Monday, March 26, 2012

PERMUDAHKAN URUSAN...

Setiap kali solat...sememangnya ayat....semoga dipermudahkan urusan kami dalam apa juga pekerjaan mahupun urusan kami , Ya Allah....tidak pernah ditinggalkan.
Namun,lafaz syukur apabila sekolah kami terpilih untuk pencalonan sekolah kluster setelah baru-baru ini sekolah kami telah mendapat tawaran New Deal.Tidak semudah itu sebenarnya jika tidak adanya kata sepakat mahupun kerjasama di antara semua pihak.

Sebenarnya, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada my bos kerana sebelum menerima tawaran new deal yang dianggap satu tindakan berani oleh pengurusan sekolah untuk menerima dan memberanikan diri untuk meletakkan markah SKPM di tahap yang tinggi setelah diambil kira,kita boleh...Namun,pastinya keputusan peperiksaan memainkan peranan yang penting sehingga kami tercalon untuk New Deal.Kami mengadakan perbincangan dan alhamdulillah,akhirnya baru-baru ini sekolah kami terpilih.

Dalam masa yang sama dan ketika itu my bos ada urusan di luar negara, sekolah saya telah menerima panggilan telefon untuk menghadiri satu taklimat berkaitan dengan sekolah kluster dan saya sendiri yang menghadiri menggantikan guru besar.Sekali lagi dan dirasakan seperti sudah tidak mampu lagi untuk mengharungi kerana perlu banyak pengorbanan untuk melaksanakannya.Apatah lagi sewaktu sekolah terpilih untuk tawaran New Deal dan keadaan sekolah yang kedudukannya di kawasan banjir menyebabkan banyak dokumen penting tidak dapat diselamatkan dan kami terpaksa menyediakan semua dokumen lain untuk dipantau.....sesuatu yang memenatkan dirasakan ketika itu.Cuti memang tiada langsung dalam dairi tahunan ketika itu.Guru-guru terpaksa bertungkus-lumus menyediakan dokumen tersebut.Saya juga terpaksa mengorbankan masa buat seketika bersama family untuk bersama-sama dengan guru.7 hari berada di sekolah dan alhamdulillah akhirnya kami dapat juga.
Dan kini , kami terpaksa pula bertungkus-lumus untuk sekolah kluster yang kami anggap bukan senang untuk dapat......tapi kami terpaksa bekerja keras untuk menyediakan semua dokumen dan mengemas kini apa-apa yang patut.....apatah lagi pelbagai program yang perlu dilaksanakan untuk anak-anak didik kami.
Kami tidak mahu kerana kesibukkan tersebut, kami mengabaikan anak didik kami.Apa-apa pun 'core-business' perlu diutamakan.Saya berpegang kepada prinsip..tanggungjawab utama perlu dilaksanakan....
InsyaAllah, sekolah kami akan mengadakan lawatan ke salah sebuah sekolah kluster di negeri Johor,,,,,,,,pada minggu ini untuk melihat keadaan sekolah kluster.Tapi saya tidak dapat bersama mereka kerana mengikuti hubby menghadiri kursus tajaan persendirian di Kuala Lumpur pada minggu ini.....Sesekali merilekskan minda ini......


PENA KASIH:

Perlu 'team-work' untuk melaksanakan kerja....

Thursday, March 22, 2012

MEREKA TERDIAM DAN KETAWA

Hari ini aku begitu 'excited' sekali masuk ke Tahun 4.Teruja untuk mengajar berkaitan tajuk 'mengenali keluarga'.......Sesi soal jawab aku jalankan untuk melihat kemampuan pelajarku berinteraksi dan memberikan buah fikiran berkaitan dengan tajuk tersebut.Tajuk yang menarik minat mereka untuk mengenali ahli keluarga masing-masing.......bla..bla..bla..pelbagai idea dilontarkan kepadaku...pelbagai jawapan diterima.....walaupun aku sememangnya serius dalam mengajar tetapi aku tetap memastikan anak-anak didikku akan ketawa dan 'happy' setiap kali aku menjejakkan kaki ke tahun 4.

Hari ini dalam keadaan suaraku yang terganggu sedikit akibat batuk dan badanku yang kurang sihat akibat demam hampir seminggu menyebabkan aku meminta izin untuk duduk di kerusi.Tapi suaraku tetap kuat..kenapa?Aku hendakkan mereka mendengar setiap butir perkataaan yang aku cakap.Aku tidak mahu mereka hanyut dengan angan-angan mereka.Mata memandangku tetapi fikiran mereka melayang entah ke mana..biasalah budak-budak.

Sempat juga aku menyelitkan kisah remaja yang melarikan diri dari rumah sedangkan mereka sepatutnya perlu menjaga hati dan perasaan ibu bapa yang memelihara mereka sejak kecil lagi.....aku tidak sangka anak-anak didikku boleh menceritakan kembali kisah-kisah yang pernah mereka dengar...mulalah sesi soal jawabku dengan mereka.
Aku ingatkan mereka agar sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.Jangan sesekali hampakan perasaan ibu bapa hanya kerana sikap kita....

Akhirnya , kerana terlalu banyak bercakap, aku terpaksa berhentikan seketika pengajaranku apabila batukku sudah mula menggangu dan akhirnya semua terdiam melihat keadaanku.Apabila aku senyum, mereka ketawa......hai,anak didikku! Cikgukan suka membebel dan bercerita.......

My bos suruh aku kurangkan bercakap tapi sebagai seorang guru, mana boleh kurang bercakap....ada saja yang hendak dibebel dan diingatkan kepada anak murid....

PENA KASIH:

Membebel sambil mengingatkan......

Wednesday, March 21, 2012

DEBARAN HATI TERJAWAB

Keputusan peperiksaan SPM telah pun keluar.Ucapan tahniah bertalu-talu diberikan kepada adik-beradik,rakan-rakan dan saudara-mara yang menduduki peperiksaan pada tahun 2011.Malah ada yang tidak tidur lena mengenangkan keputusan yang bakal diperolehi oleh mereka setelah bertungkus-lumus,berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan yang baik.

Apabila keputusan telah keluar, ada yang menangis kegembiraan dan ada juga yang menangis kerana gagal.Gagal kerana tidak dapat keputusan seperti yang diharapkan.Ada pula menangis kerana tidak menyangka dengan keputusan yang diperolehi....Pastinya kejayaan kecemerlangan itu tidak akan hadir dengan sendirinya tanpa ada usaha serta bantuan guru-guru.

Apabila pelajar-pelajar mengambil keputusan, teringat pula semasa zaman saya.Dengan kemudahan yang tidak secanggih pada hari ini dan hanya berbekalkan buku dan ajaran guru itulah yang selalu saya amati.Sehinggakan buku itu diulit sehelai demi sehelai helaian muka surat.Malah kalau buku "Badai Semalam' itu sudah dikhatam kisah ceritanya apabila sering disoal oleh guru Bahasa Melayu ketika itu,Puan Zaleha.Syukur kerana mendapat A1 dalam mata pelajaran sastera....Terima kasih , Puan Zalaha.

Mata pelajaran Matematik pula yang sememangnya tidak mudah bagi kami ketika itu...namun bersyukur kerana lulus dalam mata pelajaran tersebut dan alhamdulillah semua subjek yang saya ambil ketika itu semuanya lulus belaka.Saya selalu mengingatkan anak-anak, untuk berjaya sampai ke tahap ini, bukanlah mudah..mama terpaksa bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan hanya dengan satu niat untuk mengubah kehidupan emak dan ayah.Mama tidak mahu melihat tok mak dan tok ayah hidup susah dan kerana itulah mama berazam untuk belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.Mama tidak mahu menghampakan hasrat dan impian tok mak dan tok yah untuk melihat anak-anaknya berjaya.Syukur kerana pada tahun itu, saya ialah salah seorang pelajar perempuan yang pertama mendapat pangkat 1 dan memecahkan rekod kampung ketika itu dan selepas itu, setiap tahun ada pelajar lain yang telah berjaya memperolehi pangkat 1.Mungkin ketika itu, saya tidak tahu untuk mengisi kursus di universiti dan hasrat untuk ke universiti tidak tercapai.Akhirnya saya meneruskan pelajaran saya ke tingkatan 6.Satu cabaran yang begitu hebat sekali....sememangnya ia susah.

