Wednesday, November 11, 2009

MASIH MENCARI JAWAPAN


Hari ini tidak ke sekolah kerana menghadiri satu taklimat KIA2M.Menggantikan Pn Norlela yang cuti bersalin.Lewat sedikit keluar rumah dan suami menghantar anak-anak ke sekolah.
Sekembali dari itu, suami memaklumkan bahawa buah betik yang diletakkan di atas kerusi di belakang rumah kami bertaburan di halaman rumah,sponge mencuci kereta seperti sudah dipotong-potong dan selipar 'jepun' berada di kolam ikan .

Melihat keadaan kawasan sekeliling,pintu pagar dan juga pintu kecil tidak menunjukkan sebarang pencerobohan berlaku di rumah kami.Pelik juga............
Saya keluar melihat kawasan beranda yang pintu kecilnya tertutup terbuka sedikit dan dua batang lampu ciptaan suami tumbang.Entah apa yang berlaku masih mencari jawapannya.

Kami meninjau tingkap rumah tidak menunjukkan apa-apa berlaku.Pernah dua tahun dahulu keadaan seperti itu di mana pintu pagar terbuka dan kelihatan selonggok najis di tepi pintu.Alhamudillah tiada apa-apa berlaku.Semoga Allah melindungi kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sehingga kini,kami masih mencari jawapan malah ayah saya meminta saya bangun setiap jam melihat apa yang berlaku.Saya sebenarnya sering terjaga di waktu malam.Bersolat dan membaca yassin di samping melihat suasana luar ketika tengah malam melalui cermin gelap rumah.Menyeramkan...........

Pena Kasih:PadaMu,aku sering berdoa agar dijauhi perkara-perkara yang tidak baik.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails