Tuesday, March 31, 2009

CERAMAH MOTIVASI

Saban tahun sekolah akan memberikan sedikit motivasi untuk murid-murid yang akan menduduki UPSR .Alhamdulillah pada tahun ini sekali lagi kami telah menerima tetamu undangan dan boleh dikira sebagai pakar motivasi yang didatangi dari Kuala Lumpur.

Malangnya saya tidak dapat bersama-sama dengan mereka kerana kesibukan kerja-kerja pentadbiran dan telah diarahkan oleh guru besar untuk pergi ke PPD bagi mendengar taklimat mengenai dengan pertukaran guru antara negeri.Terasa rugi tidak dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Hanya yang mampu cikgu doakan agar semua murid dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

..............dengar-dengarnya ramai murid telah mengalirkan air mata kerana motivasi yang diberikan dan sekurang-kurangnya mereka sedar betapa pentingnya ilmu.Semua murid tahap 2 telah dibenarkan untuk bersama-sama dengan pakar motivasi dan mereka juga akan mengadakan satu program di daerah Segamat pada minggu ini di Kolej Komuniti Taman Yayasan. Sekolah kami juga dijemput untuk turut hadir ke program tersebut dan kami dapat seramai lebih kurang 30 orang murid akan mengikuti program yang akan diadakan nanti.

Harap-harap murid-murid SKCC mendapat manfaat daripada program yang akan diadakan itu nanti.Insya Allah.

Monday, March 30, 2009

MENZIARAHI (2)

Seawal jam 10.00 pagi saya bertolak ke Johor Bahru.Tujuan ke jabatan untuk mengambil rekod perkhidmatan sepanjang saya bertugas sebagai seorang pendidik.Rekod perkhidmatan untuk keperluan temuduga pada 1.4.2009.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar kerana sebelum ke sana saya telah meminta Pembantu Tadbir sekolah menelefon jabatan atas tujuan saya ke sana.

Selepas itu, suami menghantar saya ke rumah Kak Long dan kami berehat sebentar sehingga jam 5.00 petang.Kemudian saya ke Hospital Sultanah Aminah menziarahi Pak Itam yang dikatakan terpaksa dibedah lagi sekali untuk mengeluarkan air yang terdapat di kepalanya.Kasihan Pak Itam.

Sesampai di sana, Mahathir dan Mak Itam telah menunggu saya.Saya pun terus menuju ke ICU untuk melihat sendiri keadaan Pak Itam.Sungguh sedih melihat badan Pak Itam berselirat dengan wayar.Pak Itam tidak sedar diri walaupun berkali-kali saya memanggil namanya.

...................ketika saya hendak memasuki ICU, agak terperanjat kerana terjumpa kawan sekerja semasa berada di Jengka 4 iaitu Mazmin.Antara percaya dengan tidak, saya memberanikan diri untuk menyapa Mazmin.Memang benar tekaan saya yang itu adalah Mazmin.............bayangkan selama lebih kurang 19 tahun saya meninggalkan bumi Jengka, tidak sangka kami bertemu di Johor Bahru.Mazmin ke sana melihat rakannya yang juga berada di ICU kerana terjatuh di bilik air.Mungkin darah tinggi agaknya.

Selepas berbual-bual dengannya, saya pun beredar dan kemudian Haziq bersama-sama Azlan telah melihat Pak Itam.Haziq yang begitu terasa sekali melihat keadaan Pak Itam.Hampir menitiskan air mata melihat keadaan Pak Itamnya yang dipanggil abang Tam semasa kecil.

Jam 7.00, saya meminta izin dengan Mak Itam untuk pulang kerana perjalanan kami ke Segamat masih jauh lagi.

Kami mendoakan agar Pak Itam cepat sembuh.

Sunday, March 29, 2009

PERSANDINGAN DI SPANG LOI


Cuaca pada hari itu agak panas.......................sedikit sebanyak mengurangkan batas untuk menolong.Tidak tahan...................hanya duduk sahaja melihat gelagat penduduk-penduduk Spang Loi.Alhamdulillah, agak ramai jemputan Pak Itam.

Lebih kurang jam 2.30 petang barulah pengantin diarak dengan paluan kompang dan pencak silat yang dibawa khas dari Buloh Kasap oleh saudari Juraimi.

Nampak sekali berseri-seri wajah kedua-dua pengantin.Menurut Kak Long lebih kurang 16 buah kereta dari sebelah pengantin lelaki telah datang ke Spang Loi.Alhamdulillah sekurang-kurannya mereka merasai suasana kampung di Segamat.

Selepas itu diadakan makan damai.Saya tidak lupa untuk merakam detik-detik manis antara pasangan Mawarni dan Sani Azrul.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya bertolak balik sebelum hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Spang Loi.Badan agak penat dan balik terus berehat.Hari Isnin sudah mula menjalankan rutin harian iaitu bekerja.

Namun kami sekeluarga mendoakan agar Mawarni dan Sani Azrul berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Saturday, March 28, 2009

NIKAH

Hari ini kami pergi ke Spang Loi menghadiri pernikahan sepupu suami Mawarni dan Sani Azrul.
Bertolak ke Spang Loi jam 11.00 pagi kerana pernikahan mereka dijalankan di masjid Spang Loi.
Biasalah kalau kenduri kahwin, kerja memang banyak.Saya menolong kerja-kerja di dapur dan kemudian diminta bersama-sama ke masjid.

Jam menunjukka pukul 4.30 petang, kami sekeluarga telah bertolak ke masjid Spang Loi.Suami bersembahyang di situ.Cuaca mendung dan sesekali hujan renyai menyemarakkan lagi semangat menunggu pengantin lelaki yang dikatakan datang dari Kedah.Suami meminta saya merakamkan gambar menggunakan videocam.

Alhamdullillah hanya dengan dua kali lafaz kedua-dua mempelai disahkan sebagai suami isteri.Hujan yang turun agak lebat sedikit sebanyak mengganggu majlis tersebut.Selepas itu,kedua-dua pengantin telah dijamu dengan pelbagai jenis lauk di rumah pengantin................menunggu majlis yang meriah keesokkan harinya.

Malam, upacara berinai diadakan.Hanya pengantin perempuan sahaja yang berinai.............kasihan Mawarni.Pengantin lelaki keletihan agaknya.Sesuatu yang agak menarik ialah suami dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekelasnya semasa di Spang Loi.Hampir 21 tahun suami tidak berjumpa dengan Kidam.Apa lagi masing-masing membuka kisah lama semasa zaman persekolahan.Saya hanya sekadar tersenyum melihat kegembiraan suami dapat bertemu dengan teman-temannya.

...............Pak Itam tidak ketinggalan memeriahkan lagi majlis perkahwinan anaknya dengan menyewa karoke untuk menghibur penduduk-penduduk di situ.Pak Itam dan Pak cik Musa masih ada hati untuk menyanyi lagu-lagu lama.Hebat sungguh suara mereka.......................
...............yang menggelikan hati, abang Nasir melepaskan giannya dengan menari.Mungkin teringatkan zaman muda-muda dahulu.

Agak kesal kerana tidak dapat merakamkan gelagat abang Nasir menari..................sekurang-kurangnya dijadikan nostalgia untuk seisi keluarga suami.

Friday, March 27, 2009

PELAMIN

Pelamin dengan alam perkahwinan merupakan satu sinonim.Memang tidak dinafikan pelamin memainkan peranan penting dalam sesuatu perkahwinan.Mengukur kreativiti mak andam itu sendiri malah diadunkan lagi dengan kemahuan dan kehendak si pengantin khususnya pengantin perempuan mahupun keluarga pengantin itu sendiri.

Setiap kali menghadiri perkhawinan,saya memang begitu tertarik dengan hiasan pelamin.Ini secara tidak langsung menunjukkan mak andam begitu kreatif dan masing-masing menunjukkan kebolehan untuk menghias pelamin bersesuaian dengan warna dan kehendak hati pengantin perempuan.

Teringat pelamin semasa perkahwinan saya dahulu.Emak saya yang begitu teruja untuk membuat pelamin sendiri dengan dibantu oleh adik beradiknya.Maklumlah anak tidak ramai dua orang sahaja.Sudah tentu hati seorang ibu hendak melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Warna pilihan emak saya ketika itu warna biru dan cream.Saya sekadar menurut sahaja kerana ketika itu saya belum bekerja dan baru tamat dari pengajian di maktab.Lepas sahaja tamat, kami terus melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober. Kami bernikah pada bulan Mei...........nikah gantung( ada ke?).................geli hati mengingatkan nostalgia kami.Berkawan selama empat tahun kerana masing-masing ketika itu sebagai pelajar dan kemudian bertunang selama empat tahun yang ketika itu juga sedang menuntut di maktab.Suami di Maktab Perguruan Raja Melewar (KPLI) dan saya di Maktab Perguruan Kinta.Memang kami jarang bertemu walaupun kami bernikah pada bulan Mei.................Keimanan menguji kami berdua.
Syukur akhirnya kami disatukan dan alhamdulillah kini kami bahagia bersama dengan dua orang anak................teringat pelamin kami.....................................warna biru

Thursday, March 26, 2009

MESYUARAT

................hari yang agak penat.Pagi 6.30 telah sampai ke sekolah.Buka pejabat dan kemudian buat relief guru yang tidak hadir.Hari ini sekolah saya mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 34.Di awal perancangan untuk menjemput YB hadir bagi merasmikan mesyuarat Agung.Tetapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, YB tidak dapat hadir.Hantar surat ke PPD untuk meminta merasmikan mesyuarat namun agak kecewa kerana pihak PPD tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi.Masing-masing semuanya sibuk......................Minggu sibuk.

Semua murid dibenarkan balik awal dan guru hanya balik jam 12.00 tengah hari dan diminta datang semula ke sekolah jam 2.00 petang.Sebagai seorang isteri,masa yang diberikan untuk balik awal digunakan dengan sebaik mungkin.Pastinya mesyuarat mesti berlanjutan sehingga jam 6.00 petang.Balik dari sekolah jam 12.30 tengah hari terus masak apa yang patut, masakan ringkas tapi sedap dan mendapat pujian daripada suami.Terima kasih ayang.

Anak dibelikan sebungkus nasi ayam sudah mencukupi untuknya.Yang penting tiada rungutan.
Balik dari mesyuarat, terus ambil kain untuk dibasuh.Memang menjadi tabiat saya tidak suka menangguh-nangguhkan kerja terutama apabila melibatkan soal kain baju yang tidak dibasuh.
................memang memenatkan.Mana nak fikirkan soal untuk temuduga, esok nak mengajar apa.......semuanya bermain dalam fikiran ini tapi badan terlalu letih.Suami menasihatkan supaya berehat dan jangan paksakan diri untuk buat itu dan ini.

Tahun ini mesyuarat berjalan lancar dan saya tidak terpilih untuk menjadi AJK.Alhamdulillah,perlu membuat rombakan ajk dan memberi peluang kepada guru-guru lain untuk terlibat dalam mesyuarat yang melibatkan ibu bapa.Rasa-rasanya sudah banyak tahun saya menjadi AJK dan sudah tiba masanya untuk saya berundur buat seketika.Semoga dengan perlantikan ajk ini dapat membangunkan PIBG dan seterusnya menjadi satu persatuan yang aktif dalam merealisasikan hasrat negara agar PIBG dapat membantu pihak sekolah dalam apa sahaja program yang dijalankan.

Bagi yang telah berjaya menjawat jawatan , tahniah diucapkan dan bersama-sama membantu sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang dan gemilang.

Wednesday, March 25, 2009

SIRAP

Ibu mertua menelefon jam 6.30 pagi sebelum kami keluar dari rumah untuk bertugas.
Meminta membawanya ke bank untuk mengambil pencen dan juga wang untuk menunaikan umrah pada akhir bulan Mei.Pukul 2.00 petang,selepas suami mengambil saya dari sekolah saya terus ke rumah adik ipar untuk mengambil ibu mertua.Kami membawa dua orang anak buah suami yang berusia 2 dan 3 tahun menemani ibu mertua.

Kemudian kami bertolak ke Spang Loi, ke rumah Mak Itam yang akan mengadakan kenduri kahwin pada hari Sabtu dan Ahad ini.Ke sana untuk menjengah-jengah mak saudara yang kini semakin sibuk untuk persiapan majlis pada hujung minggu ini.

Sesampai sahaja di sana, kami dihidangkan dengan ubi rebus .Apa lagi makan sahaja la kami.
Selepas itu saya menolong emak saudara yang lain memasakkan sirap.Sebanyak 35 kilo gula digunakan untuk membuat air sirap.Biasalah kalau majlis kenduri kahwin, air sirap memang sudah menjadi sinonim kepada mereka.

Jam 6.45 petang, kami bertolak balik rumah.Memang penat tapi mengenangkan jasa mak Itam dan Pak Itam kepada kami sekeluarga, kami luangkan juga masa untuk turut serta membantu mereka sekeluarga.

Sering mendoakan agar majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali.

Tuesday, March 24, 2009

PEMBEDAHAN

Pak Itam menjalani pembedahan seawal pagi jam 8.00.Petang, sekembali dari sekolah jam 2.00 saya menelefon anaknya, Mahathir bertanyakan tentang keadaan Pak Itam.Hanya yang dimaklumkan bahawa pembedahan belum selesai lagi.Hati tersentuh melihat Pak Itam baru-baru ini sewaktu saya berkunjung ke Johor Bahru.PakItam nampak pucat dan tidak seceria dahulu.Hanya terlalu banyak bercakap tanpa berhenti.

Kemudian, apabila balik dari mesyuarat AJK PIBG di sekolah jam 7.00 malam, saya menelefonnya bertanyakan lagi sekali keadaan Pak Itam.Jawapannya sama sahaja.Pembedahan belum selesai.

Pak Itam menjalani dua pembedahan di kepala.Terdapat dua ketumbuhan di kepala Pak Itam.Memang tidak sangka Pak Itam yang selama ini begitu ceria, mudah ketawa dan sering berjenaka rupa-rupanya menghidap ketumbuhan di kepala. Baru-baru ini sahaja ketumbuhan dapat dikesan dan doktor mengarahkan supaya pembedahan dilakukan dengan segera untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk.Pak Itam akur dengan nasihat doktor.

Menurut anaknya Mahathir, doktor ada menelefon pada waktu petang dan memaklumkan bahawa pembedahan baru separuh sahaja dan di bahagian otak yang memerlukan jangka masa yang lama.Semoga Pak Itam mempunyai semangat yang kuat dan kami mendoakan agar Pak Itam selamat menjalani pembedahan.Insya Allah, kami akan melawat Pak Itam.

Monday, March 23, 2009

BANTUAN


Alhamdulillah,hari ini sekolah kami telah menerima bantuan daripada Baitulmal untuk murid-murid miskin.Seramai 18 orang murid Islam telah menerima bantuan daripada pihak Baitulmal.Bantuan berupa pakaian sekolah telah diagih-agihkan oleh Pn Norhayati bte Md Zan selaku GPK HEM sekolah kami.

Beliau juga telah meminta murid-murid yang menerima bantuan supaya terus rajin berusaha kerana banyak bantuan yang telah diterima oleh mereka.
Justeru itu, pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah ini.Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan keluarga dan yang penting mereka ada kesedaran untuk terus belajar .


KURSUS

Jam 6.45 pagi ,emak menelefon memaklumkan yang kami akan ke Taman Yayasan untuk menghadiri satu kursus anjuran Wanita UMNO Bahagian Segamat.Kursus Pentadbiran dan Agenda Melayu.Pada saya kursus ini memberi banyak manfaat kepada kami.Sebanyak 48 buah cawangan telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Segamat.

Selain memberikan suntikan semangat untuk terus bangun mempertahankan parti, kami juga telah diberi satu input oleh Dr Izham bin Nayan(Pengarah Latihan Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang diadakan di Kolej Komuniti Segamat.
Menyedarkan kami akan kepentingan perpaduan dan semangat untuk memastikan negara kita berada dalam harmoni dan aman.

Tidak ketinggalan juga, beliau meninggalkan persoalan :
1.Apakah yang dipelajari dari Sejarah?
2.Adakah wujud keinsafan dan kesedaran?
3.Apakah sejarah mungkin berulang?
4.Adakah keseimbangan dan kekayaan perlu untuk kekalkan keharmonian?
5.Apakah agenda Melayu?

Beliau juga telah menayangkan slide show yang berkaitan dengan sejarah dahulu yang semuanya bermula dengan Melayu.Tanah Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu.
Masalahnya sekarang kenapa orang Melayu yang banyak membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan jika ingin melihat anak bangsa terus maju.Sebaliknya kini,dilihat Melayu bertelagah sesama Melayu sedangkan bangsa lain ketawa melihat pertelagahan bangsa kita.Malah bangsa lain kini tidak hormat akan bangsa kita dan juga Sultan kita............................Adakah bangsa Melayu tidak sayangkan bangsa sendiri hanya untuk kepentingan diri sendiri dan juga pangkat.Fikir-fikirkanlah............................


Sunday, March 22, 2009

BATUK

Sudah dua bulan lebih saya mengalami batuk yang berpanjangan.Sebut sahaja klinik mana,sudah semua saya pergi...............suami dan emak agak risau dengan batuk yang saya alami.Kadang-kadang sampai muntah dibuatnya.

Kalau dulu, saya tidak bisa dapat tidur malam akibat gangguan batuk.
Tapi kini alhamdulillah, saya dapat tidur dan yang menjadi masalahnya batuk itu dialami pula pada waktu siang.Sedikit sebanyak menggangu keselesaan saya untuk mengajar anak-anak murid.Kadang-kadang saya terpaksa memberi latihan bertulis kepada anak-anak murid dan mereka memahami masalah saya.Bercakap sedikit tapi batuk berpanjangan.

Cuma saya bersyukur kerana walaupun saya batuk tapi saya tidak mempunyai masalah pernafasan.Jika tidak takut juga kerana ia mungkin berkaitan dengan masalah paru-paru.
Setakat ini, apabila membuat pemeriksaan doktor,doktor mengesahkan yang saya tidak mempunyai masalah paru-paru.Alhamdulillah, mungkin saya ni tidak berpantang...................makan apa saja.Selalu dileteri suami agar menjaga pemakanan jika hendak sihat cepat.

Saturday, March 21, 2009

MESIN RUMPUT

Hari ini suami menghabiskan masa dengan operasi membersihkan kawasan persekitaran rumah.Rumput yang panjang agak merimaskan mata memandang.
Justeru,saya telah menyuarakan kepada suami agar hari Sabtu, gotong royong membersihkan kawasan rumah.

Pukul 9.00 pagi, suami telah memulakan operasinya sementara saya membersihkan kawasan dalam rumah.Agak penat tapi hati berasa puas........................nampak bersih dan kemas.

Selepas habis membersihkan dalam rumah, saya terus ke dapur memasak untuk suami dan anak-anak.Kemudian bermulalah operasi di tanah pula.Menyapu daun-daun dan membakarnya sekali.Minta pertolongan Haziq untuk membakar sampah.

Rumah yang dikeliling pokok-pokok koko sudah tentu daun-daunnya banyak.Hendak ditebang,nanti kecil pula hati orang tua.................tiada pilihan lain selain memastikan daun-daun tersebut dibakar.

Selepas itu, saya membelek-belek sayur-sayuran yang ditanam.Bubuh baja dan memetik hasil tanaman dan disedekah kepada orang..........Mudah-mudahan hasil tanaman saya akan bertambah subur dan mengeluarkan hasil.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan adanya tanah dapat kita bercucuk tanam.At least untuk kegunaan sendiri.

Friday, March 20, 2009

TEMUDUGA

Melayari internet merupakan salah satu hobi saya jika mempunyai masa lapang.Tiba-tiba saya teringat untuk melihat laman web SPP.Alhamdulillah, memanjat kesyukuran apabila nama saya tersenarai untuk ditemuduga pada 1.4.2009 di Pusat Kegiatan Guru,Parit Bunga Ledang.Temuduga untuk DG 41.Lebih kurang 7 bulan saya menamatkan belajar saya secara PJJ di USM.

Bersama-sama saya ialah Ikin dan Lela.Tahniah kepada kalian berdua.Semoga ianya menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus belajar.

.............juga kepada suami yang selalu mendoakan untuk isterinya agar terus berjaya dalam hidup.

Thursday, March 19, 2009

HUJAN

Cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kita.Namun kita perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.Hujan yang membasahi bumi setiap petang, sekurang-kurangnya dapat menyuburkan tanaman yang ditanam.Alhamdulillah,sayur bertambah subur dan rumput juga semakin panjang.

Setiap petang, Haziq bersama-sama dengan kawan-kawannya akan bermain di Dataran Kasih.Hari ini dalam keadaan hujan lebat, mereka terus bermain.Saya memanggil Haziq supaya berhenti bermain dalam keadaan hujan yang lebat.Tapi Haziq terus bermain dan tidak mengendahkan apa yang saya katakan.................budak-budak memang begitu.Terlalu suka bermain dengan air hujan.Bukan apa takut nanti Haziq demam dan terpaksa bercuti nanti.

Sekembali ayahnya dari bekerja, ayah Haziq terperanjat melihat padang yang dijagainya selama ini rosak.Apa lagi Haziq jadi mangsa leteran ayahnya.Ayahnya meminta Haziq supaya memberitahu rakan-rakannya supaya tidak bermain sewaktu hari hujan.Haziq akur dengan apa yang ayahnya katakan.

Bukan apa, sekurang-kurangnya mereka dapat mendisplinkan diri.Bermain di waktu hujan turun sudah tentu tidak baik untuk kesihatan...................kasihan Haziq dileteri oleh ayahnya.

HUJAN

BEREHAT

Niat di hati untuk pergi ke sekolah pada hari ini.Tetapi disebabkan kesihatan kurang mengizinkan saya mengambil keputusan untuk berehat sahaja di rumah.Dalam keadaan yang tidak mengizinkan saya bersama-sama Haziq mengemas rumah.Alhamdulillah semuanya nampak bersih.

..................saya juga bertuah kerana mempunyai suami yang mementingkan kebersihan dan kekemasan kawasan rumah.Jika tiada kesempatan mengemas rumah,biasanya Haziq dan ayahnya akan menguruskan semua itu.

Hari ini saya memang betul-betul berehat.Kadang-kadang kita tidak sedar akan kepentingan berehat.Emak saya selalu menasihatkan saya supaya mengutamakan kesihatan dan jangan terlalu memikirkan soal kerja.Setiap hari Sabtu,saya akan ke kelas tuisyen mengajar murid-murid tahun 2 & 3...................kadang-kadang jadual terlalu padat....................mana masa rehat, mana masa untuk bersantai dengan family............rasa bersalah kepada family terasa kerana mereka juga memerlukan perhatian daripada kita............................tapi apa boleh buat.......

Tuesday, March 17, 2009

PTK

Hari Rabu saya menghadapi peperiksaan PTK.Tahun ini hanya 1 paper sahaja yang saya ambil iaitu Kertas UMUM.Kertas 2 saya mendapat 4.Alhamdulillah.Niat di hati tahun ini hendak mendapat keputusan 4.Entahlah adakah saya mampu...........................Berdoa setiap hari.
Yang mengembirakan pula, buat pertama kalinya kami dibenarkan open test book.Apa lagi saya mengambil peluang ini untuk menjawab seberapa yang boleh.Peperiksaan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi.Kawan-kawan lagi semuanya ambil 2 paper.

Seusai sahaja peperiksaan, saya bersama-sama dengan Kak yati,Kak Timah,Yati dan Ikin bertolak ke Melaka.Kami pergi dengan menaiki kereta Ikin.Bertolak jam 1.45 petang dan sampai di bandar Melaka jam 3.30 petang.Kemudian kami bersolat di Masjid Hulu Melaka yang merupakan masjid yang paling tua di Melaka.

Selepas itu, kami meronda-ronda ke Mydin.Apa lagi berjalan dengan emak-emak budak.Pertama kali suami mengizinkan saya pergi bersama-sama dengan kawan.Saya memang jarang keluar seorang jika tidak ditemani suami.Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami pun sampai di Segamat.Semua kawan saya menumpang bersolat di rumah saya.Alhamdullilah perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami selamat sampai ke rumah.

Kemudian, suami memberitahu kepada saya yang Kak Long menyuruh kami pergi ke Batu Anam.Bukan apa, kak Long hendak meminta laptop dari suami.Dia tahu yang kami mempunyai 4 buah laptop dan 3 buah komputer desktop.Setelah berbincang,akhirnya dengan berat hati suami memberi satu laptop kepada kak long untuk keperluan anaknya yang sedang belajar. Mudah-mudahan Zatil dapat menggunakan komputer tersebut dengan sebaik-baiknya dan memanfaatkan penggunaan laptop tersebut.Kami sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak buah kami.


Monday, March 16, 2009

CUTI

Cuti sekolah semester pertama dihabiskan masa di sekolah.Menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh dan juga menunggu kehadiran pelawat dari IAB serta mengemaskinikan dokumen-dokumen masing-masing.

Anak merengek-rengek untuk berjalan atau makan angin tetapi saya maklumkan kepada mereka cuti ini mama tidak dapat pergi ke mana-mana.Mama perlu membereskan kerja-kerja sekolah.Begitu juga dengan ayahnya yang sibuk dengan kuliahnya..........................akhirnya mereka akur dengan kesibukkan mamanya.

................mama perlu study untuk PTK yang akan diadakan pada 18 MAC. Jadi mama harap anak-anak mama faham akan kesibukkan mama.Insya Allah , cuti yang lain mama akan bawa kalian makan angin.


Sunday, March 15, 2009

MENZIARAHI

Menemani suami ke Johor Bahru atas urusan penting sekurang-kurangnya dapat mengurangkan stress .Suami meninggalkan saya dan Haziq di Angsana. Kami mengambil peluang ini dengan menghabiskan masa di kedai buku Badan.Hati teruja ke sana untuk meninjau-ninjau keluaran buku baru.Setiap kali ke Johor Bahru memang saya tidak melepaskan peluang ke Badan Cemerlang.........................habis duit jika ikutkan hati.Ada sahaja buku-buku yang hendak dibeli.Haziq tidak kurangnya....................ada aja buku pilihannya.

Lebih kurang 5 jam berada di Badan, suami mengajak saya menziarahi bapa saudara di Hospital Sultanah Aminah yang akan menjalani pembedahan di bahagian kepala.Ada dua ketumbuhan di kepalanya .Kasihan Pak Itam.Haziq diasuh oleh keluarga Pak Itam semasa kecil ketika saya pergi bekerja....................teringat saya kata-kata Pak Itam kepada Haziq.Pak Itam menyuruh Haziq memanggilnya abang Tam setiap kali Haziq merengek-rengek hendak susu.

Hati tersentuh melihat Pak Itam.Hanya yang mampu kami lakukan ialah berdoa kepada Allah agar Pak Itam selamat menjalani pembedahan yang dijangkakan minggu hadapan kerana tertangguh akibat kekurangan darah.Walaupun darah telah dimasukkan ke badan Pak Itam, tetapi Pak Itam masih kekurangan darah.Haziq meluahkan perasaannya untuk menjaga Pak Itam tetapi dia kata dia masih kecil dan tidak mampu untuk menjaga Pak Itam.

Selepas bersembang dengan Pak Itam dan keluarganya lebih kurang 3 jam,kami pun meminta kebenaran untuk pulang kerana perjalanan dari Johor Bahru masih jauh lagi............................

Sentiasa mendoakan agar Pak Itam cepat sembuh dan terkenangkan nostalgia Pak Itam menjaga Haziq sejak berusia 3 bulan.

Friday, March 13, 2009

TEKSI

Habis sahaja kelas tuisyen, suami menjemput saya dan terus ke kedai membaiki kereta.Suami memang telah berjanji dengan Ah choon untuk menghantar kereta jam 12.00 tengah hari.
Setiba di kedai tersebut, Ah Choon memberitahu yang kereta siap dibaiki jam 6.00 petang.
Tiada pilihan lain dan tidak mahu menyusahkan sesiapa, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke GIANT.
Selepas meronda-ronda di situ dan pada awalnya saya berhasrat untuk membeli barang tetapi memikirkan sukar untuk membawanya saya batalkan sahaja..Akhirnya saya mengajak suami pulang ke rumah.
Suami memberikan cadangan supaya naik bas sehingga ke stesen bas dan kemudian akan menaiki teksi.Saya terima sahaja cadangan suami.
Setiba di stesen bas, suami terus menuju ke arah teksi dan memintanya menghantar ke rumah kami.
Kami memang jarang menaiki bas dan teksi.Sekali-kali rasa enjoy dan kami ketawa sendirian.Semuanya penuh simbolik dan bermakna..........................

JEMPUTAN

Seawal pukul 9.00 pagi, ketika saya bersiap-siap untuk pergi ke kelas tuisyen, saya menerima panggilan telefon dari sahabat lama................Noorwati Salleh dikenali ketika sama-sama bersekolah di SKCC Segamat pada tahun 1980.Selama 29 tahun, kami tidak pernah berjumpa malah berhubung diantara satu sama lain kerana masing-masing membawa haluan sendiri selepas SPM.Ikutkan janji kami akan bertemu di rumah Liza tetapi disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan,saya tidak dapat memenuhi permintaan Wati untuk berjumpa...............terasa bersalah tapi apa boleh buat.Dengarnya Wati kini bertugas di MAS dan kami mula berhubung setelah berjumpa dengan Liza dan melaluinyalah saya mendapat tahu yang Wati bertugas di situ.
Liza yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini di Jalan Pemuda Segamat ada mempelawa saya untuk menghadiri majlis perkahwinannya.Cuma yang mampu saya ucapkan ialah SELAMAT PENGANTIN BARU.
.................Buat Wati,insya Allah suatu hari nanti kita akan bertemu juga.

KENANGAN

Tiba-tiba kenangan bersama rakan-rakan ketika menuntut di USM menerjah ke fikiran saya.Teman sekuliah ketika di Melaka, Ikin, Adam, Puziah, Norena, Adam,Latif ,Rohidi serta Nizam mengimbau kenangan saya ketika kami bertemu di USM pada tahun 2004.
Pertemuan tanpa disangka ketika mula menjejak kaki di USM sehinggalah kami menghabiskan pengajian pada tahun 2008.Alhamdulillah, semuanya berjaya menghabiskan
pengajian kecuali Norena yang tidak dapat menamatkan pengajian kerana masalah kesihatan.
Bulan Ogos 2008, kami bertemu semasa konvo di USM.Masing-masing membawa keluarga yang turut meraikan kejayaan kami.Segala dugaan dan cabaran berjaya kami harungi dan tempuhi sepanjang kami belajar.
Pengorbanan keluarga setiap kali kami pergi ke kuliah pada bulan November selama 3 minggu menyemarakkan semangat kami untuk terus berjuang menuntut ilmu.Si isteri meninggalkan suami dan anak-anak sementara sang Suami meninggalkan isteri dan anak-anak.
Namun begitu,persahabatan kami tidak habis di situ sahaja.Kami masih lagi bertanyakan khabar di antara satu sama lain.Sebagai kawan,yang penting ialah keikhlasan hati.Saya berdoa agar kalian akan terus menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.
Suami ada menyuarakan kepada saya agar meneruskan pelajaran ke peringkat sarjana.Bukannya saya tidak mahu tetapi mengenangkan anak-anak perlukan perhatian dan kasih sayang, saya lupakan sejenak perkara tersebut.
Yang penting, kini saya memberikan sokongan moral kepada suami untuk meneruskan hasratnya untuk memperolehi PHD.Mama sering mendoakan untuk ayang agar berusaha dan berusaha untuk mencapai hasrat dan impian ayang.........................

ANUGERAH CEMERLANG

Hari ini, sebelum balik jam 2.00 petang, Guru besar telah memanggil saya ke biliknya.Tahniah ,kerana anda menerima anugerah cemerlang.Memang saya tidak sangka dicalonkan untuk anugerah ini.Terharu diatas ucapan yang disampaikan kepada saya.Guru besar juga mengucapkan terima kasih kepada saya kerana telah melaksanakan tanggungjawab memangku jawatan guru besar selama 4 tahun ketika beliau belajar.Pada saya, anugerah ini untuk semua warga SKCC.Mereka banyak membantu urusan pentadbiran ketika guru besar tiada dan dalam masa yang sama ketika itu saya juga sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian saya di USM.
Antara komitmen sebagai ibu, isteri,guru,pelajar, memangku tugas Guru Besar, Guru Penolong Kanan menuntut kesabaran dan betul-betul menguji diri saya.Alhamdullillah,saya mempunyai seorang suami yang banyak memberikan sokongan daripada belakang................jasamu akan tetap mama kenangkan.
Anugerah ini merupakan anugerah kali kedua saya terima.Pertama tahun 2003.Syukur kepada Allah.Mungkin ini rezeki saya.Sejak saya menjawat jawatan GPK hakiki, semua bayaran BISP terpaksa saya serahkan kembali.Ini adalah prosedurnya.Walaupun kini saya mengajar subjek sains untuk murid-murid Tahun 3.Bagi saya adalah satu kepuasan kepada saya dapat mencurahkan ilmu yang saya perolehi ketika mengikuti eTEMS.
Soal bayaran tidak saya pertikaikan.Mungkin itu bukan hak saya.Yang penting anak-anak didik saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian yang dijalankan.
Cuti sekolah yang bermula pada 16 MAC ini saya habiskan masa di sekolah.Sejakawal lagi saya telah memberitahu suami mengenai rancangan saya itu.Suami mengizinkan kerana dia tahu komitmen saya pada tugas.
Bukannya apa..........menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai apatah lagi lawatan daripada sekumpulan pensyarah dari IAB.Hendak mengemas kinikan fail-fail.
Hari Jumaat, jika isteri sibuk memasak untuk suami dan anak-anak sebelum mengerjakan solat jumaat tapi saya masih berada di sekolah menjaga keselamatan anak murid yang mengambil mata pelajaran bahasa cina dan tamil sehingga jam 2.00 petang.
Kepada ayang dan anak-anak.......................terima kasih di atas kerjasama dan memahami kesibukkan mama mu ini.

BELAJAR

Sebagai ibu,saya sering mengingatkan anak-anak supaya sentiasa belajar.Ilmu itu sangat penting kepada kita...................tidak rugi menuntut ilmu walaupun kita sudah meninggalkan alam persekolahan.
Anak-anak saya seramai dua orang sering diberi kata-kata peransang dan nasihat.Mama sering mendoakan kejayaan anak-anak mama dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri.
Mama sering mengingatkan kalian supaya sentiasa mengingatiNYA dan berdoa, rajin bangun malam mengerjakan Solat kerana hanya DIAlah tempat kamu mengadu setelah kalian berusaha.
Anak saya yang sulong,akan menduduki peprikaan SPM pada tahun ini.Yang sulong ini tidak seperti adiknya,yang agak pasif.Along lebih berani dan ingin mencuba sesuatu.Sejak di bangku sekolah rendah lagi beliau sering melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Kadang-kadang saya risau juga dengan keaktifannya.Mungkin mengikut jejak ayahnya semasa dibangku sekolah rendah.Ada sahaja yang ingin
dicuba dari penglibatan diri dalam bahas, pidato, berpantun mahupun berforum.Saya sering mengingatkannya supaya mengurangkan penglibatan diri dalam bidang tersebut dan dia berjanji hanya sampai bulan MAC sahaja.
Sentiasa berdoa supaya anak-anak sentiasa bersolat, mendengar nasihat dan menjaga maruah diri dan keluarga.

TETAMU

Mak Itam, Pak Itam dan Mak Uteh datang ke rumah saya.Tujuan mereka datang adalah untuk menjemput kami sekeluarga ke rumahnya pada 29.3.2009.Majlis perkahwinan anak perempuan mereka Mawarni.
Pak Itam sudah lama tidak berkunjung ke rumah saya.Kesibukan masa kerana tuntutan kerja menyebabkan kami jarang bertemu.Pak Itam bercerita yang dia tersesat semasa hendak pergi ke rumah saya.Malam..............mana nak nampak rumah .
Pak Itam memang terkenal dengan Santan Berlada..........suami selalu bercakap begitu.Mungkin ada cerita disebalik santan Berlada...................hanya suami dan Pak Itam sahaja yang tahu.
Selepas itu, saya telah membawa Pak Itam dan isterinya ke rumah adik ipar yang terletak di Bandar IOI.Di sana, kami dijamu makan oleh adik ipar.
Tidak sabar untuk berjumpa saudara mara pada 29.3.2009 dan masa inilah kami dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita.

KEGELISAHAN GURU


Hari ini,jam 12.00 tengah hari, saya bersama-sama dengan Guru Besar dan GPK HEM dan guru-guru berbincang untuk membuat penyelarasan kerja yang berkaitan dengan beberapa program yang dirasakan perlu disiapkan semasa cuti kerana dijangkakan pada 23.3.2009 sekumpulan pensyarah dari IAB akan turun ke sekolah untuk memantau dan memberi bimbingan mengenai program Memperkasakan Sekolah.Dalam masa yang sama, pihak Audit akan datang ke sekolah sejurus selepas cuti sekolah berakhir.
Saya telah memberi sedikit panduan kepada guru-guru supaya mengemas kinikan fail-fail panitia dan juga membuat post-mortem setiap program yang dijalankan dan didokumentsi berdasarkan Rancangan Pemajuan Sekolah.
Sebagai seorang guru,memang tidak dinafikan bebanan kerja yang semakin melambak dan dalam masa yang sama hendak memastikam pencapaian akademik terus meningkatkan memberikan stress kepada guru-guru.Kegelisahan guru semakin nampak apatah lagi paper work yang begitu banyak sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada guru.
.............. Kajian Tindakan .Satu guru satu kajian.......alhamdulillah guru-guru sekolah saya telah menyediakan proposal untuk kajian tindakan.Saya tidak memberikan tekanan kepada guru-guru di bawah saya dan memberikan mereka masa untuk menyiap dan menghantarnya.Saya hendak mereka berada dalam kegembiraan walaupun kerja semakin melambak.................perlu dihantar juga pada 23.3.2009.
Murid-murid Tahun 6 akan menduduki UPPM 1 pada 23.3.2009.Cikgu doakan kamu semua dapat keputusan yang baik.Program untuk murid-murid Tahun 6 juga diadakan.Mereka dikehendaki hadir ke sekolah pada 19 & 20.3.2009.Kelas Tambahan untuk mereka sebelum menduduki UPPM 1.Peringkat awal pihak sekolah hendak mengadakan kelas pada 16.3.2009 tetapi memikirkan guru-guru juga akan menduduki PTK pada 17 & 18.3.2009 dan selepas mengadakan perbincangan akhirnya mereka bersetuju mengadakan kelas pada 19 & 20.3.2009.
Berdoa agar semua guru dan murid-murid berada dalam keadaan yang selamat sepanjang cuti sekolah.

BUMI KASIH

Hati berasa gembira dan tenang melihat Bumi Kasih yang dibeli dengan harga RM20,000.00 sudah mula menampakkan hasil.Kawasan yang mempunyai keluasan hampir 2 ekar dan diusahakan oleh Long Razak dan isterinya,Kak Milah.

Tanaman kontan yang terdiri daripada pisang, keledek,lada merah, cili padi dan juga labu sudah mula tumbuh dengan subur.Alhamdulillah, hujan yang turun membasahi bumi membantu pertumbuhan pokok-pokok tersebut.
Peringkat awal, kami hendak menanam pokok getah tetapi setelah memikirkan banyak komitmen lain yang memerlukan tuntutan masa,kami telah menyuarakan kepada Kak Milah supaya mengusahakan tanah tersebut secara percuma dan hasillannya biarlah KaK Milah nikmatinya.
Kami percaya Kak Milah dapat melakukannya kerana mereka suami isteri memang berminat dengan kerja-kerja kampung.Kadang-kadang saya turut sama menolong mereka menebas dan mencabut rumput.Sekadar mengisi masa yang terluang di waktu petang.
Kak Milah dan suaminya banyak menanam pokok pisang yang dikatakan mempunyai pasaran yang tinggi.Malah permintaan pisang begitu tinggi sedangkan penawarannya tidak dapat menampung permintaan..........sakit pisang katanya.
Semoga segala usaha Kak Milah terhadap BUMI KASIH akan terus berkekalan dan menjadikan BUMI KASIH sebagai salah satu sumber pendapatan mereka sekeluarga.

DATARAN KASIH

Dataran kasih merupakan satu tempat di mana Haziq dan kawan-kawannya bermain bola.Bersebelahan dengan rumah saya .Di sinilah tempat Haziq dan kawan-kawannya bersantai dan bermain bola sepak yang menjadi kegemarannya .Setiap petang,Haziq akan turun ke dataran ini untuk bermain-main.

Dataran Kasih nama yang diberikan oleh suami sebagai simbolik kepada kami sekeluarga.Perkataan KASIH akan kami kekalkan .Ikatan kasih sayang diharapkan berkekalan hingga ke akhir hayat.Nama rumah kami diletakkan dengan perkataan TERATAK KASIH malah blog saya pun diletakkan dengan nama PENA KASIH.Begitu juga tempat kami beristirehat diberi nama SANTAI KASIH.
Semoga segala impian dan harapan untuk menjadi sebuah keluarga yang penuh dengan nilai-nilai kasih sayang akan terus berkekalan.

Sering berdoa kepada Allah S.W.T agar ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga akan terus dilindungi olehNYA.

Thursday, March 12, 2009

BUAH DUKONG

Buah dukong merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang saya minati.Di kebun saya, terdapat beberapa batang pokok dukong.Musim buah-buahan memang dinantikan malah adakalanya kami menjualkannya kepada peraih.
Baru-baru ini,saya telah mengambil keputusan untuk menjual buah dukong dengan harga RM3.00.
Saya hanya menerima bersih sahaja dan semua urusan memetik buah dukong adalah urusan peraih tersebut.
Memang tidak menjadi masalah bagi kami yang tinggal di kampung ketika musim buah-buahan .Terima kasih kepada ayah kerana memberikan sebidang kebun kepada kami.
Saya merupakan anak sulong daripada dua orang adik-beradik perempuan.Ayah telah mengambil keputusan menyerahkan kebunnya kepada kami pada pada tahun 1999. Di kebun inilah ayah saya menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan.
Kemudian pada tahun 2000, sepupu saya telah menjual kebunnya yang seluas hampir 2 ekar kepada saya dengan harga RM20,000.00 dan pada tahun 2007 sekali lagi sepupu saya menjual kebunnya yang dibahagian atas dengan nilai RM20,000.00.
Kini, musim buah duku pula akan muncul.Biasanya kawan-kawan di sekolah akan tetap merasai buah duku yang akan dipetik oleh suami.Malang sekali, anak-anak saya memang kurang minat akan buah-buahan tersebut..................budak zaman sekarang yangmereka kenal ialah buah epal,buah naga tetapi apabila disebut buah duku, dukong dan langsat mereka sekadar menggeleng kepala.
Bersyukur kepada Allah S.W.T diatas nikmat dan kurniaannya.Hasil buah-buahan tersebut sering diagih-agihkan kepada kawan-kawan,jiran-jiran dan saudara mara.

Wednesday, March 11, 2009

PROGRAM 2 DALAM 1

Hari ini sekolah saya mengadakan dua program secara serentak.Program NIE dan juga Program Perjumpaan bersama dengan ibu bapa murid tahun 6 dalam usaha meningkatkan pencapaian UPSR bagi tahun 2009.Bulan Februari yang lepas, perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru mata pelajaran telah dijalankan bagi kelas 6CS.
Alhamdullilah kehadiran ibu bapa amat menggalakkan dan ibu bapa yang tidak hadir pada hari berkenaan disebabkan mempunyai masalah tertentu diberi pilihan untuk hadir pada hari lain.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan masalah pembelajaran anak-anak mereka dan juga sebagai satu inisiatif pihak sekolah untuk berjumpa dengan ibu bapa dan membincangkan secara telus permasalahan anak-anak mereka.Semoga dengan adanya perjumpaan ini, ianya dapat membantu pihak sekolah menangani masalah anak didik dan seterusnya dapat berbincang dengan ibu bapa tindakan yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah anak mereka.
Dalam masa yang sama, kami mengadakan satu program NIE anjuran STAR.Pada tahun ini, pihak sekolah bersyukur kerana dengan kerjasama DAMACAI, kami telah mendapat suratkhabar percuma untuk murid-murid sekolah ini.Keaktifan panatia Bahasa Inggeris dengan didokong oleh Puan Desirani dan juga Puan Tong,panatia ini dapat melaksanakan program ini dengan lebih licin.Malah, sekolah kami pernah mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan juga pada tahun lepas kami dijamu dengan pizza diatas penglibatan anak murid kami dalam program yang dianjurkan oleh STAR.
Selain daripada itu, anak-anak murid kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata dengan membaca suratkhabar
yang dibekalkan secara percuma.Alhamdulillah, setakat ini, keputusan peperiksaan UPSR terutama subjek Bahasa Inggeris begitu tinggi peratus kelulusannya.
Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru sekolah ini,insyaAllah sekolah ini akan dapat meningkatkan peratus pencapaian dalam peperiksaan UPSR.Saya bersyukur mempunyai guru-guru yang dedikasi dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga malah wang ringgit sekalipun.Semoga segala usaha yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah ini mendapat keberkatan daripadaNYA.

Malang

Tepat jam 7.10 pagi, saya menerima telefon daripada suami.Beliau memberitahu yang dia terlibat dalam kemalangan dengan pelajar SM Gemereh.Ketika itu, saya sedang sibuk membuat relief untuk guru yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.Saya agak terperanjat kerana setahu saya,suami tidak pernah memandu dengan laju.Rupa-rupanya,suami saya cuba mengelak dua buah motor yang ditunggangi oleh dua orang pelajar yang menunggang motor dengan laju dan cuba memasuki lorong kereta suami saya.Untuk mengelak kemalangan, suami saya membuat brek emegency dan tidak disangka sebuah motor yang mengikuti suami daripada belakang telah menghentam bumper belakang kereta.Pelajar tersebut cedera di hidung dan apa yang dikesalkan ialah pelajar itu tidak mempunyai lesen dan tidak memakai topi keledar.Kemudian suami berjumpa dengan guru HEM di sekolah tersebut dan beliau berjanji akan menelefon suami sekiranya
ibu bapa kepada pelajar berkenaan datang sekolah.Namun agak mengecewakan kerana tiada sebarang telefon daripada pihak sekolah.Memang suami ingin berjumpa dengan keluarga pelajar tersebut.Suami saya memang anti kepada pelajar-pelajar yang menunggang motor dengan laju tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar.Bukan apa, mereka tidak sayang kepada nyawa sendiri sedangkan mereka adalah pelajar sekolah yang perlu ada wawasan untuk masa depan mereka.

Tuesday, March 10, 2009

HASIL TANAMAN

Hari ini, selepas saya menjemput anak lelaki saya balik dari sekolah jam 2.30 petang, saya terus ke kebun kecil saya yang terletak di belakang rumah.Meninjau hasil tanaman yang ditanam bersama-sama dengan suami dan anak lelaki.
Melihat tanaman bendi yang telah menghasilkan buah lalu dipetik dan dijadikan hidangan bersama-sama dengan ikan masak asam pedas.Sejak akhir-akhir ini, saya jarang sekali membeli sayur kerana kebanyakannya diambil dari kebun kecil saya.Tidak rugi berbudi pada tanah.
Apa yang menariknya ialah saya hanya menggunakan baja kompos cacing yang dibekalkan oleh adik ipar saya yang kini mengusahakan ternakan cacing.Saya hanya sekadar mencuba untuk melihat hasil tanaman menggunakan baja kompos cacing.Memang memeranjatkan kerana daunnya begitu lebar dan sayur-sayur tumbuh dengan segar dan subur.

Anak lelaki saya teruja untuk menanam jagung dan amat malang sekali hanya tiga batang sahaja yang tumbuh.Yang lain habis dimakan oleh ayam .Namun begitu,hasilnya juga telah dapat diambil dan dirasai.Haziq ketawa melihat hasil tanaman jagungnya dan dia berjanji akan menanamnya lagi.Saya juga menanam peria, terung,lada hidup, cili padi, sawi, kangkung dan juga kacang botol.Setiap hari, apabila balik dari sekolah saya mesti melihat sayur-sayuran tersebut dan sekurang-kurangnya rasa penat dan stress berkurangan akibat tekanan kerja yang semakin melambak.
Kadang-kadang saya mengagihkan tanaman sayur-sayuran kepada jiran-jiran terutamanya bendi yang begitu banyak mengeluarkan hasil.Setiap 2 hari saya akan mengutip hasil tanaman tersebut.
Setiap petang saya menghabiskan masa bersama-sama dengan sayur-sayuran.
Suami saya tidak ketinggalan menyediakan batas untuk memudahkan saya menanam sayur-sayuran.Setiap hari Sabtu dan Ahad, kami menghabiskan masa menanam sayur-sayur dan juga membersihkan kawasan tersebut.

Monday, March 9, 2009

TIDAK DISANGKA

Membaca blog suami tentang komen daripada pembaca amat memeranjatkan terutama komen yang negatif.Begitulah sifat manusia yang tidak suka melihat orang lain senang.Mengata suami saya dengan perkataan yang kurang manis menguris perasaan saya.Biasanya seorang isteri lebih mengenali hati dan perasaan suami jika dibandingkan dengan orang luar yang hanya melihat secara zahir sahaja.Mengata rumah dibuat oleh orang Cina begitu juga kebun yang diusahakan oleh orang Cina.Hanya yang mampu saya lafazkan ialah Alhamdullilah kerana begitu cetek pemikiran mereka.
Saya sering mengingatkan suami biar orang kata kita tapi kita jangan sekali-kali melakukan kepada orang lain.Yang penting apa yang kita buat adalah kepuasan kepada kita.
Tanah yang diusahakan oleh Long Razak telah saya bersihkan dan dibajak oleh seorang Cina setelah dibuat rundingan harga.Saya pernah berjumpa dengan orang Melayu untuk melakukannya tapi kita lihat pada harga yang ditetapkan begitu tinggi jika dibandingkan dengan orang Cina lalu kami mengambil keputusan untuk menyuruh uncle tersebut mengusahakannya. Saya juga tidak minta apa-apa ganjaran daripada Long Razak sebaliknya saya meminta dia menjaga kebun dan menanam apa sahaja yang dirasakan perlu tanpa sebarang bayaran untuk saya.Saya harapkan dia menjaga kebun itu supaya bersih sahaja. Begitulah orang Melayu memang ada perasaan irihati kepada bangsa sendiri.Memang ramai yang hendak membeli tanah tersebut tetapi saya telah diamanah oleh sepupu supaya tidak sekali-kali menjualkannya kepada orang lain.Tanah yang terletak di tepi jalan raya itu sering menjadi bualan orang kampung.Sepupu saya menjualkannya kepada saya dengan harga RM 20,000.00 dengan keluasan tanah hampir 2 ekar.
Mengenai rumah pula, pernah saya dan suami berjumpa dengan kontraktor Melayu untuk membuatnya tetapi dinasihatkan oleh seseorang yang boleh dipercayai kami telah mengambil keputusan untuk menyuruh kontraktor Cina membina rumah kami.Kemudian saya telah membuat sedikit pengubah suaian rumah dan kami telah berjumpa dengan kontraktor Melayu dan membuat rundingan dan agak memeranjatkan kerana mereka meletakkan harga yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan kontraktor Cina.Kami tiada pilihan lain melainkan memilih kontraktor Cina yang kami rasakan ia memberikan kepuasan kepada kami sekeluarga.Memang tidak dinafikan setiap kali kami meminta pertolongan daripada orang Melayu mereka menekankan harga yang tinggi kepada kami.Justeru itu, kami tiada pilihan lain melainkan memilih kontraktor Cina .Pada saya komen-komen yang diberikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu mempunyai niat yang tidak baik kepada keluarga kami.Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan sifat-sifat seperti itu.

RAJIN........ANAK MAMA.


Dadih makanan kegemaran Haziq dan Along.Setiap hari, Haziq sering mengingatkan saya supaya membuatkan dadih untuknya.Kasihan melihatkan Haziq yang sering merengek untuk menyuruh mamanya membuatkan dadih.Kesibukan masa menyebabkan saya sering tertangguh untuk menyediakan makanan kegemarannya.
...............lantas mencuri sedikit masa,saya terus memasakkan dadih untuknya.Perasa jagung dan juga mangga.Haziq tidak sabar-sabar untuk menunggu dadih masak.Haziq memang rajin menolong saya masak di dapur.Dia turut sama membantu saya memasak dadih.Kadang-kadang dia ringan tulang dan sering menolong saya di dapur terutama kalau masak nasi paprik.Bertuah mama punya anak seperti Haziq.
Setiap hari Sabtu dan Ahad, Haziq akan membasuh bilik air.Tapi siaplah dengan leterannya.Dia akan pastikan bilik air akan sentiasa bersih.
Kadang-kadang tanpa disuruh, dia akan membantu saya melipat kain.Agak memeranjatkan kerana cara dia melipat begitu kemas dan rapi.
Dia sering mengingatkan alongnya supaya menutup suis kipas sebelum meninggalkan bilik dan setiap kali hendak pergi ke sekolah dia akan pastikan semua suis ditutup.
.......Biliknya akan sentiasa dikemas rapi.Kadang-kadang mak mertua terperanjat melihat biliknya yang sentiasa bersih.Buku-buku tersusun rapi dan setiap kali selepas membuat ker-berja sekolah dia tidak akan membiarkan barang-barang dan buku-bukunya bersepah di atas meja.Kadang-kadang dia sering bergaduh dengan along dan dia mahu along mengikut jejaknya dengan memastikan semuanya sentiasa kemas.
Kalau dia balik awal dari sekolah, dia akan memasakkan nasi untuk kami.Itulah tugas Haziq tanpa disuruh.
Waktu petang, Haziq akan bermain bola bersama-sama kawannya di dataran kasih yang terletak berhampiran dengan rumah saya.Haziq akan meletakkan bakul di situ dan meminta kawan-kawannya memasukkan sampah di dalam bakul.Malah dia sering mengingatkan kawan-kawannya supaya tidak membuat sampah........kadang-kadang ketawa juga kami melihat perangai Haziq.Mudah-mudahan kerajinan Haziq akan berterusan.
Kini,Haziq telah mengajar anak saudara saya,Hafiz supaya menjaga kebersihan.Alhamdullilah,Hafiz yang berusia 2 tahun lebih sudah pandai menjaga kebersihan.Pampers yang digunakan akan dibuang sendiri ke dalam bakul yang kami sediakan setiap kali dia datang ke rumah kami.
Mudah-mudahan Hafiz mengikut jejak Haziq.

Saturday, March 7, 2009

KEPENATAN

Musim cuti memang dinantikan tetapi apabila cuti dipenuhi dengan undangan perkahwinan menyebabkan kita terpaksa mengorbankan masa untuk turut sama menghadiri majlis perkahwinan apatah lagi perkahwinan itu melibatkan saudara kita sendiri.Inilah yang berlaku kepada saya pada hari ini.Terkejar-kejar dan terpaksa membahagikan masa untuk pergi ke majlis tersebut.Pagi lebih kurang pukul 10.00 saya bergegas ke Masjid Jamek Segamat setelah mendapat keizinan daripada suami untuk mengambil gambar video sepupu yang akan bernikah di sana.Saya memang berminat mengambil gambar untuk dijadikan koleksi sebagai kenangan
.Suami tidak turut serta kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Sebelum itu, pukul 6.30 pagi saya menghantar ibu mertua ke Masjid Jamek untuk pergi ke Riau,Indonesia.Semoga emak selamat pergi dan balik.InsyaAllah.Setelah selesai majlis pernikahan,saya terus ke rumah pengantin untuk mengambil gambar di sana sehingga pukul 3.00 petang.Selepas itu,saya bergegas ke Buloh Kasap ke rumah datuk saudara yang juga mengadakan majlis pernikahan jam 5.00 petang di Masjid Buloh Kasap.Di sini banyak kerja yang perlu dilakukan.Saya pun terus menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat.Setelah semuanya usai, saya pun pulang ke rumah. Besok ada lagi majlis yang perlu saya hadiri..................Walaupun penat tetapi ia merupakan satu kepuasan pada diri saya kerana sekurang-kurangnya saya dapat membantu datuk saudara yang kini sakit dan dikatakan baru sahaja menjalani pembedahan kecil di Hospital Pantai Melaka.Apatlah lagi, apabila dia melihat saya dia terus menangis.Tidak sampai hati untuk membiarkan perasaan datuk saudara terguris.Hatinya mudah tersentuh sejak dia keluar dari hospital dan sering mengingatkan saya supaya datang seawal mungkin ke rumahnya.Insya Allah

Pertemuan

Hari ini saya begitu teruja untuk menghadiri satu majlis perkahwinan saudara saya yang terletak di Kg Tahang Rimau Segamat.................teruja untuk bertemu saudara mara yang telah sekian lama tidak bertemu kerana kesibukan dengan tugas masing-masing.Kadang-kadang kerana kesibukan kita terlupa akan kemesraan dan keakraban yang terjalin semasa kita berada di sekolah rendah.Rindu akan kemesraan terubat ketika pertemuan di sesuatu majlis.Begitulah yang terjadi pada saya.Pertemuan di rumah ini mengimbau nostalgia ketika kecil.
Kadang-kadang semasa hari raya yang boleh dianggap sebagai satu masa untuk kita bertemu tidak dapat kita lakukan kerana masing-masing membawa haluan sendiri.Apabila dijanjikan untuk bertemu ada saja halangan yang menyebabkan petemuan tidak dapat dibuat.Sepupu saya ,Pizah yang telah sekian lama tidak bertemu begitu ceria bertemu dengan saya.Masing-masing kini mempunyai dua orang cahaya mata.Walaupun sepupu saya tinggal di Melaka, tetapi kekangan masa menyebabkan kami jarang bertemu.Pertemuan ini amat bermakna bagi kami..............Gelak ketawa mengimbau kenangan lama yang penuh dengan cerita-cerita menarik yang hanya kami sahaja tahu.

Friday, March 6, 2009

KEPUASAN

Tidak ada yang tidak mengembirakan hati seorang guru jika melihat anak murid mendapat keputusan yang baik dalam ujian yang dijalankan.Begitulah yang berlaku pada saya.Hati begitu teruja dan ceria apabila mendapati anak-anak murid lulus dalam ujian terutamanya subjek Sains yang dianggap sukar bagi sesetengah murid.Bagi saya yang penting kita berusaha untuk memastikan anak-anak murid faham akan apa yang kita ajar.
Saya memang tegas dalam mendidik anak-anak murid yang dianggap seperti anak sendiri.Yang pasti saya mahu mereka berjaya dan merupakan satu kepuasan pada diri saya.Setiap kali saya mengajar saya pastikan semua murid faham istilah sains dan sering memberikan penekanan kepada istilah tersebut.
Kadang-kadang kita kecewa melihat sikap murid yang sering tidak membawa buku dan ada sahaja alasan yang diberikan.Pada saya, setiap murid perlu mendisplinkan diri mereka dengan memastikan buku perlu dibawa setiap hari
Pernah terjadi kepada anak murid saya yang setiap hari tidak membawa buku latihan dan ini mengganggu pembelajaran mereka.Di sekolah saya, kami menyediakan surat komunikasi untuk diberikan kepada ibu bapa yang anaknya menimbulkan masalah.Surat komunikasi diberikan kepada ibu bapa murid tersebut dan saya mendapat respon yang baik daripada mereka.Mereka berjanji akan memastikan anak-anak membuat kerja dan menghantar buku mengikut masa yang ditetapkan.Alhamdullilah, anak murid saya menunjukkan perubahan yang positif.Satu kepuasan pada diri saya.Walaupun saya dianggap guru yang tegas tetapi saya akan pastikan anak murid saya akan lulus semua subjek yang saya ajar.
Walaupun saya sibuk dengan tugas-tugas pentabiran, pada saya tugas utama saya mengajar tetap akan saya utama dan berjanji pada diri ini untuk memastikan anak-anak didik saya akan lulus semua subjek.Itulah janji saya pada diri sendiri.Saya sering berdoa kepada Allah supaya anak-anak didik saya menjadi anak yang cemerlang dalam semua bidang termasuk sahsiah diri.Sebagai ibu,saya sering mengingatkan anak-anak sendiri agar pastikan semua buku dibawa mengikut jadual supaya tidak menimbulkan kemarahan guru begitu juga dengan kerja-kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka.Malah waktu malam saya sering memeriksa buku tulis anak-anak walaupun mereka telah berada di sekolah menengah.

Thursday, March 5, 2009

Akhirnya..

Saya ingin sangat memiliki blog sendiri. Saya suarakan hasrat itu kepada suami saya dan beliau tidak keberatan untuk menyediakan sebuah blog buat saya. Akhirnya...beginilah hasilnya

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails