Friday, November 13, 2009

KEMUNCAK












Kemuncak kepada program Kem Membaca 1 Malaysia berakhir pada pagi ini dalam suasana redup,tenang dan nyaman tetapi meriah.Semua murid berkumpul di dalam dewan yang diketuai guru bertugas(Kak Ana) diiringi pengacara En Supian.
Majlis penyampaian hadiah merupakan kemuncak kepada program tersebut yang berlangsung selama seminggu.Pelbagai acara yang telah dijalankan dan hari ini pelbagai hadiah disediakan kepada murid-murid yang menang.Program yang diterajui oleh Pn Salbiah dan dibantu oleh semua guru SKCC dapat berjalan dengan lancarnya.
Bersesuaian dengan 1 Malaysia, SKCC telah berjaya melaksanakannya dengan murid-murid yang pelbagai bangsa dan agama.Itulah istimewanya SKCC.Mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tamil dan Cina.Peluang digunakan oleh semua murid SKCC untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.
Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Mdm Tey, diikuti oleh semua GPK dan semua Ketua Panitia.Tiada rasa cemburu kerana semuanya diberi peluang.He....he.Pelbagai aksi boleh dilihat melalui gambar.
Walaupun murid yang menang menerima hadiah tetapi atas rasa penyayangnya guru-guru SKCC kepada anak didik, semuanya merasa hadiah.Tersenyum simpul murid dan pasukan guru yang kalah menerima hadiah.
Seterusnya murid-murid dihidangkan dengan persembahan daripada murid-murid Tahun 6.Mereka akan meninggalkan sekolah tidak berapa hari lagi.................sayunya .
Namun,kami guru-guru SKCC sentiasa mendoakan agar kalian sentiasa menjaga diri, menjaga tingkah laku,menjaga hati guru-guru mahupun ibu bapa dan keluarga disamping berjaya dalam kehidupan.Itulah impian kami.

Pena Kasih:Kepada semua guru yang menjayakan program ini, tahniah dan syabas diucapkan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails