Monday, November 9, 2009

BERSUA LAGI......


Dalam kedinginan pagi dan hujan gerimis sebelum bertolak ke Kluang atas urusan pelantikan DG 41.Kami berlima begitu semangat untuk mendengar taklimat daripada pihak JPNJ.Kereta yang dipandu oleh Ekin bertolak lebih kurang jam 6.30 pagi dan sampai jam 8.30 pagi.Kak Sham, Mona dan Lela menyertai taklimat tersebut.Kami mengekori kereta Adam kerana masih tidak pasti tempat yang hendak dituju.

Alhamdulillah, kami sampai dengan selamatnya walaupun kenderaan berat begitu banyak pada hari ini dan sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kami.Semua daerah di sekitar Johor berkumpul di Kluang.Di sinilah,kami dapat bertemu rakan-rakan dari Johor yang sama-sama belajar di USM.Kak Selamah,Kak Lin dan Jun begitu ceria sekali setelah bertungkus lumus menghabiskan masa selama 4 tahun di USM.

Kami menerima pelantikan dari SPP bermula pada 31 Disember 2008.Malah kalau dulu kami kumpulan sokongan tapi kini kami dipanggil kumpulan pengurusan dan profesional.Banyak input dan motivasi diberikan kepada kami.Yang menariknya apabila kita telah dinaikkan pangkat ke DG 41 perlu ingat akan 4 perkara apabila kita hendak bertindak atau melakukan sesuatu iaitu Thinking,Feeling, Action and Results.Memang seseorang itu bijak dalam pemikiran tetapi perlu menjaga perasaan dan bertindak bersama-sama .Jangan hanya pandai memberikan pendapat tetapi gagal menyelami perasaan orang dan sebaliknya gagal bersama-sama untuk melaksanakan apa yang difikirkan baik dan seterusnya sudah tentu keputusan yang diterima tidak sebaik yang diharapkan.

Selepas ini, banyak maklumat dan borang perlu diisi untuk menerima pelantikan tersebut malah kami diberikan masa selama 60 hari untuk memikirkan penerimaan pelantikan tersebut.Ada perkara yang perlu kita lepaskan apabila menerima pelantikan tersebut bergantung kepada masalah seseorang itu.

Pena Kasih:Kalau dulu hasrat di hati untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan menerima segulung ijazah, kini apa pula langkah seterusnya...........

1 comment:

Wan Ekin said...

Sememangnya bukan senang untuk meraih segulung ijazah...perlu banyak pengorbanan...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails