Monday, May 31, 2010

SALAM TERAKHIR...DETIK-DETIK AKHIR SEORANG GURU


Saat-saat terakhir meninggalkan perkarangan sekolah.....meninggalkan seribu kenangan pahit manis, suka duka sebagai seorang yang pernah bergelar pendidik.Pn Tong,kami merindui gelak ketawa puan.


Lambaian terakhir Pn Tong.......sayu, sedih.....

Salam terakhir Pn Tong dengan Cikgu Ali.Pelbagai pesanan disampaikan.Ternyata antara kami seperti adik beradik.saling tegur menegur di antara satu sama lain.


Kenangan bersama Pn Tong .Kami tidak akan melupaimu.




Titisan air mata mengalir bersama-sama dengan kesyaduan dendangan lagu 'Salam Terakhir".Teringat nostalgia kita bersama,gelak ketawa, suka duka mengharungi kerjaya sebagai guru.Saat-saat indah itu hanya tinggal memori sahaja.

Pelukan kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya.

Ucapan terakhir daripada Pn Tong Ah Lan.Ucapan seorang guru.Menceritakan detik-detik dan saat menjadi seorang guru, mengharungi dugaan dan cabaran sebagai seorang guru.

Sister Winnie dan AJK pengelola pengurus sekolah turut hadir meraikan persaraan Pn Tong pada hari ini.

Dendangan lagu "Salam Terakhir" nyanyian Allahyarham Sudirman....menyentuh perasaan pada hari ini.Lagu berkumandangan, air mata bercucuran membasahi pipi seorang demi seorang guru,anak-anak didik melihat detik-detik terakhir Pn Tong meninggalkan kerjaya seorang guru.Meninggalkan suasana persekolahan setelah lebih daripada 30 tahun berkhidmat,menabur bakti kepada anak bangsa.Kami merinduimu.......

Sunday, May 30, 2010

MINI MAHA DAERAH SEGAMAT







TAKUT, GELI TAPI INGIN MENCUBA.....





Siapa yang tak takut ular, tapi saya tetap ingin memegangnya walaupun pegang ekor.

3 ON 3.....


Walaupun kalah kami tetap bersemangat.Sekadar suka-suka selain mengeratkan perhubungan serta perlawanan persahabatan.




Team Permainan bola jaring 3 on 3.

Friday, May 28, 2010

TIDAK DISANGKA.....



Kumpulan AN Nisa membuat persembahan sempena Mini Maha Daerah Segamat dalam pertandingan Marhaban.Mendapat tempat pertama.Tidak disangka.

Wednesday, May 26, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN TONG



Pn Tong Ah Lan seorang guru yang rajin,berdedikasi dan komitmen dengan tugasnya.Walaupun daripada pandangan mata saya, beliau seorang yang tegas tetapi sebenarnya ketegasan beliau adalah untuk memastikan anak muridnya dapat belajar dengan baik.Saya juga banyak belajar daripada beliau.

Saturday, May 22, 2010

TIDAK SEMUDAH ITU......

Bila sudah mula berfb,banyak cerita-cerita yang sepatutnya ditulis di blog terbengkalai.Tidak semudah itu, untuk memberikan pada sesuatu tumpuan walaupun sebenarnya banyak yang hendak dipaparkan.Apatah lagi waktu saya begitu penuh sekali.Hari-hari ada sahaja yang perlu dibereskan .Tugas hakiki yang menjadi keutamaan perlu diutamakan.Lebih-lebih lagi minggu hadapan adalah ujian untuk murid tahun 6 diikuti minggu berikutnya untuk murid darjah 1 hingga darjah 5.

Kegiatan bersama masyarakat juga tidak saya lupakan.Berlatih marhaban dan mungkin saya juga akan mewakili kampung untuk bermain bola jaring .Seramai 4 orang setiap kampung perlu menghantar peserta untuk permainan bola jaring.Cuba dahulu.........

Masa yang penuh.........menyebabkan saya terpaksa meninggalkan sedikit bidang penulisan di blog ini.Sudah lama saya tak update blog saya.Namun....disebalik itu terlalu banyak cerita yang hendak dicoretkan sebagai renungan dan perkongsian.InsyaAllah akan dipaparkan juga suatu hari nanti.

Pena Kasih:Tidak Semudah itu yang disangkakan...............

Wednesday, May 19, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Supian bin Hashim.

Semua guru berkumpul di tapak perhimpunan untuk bersama-sama mendengar perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru.

Sunday, May 16, 2010

UNTUKMU GURU.......


Tanggal 16 Mei, merupakan satu tarikh mengingati jasa guru,mengingati pengorbanan guru terhadap anak didik mereka.Mereka tetap memastikan anak-anak yang didik mendapat sesuatu setelah bertungkus lumus mengajar.

Guru........daripada mereka, kita mengenali dan belajar membaca dan menulis.Besarnya jasa guru.Daripada mereka, lahirlah kalangan pelajar yang memegang jawatan profesional dan tidak profesional.Guru sememangnya seperti lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi kehidupan orang lain.Mereka yang sememangnya memilih kerjaya guru adalah mereka yang betul-betul komitmen dan minat dalam bidang tersebut.

Guru bukan sahaja mengajar malah mereka juga boleh menjadi jururawat,polis,akauntan,jurulatih dan pelbagai lagi yang lain.Sememangnya tugas guru bukan sahaja menumpukan kepada tugas hakikinya tetapi merangkumi semua aspek.Mereka mampu melakukannya.

Untuk semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya sehingga saya menjadi seorang guru diucapkan berbanyak terima kasih atas didikan kalian.Jasa dan pengorbanan kalian memang amat dihargai dan sehingga kini saya merindui kalian.

Pena Kasih:Terima kasih kepada semua bekas guru SK Bukit Hampar, SMK Canossian Convent,SMK Tinggi Segamat,Maktab Perguruan Kinta, USM, SK Agama Segamat, rakan-rakan di SK Gemereh, SK Simpang Lima Darat,SK Jengka 4,Pahang, SMK Seri Jengka-SELAMAT HARI GURU.

Saturday, May 15, 2010

KEPUTUSAN DI SAAT AKHIR...


Hasrat untuk turut sama hadir di majlis menyambut menantu kak Long di rumah sebelah lelaki pada hari ini tidak kesampaian.Peringkat awal, kami memang telah merancang untuk pergi tetapi hubby mengambil keputusan di saat akhir tidak dapat hadir kerana perlu menyiapkan kerja-kerjanya.Saya terpaksa akur dengan keputusannya.

Memang agak sedih juga tidak dapat bersama meraikan kali kedua majlis Zatil dan Fadhil tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk kami turut serta.Hari ini secara kebetulan merupakan gotong-royong perdana bagi mencegah aedes.Haziq terpaksa pergi ke sekolah bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar untuk turut sama membantu pihak sekolah membenteras gejala aedes yang kini kian menular.

Pena Kasih:Namun,apa-apa pun, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Zatil dah Fadhil.

Thursday, May 13, 2010

SELANGKAH KE HADAPAN....


Selepas penat melaksanakan program ini, kami menikmati jamuan yang di'sponsor' oleh Kak Ana yang tidak dapat bersama pada hari ini.Terima kasih, Kak Ana.Nanti apabila Kak Ana tiada sewaktu program dijalankan,bolehkan 'sponsor' makanan kerana kami akan buat kerja Kak Ana.

Kami sempat berposing dengan wajah yang letih.Bukan apa untuk mengambil gambar bersama Pn Tong yang akan bersara pada bulan Jun ini.Kami rindukan Puan Tong.

Selepas kerja-kerja selesai, semua murid berbaris untuk diagihkan minuman kepada mereka.

Walaupun kami pentadbir, kami tetap turun padang dan melakukan kerja sebagaimana guru-guru lain melakukannya.Baju tak tukar tak pa, tapi tangan tetap berjalan melakukan kerja-kerja mengelap.

"Mana parang?".Parang kat kedailah, Kak Zaharah.Salah seorang guru yang begitu rajin terutama yang berkait dengan kebun.

Cikgu Ali as a GPK KK turut sama turun ke padang membantu anak buahnya menyapu daun-daun kering.Tapi duan kering tidak banyak kerana our pekerja swasta )En Rahmat sentiasa memastikan tempatnya bersih.

Guru Besar menyampaikan plastik hitam kepada semua ketua blok.Beg plastik besar tapi tidak ada sampah yang hendak dimasukkan kerana sekolah ini sememangnya sentiasa bersih dan bersih.

Semua guru juga berkumpul mendengar taklimat daripada guru besar dan memaklumkan apa yang sepatutnya dilakukan.Mereka menjalankan tugas mengikut blok yang telah ditetapkan.

Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pada pagi ini untuk mendengar taklimat daripada guru besar sebelum program gotong-royong perdana diadakan.Program yang dijalankan selama dua jam ini adalah mengambil masa ko-kurikulum dan Pendidikan Moral yang menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah ini.Program yang sepatutnya berjalan pada hari Sabtu ini,kami laksanakan pada hari ini adalah memberi peluang kepada semua pelajar sekolah ini untuk melibatkan diri.Selain itu, ianya untuk
menyedarkan murid-murid akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan diri sendiri.

Monday, May 10, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN



Ketua darjah memberikan sokongan kepada rakan yang takut untuk disuntik.Baiknya......


Salah seorang murid telah bersedia untuk menerima imunisasi.



Murid-murid menunggu giliran untuk diperiksa.Ada yang begitu gembira dan ada juga yang berada dalam ketakutan.

Pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid Tahun 1 memang menjadi rutin tahunan.Sekumpulan jururawat dari Pusat Kesihatan Bandar Putra akan menjalankan tugasan mereka bagi memeriksa kesihatan murid-murid iaitu pemeriksaan mata, rambut dan lain-lain lagi.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails