Monday, March 29, 2010

LEMAHNYA.....................



Badan masih terasa lemah lagi.Tidak segagah seperti selalu.Anak lelaki merasai dahi dan mengatakan mama masih demam lagi.Kasihan, mama.Selalunya mama ceria tetapi sejak dua tiga hari ini mama lebih banyak menghabiskan masa dengan baring sahaja.Namun, saya cuba juga melawan keletihan dan kelemahan badan ini dengan melakukan kerja-kerja yang ringan sahaja.Bila penat saya rehat.

Masih tertanya-tanya punca yang menyebabkan demam saya agak melarat kali ini.Teringat sewaktu hari Khamis di sekolah diadakan mesyuarat Agung PIBG.Cuaca yang agak terik sedikit sebanyak mengganggu ketidak selesaan saya.Tekak terlalu dahaga.Apabila disajikan dengan teh ais,memanglah ubatnya apabila keadaan cuaca sebegitu.Lalu disulamkan dengan tembikai.Kesannya saya memang tidak boleh tahan.Padahal saya telah memaklumkan kepada kawan-kawan yang tidak baik minum teh ais bersama dengan tembikai kerana saya pernah dimaklumkan oleh orang lain kepada saya.Apabila dahaga menguasai diri, kesannya seperti apa yang saya alami.Saya serik........................

Pena Kasih:Lebih berhati-hati dalam memilih makanan.


Sunday, March 28, 2010

VIRUS


Satu keluarga demam bermula daripada suami, anak lelaki dan seterusnya saya.Keadaan ini telah bermula sejak hari Jumaat lagi.Rasa ketidakselesaan badan sudah bermula sebaik sahaja pulang dari sekolah pada hari itu.Digagahi juga untuk membantu menyediakan makanan di masjid.

Balik sahaja dari masjid terus kecundang.Tekak perit,kepala berdenyut-denyut lalu menelan panadol untuk melegakan keadaan.Namun,ia masih berterusan.Malamnya,hubby membawa saya ke klinik.Setelah menerima rawatan dan memakan ubat yang dibekalkan dapatlah menghilangkan rasa ketidakselesaan buat seketika.Kini, ubat telah habis tapi saya masih tidak selesa.Demam, selesema dan batuk berterusan.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti pada hari ini.Merehatkan badan dan akan ke klinik lain pula.Hubby memang faham, jika saya ambil cuti bermakna demam saya agak kuat.Jika tidak saya lebih suka bekerja daripada duduk sahaja di rumah.Badan terasa lemah sangat.Banyak menghabiskan masa dengan berbaring sahaja.

Bila demam, saya memang agak teruk.Jika tidak saya memang tidak mengenal erti penat.Ada sahaja kerja yang saya buat.Bila sudah tidak sihat, semuanya terbiar begitu sahaja...

Pena Kasih;Kekuatan diri amat penting dalam menghadapi situasi seperti ini.

Friday, March 26, 2010

SATU GURU SATU KAJIAN


Semua guru begitu tekun mendengar taklimat yang telah disampaikan dan memahami kehendak format penulisan kajian tindakan.

Taklimat berkaitan dengan satu guru satu kajian telah dapat dilaksanakan pada hari ini.Taklimat itu telah disampaikan oleh En Supian bin Hashim.Justeru, semua guru dikehendaki membuat satu kajian yang berkaitan dengan pemasalahan murid sama ada dari segi adakemik mahupun berkaitan dengan hal ehwal murid.Proposal kajian pada kali ini lebih detail dan kajian dijalankan dan boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek sahaja.Sekiranya guru telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid,guru boleh mencari masalah lain dan melaksanakan kajian sehingga dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut mengikut pemasalahan yang dihadapi oleh murid.Sebenarnya, jika dilihat,guru telah melaksanakan kajian tetapi biasanya tidak direkodkan.

BERSYUKUR





Penduduk kampung berasa lega dan bersyukur kerana masjid yang selama ini diperjuang dapat digunakan pada hari ini.Terima kasih juga kepada semua pemimpin yang pernah memperjuangkan sebuah masjid untuk kegunaan dan keselesaan penduduk kampung dan jiran sebelahan kampung untuk menunaikan solat Jumaat.Terima kasih juga kepada tuan tanah yang mewakafkan sebidang tanah untuk didirikan sebuah masjid untuk penduduk kampung ini.

Majlis penyerahan masjid kepada penduduk kampung oleh JKR dan pejabat Agama telah diadakan pada sebelah pagi.Acara gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid telah mula dilaksanakan dari minggu lepas lagi.Penduduk kampung amat bersyukur dengan pembinaan masjid baru.

Pihak JKR juga telah mengadakan sedikit jamuan kepada semua qariah yang hadir pada hari ini.

Pena Kasih:Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memperjuangkan masjid baru.

Thursday, March 25, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

Si penulis mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG yang baru.Berharap agar PIBG bergerak seiring dengan sekolah bagi melahirkan sekolah yang cemerlang pada tahun ini.
Hari yang bertuah buat 'boss'.Apabila ianya sudah menjadi rezeki.Ramai juga guru yang bertuah mendapat 'cabutan bertuah".Bilalah giliranku.Itulah yang dikeluhkan oleh si penyampai 'hamper'.Yang ditunggu tidak juga muncul untuk dicanangkan namanya........
Radziah tahun ini bukan rezeki kita......he......he...Sabar ,sabar, sabar.Kepada penymbang Hamper diucapkan terima kasih.

Tahniah kepada AJK lama yang masih dikekalkan dan AJK baru yang dilantik.
Mereka kelaparan dan dahaga.Ada yang sempat balik dan ada yang 'stay'kat sekolaah sahaja.Yang balik tidak sempat makan dan datang semula ke sekolah bagi memastikan perjalanan mesyuarat hari ini berjalan dengan lancar.Apabila sudah ke hulu dan ke hilir, mulalah terasa lapar.Sempat makan sebelum mesyuarat bermula.
Penulis sempat bergambar bersama-sama dengan Pn Zaharah ,orang kuat dalam jamuan.Sedap minuman yang dibuat oleh kak Zaharah .Ada ummmmmm.
Walaupun kepenatan kerana menjalankan tugas di SMK Sri Kenangan, tetapi setiausaha PIBG,Cik Wan Norasekin tetap hadir ke sekolah untuk bersama dalam mesyuarat kali ini.
Persembahan 'Action Song' yang menarik minat para ibu bapa.Mereka menunjukkan bakat masing-masing di bawah pimpinan Pn Lim SU Wan dan juga Pn Tong Ah Lan.Aksi mereka sungguh menarik sekali.Namun disebalik persembahan mereka tersirat erti 1 Malaysia.Malah pelajar sekolah ini amat bertuah kerana mereka dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum.
Sokongan ibu bapa terhadap sesebuah organisasi terutamanya sekolah amat penting bagi melahirkan modal insan yang berjaya dari segi akademik,kegiatan kokurikulum mahupun sahsiah pelajar itu sendiri.
Wakil rasmi YB Datuk Hj Baharum bin Mohamed, Encik Alus bin Kassim telah merasmi langsungkan mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 dengan lancarnya.Beliau juga terpegun dengan persembahan murid-murid tahap 1 mempersembahkan persembahan "Action Song'.Persembahan lebih kepada bertema 1 Malaysia.

Meja pendaftaran untuk semua ibu bapa dan guru.Saban tahun acara cabutan bertuah merupakan satu agenda dalam mesyuarat agung PIBG yang bertujuan untuk memberi dorongan kepada ibu bapa supaya hadir ke mesyuarat.Membincangkan usul-usul yang timbul dan seterusnya bersama-sama memikirkan arah tujuan PIBG dalam membangunkan modal insan dan seterusnya turut sama membantu dengan pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah tersebut.

Wednesday, March 24, 2010

MENCUIT HATI


"amandai' yang bermaksud 'pandai' setiap kali gambar dipetik.
'Handsome' tak abang?Itulah pertanyaan setiap kali abang hendak berposing.

Tuesday, March 23, 2010

MEMBANTU ANAK MURID

Telah hampir tiga bulan,murid-murid tahun 1 bersekolah.Program Linus telah dijalankan untuk mengesan murid-murid yang masih belum menguasai membaca dan mengira.Murid-murid yang seramai 32 orang ini , sudah tentu mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza.Setelah ujian linus dijalankan hanya 14 orang yang berjaya menguasai keseluruhannya, 9 orang pula
berada dalam kelas linus biasa dan 9 orang lagi berada dalam linus tegar.Mereka ini memerlukan perhatian yang lebih sedikit daripada 23 orang murid tersebut.Insya Allah dengan bantuan Pn Zaharah yang merupakan guru pemulihan ,murid-murid ini akan mampu menguasai membaca dan mengira.

Hari ini, sekolah telah menerima kehadiran sister Winnie yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah.Daripada 9 orang murid linus tegar, Pn Zaharah telah menyerahkan seramai 4 orang murid kepada Sister Winnie untuk dipulihkan dengan teknik dan caranya tersendiri.Namun, saya tidak berpeluang untuk menyaksikan kaedah yang digunakan oleh Sister Winnie dalam usaha untuk membantu murid-murid tersebut.Hari ini, dengan kelas yang banyak diikuti kerja-kerja pentadbiran yang perlu dilaksanakan menyebabkan saya terlepas peluang untuk bersama dengan Sister Winnie.Beliau akan ke sekolah kami, setiap hari Isnin dan Selasa.Mengambil masa sejam sehari untuk bersama-sama dengan murid-murid tersebut.

Pena Kasih:Bukan senang untuk memastikan anak-anak murid yang lemah menguasai kemahiran membaca dan menulis.Kemahiran dan kaedah yang digunakan oleh guru amat penting untuk menarik minat murid-murid.

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PELANCARAN ANTI ROKOK DAN DADAH










'Bunting' yang ditempah khas sempena kempen anti rokok dan dadah.


Rokok yang cuba memusnahkan manusia yang ketika dilahirkan diibarat seperti kapas yang putih bersih.Dari rokok mereka mencuba dan akhirnya mereka berani mencuba sesuatu yang agak luar biasa "dadah'.Jauhilah diri daripada semua itu.

Cikgu Supian berusaha membantu guru besar membakar rokok gergasi yang melambangkan kita perlu jauhi gejala tersebut.

Guru besar menyampai sedikit ucapan berkaitan dengan pelancaran anti rokok dan dadah.Tanggungjawab semua murid bagi memastikan mereka bebas dari gejala yang tidak sihat,

SUMBANGAN UNTUK MOTIVASI

Murid-murid yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam setiap mata pelajaran yang diduduki.

Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang murid 'perfect score A'yang berjaya mencapai cemerlang A dalam UPPM 1.


Perhimpunan pagi ini, selain majlis rasmi Anti Rokok dan Dadah, pihak sekolah juga telah mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua murid Tahun 6 yang mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran yang diduduki dalam UPPM 1 serta murid-murid galus yang menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan .

Seramai 13 orang murid telah berjaya menguasai cemerlang A dalam mata pelajaran UPSR.Pada tahun ini, hanya 24 orang murid sahaja yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Justeru,untuk memastikan mereka meningkat dari semasa ke semasa dalam ujian yang diberikan pihak sekolah telah bersetuju menyumbangkan sedikit sumbangan kepada mereka.Semoga dengan sumbangan ini, akan memberi perangsang kepada murid-murid lain untuk belajar dengan lebih tekun dan berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh.

Pihak sekolah juga tidak meminggirkan murid-murid yang lemah.Sebalilknya mereka yang melihatkan peningkatan juga diberikan ganjaran agar mereka berusaha memecahkan keputusan yang gagal.Kepada semua guru khususnya, guru tahun 6 terima kasih diucapkan kerana berusaha memastikan murid-murid lulus dalam semua mata pelajaran.

Pena Kasih:Tidak mustahil yang gagal itu akan berjaya.Sebaliknya setiap kegagalan dijadikan pengajaran untuk meneruskan visi masing-masing.


Sunday, March 21, 2010

PEMANDUAN BERHEMAH


Perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Segamat pada hari ini menyaksikan tiga kemalangan berlaku.Hujan lebat yang turun sehingga mengganggu pemanduan hari ini,Namun,tidak semuanya memandu dengan lebih berhati-hati.Masing-masing memandu tanpa mengira keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Saya tertarik dengan sebuah kereta yang memandu dengan berhati-hati malah seperti bersantai.Malah, dia tidak mempedulikan pemandu yang memotong keretanya bertalu-talu.Mungkin dia merupakan pemandu yang berhemah apatah ketika hujan turun dengan lebatnya menghadang pemandangan depan.

Apabila memandu dalam suasana yang sejuk, sudah tentu mata akan mengantuk.Sambil berbual-bual dan mengingatkan suami agar memandu dengan lebih berhati-hati.Tiba-tiba kami dikejutkan dengan sebuah kereta yang terbabas lalu menghala ke arah penghadang jalan tetapi sempat membelok dan memasuki lorong laluan kami.Tetapi disebabkan suami memandu dalam keadaan yang lebih berhati-hati dan perlahan berjaya mengelak kereta tersebut.Kami dapati pemandu itu merupakan seorang pemuda yang memandu kereta yang sudah 'botak 'tayarnya.Mungkin jalan licin dan dia terbabas ke tepi.

Tidak jauh dari kejadian tersebut, kami dikejutkan pula dengan satu lagi kemalangan iaitu melibatkan sebuah bas yang membawa penumpang terjunam ke dalam parit.Siapakah yang bersalah tidak diketahui.Ramai penumpang mungkin trauma dengan kejadian tersebut dan ada yang terduduk di celah-celah pokok di tepi jalan.Di seberang jalan di tempat yang sama pula ada juga berlaku kemalangan yang melibatkan kereta.Mungkin jalan terlalu licin dan memandu terlalu laju mengundang kepada kemalangan.Sayangilah nyawa sendiri dan orang lain.

Pena Kasih:Bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi.


Saturday, March 20, 2010

TIDAK TENTERAM


Tercungap-cungap berlari ke arah kami.Lalu saya bertanya "kenapa, adik tercungap-cungap sedangkan adik telah sampai ke sekolah?"Rupa-rupanya dia terlupa untuk bersalam dengan kami.
Ketika itu, kami bersarapan di salah satu warung berhampiran dengan sekolahnya.Dia meminta keizinan untuk berjalan kaki dan tidak perlu menghantarnya sehingga ke pintu sekolah.

Sebaik sahaja kami hendak bertolak pulang, saya dikejutkan dengan ketukan pintu kereta.Rupa-rupanya anak lelaki saya dengan keadaan tercungap-cungap ingin bersalam dengan kami berdua.Saya menggeleng kepala melihat perlakuannya.Mama redha adik ke sekolah untuk mendapatkan ilmu.Bukannya adik sengaja tidak mahu bersalam.Memang adik tidak pernah lupa untuk bersalam dengan mama dan ayah."Adikkan dah sampai di sekolah ,kenapa turun balik ke bawah dan bukannya dekat."Dia bersyukur kerana mama dan ayah belum bertolak pulang lagi.Jika tidak hatinya tidak tenteram.Seperti ada sesuatu yang tidak lengkap pada hari itu.Malah, dia tidak akan dapat memberikan tumpuan ketika guru mengajar.Lalu dia bercerita.pernah sekali dia merajuk lalu keluar tanpa bersalam dengan mama dan ayah.Akhirnya dia rugi kerana sepanjang berada di sekolah dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru.Hatinya resah kerana teringatkan mama dan ayah.Seperti rasa bersalah.Kami tersenyum sahaja melihat anak kami lalu menghantarnya ke sekolah kerana jam telah menunjukkan pukul 8.00 ketika kejadian itu berlaku.

Pena Kasih:Kalau ianya sudah menjadi satu kebiasaan.



Friday, March 19, 2010

GOTONG ROYONG DI MASJID BARU

Selepas penat bekerja,mereka dijamu dengan jamuan ringan.

Salah seorang kontraktor yang turut sama menyertai aktiviti gotong-royong.




Haziq dan kawan-kawannya sedang membersihkan kawasan luar masjid.
Syukur akhirnya penantian penduduk kampung yang memperjuangkan masjid baru tercapai sudah.Hari ini, satu majlis gotong-royong telah diadakan kerana pada minggu hadapan semua penduduk kampung akan mula menggunakan masjid ini untuk berjemaah dan sembahyang Jumaat.Selama masjid baru dalam pembinaan, semua qariah menumpang di surau Tanjung Sengkawang yang dinaik taraf sementara bagi membolehkan penduduk kampung bersolat di situ.

Beberapa orang penduduk kampung telah datang ke majlis gotong-royong tersebut dengan dibantu oleh kanak-kanak untuk membersihkan kawasan dalam dan luar masjid.Mudah-mudahan amalan ini akan berterusan bagi memastikan masjid sentiasa bersih .

Gotong-royong yang bermula jam 3.oo petang berakhir jam 5.30 petang,Mereka dijamu dengan jamuan ringan.

Pena Kasih:Semoga masjid yang diperjuangkan sdelama ini digunakan dengan sebaik mungkin.


Thursday, March 18, 2010

HOBI



Minat kepada bunga khususnya bunga orkid amat digemari oleh emak saya.Sebut sahaja tempat yang ada menjual bunga orkid ,sudah tentu emak dan ayah akan pergi.Mereka pernah pergi ke Selancar,Kluang, Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bunga kegemaran mereka.

Minat itu berterusan sehingga kini.Setiap kali ada pesta bunga orkid mereka tidak melepaskan peluang untuk pergi.Sewaktu saya mula berpindah rumah pada tahun 2001,tempias minat kepada bunga orkid juga berlaku pada diri saya.Namun,saya tidaklah seperti emak saya.Minat juga pada bunga tapi jagaannya tidak seperti yang dilakukan oleh emak dan ayah.

Di rumah, saya juga ada menanam bunga orkid tetapi apabila di letakkan di tempat yang panas, mulalah daun-daunnya bertukar warna dan tidak sesubur seperti bunga yang ditanam oleh emak.Malah ada mengajar saya jika hendak melihat pokok orkid berbunga, bercakap-cakaplah dengan pokoknya.Pokok juga memerlukan belaian daripada kita.Mungkin ada kebenarannya.

Setiap pagi, jika waktu cuti saya sering melihat emak akan sentiasa dengan bunga orkidnya.Kini , bila cuaca panas, emak terpaksa mengalihkan pokok-pokok tersebut agar tidak layu dan mati kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas.
Apabila melihat pokok-pokok orkid emak berbunga, mulalah saya bersemangat untuk menjaga orkid saya yang seperti "hidup segan mati tak mahu'.

Pena Kasih:Setiap kali melihat bunga, fikiran menjadi tenang.

Wednesday, March 17, 2010

BERBUDI KEPADA TANAH




...............manisnya buah mangga ini.Buah mangga hasil tanaman ayah telah dua kali berbuah dan kali ini rasanya begitu manis.Buah yang dihasilkan buat kali pertama tidak semanis kali ini.Tidak pernah saya melihat buah mangga yang terlalu besar.Mungkin saya jenis yang tidak mengambil peduli akan buah tersebut.

Kali ini,saya begitu kagum melihat buahnya yang besar dan rasanya manis.Saya pun terus menuju ke pokok mangga tersebut........................banyaknya berbuah kali ini.Apa baja yang digunakan oleh ayah?Hati tertanya-tanya.Bajanya seperti biasa sahaja.Walaupun cuaca panas, tetapi setiap hari ayah sentiasa menjirus pokok tersebut dan hasilnya sungguh mengkagumkan saya.

Sebenarnya,pokok itu banyak mengeluarkan putik tetapi apabila cuaca terlalu panas, ianya gugur satu persatu dan yang tinggal pun boleh tahan.Itulah berbudi kepada tanah tidak merugikan.

Pena Kasih:Ada tanam pokok mangga dan pelbagai baja ditabur tapi buahnya tidak pernah melekat.

Monday, March 15, 2010

PENGORBANAN

Pihak sekolah telah menganjurkan kelas tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.Kelas yang diadakan selama dua hari ini adalah sebahagian daripada program kecemerlangan akademik untuk mereka dan panitia sekolah.Seramai 4 orang guru yang terlibat dalam kelas ini iaitu Pn Ruhana, Pn Desirani, Pn Radziah dan En Supian.

Justeru, pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ibu bapa yang terpaksa mengorbankan cuti masing-masing bagi memastikan anak-anak mereka hadir ke kelas tersebut.Begitu juga dengan guru dan murid-murid yang terpaksa mengorbankan masa senggang mereka bagi memastikan mereka hadir dan mendapat ilmu untuk dicurahkan pada bulan September.

Pena Kasih:InsyaAllah setiap usaha disamping sentiasa berdoa akan mendapat keberkatannya.

Sunday, March 14, 2010

OLE-OLE DARI TERENGGANU


Seronoknya melalui 'jambatan gantung'-suasana kampung.

Mereka berhenti rehat untuk makan tengah hari.

Apabila ke Terengganu, tidak sah jika tidak singgah ke Pasar Payang.Emak dan ayah telah mengambil keputusan menginap di Hotel Seri Malaysia,Terengganu.Tujuannya mudah untuk ke Pasar Payang.Yang lain menginap di Kuala Berang.

Apabila ke Pasar Payang, apa lagi yang mereka cari.Baju batik dan keropok.Saya yang tidak turut serta mendapat juga ole-ole daripada emak.Thanks,mak.Mereka tidak melupai kami sekeluarga di Segamat.

Kagumnya saya kepada ayah ialah memandu tanpa bergilir dari Segamat ke Kuala Berang dan kemudian balik ke hotel Seri Malaysia.Hebat,ayah memandu sendirian sehinggalah semalam dari Kuantan dipandu oleh Zack.

Ada yang mengatakan serik hendak ke Kuala Berang.Tidak tahu apa sebabnya.Mungkin jauh agaknya.Apa-apapun, sudah tentu ada daya penarik ke Kuala Terengganu yang memungkinkan mereka hendak ke sana lagi.InsyaAllah.

Pena Kasih:Haziq sentiasa menghantar mesej kepada angahnya untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat sewaktu memandu.

Saturday, March 13, 2010

HAJAT



Hajat untuk ke Kuala Berang,Terengganu bagi majlis peminangan telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu.Rombongan yang diketuai oleh ayah,saudara mara sebelah Azlan sampai ke destinasi pada waktu petang.

Pertama kali ,ayah menjejakkan kaki ke sana bersama-sama dengan emak dan adik.Peringkat awal,saya ingin mengikutinya tetapi disebabkan hubby ada kelas PLK niat itu dilupakan sahaja.Insya Allah, jika dipanjangkan umur mungkin kami ke sana pada tahun depan.

Sebanyak 4 buah kereta telah ke sana selepas waktu suboh pada Sabtu.Ayah yang ditemani oleh Zack dan familynya bergilir-gilir memandu.Perjalanan yang agak jauh sudah tentu membimbangkan kami .

Mereka bermalam di Kuala Terengganu dan singgah di Pasar Kuala Kepayang.Mungkin membeli belah.Semoga perjalanan balik ke Segamat berjalan dengan lancar dan baik.

Pena Kasih:Sudah dua kali ke Terengganu.

Friday, March 12, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Aidk Humairah dan Farzana sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran.
Ust.Mohd Shah menerima sedikit sumbangan daripada pihak sekolah.
seronoknya Kak Ana apabila ustaz bercerita tentang adab-adab tidur yang betul.
Murid-murid berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah daripada Ust.Mohd Shah.

Acara perarakan dimulakan.
Semua guru dan murid berkumpul di hadapan sekolah sebelum acara perarakan melalui padang dimulakan.
Hari ini, sekolah telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul secara sederhana.Majlis yang bermula jam 9.30 pagi berjalan dengan lancar dalam suasana mendung.Syukur pada pagi ini,satu nikmat yang Allah berikan kepada semua dengan turunnya hujan.Sudah lama,kenikmatan itu tidak dirasai.

Majlis perarakan bermula di padang dan semua murid Islam berkumpul di padang sambil membaca selawat ke atas Nabi.Non-Malays pula mempunyai program tersendiri yang diketuai oleh Pn Desirani,Pn Tong dan Pn Lim.Walaupun sederhana tapi meriah.

Pihak sekolah juga telah mengundang Ustaz Mohd Shah dari STAR untuk menyampaikan ceramah.Banyak input yang diperolehi daripada beliau.Murid-murid juga terpegun mendengar ceramah yang disampaikan.Beliau lebih menyentuh adab-adab yang perlu dipatuhi mengikut Sunnah Nabi.Guru-guru juga tertarik dengan penyampaian ceramahnya itu.Adab sewaktu makan, Adab sewaktu tidur, Adab ketika berjalan dan adab dengan ibu bapa.Sebagai manusia, kita perlu banyak belajar dan kadang-kadang setiap perlakuan kita tanpa kita sedari sebenarnya banyak yang perlu diperbetulkan.Dengan adanya ceramah-ceramah ini, mengingatkan kita,menyedarkan kita agar lebih beradab lagi terutama sewaktu tidur, jalan dan makan apatah lagi ketika bercakap dengan kedua orang tua.Yang menariknya cara makan, Nabi hanya menggunakan tiga jari tetapi kita, kesemua jari digunakan untuk menyuapkan nasi ke mulut.Begitu juga sewaktu tidur, tertib tidur jarang kita jaga sebaliknya kita tidur mengikut kesedapan cara kita.......................lepas ni, banyak lagi yang perlu kita pelajari.Semua cikgu tersenyum mungkin memikirkan banyak perbuatan yang perlu diperbetulkan.Sungguh menarik info yang diperolehi.

Majlis juga diserikan dengan bacaan al-Quran oleh adik Humairah dan Farzana.Kemudian nyanyian nasyid dan lakonan oleh pelajar-pelajar sekolah ini.Akhirnya, sebelum balik, semua murid dibekalkan dengan makanan.

Pena Kasih:Teringat sewaktu sekolah rendah apabila sambutan Maulidur Rasul diadakan begitu meriah sekali.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails