Wednesday, November 11, 2009

PANASNYA.............MA


Sekembali Haziq dari sekolah membawa berita yang kurang enak untuk didengar tapi ia merupakan pengajaran kepadanya.
"Ma, hari ini kita tidak berapa puas hati dengan keadaan sekolah,"katanya.
"Kenapa?" jawab saya yang tidak sabar untuk mendengar cerita daripadanya.
"Ma,hari ini kita kena rotan kerana tidak memakai uniform KRS yang lengkap.Selalunya kita pakai pakaian yang lengkap tapi hari ini kita hanya memakai t-shirt dan seluarnya sahaja."
"Jadi hari ini hari malang adik la...............,"jawab saya bersahaja.
"Cikgu tidak adil,hari-hari biasa kawan-kawan kita tak pakai lengkap tak kena rotan tapi hari ini kena rotan.Panas punggung kita."
Saya hanya mendengar tanpai memberikan sebarang respon buat seketika.Membiarkan dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Ditunjukkan kepada ayahnya,ternyata apa yang diperkatakan itu betul.Ada kesan sehingga malam.Memanjang dan merah.Dua tempat kata ayahnya.
Dua kali libasan diberikan kepada Haziq dan beberapa orang kawannya.
Lain kali mesti berdisiplin.Ikut arahan seperti yang diberikan oleh guru.Saya tidak menyalahkan guru tersebut sebaliknya mengingatkan Haziq agar mematuhi peraturan seperti yang dinyatakan.
Dulu,Haziq mengadu kepada saya yang gurunya merotannya kerana salah menjawab soalan.Jawapannya betul tapi cikgu kata salah.Cikgu itu sendiri keliru dan terpaksa refer kepada buku.Ternyata jawapan Haziq betul.Kawan-kawannya memaklumkan kepada gurunya jawapan anak saya betul.Haziq malu terutama di depan kawan-kawan perempuan.Mula-mula ada perasaan dendamnya tapi saya membetulkan prasangkanya itu.Mungkin cikgu itu tersilap.Maafkan dia.Haziq terima nasihat saya.Ada kesan dilengannya.
Mengingatkan saya agar tidak sewenang-wenangnya merotan anak orang.Tidak pernah sekali saya menggunakan rotan sekiranya anak-anak didik menjawab soalan salah.Saya minta dia mencuba.
Kita fikirlah sendiri andai kata anak kita kena rotan sehingga meninggalkan kesan, sedikit sebanyak hati terguris dengan sikap cikgu.Jika kesalahan itu berat, tidak mengapa.Ini bukannya kesalahan yang dianggap berat dan bukannya selalu.Inilah kali pertama anak saya memakai t-shirt dan malang tidak berbau buatnya.Ada prosedur untuk dikenakan rotan.Perlu keluarkan surat amaran dan jangan bertindak sewenang-wenangnya .
Haziq bukannya tidak pernah kena rotan dengan ayahnya sewaktu kecil.Sejak itu dia tidak pernah mengulangi kesilapan lalu.

Pena Kasih: Kena rotan di tapak tangan, gara-gara budak lelaki buat bising sewaktu di sekolah rendah.Semua kena.

1 comment:

imahayad said...

Merotan bukan satu jalan penyelesaian malah akan menjatuhkan air muka seseorang terutama seorang murid yang ingin mencuba memberi jawapan. Mungkin dengan tindakan merotan, seseorang murid akan jadi takut untuk menjawab lagi.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails