Wednesday, September 29, 2010

MACAM-MACAM ACARA


Hari Kokurikulum




Pelbagai program dianjurkan selepas murid-murid yang menduduki UPSR tamat peperiksaan.Program yang dianjurkan adalah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah agar tidak berlaku masalah ponteng di kalangan murid-murid.

Sekolah kami juga tidak ketingggalan menyediakan pelbagai program sepanjang dua bulan ini.Bersama-sama dengan pentadbir lain dan juga guru-guru yang terlibat,kami telah merangka program yang bersesuaian dengan mereka.

Hari ini, satu program Hari Kokurikulum telah dijalankan.Acara padang dijalankan di bawah kelolaan cikgu Ali bersama-sama dengan guru-guru lain.Menarik sekali.Ada guru yang mengambil kesempatan berjalan mengelilingi padang...............Hari sihat warga SKCC.






Jamuan Majlis Kesyukuran

Jamuan yang diadakan sempena majlis kesyukuran kami .(Saya, Lela dan Ikin) sempena dapat menghabiskan pengajian kami di peringkat ijazah.Alhamdulillah pada hari ini kami dapat berkongsi bersama-sama dengan rakan-rakan yang banyak membantu kami sepanjang kami belajar selama 4 tahun.Kebetulan masih lagi berada di bulan Syawal, so kami mengambil keputusan untuk menyediakan menu seperti hari raya.
Rakan-rakan doakanlah agar kami dapat menghabiskan pengajian kami di peringkat master pula.









Bantuan

Pagi ini juga, pihak sekolah telah mengadakan majlis penyampaian bantuan kepada pelajar-pelajar yang dirasakan perlu diberi bantuan.Sepasang baju, sebuah beg dan buku telah diagihkan kepada 20 orang pelajar selain kepada semua murid tahun 1.Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan untuk pelajar-pelajar sekolah ini.







Tuesday, September 28, 2010

MAAF,CIKGU



Keputusan ujian PKBS telah dimaklumkan.Post-mortem juga telah dibuat.Pembetulan telah diberi bimbingan.
Hanya yang tercetus di mulut anak didik ialah,maafkan kami, cikgu.Kali ini, ada beberapa orang murid yang menyedari mereka tidak dapat menjawab soalan seperti yang diharapkan.Mereka menjawab ala kadar sahaja.Janji siap.
Akhirnya keputusan tidak seperti yang dijangkakan.Ada yang menunjukkan peningkatan yang agak baik dan memeranjatkan.Malah ada juga yang menjunam begitu jauh sekali.
Kami tidak baca, cikgu.
Hendak salahkan siapa?Seminggu sebelum itu, ulangkaji telah dijalankan.Mereka mampu menjawab soalan latihan yang diberikan.Tapi yang begitu mengecewakan ialah apabila soalan senang tidak dapat dijawab .

Itulah gelagat anak-anak didik.Kesabaran amat penting.Melayan kerenah mereka seperti anak sendiri.Hari ini,saya biarkan mereka sendiri membuat pembetulan setelah perbincangan diadakan.
Mereka bergerak secara berkumpulan dan membuat pembetulan tanpa diarah.Saya perhatikan gelagat mereka.Beginilah anak-anak sekarang.Mereka perlu diberi perhatian dan bimbingan.
Mereka teralpa seketika.Banyak yang saya pelajari daripada mereka.Saya sering berdamping dengan mereka malah ada diantara mereka suka bercerita.Kasihan pun ada.Masalah rumahtangga,memberi satu tamparan kepada anak-anak.

Adakalanya kelihatan kejernihan air mata bergenang di kelopak mata.Saya biarkan dia melepaskan apa yang terbuku di hati.Akhirnya, dia akan datang sendiri bercerita.Itulah kanak-kanak.Mereka mempunyai perasaan.

Pena Kasih :Cikgu sayang kalian.........seperti anak cikgu.Kemarahan cikgu kerana cikgu hendak mendidik kalian.Maafkan, cikgu.


Sunday, September 26, 2010

TANDUS

Terasa lama tidak update blog,Kadang-kadang idea melimpah-luah.Ada kalanya tiada idea untuk dikongsi bersama.Ketandusan idea kerana kesibukan sejak kebelakangan ini.Setiap hari mengemas kinikan segala kerja-kerja yang perlu di updatekan.

Apatah lagi apabila telah menjadi seorang pelajar, setiap hari akan mengadap internet untuk mendapatkan bahan-bahan bagi assignment.Sebenarnya bahan telah ada tapi masih 'blurr' tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.Masih terawang-awang lagi.Jurnal telah pun dicari tapi itulah perlu pembacaan dan pemahaman sebelum membuat ulasan.Nampak senang tetapi perlukan pembacaan yang lebih teliti .Setiap malam,sudah pastinya saya akan menyemak kembali apa yang perlu dibuat.

Ada tiga lagi assignment yang perlu dibereskan.Dua secara kumpulan dan satu secara individu.Kini sedang mengumpul bahan-bahan untuk menyiapkannya.Bukan senang sebenarnya...............Semangat untuk terus berjuang perlu ditanamkan di dalam diri agar tidak mudah tewas.

Pena kasih:Semoga Allah memberikan kekuatan pada insan kerdil ini.

Thursday, September 23, 2010

BERITA SEDIH

Teringatkan kawan sewaktu di Jengka 4.Lantas mendail nombor telef0n.Satu-satunya guru yang sering saya hubungi.Mengetahui khabar berita rakan-rakan di Jengka 4.Nana,merupakan rakan baik sewaktu di Jengka 4.Kenangan indah bersamanya begitu segar sekali.Saat diijabkabul dengan guru di sekolah yang sama amat mengembirakan hati.

Anak lelaki saya dijaga oleh kakaknya semasa saya mengajar di sana.Anak saya tidak lama berada dibawah jagaan kakaknya kerana kami telah mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Segamat.Namun, keluarganya amat baik.Setiap kali ke Temerloh, ingin sekali ke rumahnya tetapihajat tidak kesampaian kerana kadang-kadang Nana balik ke Kelantan.Namun, Jengka 4, banyak meninggalkan kenangan manis.

Baru-baru ini, Nana memaklumkan bekas guru sekolah itu telah kembali ke rahmatullah sebelum umat Islam menyambut Hari Lebaran.Al-Fatihah ....cikgu Ishak.Mengenali cikgu Ishak sewaktu saya posting di situ.Orangnya tidak banyak bercakap tetapi sesekali bercakap sering membuatkan kami tidak kering gusi.Amat baik orangnya.

Nana juga memaklumkan bahawa cikgu Zulkifli juga telah kembali ke rahmatullah.Meninggal ketika tidur.Al-Fatihah.Kedua-dua cikgu ini amat baik sekali.Teringat saya sewaktu saya sedang sarat mengandungkan anak kedua.Tiba-tiba saya tidak mampu untuk berjalan.Ketika itu,saya mengajar di Tahun 1.Lantas, ketua kelas(lelaki) melihat pergerakan saya yang agak sukar lalu memanggil mereka berdua.Dengan langkah yang perlahan,saya bergerak ke surau sementara seorang guru lagi memanggil bidan kampung untuk membantu saya.Apabila semuanya sudah beransur baik,Guru Besar meminta tiga orang guru menghantar saya balik ke SMK Seri Jengka dengan diiringi sebuah kereta.Cikgu Zullah yang membawa kereta saya bersama-sama dengan Hisham dan Talib.Jasamu tetap saya kenang.

Berita pemergian mereka amat menyedihkan.Namun Allah lebih menyayangi mereka.Al-fatihah sekali lagi untuk dua insan yang pernah bersama sewaktu di Jengka 4.

Pena Kasih:Biarpun telah lama meninggalkan Jengka 4,tapi kenangan di situ tetap bersama saya.

Tuesday, September 21, 2010

KUNJUNGAN

Hari ini agak letih.Walaupun peperiksaan UPSR dan PKBS 4 berjalan serentak, tetapi saya tidak duduk diam.Pagi,berjumpa dengan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan.Saya tidak banyak bercakap kerana banyak maklumat telah dinyatakan oleh guru-guru tahun 6.Just bersama-sama dengan mereka dan mengiringi mereka ke tapak perhimpunan.

Solat hajat telah saya laksanakan sebagai usaha saya untuk memastikan anak-anak didik berjaya.Saya lakukan di rumah sebaik sahaja terjaga dari tidur seawal pagi.Sempat juga saya membacakan Yassin untuk mereka sewaktu berada di bilik sendiri sebelum masuk ke kelas.Hanya itu yang mampu saya lakukan untuk mereka.

Petang, sewaktu berehat-rehat, anak lelaki memanggil dan memaklumkan bahawa ada beberapa orang rakannya telah hadir untuk berhari raya.Saya yang ketika itu baring untuk merehatkan badan buat seketika bangun menyediakan makanan untuk mereka.Thanks to my son because selalu menolong saya.

Malam,selepas balik dari masjid,Haziq memaklumkan ada satu group lagi akan datang untuk beraya.Saya menyediakan air sahaja kerana tidak sempat untuk menyediakan 'special food' untuk mereka .Pastinya, Haziq begitu gembira menerima kehadiran kawan-kawannya.

Pena Kasih:Teringat sewaktu kecil dahulu beraya di rumah orang.

TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN

Apabila membaca kata-kata yang terdapat dalam FB 'Kenapa orang Melayu tidak senang melihat orang Melayu itu senang" .Teringat saya pada satu cerita.Itulah realitinya orang kita.Sepatutnya kita bersyukur kerana kemampuan orang Melayu kita untuk setanding dengan bangsa lain.Tidak perlulah dipertikaikan.Mereka berjaya kerana usaha mereka dan setimpal dengan apa yang sepatutnya mereka perolehi.Apatah lagi mereka pandai dalam pengurusan kewangan.Walaupun bergaji kecil tetapi rezeki yang diperolehi itu secara halal,mereka akan hidup senang.Tidak perlu kita hendak mempersoalkan kekayaan mereka dan kehidupan mewah mereka.Buangkanlah perasaan cemburu.Lagipun kita tidak mengenali seseorang itu dengan lebih dekat, janganlah kita hendak melontarkan kata-kata yang kurang manis.Kehidupan mereka berjaya kerana mereka berusaha dan mereka tidak menyusahkan orang lain.

Kadang-kadang,kata-kata sindiran dilontarkan,Tidak tahu kenapa begitu mudah untuk melontarkan kata-kata itu.Kita renung diri kita sendiri.Saya ngeri melihat mereka bersikap seperti itu.Tidak takut walaupun usia semakin lama semakin meningkat.Kita dekatilah diri kita kepada Allah.Jauhi dan lontarilah sikap yang tidak baik sebaliknya kita baiki diri kita untuk menjadi seperti mereka yang berjaya dalam kehidupan.Pengalaman kehidupan banyak mengajar saya mengenali orang dan seterusnya lebih berhati-hati.Saya juga banyak belajar agar lebih bersabar dengan sikap manusia.Biarlah mereka lontarkan kata-kata yang tidak baik,sebaliknya kita diamkan diri kita.Berdoa kepada Allah agar dibuka pintu hati mereka ke arah kebaikan.Kita selalu mempertikaikan kekayaan seseorang itu, tetapi kita sendiri tidak mahu memperbaiki kehidupan kita,sudah tentu kita tidak akan berubah.Kita renung-renungkanlah diri kita........................

Saya bersyukur kepada Allah dengan apa yang diperolehi.Rezeki yang diperolehi kita kongsi bersama dengan mereka yang kurang bernasib baik.Saya sering berdoa kepada Allah agar saya tidak alpa untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.InsyaAllah, rezeki kita akan ada selagi kita sering mengingatiNya.

Pena Kasih :Susah senang hidup kita yang penting adalah persefahaman ,perbincangan serta perkongsian antara satu sama lain.Yang penting juga adalah pengurusan dalam sesebuah keluarga itu.




INGIN TAHU

Sedang menyiapkan fail pencerapan dan pemantauan guru,menerima satu panggilan yang tidak dipastikan daripada siapa.Maklumlah apabila tidak memakai 'spec' terus sahaja terima call tanpa meneliti nombor.Apabila usia meningkat penglihatan menjadi semakin kurang.

Mendengar suara ............tidak mengenali.Akhirnya dimaklumkan bahawa beliau ialah 'Sutiman' yang pernah bersekolah di Batu Anam dan merupakan kawan Fatimah dan Fazi.Beliau membaca coretan saya berkaitan dengan Lui Selatan.Teringat raya kedua,kami sekeluarga berkunjung ke sana.Hanya setahun sekali sahaja kami berjumpa.Beliau pernah ke Lui Selatan iaitu rumah kakaknya yang tidak jauh daripada rumah emak saudara saya.

Kami berborak seketika.Terima kasih kepada En Sutiman kerana mengikuti blog saya.

Pena Kasih:Kadang-kadang dengan membaca blog, kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan tanpa diketahui.

Monday, September 20, 2010

5A




Esok bermulalah UPSR.Menilai sejauh mana kemampuan murid menguasai sesuatu mata pelajaran itu.Mereka sememangnya menguasai tetapi kualiti untuk memperolehi A tidak semua murid mampu mendapatkannya.

Pada tahun ini, pelbagai program telah dijalankan dengan tujuan untuk membantu mereka memperolehi keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.Impian ibu bapa untuk memastikan anak mereka memperolehi keputusan yang baik.Di awal tahun lagi diadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid-murid tahun 6,program motivasi, program teknik menjawab soalan, kelas tambahan, kelas intensif dan program gerak-gempur selain program solat hajat untuk murid-murid Islam diadakan.Semoga dengan program yang telah dijalankan ini dapat membantu murid-murid memperolehi sesuatu.

Guru-guru tahun 6 juga tanpa mengira cuti sanggup berkorban bagi memastikan anak didik mereka berjaya .Setiap masa akan digunakan untuk membantu murid-murid.Semoga usaha murni guru-guru akan diberkati oleh Allah.

Pena Kasih:Setiap waktu sentiasa mendoakan untuk anak-anak didik.

Sunday, September 19, 2010

KEMBALI KE DESTINASI





Hampir dua minggu bercuti.Namun kali ini, percutian diisi dengan kerja-kerja kursus yang perlu dibereskan.Saya biarkan dia melunaskan kerja-kerjanya itu agar tidak rasa tertekan.

Hari ini,dia kembali ke destinasinya semula.Menimba ilmu sebagaimana yang diidamkan.Harapan mama agar terus berusaha dan berjaya dengan cita-cita.
Tepat jam 8.45 pagi, kami telah bersiap-siap menghantarnya ke stesen bas bersamaa-sama dengan emak dan ayah.Agak lama juga kami menungggu di stesen bas.Perjalanan yang sepatutnya seperti yang tertera di tiket tidak menjadi kenyataan.Hampir setengah jam lebih juga menunggu barulah bas mula bergerak.

Kami tidak lama menunggu.Setelah memastikan dia menaiki bas, kami melambai-lambaikan tangan tanda kami menyayanginya.Semoga perjalanan ke destinasi berjalan dengan lancar dan selamat.

MERISIKK



Hari ini majlis merisik telah diadakan di rumah emak saudara.Amalan merisik merupakan salah satu acara sebelum datang meminang.Ringkasnya amalan merisik akan diteruskan dengan acara bertunang tetapi kali ini mereka ingin merisik dan akan diikuti majlis bertunang pada bulan Januari.

Rombongan merisik dari Taman Sri Skudai telah sampai ke kampung kami jam 12.00 tengah hari.Sebelum itu, saya telah membantu emak saudara menyediakan makanan untuk mereka.
Semoga majlis bertunang yang akan berlansung pada bulan Januari berjalan dengan lancar.Tahniah untuk Junainah dan Ucuk..............

Pena Kasih:Mama sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

Saturday, September 18, 2010

JALAN LAGI


Sedang menyiapkan beberapa kerja di sekolah pada hari ini, menerima called daripada hubby memaklumkan yang kami akan bertolak ke JB sebaik sahaja saya balik dari sekolah.Siap saya meminta membawa persalinan saya sewaktu di JB.Kami akan singgah di rumah Kak Long sementara menanti hubby yang mempunyai urusan di sana.
Hari ini, GB tidak hadir ke sekolah kerana sakit.Justeru, ada beberapa kerja yang perlu dibereskan oleh saya .

Perjalanan ke JB berjalan dengan lancar sehinggalah tidak jauh daripada Tol Skudai ada satu kemalangan yang menyebabkan kelancaran perjalanan agar terganggu.Hujan yang turun agak lebat sehingga mengganggu penglihatan sewaktu memandu menyebabkan saya meminta hubby agar lebih berhati-hati lagi.
Sebuah lori kecil terbalik dan beberapa buah kereta berlanggar di antara satu sama lain.Jika tidak silap saya ada 4/5 buah kereta yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Sampai sahaja di rumah Kak Long, kami disambut oleh Lokman.Kak Long tiada di rumah kerana ke rumah saudara maranya sempena hari raya ini.Thanks Lokman kerana menyediakan makanan untuk kami.Sebenarnya ,sebelum sampai JB, kami telah singgah di sebuah restoran untuk makan tengah hari.
Lebih kurang pukul 7.45 malam, kami bertolak balik ke Segamat.Haziq yang agak terkilan kerana kami ke sana tidak lama.Namun, saya terpaksa mengambil keputusan untuk balik awal kerana my daughter akan berangkat ke Perlis pada hari esok.

Pena Kasih:Kalau itu sudah menjadi rezeki kita.............

Friday, September 17, 2010

ADA-ADA AJE.......



Sebelum raya tidak terfikir untuk melakukan sesuatu.Selepas raya,mulalah my hubby merancang itu dan ini.Bersama-sama dengan anak lelakinya,mereka berdua berbincang apa yang perlu dibuat untuk mencantikkan lagi kawasan luar rumah.Ada-ada aje idea yang mereka cetuskan .Sebaliknya saya hanya melihat sahaja gelagat mereka berdua.

Sebenarnya banyak idea yang hubby hendak buat tetapi saya mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.Saya biarkan mereka berdua melontarkan idea mereka sendiri.

Pena Kasih:Ada aje kerja yang hendak dilakukan....

ILMU




Tidak rugi menggali ilmu.Itulah yang sering kita dengar.Tidak rugi bagi kita untuk terus mencari seberapa banyak ilmu yang ada di sekeliling kita.

Hari ini,anak perempuan saya mencari bekas guru yang pernah mengajarnya sewaktu di sekolah rendah.Guru yang sentiasa memberikan motivasi dan dorongan sehingga dia begitu berminat dengan subjek tersebut.Aura gurunya itu menjadi idolanya sehingga kini.Tujuannya adalah untuk mendapatkan ilmu bagi membantunya membuat persediaan latihan di institut perguruan khususnya dalam subjek Matematik.

Anak saya mengambil kesempatan untuk menimba ilmu daripada gurunya.

Pena Kasih :Pengalaman guru itu penting.......

Thursday, September 16, 2010

2 IN 1








Mereka yang hadir untuk majlis yassin dan marhaban.
Sejak semalam lagi telah bertungkus lumus membantu emak menyediakan juadah untuk hari ini.
Hasrat dan impian emak hendak mengadakan majlis yassin dan juga majlis menyambut hari jadi kedua-dua orang anak saya secara serentak.
Emak menyediakan juadah lontong dan tidak ketinggalan menyediakan satay goreng sementara saya pula menyediakan masakan soto.
Terasa letih sekali apabila tiba waktu malam.Apabila operasi bermula tanpa berhenti-henti tidak terasa penatnya tetapi apabila sudah berehat,mulalah lenguh itu dan ini.

Hubby yang sememangnya pelik melihat saya tidak berhenti bekerja dari rumah sendiri hinggalah ke rumah emak.Semuanya saya kemas dan bersihkan.

Pagi ini, saya ke pasar membeli bahan-bahan untuk membuat soto.Sampai sahaja di rumah,air paip tiada..Frust juga dibuatnya.Sejak akhir-akhirnya ini, selalu tiada air.Kadang-kadang mengganggu kelancaran untuk membersihkan rumah.Di mana silapnya tidak diketahui.
Tepat jam 9.30 pagi, mulalah operasi memasak dijalankan.Semuanya dilakukan secara sendirian kerana my daughter masih terus menyiapkan assignmentnya.Apabila selesai memasak, terus meminta Yako mengambil semua masakan untuk dibawa ke rumah emak.Kali ini, saya buat di rumah emak sahaja.

Selepas mengemas rumah terus ke rumah emak membantu menyusun semua juadah di atas meja.

Walaupun hari ini merupakan hari yang ketujuh kita menyambut bulan syawal,masih terasa bahang hari raya lagi.Ramai juga tetamu emak yang datang sehingga petang.


Pena Kasih:Walaupun letih tapi puas hati kerana dapat membantu emak menyediakan semua juadah atas permintaannya.

PERMINTAAN


Along punya

Adik punya

Tuesday, September 14, 2010

CORAT-CORET RAYA KEEMPAT


Mak Uteh and her family.



Mak Andak and her family

Kunjungan Mak Andak dan Mak Uteh ke teratak kami memang dinanti-nantikan.Sebelum itu, Along dan emak serta ayah Along menjadi tetamu awal kami.Along datang kerana ingin memetik buah duku untuk dibawa ke Penang.Emak turut sama pergi ke Penang.Sempat emak meminta kami menjenguk APiz dan Adif di IOI kerana sebelum emak bertolak kedua-duanya berwajah sayu.

Petang, Mak Uteh dan Mak Andak serta keluarganya berkunjung ke rumah kami.Sempat juga saya menggoreng mee .Mak Uteh yang agak kurang sihat seperti resah sahaja.Dia hanya berlegar-legar di luar rumah kami.Terima kasih kepada Mak Andak and her family kerana sudi mengunjungi rumah kami.

Lewat petang, emak menelefon memaklumkan yang Mak Uteh dari Loi Selatan bersama-sama dengan menantunya hendak datang ke rumah.Emak meminta saya menolongnya memasak.Dengan meminta izin daripada suami, saya naik ke rumah emak dan memulakan operasi memasak.Ketika itu, emak tiada di rumah kerana masih berada di bandar untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak.Semua bahan-bahan yang hendak dimasak telah saya sediakan sementara menunggu lauk lain sampai.
Setelah siap masak, saya kembali semula ke rumah untuk mandi dan bersiap-siap menerima tetamu di rumah emak.Apabila sudah berada di rumah emak, mereka jarang ke rumah saya kerana sudah bertemu di situ.


Pena Kasih:Gembira dengan kunjungan saudara-mara.

SAHABAT LAMA


Hampir puluhan tahun juga tidak bertemu.Masing-masing membawa haluan sendiri.Selepas sahaja tamat darjah 6 di SK Bukit Hampar, tidak ada sebarang berita yang diterima.Hampir terlupa dalam ingatan ini.Namun begitu, hasrat untuk mencari teman-teman sekolah terungkai kembali setelah membuka akaun FB .Teman-teman yang pernah dikenali sewaktu di sekolah rendah dan menengah akhirnya dapat ditemui walaupun tidak semua.Syukur teramat sangat.

Hari ini,saya bersyukur kerana melalui laman FB juga saya dapat bersua muka dengan rakan sekolah rendah sewaktu dahulu.Hanya melalui hubbynya yang merupakan bekas guru pelatih MPKI dan mungkin juga tergerak jari-jemari ini untuk bertegur sapa yang menguraikan semuanya.Syukur sekali lagi kerana akhirnya dapat juga bertemu setelah sekian lama tercari-cari.Walaupun kampung halamannya tidak jauh dari kampung saya tetapi kesibukan masing-masing dengan tugas menyukarkan untuk bertemu.

Semalam, saya mengunjungi rumah teman saya (Zabedah) di Kg Alai.Nostalgia lama terukir kembali.Saat-saat di sekolah rendah......mengingatkan saya yang dikatakan kuat berlari dan mewakili sekolah dalam acara lumba lari.Itu hanya kenangan sahaja.

Hari ini, terima kasiih kepada En Kamarulzaman dan isterinya kerana sudi mengunjungi teratak kami.

Pena Kasih:Kenangan itu sungguh indah.

Monday, September 13, 2010

KENANGAN



Gambar Allahyarham nenekku......

Gambar Allahyarham datuk di sebelah ibuku....

CORAT-CORET RAYA KETIGA



Kunjungan ke rumah Pak Usu Jalil.


Kunjungan ke rumah Pak Lang Wahab.

Suasana raya masih terasa lagi.Kunjung-mengunjungi rakan-rakan dan sanak-saudara masih diteruskan.Semoga amalan ini akan berterusan agar perhubungan silaraturahim tidak terputus.Malah, dengan membawa anak-anak mengenali saudara mara dapat mengeratkan lagi perhubungan ini.

Hanya raya ketiga,saya dapat membawa anak berkunjung ke rumah saudara sebelah emak saya.Keluarga sebelah ayah juga tidak ketinggalan .Walaupun, keluarga ayah tidak ramai kerana kedua-dua adik-beradiknya telah meninggal dunia, tetapi kunjungan tetap diadakan.

Sebelum itu, sebelah petang saya menghadiri majlis marhaban atas permintaan salah seorang penduduk kampung.Walaupun ,kehadiran mereka tidak ramai kerana masing-masing mempunyai urusan tersendiri, tetapi saya tetap juga pergi .Sekurang-kurangnya kita melibatkan diri dengan program masyarakat.

Sebelah malam, barulah kami dapat bergerak ke rumah bapa saudara yang terletak di kampung ini.Kami bergerak setelah selesai solat isyak.Kunjungan sebeginilah yang dapat mengenalkan anak-anak kepada saudara mara agar apabila berselisih bahu nanti tidak mengenali antara satu sama lain.

Sebelum itu juga saya telah mengingatkan Along agar menyiapkan assignmentnya.Keutamaan kepada kerja-kerja kursusnya.Walaupun hendak beraya tetapi kerja-kerja khusus perlu disiapkan.


Pena Kasih:Mengerakan perhubungan antara satu sama lain.

Sunday, September 12, 2010

CORAT-CORET RAYA KEDUA


My cousin with my daughter.


Sebelah malamnya,kami menerima tetamu emak saudara sebelah emak saya.Mak Itam dan Mak cik Lijah.Seronok berkumpul dan kami tidak berhenti ketawa mengingatkan nostlagia lama.Meriahnya.


MEE K



Selepas makan mee,mereka bersantai di 'Anjung Kasih' sambil menikmati buah duku yang dipetik oleh Along.


Amir n his wife.


Chef Hairul sedang menggoreng mee K dan disebelahnya Noi yang menggoreng pisang dan cempedak

Sekembali dari Loi Selatan, kami terus ke rumah emak mentua.Namun hanya Nasir sahaja yang ada di rumah.Yang laih ke Sri Ledang.Kami tidak lama di sana kerana Along's family and Ani's family hendak datang ke rumah kami.Along siap pesan untuk memasakkan 'mee k'.So,saya menyediakan semua bahan yang dikehendaki.Apabila sampai di rumah,mereka telah ada dan menunggu kami pulang.Mulalah operasi menggoreng mee k.Noi pula menggoreng pisang dan cempedak.

Kemudian, Aman call Fauzi agar hadir ke rumah kami.Riuh rendah suasana rumah kami dengan kehadiran mereka.Seronok.

LOI SELATAN


Ayah sempat berposing dengan Yako.....



Perjalanan ke Loi Selatan begitu lancar sekali.Tiada lori yang lalu dan ketika itu tidak berlaku sebarang 'jam' di jalan raya.Kami bertolak jam 9.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 11.00 pagi.Husband memandu kereta dengan berhati-hati sekali.Bersama kami ialah emak dan adik yang turut sama ke Loi Selatan.Sesampainya di sana,kami dijamu dengan makan nasi minyak dan juga nasi putih.Yang enaknya, dapat makan rendang itik.Inilah kali pertama saya makan daging itik.Sedap juga rasanya.

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI LAHIR





Selamat Hari Lahir buat kalian berdua(Untuk Along dan Adik)
Kelahiran kedua-dua di bulan yang sama iaitu Bulan September.
Namun, kami tidak dapat menyambutnya seperti yang dijangkakan kerana kesibukan menyambut bulan Syawal.Ingatkan hendak menyambut pada raya kedua namun disebabkan terlalu sibuk kami tangguhkan sambutan tersebut.
Sebagai ingatan untuk mereka berdua, kami hadiahkan mereka dengan hadiah yang sama .

Pena Kasih:Mama dan Ayah mengucapkan Selamat Hari Lahir buat kalian berdua,Semoga kematangan usia seiringan dengan kematangan berfikir dan bertindak.Mama doakan kalian berjaya dalam kehidupan.

Friday, September 10, 2010

CORAT-CORET AIDIL FITRI




Emak dan hubby sempat berposing atas permintaan saya.

Destinasi kami yang terakhir pada hari raya pertama ialah di rumah Mak Ngah.Biasalah,setiap kali ke rumah mak ngah, mesti dapat makan.Begitu enak sekali mak ngah masak bersama-sama dengan anak menantunya.






Abang sedang membawa ubi yang dicabut oleh abang Yusof.Ubi direbus dan dimakan bersama-sama dengan ikan kering.Mesti enak.



Apabila dah berada di Spang Loi,kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak Itam.Saya bersama-sama dengan Adah, Ani dan Kak Long berjalan kaki.Mereka teringatkan nostalgia lama.


Tok Dollah gembira bertemu 'onengnya'


KG SPANG LOI

Perjalanan untuk ke Spang Loi terbantut seketika kerana kak long menelefon agar terus ke Spang Loi.Kebetulan kami baru sampai di Buloh Kasap terus memasuki lorong ke arah Kg Spang Loi.Sampai sahaja, Mak Uteh tiada di rumah.Suasana agak kurang meriah kerana selama ini, Mak Uteh ada bersama-sama menyambut kehadiran kami.

Kemeriahan jelas terbayang apabila semuanya berkumpul.Sempat juga kami berposing beramai-ramai.Permintaan atok yang ingin bergambar kenang-kenangan bersama onengnya.Bergenang air mata atok kerana di usia ini, beliau mampu melihat 'oneng'nya itu.


TERATAK KASIH





Setelah usai sesi fotografi dan salam di antara satu sama lain,kami mengadakan sesi bergambar di rumah sendiri.Ia dilakukan sebelum bertolak ke rumah emak mentua.


a
Hj Muda bergambar dengan anak menantunya.


Sesi makan........kena'control' bab makan ni....


Keluarga Hj Muda.Kedua-dua menantunya orang Segamat.So, tiada masalah untuk pulang ke kampung.
Ramadhan ditinggalkan dengan penuh syahdu disambut pula dengan bulan Syawal.Usai mengerjakan solat sunat AidilFitri,kami sekeluarga mengunjungi rumah emak yang terletak tidak jauh dari rumah kami.Begitulah rutin setiap tahun kami.Tidak perlu memikirkan soal untuk balik kampung kerana pertemuan dan jodoh kami hanya orang sedaerah sahaja.

Selepas makan dan bersalam-salaman dengan emak, kami mengadakan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan kami.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails