Sunday, February 28, 2010

KEJAYAAN DI AWAL TAHUN.......

Masing-masing dengan sijil dan piala yang dimenangi.
Memenangi acara lompat jauh.Nur Shaza
Guru-guru memberikan semangat kepada murid yang berjaya.
Tahniah diucapkan kepada beberapa orang murid sekolah ini yang telah berjaya merangkul piala dan juga sijil di awal tahun persekolahan.Acara olahraga di peringkat MSSK Selatan dan juga acara akuatik yang telah dijalankan pada minggu lepas.

Pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi secara tidak langsung membantu murid-murid sekolah ini agar berani tampil ke hadapan walaupun kita merupakan orang perempuan.Kemampuan mereka melakukan aktiviti jelas menunjukkan bahawa mereka tidak hanya menumpukan kepada sesuatu bidang akademik sahaja tetapi merangkumi bidang kokurikulum.

Minggu ini pula akan diadakan pertandingan bola jaring dan pasukan sekolah tidak melepaskan peluang untuk menyertainya.Semoga 'team' bola jaring sekolah berjaya membawa sesuatu untuk sekolah ini.

Pena Kasih:Gembira melihat murid gembira.

AKSI AZIQ,APIZ DAN ADIF.....

Mereka terlena......
Manjanya......

Mereka beraksi di atas katil.

PERTEMUAN DI ALAM MAYA



Syukur kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan melalui alam maya.Kawan sewaktu di maktab.Kak Nor yang berasal dari Kelantan dan Zack yang kini berada di Sarawak.Masing-masing mencari teman-teman lama.Sekadar mengimbau kenangan lama sewaktu di Taman Cempaka Ipoh.Melalui FB Maktab Perguruan Kinta,akhirnya beberapa orang teman dapat ditemui.

Orang pertama yang saya contact ialah Zack melalui FB dan akhirnya berpanjangan dapat contact rakan-rakan lain.Thanks Zack.Saya juga dapat bertemu melalui alam maya sahaja,mendengar suara Kak Noriah dan Athos.Banyak tersimpul kenangan indah sebagai seorang guru pelatih malah menjadi anak murid sewaktu micro teaching.Indahnya waktu itu dan sukar untuk dikembalikan saat-saat indah dan biarlah ianya tersimpan bersama memori indah.

Baru-baru ini, Kak Nor menelefon saya sewaktu beliau mempunyai tugasan di Sarawak.Thanks Kak Nor dan beliau dapat bertemu dengan Zack.Seronoknya Kak Nor dapat bertemu dengan rakan sekelas dahulu.

Pena Kasih:Banyak kenangan indah sewaktu di MPKI.

Saturday, February 27, 2010

BERITA SEDIH

Meninggalkan perkarangan rumah menuju ke sekolah jam 7.30 pagi.Sampai di sekolah,Pn Salbiah dan beberapa orang murid sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum bermain.Saya terus mengambil bola dan memanggil tiga orang murid untuk berlatih menjaringkan bola.

Kemudian, bermain bersama-sama dengan anak murid kerana tidak cukup orang.Lebih kurang 10 minit bermain, saya pun keluar gelanggang kerana kepenatan.Dah lama tidak main,terasa sakit-sakit seluruh badan.Hubby dan my son ketawa melihat saya .Biasalah.......tu.

So,minat mengambil gambar memang ada.Kemudian 'snap'lah picture dia orang.Dia orang happy aje sewaktu saya mengambil gambar mereka.Bertambah semangat mereka bermain.Kemudian menerima panggilan telefon daripada adik ipar memaklumkan atok Uda telah meninggal dunia.Semenjak dua tiga minggu ini, kami tidak ada menerima perkhabaran berita mengenai atok Uda.Malah dikatakan begitu sihat.Sihat orang tua.

Menelefon hubby untuk memaklumkan perkhabaran berita.Tidak diangkatnya HP mahupun telefon rumah.Rupanya hubby telah ke tempat kerja kerana urusan kerjanya.So,call minta kebenaran untuk ke rumah Tok Uda dan diizinkan pergi.

Mereka menceritakan Tok Uda memang ceria pada petang semalam dan tidak menunjukkan sebarang kesakitan.Beliau begitu teruja untuk tidur di rumah barunya itu dan sempatlah tok uda merasai tidur di rumah itu selama 5 hari.Sejak akhir-akhir ini, dia memang teruja untuk balik ke rumahnya.Merasai kenikmatan rumah baru.Beliau pergi meninggalkan kami lebih kurang jam 7.00 lebih pagi tadi.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

Pena Kasih:Bergenang air mata atok melihat adiknya pergi mendahuluinya.

Friday, February 26, 2010

SEMANGAT ORANG TUA

>Pn Salbiah,guru bola jaring memberi arahan dan tunjuk ajar.
Semangat orang tua bersama-sama dengan anak didik.
Seronok melihat anak-anak murid bersemangat pada pagi ini.Walaupun tidak semua yang hadir kerana urusan penting dan tidak menjadikan ianya satu paksaan.Kehadiran mereka sudah cukup untuk bersama-sama dengan semangat yang ditunjukkan oleh cikgu sekolah ini.

Ada di antara mereka yang pernah bermain pada tahun lalu dan mempunyai 'skill' bermain dengan baik tapi mereka perlu dilatih dengan bersungguh-sungguh.Semangat juang yang ditonjolkan oleh mereka sudah cukup memberikan kepuasan kepada cikgu yang hadir pada pagi ini.

Semangat guru veteran,Kak Ana perlu dijadikan contoh walaupun berusia 50an/35 tahun tapi masih bersemangat membimbing kami yang muda untuk terus bangkit dan bangun membantu menaikkan nama sekolah.

Memang penat.Sudah lama tidak melompat tapi bila kena melompat termengah-mengah juga.Orang tua tapi semangat tetap ada.Orang aje yang tua tapi hati tetap muda untuk bersama-sama memberikan semangat kepada anak didik.

Pena Kasih:Mula-mula tak nak main, tapi bila tengok Kak Ana,Ikin dan Sal melompat,teruja juga.Akhirnya kerjaku terbengkalai sekejap,.

Thursday, February 25, 2010

"BUNTING"



Balik sekolah,kami terus ke sebuah kedai dengan tujuan membuat 'bunting' untuk anak saudara yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 7 Mac ini.Tinggal beberapa hari sahaja majlis akan berlangsung.This Saturday, kami sekeluarga akan naik ke JB untuk membantu apa yang patut.Kemungkinan,kami akan membawa Adif & Afiz ke sana.

Yesterday,hubby called Apiz dan telah memberitahunya untuk membawanya ke JB.Rupa-rupanya, dia ingatkan Udanya nak ambil pada waktu petang dan telah bersiap sedia dengan pakaian cantiknya kerana tidak sabar-sabar untuk ke rumah Mak Longnya.Hubby berjanji akan membelikan dia permainan.Itu yang menyebabkan dia begitu 'excited' nak follow kami ke JB.

Semalam juga, kami telah ke rumahnya.Begitu rapat sekali dengan Pak Udanya malah telah meletakkan tangannya di dahi Pak Uda untuk memastikan Pak Udanya sudah bebas daripada demam.......memang karenahnya memikat hati kami.Sewaktu hendak balik, sempat dia meminta kami membawanya bersiar-siar .Hendak tak hendak,layan aje karenah manjanya bersama dengan Adif.Dia begitu prihatin dengan Pak Udanya.Harap-harap keprihatinannya kepada orang tua tidak berubah.

Berbalik kepada 'bunting' yang ditempah diharap Zatil dapat menerima seadanya hasil cetusan idea Pak Udanya.

Pena Kasih:Doakan kebahagiaan Zatil and hubby.

TIKUS


Tikus bermaharaja lela di dapur.Hampir sebulan saya berusaha untuk menghalau tikus-tikus yang kini sudah bermaharaja lela di kawasan dapur.Menggelikan...........Tak tahu dari mana datangnya tikus-tikus itu kerana semenjak saya menetap di rumah ini sejak tahun 2001,inilah kali pertama beberapa ekor tikus berjaya dikorbankan.Saya hanya menyediakan sarapan yang baik untuk tikus dengan membakar ikan kering sehingga mengeluarkan aroma yang memikat tikus untuk terus mendapatkannya sarapannya itu............cit...cit.....cit bunyi tikus terkena perangkap yang dipasang dengan pelekat gam.Tidak mengeluarkan bau busuk kerana mati bersepah-sepah jika kita memberikan sejenis makanan khas untuknya.

Mungkin saya tidak membela kucing lagi menyebabkan tikus itu berjinak-jinak di dapur.Pastinya saya sentiasa memastikan dapur tidak kotor dan semua pinggan-mangkuk telah disimpan untuk mengelak daripada terkena tikus..................ah sungguh geli.Merungut kerana terpaksa membasuh semua pinggan mangkuk.

Semalam, memasang jerangkap istimewa dan sekali lagi seekor tikus terkena.Aroma yang menyegarkan bauannya itu mudah sekali memerangkap si tikus.Hanya tinggal seekor lagi tikus degil yang masih berlegar-legar di dapur.Tidak sampai setengah jam saya meninggalkan dapur dan kembali semula.Didapati tikus melekat di gam yang disediakan.

Pena Kasih:Memang geli melihat tikus-tikus berlegar-legar di dapur.

Wednesday, February 24, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK SELATAN DI SKCC


Kontijen SKCC dengan semangat juangnya.
Kejohanan olahraga MSSK Selatan telah berlangsung di padang SKCC pada pagi ini.Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut.Kejohanan yang berjalan dengan lancar pada pagi ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada mereka yang menguruskan kejohanan tersebut.

Beberapa orang murid SKCC juga telah menyertai pertandingan tersebut dan menerima hadiah.Syabas dan tahniah.

Seramai 4 orang guru SKCC telah bertugas di kejohanan tersebut dan yang tidak bertugas diucapkan terima kasih kerana bersama-sama menjaga anak murid dan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.

Pena Kasih:Komiten penting dalam sesebuah organisasi.

Tuesday, February 23, 2010

CEMBURU..........


Suami sekali lagi pergi mendapatkan rawatan sakit tekaknya yang masih tidak elok.Nak makan pun tidak boleh apatah lagi minum .Terasa kesakitan yang amat sangat dialaminya melalui rautan wajahnya sewaktu hendak menelan air dan makanan.

Demamnya sudah baik tapi sakit tekaknya pula masih tidak baik.Doc meminta hubby supaya mengambil waktu untuk 'rest voice'.Macamana hendak berehat kerana semuanya memerlukan suara untuk berkomunikasi.Kasihan....kasihan.

Apa yang mengejutkan kami ialah sewaktu hubby menemui doc,seorang pengawal memaklumkan ada suatu kes pertengkaran yang melibatkan pasangan yang sedang bertunang.Pada mulanya,kami tidak mengambil kisah langsung kerana biasalah orang dalam percintaan sudah tentu ada kalanya berlaku pertengkaran manja.Tiba-tiba, pengawal meminta menelefon polis kerana si gadis sedang memanjat bangunan dan hendak terjun dari bangunan tersebut.Sempat juga saya melihat aksi gadis itu sambil dipujuk oleh si X.Akhirnya,hati perempuan lembut dan mudah cair, aksi gadis itu tidak ke mana dan gadis itu sendiri yang beralah.Sepasukan anggota polis datang ketika adengan itu berjaya diselesaikan.Hanya gara-gara cemburu di mana si pemuda menerajang si gadis di dalam kereta.Macam drama pula.Seorang pemuda cina memberitahu saya,buat apa cari itu lelaki garang dan suka terajang perempuan.Itu baru tunang dan belum kahwin.Cemburu punya pasal.Saya terdiam mendengar kata-kata pemuda cina itu yang ada betulnya.Belum kahwin, kaki dan berjalan dahulu.Dah kahwin macam-macam boleh berlaku......

My daughter and my son melihat adengan itu lalu saya mencelah,Tidak sayangkan diri, ibu bapa dan suka mengambil tindakan yang melulu.Perlu berfikir sebelum mengambil tindakan walaupun mereka berada dalam kawalan emosi yang tidak terkawal.Ingat kepada Allah.Kedua-duanya senyap.

Pena Kasih:Cemburu tandanya sayang.

SIBUKNYA..........

Pn Salbiah bersemangat melatih murid-murid untuk pertandingan bola jaring.Jom join ,boleh kuruskan badan.
Pn Tong dan Pn Lim sibuk melatih murid-murid tahun 2 & 3 untuk "Action Song".
Sister Winnie dan Pn Zaharah berbincang untuk mengadakan kelas selama 1 jam pada hari Isnin dan Selasa.Bertuahnya murid-murid tahun 1.
Pn Norlela sedang membimbing murid-murid tahun 1.Perlu banyak bersabar.

Masing-masing begitu sibuk.Melaksanakan program Linus,Latihan 'Action Song',Latihan bola jaring dan juga latihan olahraga untuk murid-murid SKCC yang menyertai bagi peringkat zon 3.Persiapan fail-fail untuk dipantau oleh JPNJ lagi.Mana satu yang hendak dibereskan............

Pagi ini, Pn Norlela telah mula menjalankan program Linus untuk murid-murid Tahun 1 bagi saringan pertama.Beliau akan dibantu oleh Pn Zaharah dan semua murid tahun 1 perlu diuji untuk melihat pencapaian mereka.Kelas tahun 1, hanya ada sebuah sahaja dan Pn Norlela telah mengenal pasti murid-murid yang perlu diberikan perhatian.Insya Allah, mereka akan cuba dibantu oleh Pn Norlela dan Pn Zaharah.Dalam masa yang sama, murid-murid tahun 1 akan menerima bantuan daripada Sister Winnie yang berusaha untuk membantu murid-murid yang agak lemah dengan menggunakan pendekatannya.Beliau akan berada di sekolah ini mulai bulan Mac pada hari Isnin dan Selasa selama 1 jam.

At the same time, saya melihat Pn Tong dan Puan Lim telah melatih murid-murid tahap 1 untuk penyertaan dalam aktiviti Panitia Bahasa Inggeris peringkat zon 2."Action Song" .Semoga semua murid dapat memberikan kerjasama kepada kedua-dua orang guru berkenaan.

Kemudian , saya meninjau di padang dan melihat Pn Salbiah dan Cik Wan sedang melatih murid-murid untuk pertandingan bola jaring pada minggu hadapan.Dalam masa yang sama,saya lihat Cikgu Supian dan Cikgu Ali pula melatih murid-murid untuk pertandingan olahraga yang akan diadakan di SKCC pada hari Rabu.Mereka letih,saya pun sendiri letih melihat pelbagai aktiviti perlu dilaksanakan dalam masa yang sama.

Beberapa orang guru lain pula begitu sibuk dengan fail-fail untuk dikemas kinikan kerana akan dipantau oleh JPNJ pada minggu hadapan.Saya sendiri terpaksa menyediakan beberapa dokumen penting untuk dipantau.........................kerja memang tidak habis.Merungut macam manapun semuanya perlu dibuat.Bising macam manapun semua dokumen perlu ada dan dikemas kinikan.


Pena Kasih:Masih menyiapkan beberapa fail lagi....

Monday, February 22, 2010

TIDAK DISANGKA.......

Selepas menemani hubby ke klinik buat kali keduanya kerana demamnya masih tidak baik lagi.Sukar untuk menelan dan bersuara kerana tekaknya terlalu perit dan sakit.Nampak sangat keletihan dan kesakitan di wajahnya.Semalam dia tidak dapat tidur langsung kerana terlalu panas.
Namun, esok beliau perlu ke tempat kerja walaupun dalam keadaan yang tidak larat.Hubby kalau sakit memang teruk,jika tidak dia jarang mendapat sakit seperti itu.Sudah lama dia tidak mengalami demam yang agak teruk seperti hari ini.Kasihan.........

Balik dari klinik, terima call.Nombor yang tidak pernah dilihat selama ini.Rupanya kak Norihsan.Rindu betul dengan kakak ni.Beliau kini berada di Sarawak kerana urusan kerja.Tahniah kak,dah jadi pensyarah di IAB.Kak Nor ni seorang yang baik dan sentiasa mengambil berat kat kami sewaktu di Maktab.Kalau nak makan sedap, mulalah jumpa kak Nor.Budi dan jasa kak Nor memang saya ingat selalu.Sering memberi nasihat kepada kami yang boleh dipanggil adik ketika itu.Seronoknya kak Nor dapat jumpa kawan lama di maktab dahulu.Zack jangan lupa ambil gambar dengan kak Nor dan forward kat saya.

Pena Kasih:Akhirnya ramai juga kawan-kawan yang ditemui.Thanks Zack.

PENULISAN DALAM BLOG


Menulis secara bersantai di dalam blog adalah menjadi perkara biasa pada masa ini.Selagi tidak menyentuh atau menyebut nama seseorang yang boleh mengaibkan individu itu tidak menjadi masalah.Menulis hasil dari cetusan idea sekadar untuk kepuasan diri sendiri.Selagi tidak menyentuh sesuatu isu itu sudah cukup.

Namun begitu, disebalik penulisan kita,ada individu menganggap kita hendak menunjuk-nunjukkan kebaikan, kemewahan malah sengaja untuk mencetuskan persoalan sehingga mengaibkan seseorang itu.Pastinya mereka menerima penulisan seseorang itu dalam pelbagai perspektif yang berlainan sedangkan niat si penulis tidak ada apa-apapun.Penulisan sekadar hiburan,penulisan sekadar untuk melahirkan cetusan idea yang lahir daripada minda kita.

Begitu juga apabila menyentuh persoalan 'sedekah',sekali lagi si penulis tidak mempunyai niat apa-apa dan bukannya hendak menunjuk-nunjukkan kebaikan tetapi ia merupakan satu tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang susah.Saya rasa banyak blogger yang menceritakan segala amalan dan perbuatan mereka dalam membantu mereka yang susah.Blogger itu mempunyai niat yang baik untuk dikongsi dan sekurang-kurangnya membuka minda kita akan perlunya kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.Dengan cara blogger itu, sekurang-kurangnya memberikan keinsafan kepada kita dengan apa yang kita miliki untuk dikongsi sama dengan individu lain yang susah.Sebabnya saya percaya ada kalanya kita alpa dengan masalah duniawi.Ada insan-insan lain yang memerlukan sokongan daripada kita.

Saya percaya niat kita hanya Allah sahaja yang tahu.Bukannya diri individu itu.Mengajak kepada melakukan amalan yang baik memang dituntut di sisi agama kita.Saya sering mengikuti penulisan blogger yang mengajak ke arah kebaikan.Saya percaya mereka mempunyai niat yang baik.Mengingatkan diri kita sendiri.Namun,yang pastinya kita tidak lepas daripada manusia bertopengkan..........Malah ada musuh dalam selimut lagi.

Saya tertarik dengan kata-kata "Menulis mempunyai tujuannya yang tersendiri yang cuba memenuhi tingat kepuasan pengarangnya sendiri"-Abd Talib Hassan.
"Jika hasilan tulisan kita menimbulkan kecelakaan kepada manusia dan mengarah manusia kepada jalan yang bengkok, maka ganjaran kita ialah neraka jahanam"-A.Wahab Ali.

Pena Kasih:Think Positive.Menjejak individu ......bersama hubby.InsyaAllah akan terjawab akhirnya.Tuduhan yang melampaui dibalas dengan doa-doa yang baik untuknya.

Sunday, February 21, 2010

GILA FOTO


Kegilaan mengambil foto untuk dijadikan koleksi memang telah lama saya lakukan.Di sekolah sahaja, saya sering membawa kamera atau HP untuk mengambil gambar.Malah,rakan-rakan ngeri jika saya membawa HP semata-mata untuk mengambil gambar.Tidak mempunyai niat apa-apa tapi saya jadikan koleksi peribadi saya.Sebagai kenang-kenangan.

Kegilaan mengambil foto juga menyebabkan hubby menghadiahkan saya sebuah HP yang lengkap dengan kamera 8MP.Thanks hubby.Tidak pernah meminta tapi pada pagi ini selepas mengambil anak dari 'tuition class' hubby mengajak saya ke kedai HP dan saya pun tidak terfikir yang hubby hendak menghadiahkan saya sebuah HP.Lagipun,pada saya HP yang saya gunakan selama ini sudah cukup untuk saya gunakan tapi hubby beria-ia hendak membelikan untuk saya, so saya terima seadanya.

My son very excited apabila mamanya memiliki HP pemberian ayahnya.Meminta saya menjaga HP tersebut dengan baik sebagaimana baiknya hati ayah menawan hati mama.Tergelak saya mendengar kata-katanya itu.My son memang terlalu 'concerned' dengan setiap apa yang kami miliki.

Pena Kasih:Menghargai setiap pemberian dari orang yang tersayang.

DEMAM

Kedua-duanya demam.Hubby dan anak sulung saya demam pada hari yang sama.Setiap kali demam,saya pasti mereka berdualah yang terkena dahulu.Masing-masing memberitahu yang badan mereka panas.Malam tadi, saya membawa hubby ke klinik untuk mendapatkan rawatan.My eldest daughter, sudah ada ubatnya sendiri.Saya menyentuhi badan mereka.Ternyata terlalu panas.

Nampak keletihan di wajah hubby.Sudah lama dia tidak demam sebegini teruk.My son terlalu sibuk dan dialah yang sentiasa meninjau keadaan ayahnya.Sekejap dia akan letakkan tangannya di dahi ayahnya.Sekejap lagi dia meminta ayahnya minum air putih sebanyak mungkin.Dialah yang paling risau sekali melihat keadaan ayahnya.Di tempat tidur ayahnya disediakan jug air putih bagi memudahkan ayahnya minum air tersebut.Terlalu prihatin.

Pena Kasih:Berdoa agar kedua-duanya cepat sembuh.


Saturday, February 20, 2010

MENAHAN KESABARAN.....

Sampai sahaja rumah,pastinya saya dan hubby akan meninjau kawasan sekeliling rumah.Memang itu rutin kami setiap kali balik dari berjalan jauh.Ada sahaja yang menimbulkan ketidakpuasan hati setiap kali kami balik.Tidak menghormati hak orang lain.Tempat atau padang untuk bermain memang telah hubby sediakan untuk mereka bermain.Dua minggu sekali, hubby akan bersihkan kawasan tersebut dengan memotong rumput bagi memastikan mereka dapat bermain.Apa lagi yang mereka mahukan?Saya faham mereka tiada tempat untuk bermain pada waktu petang tapi sekurang-kurangnya fahamilah apa yang kami mahukan.

Setiap kali bermain, Haziq sering mengingatkan kawan-kawannya supaya menjaga kebersihan kawasan tersebut.Kadang-kadang kami hilang kesabaran.Bebas untuk memasuki kawasan rumah dan merosakkan pintu pagar kami.Habis lampu-lampu nion kuning kami pecah,gara-gara bermain mengikut perasaan.Kami masih bersabar.Dahlah waktu bermain, perkataan-perkataan yang agak jelik didengar terpacul keluar daripada mulut mereka.Kadang-kadang saya sendiri keluar dan menegur mereka .Seminggu dua , tidak ada perkataan jelik keluar daripada mereka.Apabila tidak ditegur bermaharaja lelalah mereka mengatur butir bicara melemparkan perkataan-perkataan yang tidak enak kepada rakan-rakan.MasyaAllah.......bilalah mereka hendak berhenti mengeluarkan kata-kata itu.

Apabila sudah melampui batas cukup saya berdiri dan memandang wajah-wajah mereka termasuk anak saya yang sememangnya agak takut apabila mereka melihat saya tercegat memandang wajah rakan-rakannya.Anak saya sememang tidak berani mengatur bicara mengeluarkan kata-kata itu dan seawalnya saya memang telah memberi amaran kepadanya."Mama tidak pernah mengajar anak-anak mengeluarkan perkataan seumpama itu.So, jangan sekali-kali anak mama berbuat demikian."Setiap kali, rakan-rakannya mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengar, Haziq begitu takut jika saya mendengarinya.Haziq selalu menasihatkan rakan-rakannya supaya bercakap dengan baik.Namun, semuanya gagal.Mereka sudah biasa dengan perkataan itu tanpa ditegur oleh sesiapa.

Pena Kasih:Nasihat demi nasihat dilontarkan kepada kedua-dua anak agar jangan sekali-kali menyebut perkataan yang tidak enak didengar.

Friday, February 19, 2010

TEMAN LAMA.




Happynya dapat berjumpa dengan Roy.
Perjalanan ke rumah Kak Ros bersama-sama dengan emak dan kak Long pada hari ini, agak menghampakan.Mereka tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin di rumah anak saudaranya.Akhirnya,masing-masing membawa haluan tersendiri.

Sambil melihat nombor-nombor telefon, akhirnya saya menelefon rakan lama semasa di sekolah rendah.Rohana (Roy) gelaran yang dipanggil sewaktu dahulu masih tersemat kemas di hati ini.Lalu,mendail nombor tersebut semata-mata untuk bertanya khabar.Jam menunjukkan pukul 9.00 malam,lalu hubby membawa saya ke Taman Tun Aminah.Perbualan kami(Roy dan saya) sewaktu hubby memandu melangkaui 'Sutera Mall'.Roy memaklumkan rumahnya berhampiran dengan kawasan tersebut iaitu di Damai Jaya.Mengajak saya ke rumahnya untuk berbual-bual setelah sekian lama tidak berjumpa.Nasib baik hubby memahami kemahuan isterinya untuk bertemu dengan rakan lama.Kami mengambil keputusan untuk bertemu di 'Store' dan akhirnya Roy mengambil saya di situ.

Biasalah bila sudah lama tidak bertemu.Roy menghidangkan kami makanan yang amat menyelerakan kami.Thanks Roy.Suaminya begitu rancak berbual dengan hubby seolah-olah sudah lama bertemu.Saya dan Roy berada di dapur dan pelbagai cerita yang menarik dibualkan.Tidak sangka pada hari ini, kami berpeluang berjumpa dan berjanji akan bertemu pada 7 Mac ini di rumah Kak Long.

Pertemuan tercetus setelah masing-masing mencari.Melalui FBlah, kami dapat berpeluang bertemu rakan-rakan lama.Tujuan murni adalah untuk mengeratkan tali silaturahim.InsyaAllah, Roy berjanji akan bertemu di Segamat nanti bersama-sama dengan rakan-rakan lain.

Kini, Roy begitu teruja untuk bertemu dengan rakan-rakan lain iaitu Jai (Jementah),Raudzah (Jementah),Mas (Melaka) dan Norli (Segamat)
Pena Kasih:Tidak sangka, jalan-jalan ke JB akhirnya dapat bertemu dengan rakanlama.

Thursday, February 18, 2010

MENGAMBIL PELUANG

Lokman dan Haziq.

My youngest son memang teruja hendak ke JB.Bukannya apa.Sekadar bertemu dengan sepupunya,Lokman dan mempunyai agendanya tersendiri iaitu bermain Futsal dan juga bola sepak.
Hari ini, menghantar emak dan abang Nasir ke rumah Kak Long coz Kak Long sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.Next week,kami akan turun juga ke JB coz hubby ada urusan dan seterusnya saya akan menolong apa yang patut.Hanya tinggal 2 weeks sahaja lagi.Tentu sibuk.Nampak mudah tetapi memerlukan perancangan yang teliti.
Haziq so happy dapat berpeluang bermain dengan Lokman.Jam 5.00 petang telah keluar dari rumah untuk bermain dengan rakan-rakan Lokman dari JB.
Kami akan meninggalkan emak di sini untuk membantu Kak Long membuat persiapan apa yang patut.Hubby ke UTM kerana urusan pengajiannya.Memang banyak cabaran untuk belajar.Moga-moga impian hubby tercapai.

Wednesday, February 17, 2010

KEINSAFAN...


Melihat wajahnya, timbul rasa kasihan.Bukan kehendaknya menjadi seperti itu.Timbul rasa keinsafan pada diri dan bersyukur kerana kita dilahirkan sempurna.
Setiap kali nampak kami berdua,si pemuda X akan menghampiri dan meminta wang.Dia tidak meminta dalam jumlah yang banyak.Cukup untuk membeli makan minumnya waktu pagi.
Kami bertanya dengan seseorang di situ mengenai keluarganya.Mempunyai seorang abang dan kakak manakala kedua ibu bapanya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.Mungkin kerana tekanan hidup yang amat sangat menjadikan beliau seperti itu.
Dengan berpakaian lusuh dan dibasahi hujan, beliau tidak mahu menukar pakaiannya.Beliau lebih selesa berpakaian seperti itu.
Timbul rasa kesinsafan pada diri kita.Setiap kali bertemu, hubby mesti menghulurkan sedikit wang untuk perbelanjaannya.

Pena Kasih:Merenung kepada diri kita sendiri.........

Tuesday, February 16, 2010

DAMAINYA HARI INI.........


Alhamdulillah,akhirnya setelah beberapa bulan musim kemarau berlaku,hari ini kita dilimpahi dengan hujan.Syukur teramat sangat.Sekurang-kurangnya keluh kesah mereka yang tidak tahan kepanasan berakhir dengan ungkapan ucapan Syukur Alhamdulillah.
Begitu damainya hari ini,ketika saya menyiap dan mengemas kini fail-fail untuk dipantau oleh JPNJ pada awal bulan 3.Info yang tidak berapa lengkap diperolehi tetapi atas inisiatif sendiri menelefon kawan-kawan akhirnya dapat juga saya lakukan walaupun ianya tidak selengkap yang dikehendaki.Mungkin.
Sistem pengurusan fail memerlukan pemantapan pengetahuan untuk melakukannya.Saya yang masih terawang-awang kerana belum diberikan pendedahan selengkapnya untuk menyediakan sistem fail yang betul berusaha untuk mendapatkan maklumat.Walaupun bahan-bahan sudah ada tapi cara pengurusan sistem fail masih diperlukan oleh saya terutama di bahagian pentadbiran.
Namun, cuaca yang mendung dan dilimpahi dengan hujan, menyejuk hati dan perasaan.Betapa damainya hari ini tanpa sebarang gangguan.Alhamdulillah,beberapa fail dan maklumat telah lengkap saya sediakan.

Pena Kasih:Belajar dan terus belajar.

PANORAMA KG SPANG LOI

Hadif mencari Abang Ngahnya dan mereka terlena sepanjang perjalanan.
Apalah yang dibualkan oleh emak dengan Mak Usu.
Tertarik dengan suasana di kebun getah di Spang Loi.
Di hadapan rumah Mak Itam.


Hari ini ke Kg Spang Loi menemani Kak Long untuk mengajak majlis walimatulurusnya pada bulan 3.Seronok mengambil gambar pemandangan di Kg Spang Loi.

Sunday, February 14, 2010

KG SENTOSA, MARAN MENINGGALKAN KENANGAN

Pak Khilid-kat sana dia orang semua sebut 'Pak'.Panggilan mesra.
Hubby sempat berseloroh dengan Hasilah,anak Pak Lah yang ketika itu sedang berbual dengan Pak Wenya.Anak manja, Hasilah dan kuat menangis.
Selamat Pengantin Baru buat Aspa dan wifenya.
Jiran-jiran sewaktu di SMSJ.
DDato'Wan Mustama Wan Hayat,bekas pengetua SMSJ.Pernah ke Segamat tahun lepas.
Nampak muda, Sir Kamil.Banyak makan ulam,Pak Cik.He...he...
Pak Latif tak habis-habis cerita pasal bussiness.
Hai,Pak Kamil, tak sangka mu datang sini.Ni anak yang ke berapa?Like father like son.
Memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak Pak Lah, Aspa.Bertemu dengan wife Pak Lah.Terkejut melihat wifenya yang kini tidak berapa sihat.Merenung wajah saya agak lama kerana ingin mengenali saya setelah 15 tahun meninggalkan Maran.Saya membiarkan dia berteka-teki melihat wajah saya.Dulu lain sekarang lain, itulah terpacul di mulutnya.Mana boleh sama 15 tahun dulu,kak.
Memang menggembirakan.Hubby berjumpa dengan Pak Khilid, Pak Cik pengawal keselamatan, bekas pengetua SMSJ,Wan Mustama dengan tujuan untuk bertemu dengan rakan-rakan husband.Alhamdulillah,semua sihat dan menceritakan pelbagai cerita menarik dan sedih.
Yang sedihnya ialah, bekas pengawal keselamatan di SMSJ,Pak Cik Osman telah meninggal dunia begitu juga dengan jiran rumah kami sewaktu di situ iaitu wife Abu Zha yang juga meninggal dunia kerana kemalangan di kawasan SMSJ setahun yang lalu.Al-fatihah untuk kedua-duanya.

Pena Kasih:Terubat rindu dengan jiran-jiran lama di SMSJ.

BERAKHIR SUDAH TEKA TEKI



Hilang debaran Hanim dengan menyerlahkan posing yang menarik.

Berseri wajah Hanim.
Berakhir sudah teka teki pada 14.2.2010 apabila Hanim sepupu hubby melangsungkan majlis pertunangannya pada hari ini.Apa-apapun tahniah daripada kami sekeluarga buat Hanim atas majlis tersebut.

Kebetulan pada hari ini, saya ke Maran kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kawan hubby, so meluangkan sedikit masa untuk bersama Hanim.Bersama emak mentua, kami bertolak dari Segamat menuju ke rumah Mak Andak yang terletak di Temerloh.Saya tidak lama di rumah Hanim kerana bergegas ke rumah Pak Lah yang terletak di Kg Sentosa.Meninggalkan emak mentua bersama dengan Atok dan Mak Uteh.


Pena Kasih:Tahniah Hanim.

Saturday, February 13, 2010

JEMPUTAN PERKAHWINAN DI FELDA PALONG TIMUR


Comelnya budak itu atau handsomenya abang tu......kata dua orang gadis pingitan di situ.He....he...
Banner pengantin
Ciuman sayang abang Ngah untuk Hadif.
>Hadif gembira apabila berjumpa abang Ngah.
Musim perkahwinan sewaktu cuti sekolah sememangnya ia merupakan satu kebiasaan.Hari ini,saya berpeluang memenuhi jemputan saudara mak mentua di Palong Timur.Sudah dua kali saya ke sini.Tempat pertama kami tujui bukanlah tempat yang sebenarnya.Nasib baik kami ringan mulut untuk bertanyakan tuan rumah tersebut.Jika tidak.................lain jadinya.
Ada tiga majlis perkahwinan di kawasan tersebut.Mengikut kami ialah kedua orang anak saudara iaitu Hapiz dan Hadif.Hapiz peringkat awalnya tidak mahu pergi dan hendak tinggal bersama Pak Ngahnya.Puas dipujuk akhirnya dia pergi.
Keletah mereka berdua amat mencuit hati kami.Sepanjang jalan mengajar Hadif menyebut nombor dan Alif, Ba,Ta.........................Hadif mengikut dengan bahasa yang pelat.

Malamnya, saya memenuhi hasrat penduduk kampung yang mengadakan majlis Yaasin.Tidak ramai orang mungkin kerana faktor cuti dan juga kerana mereka memenuhi majlis perkahwinan saudara mara.

Pena Kasih:Letih tapi seronok.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails