Saturday, August 27, 2011

IKATAN SILATURAHIM



Hari ini, masjid di tempat saya mengadakan kenduri.Rezeki penduduk kampung ini kerana ada yang memberi seekor lembu untuk dimasak bagi majlis berbuka puasa .

Sejak minggu lepas lagi, saya dan beberapa orang penduduk kampung mengadakan gotong-royong mencuci pinggan-mangkuk .Alhamdulillah, kini generasi muda ramai yang tampil untuk membantu golongan tua.Mereka mudah untuk diajak berunding dan melaksanakan tugas dengan baik sekali.

Sebelah petangnya diadakan majlis khatam Al-Quran dan juga tahlil.Hubby mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk turut sama dalam majlis tersebut dan seterusnya mengkhatamkan dirinya sendiri.Bulan puasa yang begitu penuh dengan nikmat dan peluang yang direbutkan untuk mendekatkan diri kepada Allah.Alhamdulillah, pada tahun ini Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah dengan baik sekali.

Lebih kurang pukul 6.30, kami menyiapkan persiapan untuk berbuka puasa bagi penduduk di sini.Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang hadir untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.Yang pastinya dengan adanya majlis seperti ini, akan mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain.

PENA KASIH :Akan adakah pertemuan di bulan Ramadhan pada tahun hadapan?

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails