Sepetang bersama Hafiz dan Hadif cukup menghiburkan.Kedua-duanya begitu manja sekali.Kalau dulu Hafiz begitu cemburu melihat kami memanjakan Hadif tapi kini Hadif turut sama meminta dibelai dan dimanjakan.Setiap kali kami berkunjung ke rumahnya,kedua-duanya berlari minta didukung dan dicium.Kalau tidak diambil salah seorang menangislah mereka.Namun bagi suami ianya sudah cukup menghiburkan hatinya walaupun berada dalam keadaan yang penat.
Petang tadi kami berkunjung sebentar ke rumahnya.Sebenarnya kami hendak ke kedai untuk membeli keperluan dapur tetapi suami mengajak menjenguk anak saudaranya.Kami tidak lama kerana Haziq tinggal keseorangan di rumah.Apabila kami hendak pulang, kedua-duanya menangis hendak mengikut kami pulang.Masing-masing menghulurkan tangan minta didukung.Peringkat awalnya kami tidak berhasrat untuk membawanya pulang ke rumah kami kerana sudah tentu kami terpaksa menghantar kedua-duanya balik selepas itu apatah lagi ibunya on call.Tangisan semakin kuat dan suami tidak sampai hati untuk membiarkan mereka begitu sahaja.Hendak tak hendak,kami bawa juga mereka ke rumah.
Kami bercerita tentang Haziq yang bermain bola jam 10.00 pagi bersama-sama dengan kawannya.Ketika itu cuaca panas.Lantas perbualan kami disampuk oleh Hafiz.
"Uda marahlah kawan abang ngah kerana ajak abang ngah main."
"Nanti, uda marahkan o.k." kata Hafiz.
Kami hanya tersenyum sahaja.Apabila disebut abang Ngah pastinya dia akan membela abang Ngahnya.Begitu sayangnya kepada abang ngah.
Apabila kami bercerita bab lain, dia tidak menyampuk kerana kami tidak menyebut nama abang ngah.
Di rumah kami, mereka begitu happy sekali.Hafiz menyatakan yang dia hendak tidur di rumah kami.Kami seperti tidak mempercayainya kerana pernah kami bawa dia tidur tapi tengah malam menangis hendak balik ke rumah ibunya di IOI.Terpaksalah udanya memujuk sehingga pagi.Tidur dalam keadaan teresak-esak.Sejak itu , kami tidak pernah membawanya tidur ke rumah kami jika tidak bersama ibunya.
Jam 9.00 malam, kami menghantar kedua-duanya balik ke IOI.Tangisan kembali kerana kedua-duanya hendak mengikut kami semula dan kami berjanji akan datang lagi.Itulah manjanya mereka berdua menumpang kasih atas kesibukan ibu bapa mereka.
Pena Kasih: Mesti menjenguk mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu melihat keletah mereka berdua.

No comments:
Post a Comment