Tuesday, January 31, 2012

KEMUNCAK JEMU BERALIH ARAH

Sudah hampir sebulan rasanya bergelumang dengan fail-fail dan kini sudah rasa jelak atau jemu melihat fail-fail tersusun di meja.Rimas...selagi di depan mata selagi itulah dirasakan masih tidak lengkap lagi.Sekejap menilik isi kandungan di dalamnya.....sekejap lagi ditutup ,begitulah rutin saya.Akhrinya rasa jemu sudah mula muncul.Banyak perkara lain yang perlu diberi tumpuan.My core-business is more important.Lupakan sejenak dengan fail kini beralih arah mengatur perancangan untuk murid-murid.

Betul juga kalau mereka berkata-kata,kerja guru bukan setakat mengajar malah perkeranian juga mampu dilakukan.Sistem fail perlu dipelajari dan isi kandungannya perlu diketahui.Hebat sebenarnya seorang guru di mata saya....itu pandangan ikhlas daripada saya.

Bukan itu sahaja, guru juga perlu merancang perbelanjaan untuk pembelian peralatan bagi panitia.Mereka merancang apa yang menjadi keutamaan dan keperluan panitia masing-masing.Banyak sebenarnya yang mereka perlu buat.Tapi mereka tidak kisah dan tanpa menyedarinya mereka telah melakukan lebih daripada apa yang telah ditetapkan.

Kini saya hanya meninggalkan tiga buah fail sahaja di sisi saya dan selebihnya saya telah letakkan di atas meja di bilik mesyuarat mengikut label yang telah ditetapkan.Biarlah sesempurna manapun kekurangan tetap ada........
Sedikit sebanyak bila fail sudah mula bergerak ke tempat lain, perasaan kita senang.



PENA KASIH :

Cuba buat yang terbaik.....

Sunday, January 29, 2012

ALHAMDULILLAH.....

Alhamdulillah itulah lafaz yang terkeluar dari mulut ini apabila melihat seorang pemuda yang terselamat daripada kecederaan akibat terlanggar 'pig' berhampiran rumah kami.Kebetulan baru balik daripada mencari 'netbook' for my sis,ternampak orang ramai di hadapan rumah kami.
Kemudian ternampak motosikal dalam keadaan yang agak teruk sedikit menyebabkan saya terbayangkan wajah my son coz my son tidak mengikut kami ke bandar.

Lalu saya pantas turun dari kereta dan terus berjumpa dengan pemuda tersebut.My sis siap berikan minyak gamat dan kapas untuk membersihkan luka pemuda tersebut.Rupa-rupanya dia merupakan anak salah seorang kenalan kami sewaktu di Tahang Rimau.Lafaz syukur sekali lagi terkeluar dari mulut kerana dia hanya mendapat luka-luka kecil sahaja.Hubby memaklumkan dia ternampak macam sesuatu yang sudah terbongkang di tepi jalan.Lalu dia ke arah tersebut dan mendapati 'pig' tersebut sudah mati.Masalah lagi kerana ia berhampiran rumah kami.Nak buat macamana dengan 'pig' tersebut.

Sempat lagi saya menasihati budak tersebut agar tidak menunggang motosikal dengan kadar yang laju apabila melalui kawasan kampung.Dia akur....
Pastinya saya terharu kerana dia hendak mencari wang untuk menampung perbelanjaan persekolahannya dengan menjual hasil tangkapan udang.Kejadian berlaku sewaktu dia hendak pergi memancing di Taman Rekreasi Chodan.

Keesokkannya dengan kreativiti hubby, dia berjaya membuang 'pig' tersebut jauh dari rumah kami.


PENA KASIH

Sedang menempah 'sign-board' sebagai tanda berhati-hati melalui kawasan ini.

Saturday, January 28, 2012

UNDANGAN MAK TAM






Alhamdulillah, jemputan ke majlis tahlil di rumah Mak Tam telah selesai.Terima kasih Mak Tam sekeluarga atas undangan tersebut.

Sudah beberapa hari Mak Tam memaklumkan kepada saya supaya hadir ke majlisnya pada hari ini.After solat Isyak, kami bergerak ke rumahnya.Pak Usu dan Mak Usu telah sedia ada dan saya agak lewat hadir kerana menunggu kepulangan my son from masjid.Lagipun, hati akan rasa selesa apabila berjalan selepas solat.

Ayah telah mengetuai majlis tahlil ringkas pada hari ini.Syukur semuanya berjalan dengan lancar.Sesekali sayu di hati apabila terkenangkan Pak Tam.Setiap kali solat saya tidak lupa untuk membacakan surah Al-Fatihah untuk bapa mertua, Pak Tam, datuk dan nenek yang telah meninggalkan kami.Itulah yang saya lakukan setiap hari.

Masih teringat lagi pesanan Pak Tam untuk Along supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.Apabila Along menerima berita pemergian Tok Tamnya, air mata mengalir .Saya faham kerana Along memang sering berkunjung ke rumah Tok Tam apatah lagi Haziq yang dijagainya sewaktu bayi lagi.

PENA KASIH:

Mudah mengalirkan air mata apabila memori lama bersama orang-orang tersayang muncul kembali....

BERSENDIRIAN....


Kasihan Along......bersendirian di Perlis dan hanya bertemankan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.Apabila mengambil keputusan untuk ke Perlis menghantar keretanya, hubby tidak benarkan dia balik ke kampung kerana kepenatan berulang-alik dengan perjalanan yang jauh.

Setiap masa, saya akan sentiasa menghubunginya.Bertanya khabar dan itulah rutin saya.Walaupun mungkin jemu dengan persoalan yang sama tapi sudah cukup puas untuk berinteraksi bersamanya.

3 hari 2 malam saya bersama dengannya di Perlis.Membawanya bersiar-siar sebelum meninggalkan dia keseorangan nun jauh di utara.Malamnya kami berbual-bual dan nasihat-menasihati kerana kehidupan ini penuh dengan cabaran dan godaan.Hanya kekuatan iman sahaja yang mampu menangkis segala-galanya.

Cabaran kehidupan di waktu remaja memang kuat.Semua orang mengalaminya dan saya juga tidak terkecuali.Namun,saya katakan yang penting diri kita sendiri untuk menempuhi cabaran tersebut.Mungkin pengalaman kita menjadikan kita lebih berhati-hati dan mengingati antara satu sama lain.Dia akur......

PENA KASIH:

Diari perjalanan kehidupanku di waktu remaja masih tersimpan kemas......

Friday, January 27, 2012

MASIH TERASA LETIHNYA.....

Emmmm......my son merungut keletihan kerana berjalan jauh pada hari Sabtu.Merungut dan tidak mahu lagi berjalan pada tahun ini.Kami hanya mendiamkan diri kerana sememangnya dia telah membuat keputusan untuk tidak mengikut kami ke Perlis di peringkat awal lagi.Namun, apabila dikejutkan pada hari itu untuk dihantar ke rumah Mak Itamnya,dia telah mengubah fikiran untuk mengikut kami juga.Kami tersenyum kerana sebenarnya kami tidak mahu dia tinggal sendirian tanpa kami.

Akibatnya, hampir seminggu dia tidak menjenguk buku untuk dibaca tapi banyak menghabiskan masa dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah sahaja.Malah, lebih banyak tidur melepaskan keletihan yang dialaminya.

Bukan dia sahaja yang letih, saya juga mengalami simptom yang sama.Cuma saya gagahkan diri ini untuk menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai apabila mengambil keputusan ke Perlis.Sebelum itu pun saya sudah bersengkang mata menyiapkan dokumen-dokumen penting untuk dipantau.
Apabila my bos menyerahkan surat memangku menjalankan tugas kerana beliau akan bercuti selama seminggu pada minggu hadapan menyebabkan saya rasa itu satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan .Sudah beberapa hari saya lewat balik ke rumah sehingga ke petang memastikan semuanya beres dan berbincang with my bos tindakan yang perlu dilakukan apabila pelawat hadir ke sekolah tanpa seorang bos.Alhamdulillah, mempunyai rakan-rakan yang begitu komited pada tugas dan menyebabkan saya rasa begitu happy sekali.

Actually, saya sebenarnya begitu bersyukur kerana mendapat seorang suami yang begitu memahami kesibukan isterinya.Semangat yang dilontarkan kepada saya setiap pagi apabila menghantar saya ke sekolah sudah cukup untuk membantu saya menyiapkan kerja-kerja.Kadang-kadang dia membiarkan saya menghabiskan masa di sekolah dan menyiapkan kerja.Apabila kepenatan, dia mengajak saya makan di luar walaupun sebenarnya saya kurang berminat untuk makan di luar.Apabila kemuncak kepenatan berlaku, barulah saya makan di luar sahaja,jika tidak saya lebih rela memasak untuknya.
Namun, saya akan pastikan sebelum pergi ke sekolah saya akan memastikan keadaan di rumah bersih dan kemas.

Sebenarnya banyak perkara yang perlu saya bereskan ........kadang-kadang tidak tahu yang mana satu perlu diuruskan .Semuanya penting dan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk balik lewat dan menyiapkan kerja.Thanks also to my bos kerana banyak memberi bimbingan kepada saya terutama apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.

PENA KASIH:

Masih terus belajar.....

Wednesday, January 25, 2012

SABAR ITU BESAR ERTINYA

Menyegarkan mata, menyejukkan hati....itulah indahnya ciptaan Ilahi.

Nun jauh di sudut hati, saya begitu mengerti situasi yang dialami.Namun, saya hanya mampu meminta dirinya bersabar dengan karenah manusia yang sudah tentu mempunyai pelbagai rupa dan gaya.
Tidak semua apa yang kita buat dan lakukan disukai.Adakalanya seolah-olah mencabar diri kita dengan gerak-geri yang dipamerkan.Ada kalanya kesabaran kita diuji .Percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah sentiasa menguji orang yang kuat kesabarannya.

Pastinya tidak semua sahabat itu akan menjadi sahabat yang setia buat diri kita.Kita perlu ingat tidak semua sahabat itu baik dengan kita.Tidak semua sahabat itu suka dengan cara dan gaya kita.Percayalah,kini amat sukar untuk mencari sahabat yang benar-benar erti sahabat sebenarnya.Biarlah kita berpada-pada apabila berkawan.

Sehingga kini, saya memang tidak mempunyai seorang sahabat yang begitu rapat dengan saya.Berkawan memang ramai tapi untuk mencurah atau menceritakan apa jua, tidak mungkin saya lakukan.Banyak pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati.

Saya sering menasihati anak-anak saya terutama berkaitan dengan bersahabat.Jangan mudah untuk mencurahkan segala-galanya kepada teman kita kerana pada suatu hari ia akan menjadikan bahan cerita kita sebagai medan untuk menjatuhkan diri kita.Jadikan pengalaman yang pernah kita lalui sebagai satu ikhtibar untuk kita apabila berkawan.

PENA KASIH

Pengalaman menjadikan saya lebih berhati-hati.....

Tuesday, January 24, 2012

DESTINASI UTARA.










Biarpun perjalanan dilalui agak sesak kerana musim perayaan,namun kami bersyukur kerana sampai ke destinasi dengan selamatnya.Kepenatan kerana kesesakan jalan raya menyebabkan perjalanan kami agak lambat.Sepatutnya sampai lebih kurang jam 3.00 petang tapi berlarutan sehingga jam 11.00 malam.

Sepanjang perjalanan, Along tidak berhenti-henti menelefon kami ingin mengetahui kedudukan kami sebenarnya.Tidak sabar-sabar menantikan kehadiran kami.Kali ini, Along tidak balik ke kampung kerana kami telah bersetuju untuk ke Perlis menghantar kereta untuk kemudahan dirinya.Itu niat kami dan bukannya untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak kami.Keperluannya untuk ke klinik dan sebagainya.Walaupun sebenarnya kami tidak begitu teruja untuk membelikan kereta untuknya tapi disebabkan bimbang keselamatan dirinya yang menunggang motosikal menyebabkan ayahnya mengambil keputusan untuk membelikan untuknya.

Namun, saya sentiasa menasihatinya agar lebih berhati-hati apabila memandu dan menggunakannya apabila perlu sahaja.
Kami ke sana dengan membawa dua buah kereta.Along yang begitu excited apabila mendengar kami ingin ke sana.Lalu dia meminta kami ke Langkawi.Alhamdulillah,akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke sana dapat juga diperolehi dengan bantuan my ex-MPKI.Thanks to him......

Kami tidak lama di Langkawi.....lebih kurang pukul 5.00 petang kami telah mengambil keputusan untuk balik semula ke Kuala Perlis di mana tempat penginapan kami.Sempat jugalah kami membeli pinggan-mangkuk tapi tidaklah terlalu banyak kerana masalah untuk membawa pulang ke Segamat.Kalau ikutkan hati, memang kami ingin membeli pelbagai jenis pinggan-mangkuk yang sememangnya murah tapi memandangkan tiada tempat untuk meletakkan barang, so kami beli yang patut sahaja.

Apabila sudah kepenatan, kami menghabiskan masa di bilik sahaja.Kami tidak berjalan-jalan di Perlis.Esok paginya,kami mengambil keputusan untuk balik ke Segamat.Sempat lagi kami melalui jalan-jalan kampung di Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan ke Segamat. Apabila tiba di Tapah,hubby mengajak kami ke Cameron Highlands.So, peluang yang ada memang dinantikan walaupun my son kurang berminat untuk ke sana.Just jalan-jalan sahaja. Buat pertama kalinya buat emak menjejakkan kaki ke sana.Kami singgah sebentar membeli
apa-apa yang patut.Melihat suasana di Cameron Highlands memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita akan kebesaran Ilahi.Saya sememangnya begitu teruja dan berminat sekali melihat pemandangan di situ.

Setelah puas menjelajah di situ, kami akhirnya pulang ke destinasi dan sempat singgah di Sate Haji Samsuri yang terletak di Kajang.Memenuhi impian ayah.Setelah itu barulah meneruskan perjalanan ke Segamat dan sampai ke destinasi jam 2.00 pagi.Alhamduillah, semuanya selamat dan kini masih terasa penatnya.

PENA KASIH :
Kelantan destinasi akan datang.....InsyaAllah.

Tuesday, January 17, 2012

KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL

Lately ni selalu sangat balik lambat.Sampai rumah jam 6.30 petang.Pagi sampai sekolah 6.30 pagi.Apa-apa pun kerana perlu menyiapkan dokumen yang sememangnya dirasakan sudah lengkap tapi masih ada lagi yang perlu dikemas kinikan.Biasalahkan...selagi mereka tidak hadir,selagi itu fail melambak di depan mata, selagi itulah dirasakan tidak lengkap.Kita pun tidak tahu apa yang dikehendakinya. At least saya telah menyiapkan kerja-kerja tersebut dan sama ada betul isi kandungan depends kepada pemantauan yang dikehendaki.Eventhough telah diberikan guide line apa yang perlu disediakan, tapi biasalah......

Namun kekuatan fizikal dan mental amat perlu disaat ini......memang penat kalau terlalu banyak menggunakan mental.Terasa letihnya mata dan otak ini.Pastinya stres juga menjadikan kita yang terleka ini terbangun dari tidur,meneruskan kerja-kerja yang diperlukan.Cuba untuk mengawal emosi di saat apa yang diperlukan tidak dijumpai..



PENA KASIH:

Mengawal emosi...


Saturday, January 14, 2012

KEMARUK FAIL......



Hasrat dihujung minggu untuk menyiapkan maklumat 2012 untuk dimasukkan ke dalam fail terbantut seketika kerana menerima mesej supaya menyiapkan dokumen 2011.Terbayang apakah dokumen yang perlu dikemas kinikan?Masih tertanya-tanya sehinggalah saya ke sekolah pada hari ini lebih kurang jam 3.30 petang.

Sampai sahaja Cikgu Ali telah bersiap sedia dengan failnya.Lantas saya meminta maklumat from my bos untuk melihat dokumen yang perlu disediakan.Memang semuanya telah saya kemas kinikan tetapi ia memerlukan pecahan/bahagian-bahagian.So terpaksa kemas kinikan dalam bentuk yang dikehendaki.Nampak mudah tapi rumit sebenarnya.

Selepas penat duduk di kerusi melepak pula di meja jepun saya.Emmm...dalam kata sudah lengkap tapi menjadi bingung juga apabila semua maklumat perlu diasingkan seperti yang dikehendaki.Tawaran New Deals menyebabkan kami terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan segala dokumen.Masing-masing sudah menjadi tidak keruan lagi.Walaupun pada dasarnya my part dah siap tapi perlu dimurnikan dan dilengkapkan seperti apa yang dikehendaki.Menjadi semakin banyak rupanya.My partlah yang paling banyak jika dibandingkan dengan KK dan HEM.Tapi saya tidak terlalu stres kerana semua maklumat telah ada.Biasalah saya ni, cuba hendak buat yang terbaik so kena banyak pengorbanan pula.Hubby pula menyemak semua kerja saya dan melihat kerja-kerja saya yang semuanya telah didokumentasikan...cuma nak ganti cover dan masukkan ke dalam fail .

PENA KASIH:

Buat yang termampu sahaja.....




Friday, January 13, 2012

KURANG SOPAN..,,...

Mungkin menggunakan bahasa yang kurang sopan sudah menjadi satu habit kepada remaja hari ini.Namun tidak semua remaja melontarkan kata-kata kurang sopan.Apabila emosi gagal dikawal,akhirnya terluncurlah perkataan yang tidak sepatutnya dilahirkan di kalangan remaja.Walaupun dianggap gurauan tetapi tidak semua orang boleh menerima gurauan dengan kata-kata yang kurang sopan.

Kadang-kadang apabila membaca fb, saya terkejut dengan luahan kata-kata yang kurang sopan.Mereka gagal untuk mengawal emosi sehingga munculkan perkataan yang kurang enak didengar.Membodoh-bodohkan kawan mahupun saudara-mara.Akhirnya akan rasa tersinggung dikalangan masing-masing.

Saya pernah menegur anak murid saya sendiri kerana saya begitu terkilan dengan penggunaan bahasa kepada rakan-rakan.Dia menerima teguran dan meminta maaf dan berjanji tidak akan melontarkan kata-kata seperti itu.Sebab itulah saya katakan kerana terlalu mengikut emosi,akhirnya gagal mengawal kata-kata dan muncullah perkataan yang sememangnya jelik sekali untuk didengar.

Saya selalu berpesan dengan anak-anak,andaikata mama terdengar perkataan yang kurang sopan diluncurkan dari mulut,akan menerina habuannya.Biar orang melontarkan kata-kata kurang sopan kepada kita tetapi jangan sekali kita melontarkan kata-kata itu kepada orang lain.

PENA KASIH:

Masih terngiang-ngiang di telinga ini.....

Thursday, January 12, 2012

PROGRAM SIHAT CERGAS





Program yang dilaksanakan pada tahun ini dengan tujuan untuk melahirkan warga SKCC yang sihat dan cergas.Walaupun hanya mengambil masa 10 minit sahaja tetapi semangat yang ditunjukkan oleh warga SKCC sudah cukup menggambarkan agar program ini dapat diteruskan pada setiap minggu.

Lihat sahaja wajah murid-murid...mereka begitu ceria sekali dengan iringan muzik dan diketuai oleh dua orang guru iaitu Cikgu Ekin dan Cikgu Pian.Guru-guru veteran mahupun yang muda tidak ketinggalan menggunakan peluang ini merilekskan minda,menceriakan wajah sebelum proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

My bos also turut sama menggoyangkan badan,mengikut rentak dan irama sambil bersantai bersama-sama dengan guru lain.Respon yang baik.Hebat warga SKCC.....agar terus cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik tetapi mempunyai kesihatan yang baik.Syabas, cikgu-cikgu SKCC.

PENA KASIH

Sempat juga menggoyangkan kaki ,menggerakkan tangan sebagai tanda menyokong program ini.

Tuesday, January 10, 2012

5 HARI SUDAH...

Diam tidak diam, sudah lima hari perjalanan sekolah.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.
Hari pertama persekolahan memang terasa penatnya.Apabila usia menginjak, begitulah tenaga kita yang semakin kurang tetapi semangat keguruan tetap ada.Dunia pendidikan memang sudah sebati dalam diri ini.Apabila SBPA diperkenalkan,rata-rata memilih bersara 60 tahun.Mampukah kita untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik atau mungkin kita sudah tiada lagi di dunia ini.Wallahualam..

Namun, semangat keguruan yang ada dalam diri kita membuatkan rasa penat hilang begitu sahaja apatah lagi melihat wajah anak-anak didik.Tahun ini, saya masih mengajar di Tahun Tiga dan Empat.Nampaknya tahun ini mereka lebih bersemangat untuk belajar dan memberikan respon yang baik sepanjang saya menjalankan proses pnp.

Memang tidak dinafikan tidak semua pelajar itu mampu untuk mengikut pengajaran kita.Ada yang cepat, sederhana dan lambat.Masih terlalu awal untuk memberikan penilaian sebenarnya.Namun begitu mudah untuk melihat keupayaan pelajar itu memahami apa yang diajar.Lihat sahaja latihan-latihan yang diberikan kepada mereka.Ada yang 10 soalan boleh dihabiskan dengan begitu mudah sekali malah ada pula yang 1 soalan pun masih belum dapat diselesaikan.Alhamdullilah, pada tahun ini semua pelajar saya boleh membaca dan kini saya lebih banyak memberikan latihan menulis dan mengesan pelajar yang mempunyai tulisan yang kurang kemas.

Banyak sebenarnya yang perlu disiapkan di awal tahun ini.Rasanya seperti tidak cukup masa.Tapi masa tidak pernah lebih atau kurang .Masih sama lagi cuma kita sahaja yang adakalanya terleka,tercuai sedikit membuatkan segala perancangan hanya tinggal perancangan.
Namun,waktu bekerja saya gunakan sepenuhnya dengan menyiapkan segala-galanya walaupun adakalanya perlu menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran.Banyak perkara yang perlu di'settle'kan dalam masa yang singkat sahaja.

Untuk menjadi seorang pemimpin , kita perlulah bersama-sama berganding bahu dengan orang bawahan bagi memastikan setiap program bergerak seperti yang dirancangkan dan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

PENA KASIH:

Masih perlu belajar lagi........

Monday, January 9, 2012

BERTEMU BUAT SEKETIKA.....

Setelah hampir berpisah selama 28 tahun,hari ini tidak disangka-sangka bertemu dengan kawan sekelas sewaktu di SMKCC.Orangnya kecil sahaja tapi tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya.

Saya ni orangnya peramah....mudah menegur kawan-kawan.Kalau masih ingat wajahnya saya tidak segan-segan untuk menegur....just menyapa sahaja dan kami terus berjabat tangan memperkenalkan diri.Wong Tai Li.....same class semasa form 5.Bila saya mentioned my name..terus dia teringat.Sememangnya dia tidak perasankan saya.Almaklumlah......

Kami hanya sempat berbicara buat seketika...mengimbau kembali nama rakan-rakan yang sama kelas.Anaknya baru seorang sahaja and dia baru saja married.Lambat kahwin katanya....

Ramai juga yang saya temui tapi saya kurang mengingati nama rakan-rakan berbangsa Cina.Kalau yang glamour semasa di sekolah barulah saya ingat.Sebulan lalu saya menemui Mimi Lau adik Lau Bee Yoke.Just nak ajak saya joined reunion di Convent school tapi saya tidak dapat bersama mereka.

Bertemu buat seketika mengingatkan saya kepada rakan-rakan seperti Dorren Soon , Sharmala, Shuguna (doktor) di JB,Boon dan ramai lagi yang tidak dapat saya ingat nama-namanya.

PENA KASIH:

Biarpun masa berlalu tapi kenangan tetap menjadi kenangan.....

Sunday, January 8, 2012

KUNJUNGAN APIZ DAN ADIF




.



Semalam bersembang dengan Apiz di dalam kereta.Semua ketawa mendengar keletah Apiz bercakap seperti orang tua....sungguh bijak. Uda Wanya memaklumkan kepada Apiz yang dia ada beli ipad lantas dan sudah tentunya dia begitu teruja untuk melihat ipad seperti yang diperkatakan.

Lantas dia merenggek-renggek untuk datang ke rumah kami.Sedangkan sewaktu itu kami masih dalam perjalanan pulang dari Nilai. Pagi lagi sewaktu kami ke pasar, dia menelefon untuk datang ke rumah.Lalu kami mengambilnya terlebih dahulu.Bersama Adif, kami membawanya ke pasar.Apa lagi riuhlah mulutnya kerana membawanya ke pasar yang dikatakan tidak tahan dengan bau di pasar.Terjengkit-jengkit kakinya menahan kegelian tapi tidak Adif yang begitu bersahaja.

Di dalam kereta, Adif memanggil saya " Da...Da....sakit sambil menunjukkan ke arah pinggangnya.Lalu saya menyelak bajunya dan ada bintik merah yang mengandungi air.Mungkin inilah yang dikatakan 'chicken pox'.Apiz juga menunjukkan kemerah-merahan di badannya. Lalu hubby menelefon Anie memaklumkan yang kedua-dua anaknya terkena 'chicken pox'.Kebetulan Anie menjemput emak di Batu Anam dan pulangnya singgah di rumah saya. Kami memintanya menunggu sebentar sementara saya menyiapkan makanan tengah hari.Menu yang simple sahaja kerana begitu pantas saya menyiapkan masakan tersebut kerana Anie n Aman akan bekerja 'shif petang'.Saya hanya masak ikan baung ,masak lemak udang dan peria, goreng ayam.

Apiz tidak mahu mengikut emak dan ayahnya pulang.Dia hendak tinggal di rumah kami dan pada waktu malam kami akan menghantar Apiz pulang ke ioi.Uda Wanya hendak membawanya ke KipMart sebagai janji.....sebabnya dia menyebut kenapa kami tidak membawanya ke Melaka mahu pun Batu Pahat. Waktu Asar, abang Ngehnya membawa dia ke masjid.Hasratnya untuk mengikut abang Ngehnya sembahyang di masjid.Kalau dia di sini, abang Ngehnya selalu membawa dia ke masjid.Siap dengan kopiah yang diberi oleh emak mertua sewaktu ke Mekah dahulu.

PENA KASIH : Sentiasa mendoakan untuk anak saudara kedua-dua belah pihak....

Saturday, January 7, 2012

JALAN-JALAN KE NILAI.......


Ayah.......pening melihat anak-anaknya memilih kain...sudahnya dia belikan kami sepasang seorang.

Singgah di R & R...take a breakfirst with my families.

Sempat berposing bersama Diki.....dah mula berjinak ke rumah TK 13A lah pulak.


Diki...nama arnab Dila..sempat ambil gambar Diki sebelum bertolak ke Nilai....



Sudah lama emak dan ayah menyuarakan hasrat untuk ke Nilai tetapi disebabkan kami sibuk sedikit di awal tahun ini,so pada hari ini saya berpeluang membawa mereka ke Nilai.
Biasalah,Nilai bukanlah tempat yang menjadi pilihan kami jika hendak membeli barang.Bukan barangnya tidak berkualiti atau sebagainya tapi kami jarang menjadikan Nilai tempat tumpuan untuk membeli barangan.

Bila sudah lama tidak pergi, penat juga berjalan-jalan di kawasan yang begitu luas dan banyak pilihannya.Rambang mata melihat jenis-jenis kain dan langsir serta tudung yang begitu banyak.
Saya hanya membeli beberapa pasang baju sahaja tetapi banyak membeli tudung.Thanks to ayah kerana menghadiahkan sepasang kain kepada kami sekeluarga.

Kami agak lama di sini sehingga jam 5.20 petang barulah bertolak balik ke Segamat.Then, kami singgah di Kg Jawa sebelum balik rumah untuk makan-makan.Penat tetapi berbaloi.
PENA KASIH:Jalan-jalan tengok tempat orang....




Thursday, January 5, 2012

PERUBAHAN


Hasrat di hati hendak balik awal hari ini......Sudah beberapa hari balik lambat.Namun,kita hanya merancang tapi ada beberapa perkara lain yang perlu di 'settle'kan.
Akhirnya,balik lambat juga.So siap masak untuk hubby n my son lebih kurang pukul 5.30 petang.Kira makan malamlah tu.....

Saya masak di dapur, anak lelaki ringan tulang.Basuh baju...sayang anak mama.Tahu kepenatan mamanya.Selepas solat asar, terus masukkan baju ke dalam mesin basuh,sidai kain dan lipat.Tanpa disuruh terus melakukan kerja-kerja tersebut.Mama sentiasa mendoakan anak mama agar menjadi anak yang taat kepada perintah Allah,ibu bapa dan orang yang lebih tua.

Semoga perubahan yang berlaku ini akan berterusan......hati sudah senang.Hasrat telah ditunaikan..tiada terbuku di hati.Semoga ianya menjadi inspirasi untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh.

PENA KASIH:

Setiap perubahan yang berlaku hendaklah dengan niat yang tulus ikhlas....

Wednesday, January 4, 2012

SIBUKNYA.....

Lama sudah rasanya tidak menulis....niat di hati memang hendak menulis setiap hari.Idea ada tapi disebabkan sibuk ke sana dan ke mari .Sekejap ke Muar, sekejap ke Melaka..macam orang business sibuknya.

Tapi pastinya saya menyibukkan diri dengan core-business saya.Mencari bahan-bahan dan peralatan yang perlu untuk kegunaan diri sendiri.Itu sebenarnya.Dapat pulak che Abe yang suka berjalan dan berminat juga mencari peralatan tulis.Fail dah macam fail bekerja di pejabat.Habis digantikan dengan yang baru.Semua dilabelkan .

Kelakarnya,fail my son bila dibuka maklumat dari sekolah rendah turut tersimpan kemas .Dari setiap bayaran hinggalah ke kelas tambahan bersambung pula sehingga ke sekolah menengah.Teliti betul juga anak lelaki saya ni rupanya.....Then, his father minta dia buang maklumat yang dah berzaman tapi dia still want to keep it as kenangan.

Saya juga tidak ketinggalan mengemas kini fail tapi masih tidak terkejar kerana terlalu sibuk sejak beberapa hari ini.
Permulaan sekolah sudah tentu banyak yang perlu dibereskan.Menyelesaikan beberapa surat penting yang perlu diambil tindakan dan dihantar dengan segera.Then, melabelkan buku-buku anak murid bagi memudahkan mereka membuat kerja ...BM 1 untill BM 6.Alhamdulillah, pada tahun ini saya mengajar kelas tahun 3 dengan murid yang hanya 26 orang .Semoga Allah permudahkan saya mengajar dan mereka menerima ajaran saya dengan baik.Nampaknya hari ini mereka serius apabila saya mengajar dan kadang-kadang saya selitkan celoteh agar mereka tidak jemu.

Mereka tahu saya seorang guru yang tegas apabila ia melibatkan soal kerja rumah.Hari ini, saya uji mereka yang lemah dengan membaca.Maklumlah sebulan lebih cuti, ada kalanya mereka merangkak-rangkak mengeja dan menggayakan bunyi perkataan tersebut.Namun, pujian tetap diberikan.Saya mahukan mereka berani dan tidak takut.Walaupun salah, saya mahu mereka mencuba dan saya akan membetulkan kesalahannya.Kali ini, saya hendak tukar kaedah mengikut kesesuaian murid.Saya juga berjanji akan memastikan mereka dapat sesuatu daripada apa yang saya ajar.

Saya sendiri berjumpa dengan seorang ibu dan saya maklumkan andaikata saya ingin berjumpa dengan parent tersebut berhubung dengan masalah pembelajaran, saya harap mereka hadir dan berbincang.Tujuan saya hendak membantu anak mereka.Saya tidak mahu mereka yang lemah terus ketinggalan tetapi sokongan daripada ibu bapa juga perlu bagi memastikan kejayaan anak mereka.

Memang first day sekolah, sudah tentu letih.Saya juga tidak ketinggalan mengalami simptom keletihan...maklumlah tidak berhenti berjalan dari pagi hingga ke tengah hari.Lenguh-lenguh kaki.Pagi lagi dah diminta untuk melayan PPD dan mengisi maklumat yang diperlukan.Namun,thanks to En Jasmani kerana hadir ke sekolah dan melihat sendiri situasi hari pertama persekolahan di sekolah kami.Alhamdulillh semuanya berjalan dengan 'smooth' sekali.Banyak perkara yang dibincangkan......siap sekali dibawa meronda kelas by kelas dan melihat keadaan guru di hari pertama.Syukur teramat sangat kerana our teachers masing-masing menjalankan tugas seperti yang ditetapkan.

PENA KASIH : Sibuk macamana pun, family tetap diutamakan.


Sunday, January 1, 2012

2011 MELABUH TIRAI....







Tahun 2011 melabuh tirainya apabila detik 12.00 malam bermula.Bermulalah tahun 2012.Menginjak usia,meninggalkan kenangan 2011 dengan penuh suka-duka,antara manis dan pahit ditelan segalanya.Agar 2012..memberikan sinar yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Detik 12.00 malam bermula sewaktu kami sekeluarga berada di Melaka.Meninggalkan kota Melaka setelah menghantar anak sulung kami meneruskan perjuangannya sebagai pelajar.Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kami.Mendoakan agar menjadi insan yang baik budi pekerti, mendengar kata dan menjaga solat.Itulah pesanan kami setiap hari bagi memastikan mereka tidak terus lalai dengan kehendak duniawi.

Banyak kenangan tahun 2011 yang tersimpan kemas di kotak memori ini.Biarpun tahun berlalu begitu pantas tetapi setiap kenangan itu akan terus diabadikan dalam coretan di Pena Kasih mahupun paparan gambar menjadi milik koleksi saya.Menyorot kenangan itu akan dipaparkan agar mengimbau kembali detik perjalanan kehidupan sepanjang 2011.

Sentiasa mendoakan agar pada tahun ini, kehidupan yang dilalui akan lebih baik daripada sebelumnya.Sentiasa bermuhasabah diri mengingatkan kesilapan atau kekhilafan yang pernah dilakukan,menjadikan diri ini terus tabah menghadapi perjalanan kehidupan yang kita tidak tahu rencananya pada tahun ini.

Namun, kenangan itu menjadikan saya lebih menghargai sebuah kehidupan.Biarpun ada kalanya terguris hati, tersentuh perasaan namun semua itu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa jua pertuturan yang ingin dilafazkan.

Semoga kehadiran 2012 menjadikan saya seorang insan yang lebih tabah menghadapi cabaran kehidupan bersama keluarga tersayang.Kepada hubby yang banyak membantu saya dalam urusan pekerjaan dan rumahtangga begitu juga dengan anak-anak yang begitu memahami gaya kehidupan seorang ibu yang bekerja dan emak dan ayah yang saling mengerti kesibukkan anaknya.

PENA KASIH :
Menghargai erti kasih-sayang....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails