Thursday, November 12, 2009

HADIRNYA HANYA SEBENTAR


Hari ini,dalam kesibukan kami mengadakan pertandingan bola jaring kelihatan sesusuk tubuh yang agak kurus hadir ke sekolah.Rindunya pada sekolah memang tidak terhingga.Telah hampir tiga minggu bercuti kerana masalah kesihatan.Hari ini hadir hanya sebentar kerana menghantar borang yang diperlukan.
Sempat juga saya bertemu dengan beliau.Menampakkan ada sedikit perubahan tetapi memerlukan rehat yang berpanjangan.Namun,kami sentiasa mendoakan agar cikgu Ali sihat dan cepat sembuh.Anak-anak murid merindui cikgu Ali.
Pastinya saya memberikan kata-kata semangat agar beliau cepat sembuh.

Pena Kasih:Saling bantu-membantu sewaktu rakan ditimpa kesusahan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails