Wednesday, November 10, 2010

KONGSI KEJAYAAN





Alhamdulillah, akhirnya keputusan UPSR pada tahun ini menampakkan peratus kualiti yang meningkat begitu tinggi sekali dengan GPS sebanyak 1.65.Memecah rekod sekolah sendiri.Kalau tahun lepas,pencapaian GPS adalah sebanyak 1.95.Menurut GB,pencapaian GPS ini adalah terbaik di SK .

Saya sendiri yang tidak sabar untuk mendengar keputusan UPSR.Kegelisahan melanda diri sehinggalah GB memaklumkan keputusan sebenar melalui telefon.Syukur alhamdulillah .

Namun, kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama dengan guru-guru lain kerana mereka tiada di sekolah.Yang ada hanya 5 orang sahaja.Yang penting , kami dapat berkongsi kejayaan ini bersama dengan ibu bapa yang turut hadir ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaan.Tiga mata pelajaran telah mencapai keputusan 100 % iaitu BM Pemahaman dan Penulisan serta Bahasa Inggeris dan Sains 96 % dan Matematik 84%.Apa-apa pun tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru tahun 6 kerana atas usaha yang ditunjukkan.Begitu juga dengan guru-guru lain yang memberikan sokongan ke atas kejayaan anak didik sekolah ini.Tanpa guru, mereka juga tidak mungkin mencapai kejayaan ini.Tiada sokongan daripada ibu bapa juga tidak mungkin mereka memperolehi keputusan sebaik ini.

Seramai 8 orang telah mendapat 5A dan near miss seramai 3 orang.Kejayaan ini adalah atas usaha mereka sendiri.Tidak mengenal erti penat dan sanggup mengorbankan masa cuti untuk memastikan mereka hadir bersama setiap kali program dijalankan.

Namun,kejayaan ini dikongsi bersama dengan PIBG yang banyak membantu pihak sekolah melaksanakan program yang dijalankan.

PENA KASIH :Syabas dan tahniah untuk anak-anak didik SKCC .Kejayaan itu tidak akan datang bergolek dengan sendirinya jika tidak diiringi dengan usaha.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails