............hari ini selepas berendam beberapa jam dengan air terasa seram sejuk badan ini.Membasuh kawasan sekeliling rumah dan dalam rumah,tiba-tiba badan terlalu sejuk.Digagahi juga untuk menyediakan makan minum suami dan anak-anak.Sempat terlena sebentar sebelum menyambung membuat kerja.
Apabila keadaan tidak sihat, saya menjadi kurang bercakap.Anak-anak dan ayahnya risau melihat perubahan saya.Yang lelaki lagilah......sekejap menjengah saya bertanyakan keadaan saya.Bersolat pun dalam keadaan tidak selesa.Nak pitam pun ada tapi tetap digagahi dan akhirnya bersyukur kepada Allah kerana masih mengizinkan saya menyempurnakan solat.Apa lagi terbaring bersama-sama dengan telekung.Memang tidak larat.Suami bising kerana semuanya kerja hendak buat dalam satu masa.Hari cutilah saya rasa perlu untuk melakukan semua itu.Mata tidak selesa melihat keadaan rumah yang berhabuk.Suami yang ketika itu sibuk memesin rumput di luar juga tidak menyenangi dengan pertumbuhan kemuncup yang tumbuh begitu subur.Hampir 4 jam, beliau memesin rumput dan akhirnya semua dapat dilakukan.
Di kepala ini, banyaknya yang hendak dibereskan.Surat SKPM telah sampai dan perlu dilakukan penambahbaikan.Dalam keadaan tidak larat, saya berjaya membereskan kerja tersebut dan hanya hendak diprintkan sahaja.Walaupun tarikh penghantaran lambat,saya memang tidak suka menyiapkan dalam keadaan yang kelam kabut.Minggu hadapan lagilah sibuk dengan majlis penyampaian hadiah dan juga keputusan UPSR akan diumumkan.Macam manalah anak-anak murid-murid Tahun 6.Mampukah menjadikan SKCC sekolah cemerlang dalam bandar bagi kategori peratus kelulusan seperti tahun lepas?Atau GPK Kurikulum dipanggil untuk membentangkan kenapa peratusan semakin menurun?Semuanya bermain dalam kepala ini.
Manalah demam nak pulih jika terlalu banyak yang perlu difikirkan.
Pena Kasih:Berdoa agar cepat sembuh dari demam............

No comments:
Post a Comment