Namun, sekali lagi saya tanamkan hasrat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.Alhamdulilah saya mendapat keputusan yang baik dan A bagi mata pelajaran kertas Am ketika itu.Terima kasih ayahnda Zainaldin kerana telah membolehkan saya mendapat A bersama tiga orang pelajar lain.Saya tidak sangka namun ingin saya ucapkan terima kasih juga buat hubby yang ketika itu telah menjadi teman saya kerana sering menghadiahkan buku-buku untuk saya.Sokongan dan dorongan daripadanya membuatkan saya terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan hasrat untuk menjadi guru terus menebal dalam hati saya.Sekali lagi, saya bersyukur kerana telah diterima masuk ke maktab ketika itu.

Namun, hasrat untuk menjejakkan kaki ke universiti berkubur begitu sahaja setelah saya mendapat tawaran ke maktab.Tetapi saya tetap berhasrat untuk masuk ke universiti walau dalam apa jua cara sekalipun.Saya selalu berangan suasana semasa belajar di universiti...alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai apabila tahun 2004, hubby memohonkan saya untuk belajar secara PJJ di USM.Walaupun telah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak, merasa juga saya menjejakkan kaki ke universiti.Merasa juga saya belajar di universiti walaupun digelar mahasiswitua.USM tetap dalam kenangan..banyak sebenarnya kenangan manis dan pahit sewaktu belajar di USM....

Saya selalu bercerita kepada anak-anak tentang susah senangnya untuk berjaya...Saya mahu mereka juga merasai seperti apa yang kita rasai....Kini, anak perempuan saya meneruskan impian untuk bergelar seorang guru....4 tahun lagi perlu dihabiskan masanya untuk mengutip seberapa banyak ilmu...Saya nasihatkan agar tidak segan untuk bertanya selagi kita bergelar seorang pelajar...kutiplah seberapa banyak ilmu daripada guru-guru.Yang penting jaga sahsiah diri dan hormati guru-guru yang pernah mengajar kamu.Anak yang belajar ibu-bapa juga turut belajar.....Anak saya sering menjadikan ayahnya sebagai tempat rujukan untuk mendapatkan bahan .Sebagai ibu, saya sering memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya begitu juga dengan anak lelaki yang bakal mengambil pepeiksaan SPM pada tahun ini.


PENA KASIH :
Untuk berjaya perlukan banyak pengorbanan....

Monday, March 19, 2012

PETUA

Batuk semakin menjadi-jadi.Lenaku terganggu buat seketika.Namun aku percaya disebalik itu ada hikmahnya.Aku redha dengan apa yang berlaku.Pelbagai ubat telahku telan untuk mengurangkan batukku.Makanan juga terpaksa aku 'control'untuk mengelakkan batukku berlarutan.Aku juga kurangkan bercakap namun seisi rumah memahamiku.Setiap malam, sebelum tidur,badanku dilumurkan dengan minyak untuk mengurangkan gangguan batuk.

Alhamdulillah, minyak nona roguy dan minyak jeselin power oil menjadi teman tidurku.Sememangku, aku sudah pasti setiap tahun aku akan mengalami sindrom batuk yang agak teruk .Selagi banyak aku mengambil ubat batuk, begitulah batukku semakin menjadi-jadi.Sudah berapa klinik aku pergi namun masih tidak berkurangan lagi.

Malam ini, aku ke farmasi untuk mencari ubat batuk .Seorang kakak melihat keadaan aku dan meminta aku minum air suam, kemudian minum air asam jawa dan lastly minum ubat batuk,Aku sedang mencuba dan aku harap batukku akan berkurangan dan memberikan keselesaan untuk aku berinteraksi dengan anak-anak muridku.
Air suam sentiasa berada di sisiku.Lagi satu petua aku belum mencubanya iaitu limau kasturi diperah dan diletakkan bersama kicap.......mungkin aku akan mencubanya.Aku akan terus berusaha untuk menghilangkan batukku.Sememangnya aku agak rimas dengan batuk kerana sedikit sebanyak mengganggu keselesaan aku.
Masakan aku pun semuanya rebus-rebus sahaja tapi aku bersyukur kerana suami tidak pernah merungut dengan apa yang aku masak.Janji makan dan minum dia aku sediakan sebaik mungkin.

Namun, hati emak tetap aku jaga.Tengah hari memaklumkan kepada aku agar meminta hubby tolong ambilkan langsat palembang.Aku terus maklumkan kepada hubby dan lebih kurang pukul 6.00 petang, hubby mengambil buah tersebut.Sekali lagi godaan di depan mata dan aku merasa sebiji dua buah langsat yang sememangnya favourite aku.Aku terpaksa menahan nafsuku agar aku tidak mengambil berlebihan untuk mengelakkan batukku berlarutan.....syukur kerana pada tahun ini pokok-pokok langsat mengeluarkan buah yang agak lebat.Untuk teman-teman sekolah telah juga aku sediakan untuk mereka dan saudara-mara tetap ada......

PENA KASIH:

Hikmah disebalik itu ada yang tersiratnya,

Sunday, March 18, 2012

BATUK LAGI....


Batuk lagi......habis sudah ubat batuk diminum tapi masih lagi tidak elok.Gatal ditekak semakin menjadi-jadi dan makan pun terpaksa di'control' untuk mengelak batuk yang berterusan dan mengganggu orang-orang yang berdekatan.....

Cuti seminggu dihabiskan masa dengan berehat di rumah sahaja.Apabila batuk tidak elok, rasa hendak berjalan pun terpaksa di 'cancel'kan.One of my hubby student nak datang rumah pun terpaksa di'cancel'kan dan berjanji akan berjumpa dengan saya apabila sihat kelak.Mungkin dalam minggu ini juga.Ada yang hendak di'promote'kan kepada saya...kalau baik InsyaAllah akan ada rezeki untuk mereka.

Menghabiskan masa melihat minit mesyuarat dan mencatat apa yang perlu diambil dibahagian pentadbiran .Itulah kerja saya dua tiga hari ini disamping mencari bahan untuk anak-anak murid.
Apabila batuk menjadi-jadi rehat sekejap dan meninjau FB sebagai satu aktiviti yang berfaedah dan tidak berfaedah.Apa-apa pun banyak maklumat yang saya perolehi melalui FB terutama berkaitan dengan kerjaya saya.
Lebih banyak masa di bilik operasi kami......janji kerja rumah dan kawasan sekeliling bersih.Itu yang penting...janji hubby tidak kisah kerana makan minum semua sudah dibereskan.Janji saya dengan kerja saya dan dia dengan kerja dia...i'm happy with my life....
Bila ajak berjalan,saya akan turuti dan temani dia...sudah cukup.Habis sahaja solat, saya dengar dia akan membacakan maksud ayat-ayat al-quran yang dibacakan itu.At least saya belajar sesuatu daripada apa yang dilakukan.Sambil mendengar beberapa rancangan tv yang mempunyai kaitan dengan kehidupan kita .Kita manusia tidak sempurna dan ada yang perlu diperbetulkan terutama semasa solat.....dapat lagi ilmu pada hari ini.Sekarang di mana-mana sahaja kita boleh kutip ilmu janji kita ingin dan berusaha untuk memperolehinya.

Dari soal batuk dah menjangkit cerita lain pula.....anak setiap hari akan call dan bertanya tentang kehidupannya di sana.Pastinya dia sedang membuat assignment....Semoga dia terus tabah menjalani kehidupan di perantauan.InsyaAllah, kami akan ke sana bulan 5 atau 6 bersama dengan hubby.Pagi lagi saya akan pastikan dia bangun dan bertanya khabar dan tidak mahu dia menghabiskan masa dengan tidur sehingga dinihari...Alhamdulillah setakat ini, anak-anak tidak pernah bangun tidur lewat sehingga matahari sudah terbit.Selepas subuh saya tidak benarkan mereka tidur sebaliknya buat kerja apa yang patut...

PENA KASIH:

Batuk mengganggu tidur malam saya......


Friday, March 16, 2012

KENDURI

Rasanya agak lama juga tidak menulis....tidak sekerap dahulu.Hendak dikatakan kehabisan idea, tidaklah pula tapi kekangan masa kerana dirasakan urusan lain lebih penting lagi menjadikan saya terpaksa melupakan seketika untuk menulis di blog ini.

Banyak urusan lain yang perlu dibereskan terutama melibatkan soal kerja dan juga bersama-sama dengan masyarakat setempat dalam program yang dijalankan.
Hidup bermasyarakat sememangnya perlu juga diutamakan selain urusan keluarga.Banyak yang perlu diambil tahu tapi tidaklah sampai menjaga tepi kain orang lain.

Semalam ke rumah Aman, membantu Umi dan emaknya mengadakan majlis kenduri kesyukuran.Pagi lagi hubby telah menghantar saya ke rumah Aman dan menolong apa yang patut walaupun dalam keadaan yang kurang selesa kerana badan yang tidak sihat.Selepas itu, emak menerima panggilan telefon memaklumkan atok tidak berapa sihat.Selepas menyiapkan kerja-kerja sementara menunggu hubby jemput selepas solat Jumaat, kami bergegas ke rumah atok.Alhamdulilah, atok nampak ceria dengan kehadiran emak.Lama juga di sana sebelum mengambil keputusan balik memandangkan atok telah sihat sedikit.

Malam, baru saya menjengah semula rumah Aman.......Alhamdulillah ramai juga para tetamu yang hadir menikmati hidangan yang agak menarik dan sedap.

PENA KASIH:

Syukur diatas nikmat yang diberikan...


Wednesday, March 14, 2012

YANG PERGI TETAP PERGI

Semalam,saya mengambil keputusan untuk tidur awal.Sudah beberapa hari badan agak kurang selesa..demam dan batuk .Menggagahi juga diri ini untuk ke sekolah dan menyiapkan beberapa kerja dan tiga hari ini saya mengambil keputusan untuk berehat di rumah.

Semua agak terperanjat kerana jam 9.55 saya telah tidur.Namun,jam 12.20 tengah malam menerima mesej memaklumkan bahawa Pak CIk Md Nor, PRA sekolah kami dan kini telah bersara telah pergi menyahut panggilan Illahi.Innalillah...dan al-Fatihah .Minta saya sebarkan makluman tersebut kepada semua staf COnvent.

Lalu saya membuat panggilan kepada rakan-rakan dan meminta mereka menziarahi allahyarham di Taman Yayasan.Kak Yati dan staf sokongan telah hadir ke rumah mereka dan saya tidak dapat turut hadir kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dalam keadaan yang kurang sihat, saya ke poliklinik untuk membuat rawatan dan hari ini saya dibekalkan dengan empat jenis ubat termasuk darah tinggi.Alhamdulillah dalam keadaan yang kurang tidur, tekanan darah saya berada di tahap yang agak baik.

Sempat lagi berbual dengan Pak Cu Usop dan bertanya khabar.Selepas itu, saya terus balik dan menyambung kerja-kerja mengemas rumah dan sekejap berhenti dan menyambung semula kerja.Sekejap menerima perkhabaran berita yang Mak Cu Wok pula telah meninggal dunia...Innalillah....Yang Pergi tetap pergi.Pastinya Pak Cu Usop mesti terperanjat menerima perkhabaran berita tersebut kerana ketika itu dia berada di poliklinik untuk mengambil ubat.

PENA KASIH :

Al-Fatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat..

Monday, March 12, 2012

SEMANGAT DAN KERJASAMA

Tahniah ! itulah luncuran kata-kata yang keluar daripada my bos sebaik sahaja saya berada di pejabat setelah bersama-sama pelajar di dewan bagi aktiviti mendeklamasi sajak sempena minggu dadah , Aids dan Rokok....

Dalam keadaan tidak mengerti saya tersenyum kerana ingin tahu apakah perkhabaran berita baik untuk kami.Rupa-rupanya kami menerima telefon memaklumkan yang sekolah kami telah terpilih menerima new deal pada 15 hb ini di Putrajaya.Syukur ......

Hampir sebulan lebih kami berkampung di sekolah menyiapkan keperluan untuk dipantau oleh pihak nazir berkaitan dengan new deal iaitu tawaran bagi pemimpin sekolah.Pastinya pencapaian UPSR dan GPS selama tiga tahun berturut-turut dan peningkatan peratus memberi peluang kepada sekolah kami untuk dicalonkan new deal.Alhamdulillah berkat kesabaran, kerjasama guru-guru dan yang penting hubungan antara pekerja dengan guru-guru begitu baik sekali.Kami tidak pernah membezakan mereka sebaliknya kami berasa bangga mempunyai pekerja dan staf sokongan yang banyak membantu pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Setiap minggu kami akan mengadakan perjumpaan dengan pekerja swasta dan mendengar dari hati ke hati apa yang diperlu dan pihak sekolah perlukan daripada mereka.Bertimbang rasa itu amat penting sebagai pengurus sekolah.Mereka hadir dengan sukarela tanpa dipaksa malah jika hari Ahad pun mereka sendiri yang ingin hadir bersama-sama menceriakan kawasan sekolah.Itulah yang sebenarnya kami carikan.Sekali sahaja kami beritahu tugas masing-masing, mereka sudah tahu dan tidak perlu untuk diulangkan banyak kali.Jika kami rasakan perlu penambahbaikan kami akan berjumpa 'face to face' atau mengadakan 'coaching and mentoring' untuk pekerja mahupun staf sokongan.

Begitu juga dengan guru-guru sekolah ini berkampung sehingga ke petang menyiapkan dokumen dan menceriakan bilik masing-masing.Walaupun penat, tapi kepuasan itu amat penting.Akhirnya berbaloi juga apabila panggilan telefon memaklumkan sekolah kami telah berjaya......Kepada my bos yang banyak membimbing kami dan selalu memberikan kata-kata perangsang kepada guru-guru untuk berfikiran positif dan memajukan sekolah walaupun sekolah kami hanya sekolah bantuan kerajaan.Walaupun terdapat kekurangan itu dan ini tapi tidak menjadikan alasan untuk kami berjaya.....
Sebagai salah seorang pentadbir, saya tidak pernah sesekali untuk memberikan tekanan kepada guru-guru tapi masih di bawah pemantauan dan pengetahuan kami sebagai pentadbir.Mungkin dengan cara ini...mereka rasa tidak tertekan dan 'happy' dalam menjalankan tugas.Namun, saya akui kita bukanlah sempurna tetap ada kekurangannya.
Namun , cara berkomunikasi itu amat penting apabila berbicara dengan rakan-rakan....

PENA KASIH:
Memberi kepercayaan kepada rakan-rakan dalam menjalankan tugas....

Saturday, March 10, 2012

PENGALAMAN BERHARGA

Menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah




Menemuramah seorang murid tahun 3....

Sempat lagi menemuramah guru besar...terima kasih kerana memberikan kerjasama

Diberi peluang untuk mendeklamasi sajak ...mengimbau kembali kenangan dulu

Menyertai program 1M1S..........

Bersama guru matematik sewaktu sekolah rendah....

Friday, March 9, 2012

BERKIAS

Berkias perlu ada tempatnya, boleh berkias dalam bercerita, tapi bukan berkias dalam perbincangan atau perhubungan.....

Sememangnya ayat ini begitu menarik apabila diamati dengan sebaik-baiknya.Orang akan berkias mengikut selera mahupun lahir dari hati.Mempunyai pengertian yang amat mendalam apabila bahasa kiasan digunakan.Untuk menyatakan isi hati secara terang-terangan memungkinkan akan ada hati yang terguris,akan ada perasaan yang tersentuh dan akan ada timbulnya pelbagai persoalan.Justeru,bahasa kiasan digunakan untuk menggambarkan rasa ketidakpuasan hati.

Lahirnya pelbagai bahasa kiasan seperti Jinak-jinak merpati,Angin bertiup seperti orang berbisik-bisik dan pelbagai lagi.

Begitu indahnya bahasa namun kalaulah bahasa kiasan itu digunakan di tempat yang betul seperti dalam bercerita lagi amat menarik.Tapi biasalah orang kita...selagi ingin menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling mereka akan menggunakan bahasa kiasan supaya hasrat yang ingin disampaikan tidak terlalu menyerlah dan menyakitkan hati orang lain.

Kini, setiap kali ucapan perhimpunan di sekolah, guru-guru sekolah saya sudah mula menyelitkan beberapa peribahasa dan bahasa kiasan untuk murid-murid mendengar dan mengetahui makna sebenarnya.

Kadang-kadang kita leka dengan bahasa kiasan tetapi ada kalanya bahasa kiasan itu terkena pada batang hidung sendiri.....

Kita mampu untuk berkata-kata selagi kita ada mulut tapi kita perlu jaga mulut supaya kita tidak menjadi manusia yang manis di luar sahaja tapi di hati hanya Allah sahaja yang tahu.


PENA KASIH:

Berhati-hati dalam berkata-kata kerana terlepas bicara sukar untuk ditarik balik tetapi dalam kita berbicara tidak semua orang setuju ..


Tuesday, March 6, 2012

MENIMBA PENGALAMAN


Hari kedua menjalani PBS dan mengikuti program Cergas Sihat......Program ini diketuai oleh ustaz Amirul Asraf yang merupakan guru KGSK tapi begitu berminat dengan program ini.

Perhimpunan mingguan setiap hari Isnin...pernah berdiri di sini sebagai ketua pengawas dan telah mengimbau kembali zaman persekolahan rendahnya...

Hari pertama Along mendaftarkan diri di sekolah lamanya untuk menjalani SBE(PBS) selama seminggu.Dia begitu teruja untuk ke sekolah lamanya berjumpa dengan bekas gurunya.Sekurang-kurangnya dengan pendedahan ini sedikit sebanyak membantu dirinya memahami akan tugas guru yang sebenar.Melihat persekitaran sekolah dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekolahan sebenar.

Sunday, March 4, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TABIKA KEMAS


Emak bersama-sama dengan tok Yam ...teraju utama kumpulan Yassin kampung ini.



Sempat melambai adiknya yang sedang memcuci motosikal.....


Along dan Dila dalam perjalanan ke Tabika Kemas untuk bersama-sama meraikan sambutan maulidur Rasul .Turut diadakan di majlis tersebut ialah mesyuarat Agong Tabika dan juga bacaan Yassin daripada perkumpulan Yassin kampung ini.


PENA KASIH

Tetap meluangkan masa untuk bersama masyarakat dalam apa jua program yang dijalankan.Kurang berkata-kata itu lebih baik .....

Friday, March 2, 2012

TIGA DALAM SATU...





Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancang untuk 3.3.2012.Semuanya berjalan dengan lancar sekali.Bersama Unit Hem..mereka mengadakan aktiviti gotong-royong mencegah pembiakan aedes di kawasan sekolah.

Sekolah kami yang sentiasa bersih dan dijaga oleh beberapa orang pekerja swasta yang begitu komited kepada kerja yang diberikan.Sekali sahaja diberikan mandat untuk melaksanakan,mereka terus melakukan kerja-kerja tersebut.Hari ini, kami membantu mereka membersihkan kawasan-kawasan yang sememangnya sudah bersih.Allah itu Maha Pendengar,Maha mengasihani...kehadiran mereka ke sekolah kami sememangnya dinantikan dan my bos always said that Tuhan itu sentiasa tahu akan kekurangan sekolah kita.Kehadiran mereka adalah sesuatu yang dinanti-nantikan....Syukur teramat sangat.

Pagi ini, juga kami berkumpul dan membacakan doa khas untuk Cikgu Ali yang akan menjalani pembedahan pada hari Isnin ini ..pembedahan tiroid.Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Amirul Asraf.Kami mendoakan kesejahteraan cikgu Ali dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas itu, lebih kurang pukul 9.00 pagi semua murid berkumpul di padang sekolah untuk mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul.Alhamdulillah, cuaca yang redup dengan laungan bacaan selawat diketuai oleh Ustaz Amirul.Bos saya juga tidak ketinggalan untu turut serta dalam perakan tersebut.Sebenarnya bos saya tertarik dengan bacaan selawat tersebut...walaupun mungkin dia tidak memahami maknanya tapi dia suka mendengarnya.Malah selalu dia meminta AJK Pendidikan Agama Islam membuat program atau memperdengarkan nasyid sewaktu rehat atau sebagainya.

Penceramah yang telah kami undang untuk majlis ini ialah Ustaz Rahim Kasdi merupakan ustaz dari Felda Kemelah dan banyak input yang didapati dalam ceramahnya.
Ucapan terima kasih kepada semua AJK Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Gotong-royong yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik sekali pada hari ini.

PENA KASIH

Tanggungjawab semua pihak.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails