Monday, November 2, 2009

DALAM KENANGAN


Sewaktu membelek-belek majalah jendela selatan yang diterima semasa saya menghadiri kursus penulisan surat rasmi tertera wajah bekas guru saya,Allahyarham Drs.Ungku Mohd.Zaman Tahir.Baru hari ini, saya membuka majalah tersebut setelah dua bulan lalu menghadiri kursus tersebut.Dek kesibukan dan disebabkan kami akan mengadakan LDP diperingkat sekolah dalam masa terdekat ini, saya luangkan sedikit masa membelek fail kursus tersebut.

Dalam kenangan dan masih terpahat lagi wajah-wajah ceria beliau sewaktu mengajar saya di Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Segamat.Dua tahun bersama beliau, banyak perkara yang diperolehi.Pernah berjumpa beliau 3 tahun lepas di bandar Segamat.Saya hanya nampak kelibat beliau dari jauh.Tidak sempat untuk bersua.Sehinggalah saya terbaca majalah Jendela Selatan yang menyatakan beliau telah kembali ke rahmatullah pada 16 November 2008.Semoga Allah mencucuri rohnya.Amin.....

Beliau dikenali seorang yang lemah lembut dan tidak pernah meninggikan suara kepada murid-muridnya.Di kelas, beliau menganggap kami seperti anak-anaknya.Begitu mesra sekali.Bersama-sama dengan cikgu Noraini (GPK 1,SMK Tinggi Segamat),Cikgu Rahmat (Pengetua SMK Teknik Segamat) ,beliau sentiasa melayani kerenah kami yang bermacam-macam ragam.Kepada cikgu Rahmat, terima kasih atas tunjuk ajar beliau dalam subjek Sejarah begitu juga cikgu Noraini bagi subjek ekonomi.Kami budak nakal yang sentiasa bercakap sewaktu cikgu mengajar.................Terima kasih,cikgu.

Pena Kasih:Al-fatihah untuk bekas cikgu saya, Drs.Ungku Mohd Zaman Tahir.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails