Saturday, November 7, 2009

GERAKAN HATI


Alhamdulillah,Allah gerakkan hati kami untuk bertolak awal ke Johor Bahru selepas Asar.Perancangan awal bergerak jam 6.00 petang.Keadaan cuaca yang kurang baik menyukarkan pelancaran perjalanan kami.Hujan tidak setempat.Hujan lebat menyukarkan pandangan suami ketika memandu.Kami yang lain terlena apatah lagi keadaan cuaca ketika itu.

Allah gerakkan hati kami untuk bertolak awal dan sampai jam 7.oo malam.Bersama-sama dengan adik, kami ke rumahnya kerana suami mempunyai urusan di Johor Bahru dan bercadang untuk singgah di UTM keesokkannya.Rumah adik yang terletak di Taman Bukit Mewah merupakan salah satu tempat persinggahan kami sekiranya ke Johor Bahru.Anak-anaknya begitu gembira berjumpa dengan ayahnya setelah sekian lama tidak pulang ke kampung kerana kesibukan.Kemudian,kami dibawa makan di Taman Melur sambil bersantai menonton perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Kelantan.Ke KipMart yang merupakan satu-satunya destinasi yang perlu pergi ketika ke Johor Bahru.

Pena Kasih: Sentiasa berdoa agar Allah permudahkan perjalanan dan urusan kami.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails