Saturday, November 14, 2020

KEMALANGAN DI KUANTAN

 

Episod 2


Dari celah tabir langsir aku melihat beberapa orang doktor sedang melakukan tugasnya.Aku hanya berdiri jauh dari katil anakku dan melihat doktor sedang  melakukan sesuatu di mata anakku,

Setelah selesai operasinya,aku dipanggil untuk melihat wajah anakku.Aku memanggil namanya dan dia menyahut dengan linangan air mata,Tanpaku sedari air mataku mengalir juga.Aku hantar dia pergi dengan wajah sempurna dan kali ini aku lihat wajahnya bengkak dan terdapat beberapa kesan luka .Meruntun hatiku melihatnya.

Aku  menghampiri katilnya dan memanggil namanya....alhamdulillah dia sedar tapi mamai aku rasa.Aku lihat berlinang air matanya apabila aku memanggilnya.Aku rehat bersamanya dan tiada apa  yang aku bawa ketika itu.Aku tidak tahu keadaan sebenarnya .Terima kasih juga buat Dr.X yang banyak membantu aku dan anakku sepanjang aku  berada di HTAA.Lemah sebenarnya badan aku ketika itu.Tidak berdaya tapi aku tabahkan hati di hadapan anakku.Aku tidak mahu dia sedih melihat aku.

Aku biarkan dia berehat seketika...aku tahu badan-badannya sakit akibat kemalangan itu.Aku tahu kepalanya sakit dan tubuhnya sakit.Bila telah reda sedikit aku bertanya hal yang sebenarnya.Dia kata dia tidak ingat apa yang berlaku,Hanya menyedari dirinya telah berada di hospital.Sedih aku mendengarnya.

Dia juga bertanyakan handphone yang entah ke mana hilangnya di tempat kemalangan itu.Sepanjang berada di situ hanya HP sahaja yang ditanyakan.Dia sayangkan HP yang dibeli hasil daripada duti simpanannya sebelum dia bekerja di tempat baru.

Hari pertama aku tidak menjaganya kerana Dr X yang bekerja pada waktu malam akan melihatnya.Aku hanya hadir pada waktu pagi setelah membeli beberapa barang keperluannya.Terima kasih juga kepada kak Murni yang sudi untuk melihat anakku sepanjang waktu pagi itu.

Alhamdulillah anakku cepat sembuh kerana pada hari kedua wayar-wayar yang disambung pada  badannya telah dicabut satu persatu.Petangnya juga bukan senang untuk aku masuk ke wad..pelbagai helah aku berikan untuk membolehkan aku melihat anakku.Akhirnya aku dapat masuk dan aku berbual-bual dengannya.Dia akui sepanjang berada di bahagian kecemasan dia terfikir adakah mama tahu keadaan dirinya.Dia tidak tahu cara untuk memberitahu mama kerana dia tidak mempunyai telefon untuk berhubung.Aku lihat berlinang air matanya.

Aku beritahunya supaya tidak perlu risau tentang itu semua.Yang penting dirinya selamat dan masih berjumpa dengan kami.Aku bersyukur kerana dia masih mengenali diriku dan ayahnya.



Sunday, November 8, 2020

KEMALANGAN DI KUANTAN

                             MERUNTUN HATI SEORANG IBU 

Episod 1

Masih ingat tanggal 20 September 2020,sewaktu jam 1.00 petang aku menerima panggilan telefon menyatakan sesuatu tentang my young hero.Aku terima dengan hati yang redha kerana aku fikirkan ia hanyalah kemalangan kecil sahaja.

Sebenarnya sehari sebelum itu,mata aku payah untuk pejam.Aku asyik teringatkan my young hero sehinggalah jam 3 pagi aku terlelap seketika seblum bangkit semula jam 4.30 pagi.My young hero sebenarnya bekerja sebagai fotogpraher di sebuah syarikat di Kuantan dan sedang menjalani latihan di sana selama dua bulan .Jika ada dipanggil kerja di luar daerah dia akan pergi untuk menimba ilmu kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut.

Sebagai ibu,aku tidak menghalang kehendakkan dan mengizinkan dia pergi,Setelah kembali dari Terengganu dia akan menetap seketika di Kuantan untuk meneruskan jobnya di sana.

Seawal pagi lagi aku telah memberi salam melalui whatsapp tapi tiada balasan daripadanya.Aku tertanya-tanya kenapa dia tidak membalas whatsapp aku.Aku hantar lagi pada pukul 10.00 pagi tiada juga balasan daripadanya.Hati dan perasaan aku tidak keruan .Bermacam-macam bermain di fikiran aku sehinggalah aku menerima panggilan daripada emak aku menyatakan ada orang hendak bercakap dengan aku.Masih lagi bersikap redha dan memikirkan hanyalah kemalangan kecil sahaja.

Aku menelefon suamiku dan memaklumkan apa yang terjadi.Kami mengambil keputusan untuk pergi ke Kuantan ,Aku pesan supaya membawa pakaian aku kerana sudah tentu aku rimas memakai baju koprat kerja aku.Suami aku langsung tidak membawa apa-apa kerana pada fikiranku ia hanyalah kemalangan kecil sahaja dan sebagai pesakit luar.

Sepanjang perjalanan hanya yang keluar dari mulutku adalah zikir sahaja.Masing-masing menelefon untuk bertanyakan khabar tentang anakku.Aku tidak menjawab pun panggilan tersebut kerana hati tidak keruan ketika itu.

Tiba-tiba ada orang whatsapp dan hantar gambar keadaan sebenar kejadian itu.Aku tunjuk pada suamiku.Aku tidak sangka dia meraung dan menangis tidak berhenti-henti melihat keadaan anaknya.

Aku terus menyabarkan dirinya dan beristigfar banyak-banyak dan berdoa dengan Allah.Allah tetap sayangkan anak kita.Kami berhenti seketika untuk mengisi perut yang kelaparan ketika itu, Aku lihat wajahnya sugul dan tidak lalu  makan.Aku pun sama kerana bermacam-macam perkara telah bermain di  kepala aku.

Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan membisu.Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut kami.Akhirnya kami sampai ke HTAA.Buat kali ke dua kami menjejakkan kaki ke sini kerana aku pernah hadir ke sini melahirkan my young hero 25 tahun lalu.

Hendak masuk ke hospital bukanlah semudah seperti dahulu .Disebabkan covid-19 kita perlu mematuhi SOP yang disediakan.Aku juga tidak terkecuali daripada itu sehinggalah aku memaklumkan nama si X dan ia memudahkan aku masuk untuk melihat sendiri keadaan anakku.

Allahhu...perkataan yang terkeluar daripada mulutku apabila melihat keadaan anakku.Dari kejauhan dan disebalik tabir langsir aku melihat anakku.......bergenang air mataku....












LinkWithin



Related Posts with Thumbnails