Thursday, December 25, 2014

TAHNIAH SKCC......PEMANGKIN KEJAYAAN

Alhamdulillah pada tahun ini, SKCC telah menerima 4 sijil daripada PPD Segamat atas pencapaian UPSR 2014.Kejayaan ini bukan hanya datang dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.Terima kasih hanya mampu diucapkan kepada guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6 yang sememangnya begitu komited dengan tanggungjawab masing-masing.Kejayaan ini bukan hanya bermula daripada tahun 6 tetapi sekalung tahniah juga diberikan kepada semua guru dari Tahun 1 hingga tahun 5 yang telah membantu dan memastikan anak-anak didik sekolah ini sifar buta huruf. Sekolah ini telah mencapai kejayaan iaitu Pencapaian GPS terbaik UPSR bagi kategori SK,Pencapaian Peratus Perfect Score A kategori SK,Pencapaian GPS kurang 2.0 kategori Sk dan Sekolah terbaik kategori Bandar dalam peperiksaan UPSR. Program-program yang dijalankan oleh panitia masing-masing telah memberikan impak yang berkesan kepada pencapaian ini.Semoga KP memainkan peranannya pada tahun ini untuk memastikan pencapaian yang cemerlang bagi setiap subjek yang dipertanggungjawabkan. Semoga dengan penerimaan sijil ini menjadi pemangkin dan semangat untuk mencapai kejayaan seterusnya.

Wednesday, December 17, 2014

PROJEK 2014 BERAKHIR SUDAH....

Alhamdulillah selesai sudah projek tahun ini....sedikit renovation dibuat akhirnya melarat sehinggalah terbina tiga buah pagola yang sudah lama kami inginkan.Mempunyai sedikit kemahiran yang disulami dengan semangat dan kerajinan serta ingin melihat hasilnya memberikan satu gambaran kegembiraan di wajah my hubby.Even tidak banyak bercakap dan tidak suka menghabiskan masa begitu sahaja menggunakan peluang yang ada untuk membina sendiri pagola.Walaupun tidak secantik dan seseni orang yang berkemahiran but it enough untuk kami duduk bersantai di bawahnya. Gambar menunjukkan hasil seni tangan che abe....
Pemandangan di kolam ikan...bela juga ikan 'koi' dah besar dan menyeronokkan melihat dan memberi makan kepada ikan tersebut.
Che Abe sempat 'touch-up' his pergola before ke tempat kerja.....yang seorang duduk sambil memerhatinya sebelum meneruskan tugas meracun my kebun...bila dah buat pagola,kerja-kerja kebunku terbengkalai.RUmput-rumput sudah berdondang sayang dengan ketinggian yang agak menyusahkan kami untuk ke kebun.Pokok-pokok getah sudah tumbuh dan tinggi...menagih baja pula.Alhamdulillah ada juga insan yang datang ke rumah kami dan meminta untuk meracun kebun kami.
Sempat juga aku membela orkid yang sememangnya kini sudah menjadi kegilaanku...Dari Rawang aku mencari bunga orkid dan sehingga kini aku tidak melepaskan peluang membelinya di sini.Ada juga yang sudi memberi pokok orkid kepadaku.Aku letakkan di bawah pagola yang didirikan oleh che abeku. Rumahku Syurgaku....Mensyukuri dengan nikmat yang ada dan Terima kasih kepadaNya.

Friday, December 12, 2014

WAJAH CERIA

Ku catatkan memori kenangan anak-anakku....

Sunday, December 7, 2014

JEJAK TEMAN...30 TAHUN TERPISAH

30 tahun bukan satu masa yang singkat.....pelbagai tranformasi berlaku seiring dengan perubahan masa.Begitu juga dengan kami yang semakin hari bertambah usia dan sudah tentu banyak momen yang indah terkubur begitu sahaja dek faktor kegagalan untuk mengingati kisah lampau.Ku catatkan di blog ini sekadar hiburan untuk mengingat kisah kehidupan yang dilalui.Saat duka dan manis dicatatkan sebagai memori buat kenang-kenangan bagi mereka yang terjumpa blogku ini. Kisah disebalik perjumpaan/reunion ini sungguh menarik sekali sehinggalah di saat bertemu.Tepat pada tarikh yang dipersetujui 6.12.2014 kami bertemu di Koptown Hotel dan lebih kurang 11.00 pagi kami berhimpun di situ.Gempak sekejap hotel tersebut bila kaum ibu bertemu.....emmmm sudah tentu berubah semuanya.Menjerit-jerit tanda terlalu gembira....Bayangkan 30 tahun tidak bertemu.Sesuatu yang nostalgik sekali. Tergambar di wajah masing-masing......
Gambar menyaksikan pertemuan kami.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails