Wednesday, November 4, 2009

RIUH BERILMU




Dalam kesibukan di penghujung persekolahan, kami sempat mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan dengan Penulisan Surat Rasmi yang disampaikan oleh Pn Hjh Ruhana bte Daslar yang merupakan guru cemerlang bahasa sekolah kami.Penyelaras kursus yang kini bercuti disebabkan strok ringan dan kami sentiasa mendoakan agar beliau sembuh seperti sediakala.
Justeru, saya perlu bergerak agar memastikan perancangan yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki.Banyak aspek dan cara penulisan surat rasmi yang perlu kita ketahui.Penggunaan perkataan semasa menulis surat rasmi perlu diberikan penekanan.Apatalah lagi kami di bahagian pentadbiran yang sentiasa diperlukan untuk menulis surat rasmi kepada pihak-pihak tertentu.
Jangan sangka setiap penulisan yang berkaitan dengan surat rasmi kita betul.Banyak lagi yang perlu diperbetulkan.Kita tidak perfect tetapi sekurang-kurangnya kita mengurangkan kesalahan yang sering kita lakukan.
Riuh rendah kursus pada hari ini.Masing-masing ingat mereka betul selama ini tetapi setelah diberikan penerangan barulah kami tahu yang kami banyak melakukan kesalahan.Kami seperti budak baru belajar yang sentiasa belajar dan ingin terus belajar.Jadikan kamus sebagai teman kita.Kursus yang dijalankan amat menarik apabila guru besar kami berseloroh kepada Pn Tong yang sudah mula memahami akan beberapa perkataan dan penggunaannya."Jangan jadi sombong apabila sudah pandai."He....he.....he. Kami tidak sombong sebaliknya kamus teman kami.
Dalam masa yang agak singkat,kami juga membetulkan beberapa kesalahan ejaan.Saya juga sering menegur suami mengeja perkataan seperti riuh(rioh), sibuk (sibok),kampung(kampong),tengah hari (tengahari),kereta api (keretapi) dan banyak lagi.Kami sama-sama belajar dan saya juga bukannya sempurna.Ada kelemahannya.
Suami tersenyum apabila saya menegur.Tak nak mengaku salah.
Riuh kami riuh berilmu.Masing-masing sedar yang selama ini banyak kesalahan tanpa disedari.
Seronok, guru bahasa Inggeris, Pn Desirani dan Pn Tong dan Pn Radsziah guru Matematik serta Pn Suzima (guru Agama) turut sama menyertai kursus ini.

Pena Kasih:Mencari dan terus mencari serta mengkaji setiap perkataan yang sering salah ejaan dan penggunaanya.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails