Monday, December 31, 2012

SUKA-DUKA 2012

Tinggal  beberapa jam lagi 2012 melabuh tirainya.Pelbagai episod suka-duka dilalui sepanjang berada di tahun 2012.Namun, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat.Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kenangan indah di awal tahun masih tersemat indah di hati ini.Memori ituku biarkan bertahta di hati ini.Syukur kepadaMu.......
Aku juga bersyukur dengan kerjaya yang aku lalui.Walaupun tekanan dan bebanan kerja yang semakin  bertambah tidak sesekali membuatkan aku mengeluh.Aku lalui dengan cara dan tindakan aku sendiri.Namun, aku bersyukur mempunyai keluarga yang memahami situasi aku dan juga sokongan padu daripada mereka.Kepada ibu dan ayah yang sentiasa prihatin dengan anak-anakku tatkala aku dan suami sibuk.Itulah kebaikan tinggal berhampiran dengan mereka.Setiap hari, aku dapat menjengah dan bertanya khabar mereka berdua.Setiap hari, aku sentiasa bersama mereka......

Anak-anak adalah permata aku yang sentiasa di hati ini.Leteran dan ingatan seorang ibu kepada anak-anak memang tidak boleh dipisahkan.Nun jauh di utara, anak perempuanku sentiasa ditanya khabar beritanya.Tidak membiarkan dia sendirian di sana.Aku juga bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak kami.Maklumlah cucu yang seramai empat orang ini lah membuatkan hati mereka ceria.Gelagat dan keletah mereka yang kadang-kadang menyebabkan orang tuaku naik angin tetapi mereka pandai memujuk nenek dan datuk mereka....

Buat suamiku yang sentiasa memberikan tazkirah kepada kami anak-beranak sudah cukup menggembirakan hati aku.Ilmu ada di mana-mana sahaja.Terima kasih, che Abe.Kali ini, aku tidak dapat bercuti kerana cutiku tidak sama dengan cuti che Abeku....akhirnya 2012 hanya berlegar-legar di kawasan Segamat sahaja.Sedih pun ada sebab angan-anganku tidak kesampaian...tahun 2013 perancangan hendak ke Terengganu, Pasar Payang .....Kain sutera menjadi idamanku.

Tahun ini, juga sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya.Menutup tirai 2012.Seronok kerana dapat mengumpul saudara-mara yang jauh dan dekat.Ada yang bertandang dan tidur di rumahku.Meriah sekali.

Aku juga bersyukur kerana pada tahun ini, sekolah aku mendapat keputusan yang baik dalam UPSR.Sebenarnya ramai yang menganggap sekolahku adalah sekolah swasta dan yuran tahunan yang tinggi tapi sebenarnya tidaklah seperti yang mereka anggap. Aku juga pernah bersekolah di sini sewaktu sekolah menengah dahulu.Cuma satu sahaja yang aku kagum setelah berada di sekolah ini iaitu semangat yang kental dalam apa juga cabaran yang ada.Aku juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang masih memilih sekolah ini sebagai tempat untuk anak-anak mereka menimba ilmu.Anak-anak yang berada di sini semuanya mempunyai semangat yang kuat, berani dan aku juga ingin merakamkan ucapan tahniah buat adik NurAtiqah Syahirah yang telah berjaya memasuki Sekolah Yayasan Saad di Melaka.Anak-anak yang belajar di sini diberi peluang untuk mengasah bakat yang terpendam.Malah ada pelajar sekolah ini telah berjaya menunjukkan bakatnya sehingga ke peringkat antarabangsa.,..Syabas.

Walaupun pelbagai andaian yang dibuat, tapi kini aku lihat ibu bapa sudah mula membuka mata untuk  menghantar anak-anak ke sekolah ini.Tahniah!Pelajar yang tidak ramai memudahkan guru-guru memberikan tumpuan kepada mereka.Malah aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru khususnya guru tahun 1 yang cuba memastikan anak-anak murid mencapai 100% Linus dan tiada murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Sedih kerana pada tahun ini dua orang guru telah berpindah sekolah.Buat Puan Suzima yang berpindah ke Terengganu, tahniah kerana setiap tahun memohon untuk bertukar ke Terengganu setelah berbakti di daerah Segamat hampir 10 tahun.Jasa dan pengorbananmu mendidik anak-anak Melayu kita memang tidak akan dilupakan...Namun,beliau tidak dapat balik ke tempat kelahirannya di Marang tapi berkhidmat di Kemaman.Buat Pn Salbiah yang berpindah ke SK Kg Jawa, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kerana telah berkhidmat di sekolah ini dengan baik dan jayanya.Kami juga kehilangan salah seorang guru yang terbaik dan kreatif.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Datang kepada Cikgu Nordin dan Pn Harlina ke SKCC.

PENA KASIH:
Semoga tahun 2013, memberikan sinar yang baru buat warga SKCC....


Saturday, December 29, 2012

JALAN-JALAN KE SKUDAI

Semalam majlis kedua buat pengantin Ucuk dan June di Skudai.
Pagi lagi, mak Usu telah menelefon aku  mengingatkan perjalanan ke Skudai.Perlu bawa pengantin perempuan.Aku memang tahu pun sebab memang aku hendak jalan-jalan ke sana.Penat dengan kerja-kerja sekolah so inilah peluang kami ke sana.
Mula bertolak jam 8.00 pagi.Janji pukul 7.30 pagi tapi biasalah jam memang tepat tapi kita aja yang membuatnya tidak tepat.
Heheh....menunggu macam tu ke?Menunggu anak saudara Pak Usu dari Kluang.Setengah jam juga menunggu.
Berehat seketika di surau Tol Skudai......
Perjalanan ke rumah pengantin....
Rombongan daripada pihak perempuan....
Selamat Pengantin baru buat June and Ucuk...meriahkan keluarga dengan lawakmu Ucuk.
Selepas itu, aku dengan hubby bergerak ke Angsana.Tak sempat anak lelaki aku hendak bergambar dengan pemain-pemain bola sepak Johor.......tapi sempat aku mengambil gambar ni.
 Aku sempat berjumpa dengan Kak Long di majlis tersebut.Dia juga menerima jemputan daripada keluarga Ucuk.
Darwish juga ada bersama......selepas gambar diambil tersenyum Darwish.Minat bergambar juga budak ni like Apiz and Adif.

PENA KASIH:

Alhamdulillah, gembira dapat melihat sepupu melangsungkan majlis perkahwinannya..bakal menyusul pula...adiknya.



Thursday, December 27, 2012

TAHNIAH JUN & UCUK

Selesai sudah majlis perkahwian Jun and Ucuk.Tahniah buat kalian berdua.InsyaAllah kami akan ke Taman Sri Skudai pula untuk melihat kedua mempelai bersanding di sana.Tentu meriah ...
Tahniah Jun dan Ucuk.
 
Inilah hero dan heroin aku yang memainkan peranan penting dalam majlis atok Ucunya.Memang mereka penat tapi mereka puas hati dapat menyumbangkan  tenaga dan membantu atok Ucunya.Tak perlu mengarah kerja mereka...mereka tahu apa yang perlu dibuat..Sempat berposing lagi.


Mereka berbaris tanpa menyedari berdiri seperti ini....Mama sayang kalian .
Bergambar with my cousin bersama dengan anak keduanya...
             Aku bersama-sama sepupuku menyiapkan tempat makanan untuk tetamu......


PENA KASIH:

Bertemu di Taman Sri Skudai....
 



Tuesday, December 18, 2012

LAYANAN

Hari ini aku ada appoiment dengan dr di poliklinik....rutin aku tiga bulan sekali atau empat bulan.Penyakit yang tidak serius tetapi perlu diberi perhatin......high blood.Terlalu stres ketika aku mengambil 'master' dan komitmen pada tugas hakiki menjadikan darahku tidak turun-turun.Apa taknya.....balik dari sekolah terus mengadap assignment..Siapa yang tidak ingin memajukan diri....aku salah seorang yang sebenarnya mempunyai cita-cita.Untuk kepuasan diriku.Akhirnya aku tewas walaupun semester pertama aku mendapat pointer yang baik tapi aku terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan kerana masalah kesihatan.Sedih sebenarnya...

Hari ini,aku berjumpa dengan dr setelah mengambil darah pada minggu lepas..semuanya ok.Alhamdulillah..takut juga dengan kolestrol dan kencing manis yang kini semakin menjadi-jadi dikalangan penduduk negara kita.Namun, aku dinasihat supaya menjaga pemakanan..kurangkan makan nasi, mee dan sebagainya.OK juga nasihat yang diberikan kerana maklumlah bila di depan mata semuanya ingin dirasai.Sebenarnya aku sedang mengamalkan susu omega dan quaker oat dengan husband.Hendak tengok kolestrol.My hubby ..kandungan kolestrolnya boleh tahan..

Namun,ada juga rasa kurang senang aku apabila pergi ke makmal .Melihat layanan yang diberikan di bahagian kaunter.Senyumlah sedikit dan gunakan bahasa yang baik terutama dengan orang-orang tua.Tidak rugi kita melayan mereka.Mereka bukannya faham.....jawab acuh tidak acuh sahaja.Aku kalau penat sekalipun jika 'klient'  hadir ke sekolah, aku tetap memberi keutamaan melayan mereka dengan sopan-santun...tidak rugi....

Sudah dua kali sebenarnya aku melihat situasi seperti ini....sayang sekali.Senyum sudah cukup memadai dan bertanyalah dengan baik.


PENA KASIH:
Senyum tanpa kata apa-apa


Monday, December 17, 2012

MASA LAPANG

Takdir itu milik Aku...memang novel yang best.Sudah lama memiliki novel tersebut tapi ruang masa untuk membaca agak terbatas.Aku terpaksa utamakan kerja hakikiku .Kalau hendak diikutkan tiada masa, mustahil.Masa tidak akan bertambah tapi kitalah yang perlu membahagikan masa tersebut.

Namun, dalam masa dua hari sahaja aku dapat  menghayati novel tersebut.Teresak-esak membacanya menghayati ayat demi ayat yang menyentuh perasaan ini.Itulah wanita...kecekalan hati mengharungi cabaran hidup.Sempat lagi hubbyku mengatakan kalau  menghayati makna dalam ayat al-Quran sehingga menitiskan air mata lagi bagus.Aku faham maksudnya itu.....namun, aku bersyukur kerana setiap hari akan mendengar maksud ayat -ayat al-Quran yang dibacakan.Aku bukannya tidak membaca al-Quran tapi belum mendalami maksudnya aja......

Aku memang minat penulis novel tersebut......Sempat lagi bergambar dengan beliau sewaktu aku ke PWTC tahun lepas..



PENA KASIH:

Koleksi novelku semakin bertambah..

Wednesday, December 12, 2012

HANYA TINGGAL HASRAT

Emmmm...program untuk berjalan pada tahun ini terpaksa diketepikan.Sudah merancang tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksalah menerima kenyataan.

Anak periksa dan kemudian emak saudaraku akan mengadakan majlis perkahwinan pada hujung bulan ini dan kesibukan aku dengan kerja-kerjaku serta kesibukan hubbyku dengan kuliahnya...tahun ini cuti aku tidak sama dengan hubby....sedikit sukar untuk membuat perancangan.Kalau cuti pun hubbyku kata pada 22.12.2012 hingga hujung tahun kot...tapi aku tidak ada cuti lagi sebab kami terpaksa berkumpul di sekolah sebagai persediaan akhir untuk penggal persekolahan 2013.......Riak wajah anak menunjukkan rasa tidak puas hati...tapi aku terpaksa akur kerana jadual cuti yang tidak sama...

Perancangan untuk ke Terengganu dan Kelantan hanya tinggal kenangan sahaja.Terbayang aku pada kain sutera yang cantik-cantik di Terengganu...Kalau tiada aral melintang aku  merancang untuk ke sana pada raya Tahun Baru Cina.Itupun kalau aku tidak diarahkan bertugas.....Bajet sudah pun ada untuk perjalanan kami.Menteri kewangan kami pandai menguruskan kewangan.....
Aku harapkan agar program yang telah dirancang untuk perjalanan ke ........tidak akan dibatalkan.Aku ingin ke sana,melihat negara orang...


PENA KASIH:

Semoga impian untuk ke sana menjadi kenyataan.



Tuesday, December 11, 2012

BATUKKU BERULANG

Just imagine....satu rumah demam.Seorang demi seorang tumbang..bermula daripada anak lelaki, hubby demam sedikit, antibodi kuat,then aku pula....teruk juga.Dah tua ni antibodi semakin kurang.Macam-macam makan begitu juga....akhirnya terima seadanya nikmat sakit yang diberikan.

Aku paling tidak suka kalau kena batuk..bukan apa  batukku bukan seperti batuk orang.Sekejap aja....tapi aku.kalau tak dua minggu atau lebih bukan namanya batuk.Pelbagai ubat dibeli..dah habis satu botol, beli lagi dan akhirnya aku minum air suam aja...Tekakku gatal-gatal sehingga lenaku terganggu...

Kali ini, agak teruk, hilang suara.Serak-serak basah.Bila my staf telefon,mereka siap tanya, ini Puan N....ke?Ya,.kenapa?Suara bestnya....ahahaha......itulah bila nikmat telah ditarik sedikit demi sedikit, aku pasrah....Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untukku untuk meneruskan kerja-kerjaku dan melakukan amal ibadat.

Bila batuk, aku jadi kurang bercakap..no mood.Bukan apa, nanti my hubby and my son gelakkan aku.Kalau selama ini, suarakulah yang paling kuat dan lantang bila bercakap..la ni suara sudah 'rock' sekejap.Apa-apa pun aku tetap juga ingin bercakap walaupun suaraku hilang untuk seketika....Padah makan durian dan rambutan kot.....Sejak beberapa minggu ini, semuanya aku lupakan....demi kesihatan.

Pagi tadi,aku ke hospital....dari semalam aku berdoa agar aku tidak batuk sewaktu berada di klinik untuk mengambil darah..Alhamdulillah, sepanjang aku berada di klinik kesihatan, aku tidak mengalami batuk dan selepas semuanya beres dan semasa hendak menaiki kereta, barulah kedengaran batukku.Suamiku pun pelik.Lalu aku cakap ..Allah mendengar rintihan hambaNya,Allah mendengar doa hambaNya...Terima kasih,Ya Allah....
Aku berharap sangat agar minggu depan aku sihat,tiada batuk-batuk lagi.Maklumlah hendak pergi mesyuarat di peringkat daerah..kalau batuk mengganggu orang lain pula...

PENA KASIH:

Mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang baik....



Monday, December 10, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN SEPUPUKU

Menghitung hari agaknya bakal pengantin ini...Junainah dan Ucuk..
Apa-apa terlebih dahulu,kami merakamkan ucapan Selamat Pengantin  Baru buat kalian berdua.

Kesibukan ke rumah emak saudara setiap petang sememangnya menjadi rutin kami.Menjenguk kerja-kerja yang perlu dibantu.Adat bersaudara, ketika mereka memerlukan pertolongan, masa inilah kami membantu.Kami tidak kisah semuanya......asalkan hati senang dan rela untuk membantu mereka.

Emak dan ayahkulah yang paling sibuk membantu mereka malah dijadikan tempat rujukan mereka.Maklumlah kali pertama membuat majlis sudah tentu rasa debaran itu tetap ada...takut sememangnya takut.Dari kisah lauk-pauk semua itu diserahkan kepada emak dan ayahku...pengalaman mereka mengadakan majlis perkahwinanku dan adikku dahulu...semua diaturkan secara lancar dan beres.Semoga Allah permudahkan urusan emak saudaraku pula..

Namun, cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menimbulkan kerisauan di hati mereka.Emak aku telah membahagikan tugas-tugas kepada kami....ya.kali ini aku mengambil tugas menyambut tetamu dengan Mak Itamku....best sekali.Hubbyku 'all rounder'...suka hati dia hendak buat apa.Yang lain mempunyai tugas masing-masing sebabnya kali ini aku malas hendak ke dapur.Masak untuk makan damai pengantin akan dilakukan oleh sepupuku yang lain.

Teringat pula majlis perkahwinanku yang dibuat dua kali....orang kata 'nikah gantung' dahulu. yang dibuat pada bulan Mei yang bertujuan untuk memudahkan aku mengikut suamiku 'posting' di Jengka,Pahang.So, majlis besar-besaran dibuat pada bulan Oktober.....Sekarang ada ke lagi istilah 'nikah gantung'?Lupakan itu semua janji lafaz telah dilakukan dan kami telah sah menjadi suami-isteri sehingga kini.Semoga kehidupan dan kebahagiaan kami akan terus berkekalan.


PENA KASIH:

Semoga ikatan perkahwinan yang telah termeteri dengan lafaz akad nikah akan terus berkekalan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails