Tuesday, March 10, 2009

HASIL TANAMAN

Hari ini, selepas saya menjemput anak lelaki saya balik dari sekolah jam 2.30 petang, saya terus ke kebun kecil saya yang terletak di belakang rumah.Meninjau hasil tanaman yang ditanam bersama-sama dengan suami dan anak lelaki.
Melihat tanaman bendi yang telah menghasilkan buah lalu dipetik dan dijadikan hidangan bersama-sama dengan ikan masak asam pedas.Sejak akhir-akhir ini, saya jarang sekali membeli sayur kerana kebanyakannya diambil dari kebun kecil saya.Tidak rugi berbudi pada tanah.
Apa yang menariknya ialah saya hanya menggunakan baja kompos cacing yang dibekalkan oleh adik ipar saya yang kini mengusahakan ternakan cacing.Saya hanya sekadar mencuba untuk melihat hasil tanaman menggunakan baja kompos cacing.Memang memeranjatkan kerana daunnya begitu lebar dan sayur-sayur tumbuh dengan segar dan subur.

Anak lelaki saya teruja untuk menanam jagung dan amat malang sekali hanya tiga batang sahaja yang tumbuh.Yang lain habis dimakan oleh ayam .Namun begitu,hasilnya juga telah dapat diambil dan dirasai.Haziq ketawa melihat hasil tanaman jagungnya dan dia berjanji akan menanamnya lagi.Saya juga menanam peria, terung,lada hidup, cili padi, sawi, kangkung dan juga kacang botol.Setiap hari, apabila balik dari sekolah saya mesti melihat sayur-sayuran tersebut dan sekurang-kurangnya rasa penat dan stress berkurangan akibat tekanan kerja yang semakin melambak.
Kadang-kadang saya mengagihkan tanaman sayur-sayuran kepada jiran-jiran terutamanya bendi yang begitu banyak mengeluarkan hasil.Setiap 2 hari saya akan mengutip hasil tanaman tersebut.
Setiap petang saya menghabiskan masa bersama-sama dengan sayur-sayuran.
Suami saya tidak ketinggalan menyediakan batas untuk memudahkan saya menanam sayur-sayuran.Setiap hari Sabtu dan Ahad, kami menghabiskan masa menanam sayur-sayur dan juga membersihkan kawasan tersebut.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails