Thursday, November 12, 2009

.........WOW HEBATNYA
















Kem membaca 1 Malaysia masih diteruskan pada hari ini.Pelbagai aktiviti dirancangkan agar menarik minat murid untuk hadir ke sekolah di saat menghabiskan sisa-sisa persekolahan bagi tahun 2009.
Hari ini,Kelab permainan bersama-sama dengan Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan pertandingan bola jaring antara rumah.Wow hebatnya peserta-peserta yang masih keliru dengan undang-undang permainan.Mereka main tanpa arah tujunya.Yang hebat tetap ada,yang main ikut suka juga ada.
Sementara itu, bagi tahap 1 pula diadakan acara sukaneka.Mengandar botol dan murid diperkenalkan dengan perkataan kandar dan perbuatannya sekali.Sekurang-kurangnya menambahkan perbendaharaan kata mereka.Menarik sekali sukaneka diadakan dibawah kelolaan Ekin.
Selepas rehat, murid-murid diminta memulangkan buku teks dibawah pengawasan Pn Radziah.Ketika inilah,kita tahu jumlah bilangan buku yang ada pada murid-murid.Jika kurang ada prosedurnya.Mulalah mereka tercari-cari buku yang selama ini entah dimana diletakkan.
Mulalah kata hilang, mulalah kata emak tersalah letak dan banyak alasan yang diberikan.
Seolah-olah tidak ada sikap menyayangi buku.
Dalam masa yang sama,murid-murid Tahun 5 mengadakan hari Jualan setelah mereka mempelajari subjek Kemahiran Hidup.Mempratikkan apa yang telah dipelajari.Jualan seperti goreng pisang panas.Begitu laris.......................Ada yang untung malah ada juga yang rugi.Di sinilah kita menilai kebolehan mereka dalam proses jual beli dan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan.Buat post-mortem kenapa mereka mengalami kerugian.Jangan ambil mudah,nak pastikan barangan laris, diturunkan harga sehingga tidak munsabah.Akhirnya tiada keuntungan.
Begitulah senario murid-murid sekolah ini.Aktiviti yang dijalankan dapat mengurangkan masalah ponteng sekolah.Pn Salbiah yang menerajui program ini dapat menggerakkan aktiviti dengan lancar.

Pena Kasih:Syabas kepada semua guru SKCC yang bekerja tidak mengenal erti penat.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails