan melihat pokok-pokok bunga.Sejuk mata memandang,damai hati bersama-sama kehijauan.Sebelah malam pula, hubby akan menjirus bunga ataupun balik dari kerja sememangnya dia akan memastikan bunga sentiasa bersiram.Bukan orang sahaja yang memerlukan belaian, malah pokok-pokok juga memerlukan belaian daripada tuannya.Kini,pokok-pokok orkid sudah mula mengeluarkan bunga.Syukur teramat sangat.Emak mentua juga ada memberikan kami dua pasu bunga keladi.Sungguh cantik.Thanks emak..

Setenang hati melihat kehijauan bunga-bunga di sekeliling 'Anjung Kasih' kami.Malah di celah-celah tiang 'Anjung Kasih' terdapat burung-burung merpati membuat sarangnya.Emmm.....senangnya burung itu membuat sarang, mencari tempat berlindung.Setiap petang ada aja burung tersebut berkeliaran di kawasan 'Anjung Kasih' kami.Kami biarkan ia berlegar-legar di situ.

Pena Kasih : Kehijauan mendamaikan hati dan perasaan kami.Semoga Allah memberi pelindungan kepada kami agar tidak sekali-kali hati ini disisip dengan perasaan dengki, cemburu.Ampunilah kami,Ya Allah.

TINDAK IKUT


Hampir seminggu saya menyediakan satu kertas tindak ikut untuk bulan Oktober hingga Disember sebelum penghujung cuti sekolah bermula.Sambil menyiapkan kerja-kerja sampingan pentadbiran dan core-business saya disamping ingin melunaskan kerja-kerja e-perlu yang sehingga kini gagal dimasuki kerana masalah line atau apa saya tidak ketahui.Namun, apabila terjaga di tengah malam untuk bersamaMu......seusainya, saya membuka komputer menyiapkan kerja.Sehingga kini saya gagal melakukannya.Inisiatif lain terpaksa dilakukan.

Tindak ikut yang memerlukan perancangan yang teliti agar tidak ada yang tertinggal untuk diambil tindakan oleh semua guru disamping guru-guru boleh menyempurnakan tugas sebelum bercuti panjang.Semoga dengan adanya perancangan yang telah saya buat ini akan menjadi 'guide-line' guru untuk merancang percutian mereka.Sebab itulah, saya memerlukan masa untuk memastikan tindak ikut ini akan menjadi tindak ikut semua guru dan mereka dapat memastikan segala maklumat dan tugasan yang berkaitan dengan mereka dapat disediakan dengan sebaik mungkin.Perancangan selama 3 bulan sudah tentu memerlukan ketelitian dan semakan daripada boss agar semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Pena Kasih:Semua manusia tidak sempurna.Yang tidak sempurna itulah yang perlu kita renungi dan berusaha mengatasi kekurangannya.

Thursday, October 14, 2010

PTK

Esok ada beberapa orang rakan saya yang akan menduduki PTK.Semoga Kak Yati dan Cikgu Maha dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri.
Tahun ini, saya tidak mengambil PTK untuk kategori DGA 41.Mahu rileks sedikit.InsyaAllah pada tahun hadapan ,saya dan beberapa rakan akan menduduki PTK.

Selain penilaian prestasi yang dijalankan di peringkat sekolah, semua guru juga perlu menduduki PTK untuk memastikan agar berlaku anjakan gaji.Pada tahun ini, saya sememangnya belum bersedia lagi untuk mengambilnya.Kalau tidak.......susah juga ya.Dengan persediaan untuk presentation lagi serta kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan.

Persediaan yang rapi amat perlu jika kita hendak mengambil sesuatu peperiksaan.Adik saya juga pada tahun ini tidak mengambilnya kerana belum bersedia.

Pena Kasih:Mendoakan agar semua rakan yang menduduki PTK dapat menjawab dengan tenang dan baik.

KEMUNCAK AKTIVITI





Setiap hujung tahun memang pelbagai aktiviti dijalankan.Selain mengisi program untuk murid-murid tahun 6,kami juga menyediakan program untuk murid tahun 4 dan 5.Gabungan program ini adalah untuk melihat hasil pembelajaran yang dipelajari sepanjang tahun 2010 khususnya yang melibatkan aktiviti badan uniform.

Program yang dirancang dengan baik sekali dan tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran ini telah dapat diaplikasikan oleh murid-murid SKCC dengan baik sekali.

Hasil rekacipta yang direka sendiri hasil daripada perbincangan jelas menunjukkan kami juga ingin memastikan murid-murid mempunyai daya kreatif dan inovasinya sendiri dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.Kerjasama di antara satu sama lain akan dinilai dengan diadili oleh guru-guru sekolah sendiri.Melihat kemampuan mereka berfikir dan seterusnya merekacipta mengikut kreativiti sendiri.Mulalah pelbagai bentuk benda yang dicipta.

Kami juga tidak ketinggalan mengajar mereka aktiviti memasak (karipap sardin dengan menggunakan roti serta jemput-jemput roti)Enak sekali.Masing-masing menunjukkan kebolehan tersendiri.

Semalam demonstrasi telah diadakan bagi memudahkan aktiviti dijalankan pada hari ini.


Program Gosok Gigi






Pihak kesihatan pergigian telah mengadakan program kepada semua pelajar pada hari ini iaitu program gosok gigi yang betul.Demonstrasi cara-cara menggosok gigi telah dijalankan bermula dengan kelas tahun 1 hingga tahun 6.
Mereka telah dilatih cara menggosok gigi yang betul dan penggunaan berus gigi dan ubat gigi yang betul.

Pena Kasih :Masing-masing mempunyai bakat tersendiri.

Wednesday, October 13, 2010

KONGSI CERITA

...........balik dari sekolah,hubby tersenyum-senyum.Rupa-rupanya ingin berkongsi cerita menarik daripadanya.Bukan apa, ada pengikut blogger merayu-rayu agar komennya dikeluarkan kerana selama ini ,hubby membiarkan setiap komen dipaparkan tapi apabila disekat seperti cacing kepanasan.Ada juga manusia seperti itu..............

Kalau rasa ada perasaan dendam dan tidak puas hati.........tidak perlu baca blog orang itu.Sebaliknya layarilah blog orang lain yang lebih ilmiah dan mendapat manfaatnya.Sebaliknya blog husband dijadikan sebagai tempat melepaskan perasaan dendam dan sanggup mengeluarkan perkataan munafik dan kafir........malah mudah mengeluarkan perkataan terpesong akidah.Agaknya pengikut blog itu begitu arif dalam soal agama.Kami tersenyum kerana kami telah menjejaki si pengikut tersebut dan telah tahu lokasinya.Alhamdulillah....................Kalau tak suka beralihlah kepada blog orang lain.Kalau rasa tidak puas hati, tampilkan diri dan berterus terang dan jangan hanya seperti labi-labi yang menyorokkan kepalanya.

Yang peliknya beria-ia sangat meminta agar komennya dipaparkan sedangkan pemblogger mempunyai hak untuk memaparkan atau tidak.Sebenarnya kita boleh tahu niat seseorang itu.......sebaliknya seolah-olah irihati dengan kami.Itulah dinamakan manusia.Kita tidak mempunyai apa-apa niat sebaliknya pengikut blogger yang lebih-lebih dan tidak senang hati dan susah hati kerana kami masih belum pergi ke Mekah.Diri sendiri mesti ingat...........kalau rasa sudah mampu jejaklah kaki dahulu.Saya rasa semua orang ingin ke sana.Jangan susahkan kami.InsyaAllah, kami akan sampai ke sana.Doakanlah untuk kami.

Disebabkan kami ni, bukanlah orang yang suka melancong.Kalaulah kami paparkan tempat-tempat melancong,lagilah tidak senang hati agaknya.Belajarlah bertaubat............jangan ingat kita yang terbaik sebaliknya ada orang yang lebih baik daripada kita.Pendamkanlah perasaan dendam dan bersihkan hati.Tidak perlulah layari blog kami yang tidak seberapa ini.

Tiba-tiba saya teringat kata seseorang ...........dahlah tak suka kat kita, tapi dialah yang selalu menjadi pengikut setia blognya.Renung-renunglah diri kita.

Pena Kasih:Kalau rasa kita yang terbaik, kita bersihkan diri kita dahulu daripada sikap dendam dan sebagainya.Allah mengetahui segala-galanya.

Tuesday, October 12, 2010

ARNAB DAN KURA-KURA


Hobi anak saudara saya yang baru ialah memelihara arnab.Mula-mula beli seekor sahaja dan disebabkan tidak mempunyai kawan,arnab itu sentiasa berlari ke sana sini dan meloloskan diri dari sangkar.Kadang-kadang semasa berborak-borak tidak menyedari yang arnab itu berada di bawah kaki kami.

Justeru, ayahnya membelikan seekor lagi arnab sebagai teman hidupnya.Dibelai oleh Dila dan adiknya dengan penuh manja.Dibersihkan tubuh badan dan diberi makanan lobak dan juga makanan dari kedai.Manja.............Namun , tidak lama arnab itu bertahan.Akhirnya arnab itu pergi juga meninggalkan temannya.

Dila merengek-rengek agar dibelikan lagi seekor arnab.Bersama-sama dengan tok yahnya, mereka membeli seekor arnab yang besar dan dikurung di dalam sangkar.




Berbeza pula Amir yang lebih meminati membela kura-kura.Dua ekor kura-kura dibelinya sebagai satu hobi barunya.Disediakan di dalam bekas dan setiap hari akan dilihat untuk memerhati perkembangan kura-kura tersebut.

Pena Kasih :Saling memerlukan antara satu sama lain.

Monday, October 11, 2010

KATA-KATA RENUNGAN


Ibnu Mas'ud

Hai Lidah! Berkatalah yang baik,telah kau tanamkan kebaikan atau diamlah engkau, terpeliharalah dirimu daripada ranjau sebelum dirimu kau sesali.

Orang yang menggunakan perkataannya tak sesuai dengan perbuatannya sebenarnya ia menghina dirinya sendiri.

Ibnu Abas

Kebanyakan manusia itu mengutamakan dosanya dan menunda-nundakan taubatnya.

Albert The Great

Sifat-sifat buruk yang ada pada diri setiap insan seperti takut,benci,takbur dan cepat marah merupakan akibat daripada faktor-faktor jasad yang tidak tenang.

Pouw Kioe An

Jika anda mengucapkan kata-kata hina,anda akan mendengarnya semula kelak.

Jika seseorang itu tidak menemui ketenteraman dalam dirinya sendiri, sia-sia sahaja ia mencarinya di tempat orang lain.

Nabi Muhammad s.a.w

Takutilah engkau daripada berbantah-bantahan dan berkelahi dengan maki hamun dan sumpah seranah,bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan akhirnya penyesalan.

Janganlah engkau melayani rasa marah dan apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan fikirkanlah kekuasaan dan kebesaran Allah Taala ke atas hambaNya .Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalikan engkau kepada kesabaran.


Pena Kasih:Tidak suka manusia hipokrit.Walaupun bersalah tetap menyalahkan orang lain.

PELANCARAN BULAN BAHASA


Adik Humairah mendeklamasikan sajak



Terpegun mendengar syair yang disampaikan oleh cikgu Supian



Cikgu Supian secara spontan membaca pantun, gurindam dan seterusnya syair.Tahniah.
Pelancaran bulan bahasa dijalankan pada bulan Oktober.Sekolah saya juga tidak ketinggalan mengisi bulan bahasa dengan pelbagai aktiviti dijalankan.
Hari ini, Guru Besar telah melancarkan bulan bahasa di peringkat sekolah.Cikgu Supian memulakan majlis dengan membaca beberapa kerat pantun, diikuti dengan gurindam dan akhir sekali bacaan syair yang diperdengarkan atas permintaan guru besar.

Guru yang serba boleh ini telah melakukannya secara spontan dengan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar.Kemudian majlis diteruskan dengan deklamasi sajak oleh adik Humairah dan adik Fatihah Aqilah.Mereka semuanya berbakat hasil tunjuk ajar oleh guru-guru.Mereka bakal meninggalkan sekolah ini setelah hampir 6 tahun menuntut ilmu.


Pena Kasih :Budi Bahasa Budaya Kita.Mereka yang tidak berbahasa sahaja yang tidak tahu betapa tingginya nilai budi bahasa itu dipandangan mata orang lain.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails